24 January 2013

Our Nora and her wedding

Tanggal 19.01.2013 & 20.01.2013, adalah hari bersejarah buat our dear Nora and her hubby, Khairi. Hari apabila mereka berdua disatukan. We were counting together her date. Surely kami sangat eksaited okeh. When we were involved dalam persiapan wedding dia, kami felt so glad. Yerla 3 of us, yang masih belom berkahwin. Atleast learnt something daripada persiapan dia.

18.01.2013
Jumaat - aku & Azwa masih bekerja. Akma datang & fetch me at office. We were going to C4 for some stuffs untuk her photobooth. Sebab malam tue akan ada Majlis bacaan yasin & tahlil n oso berinai dia. Bukan setakat dia aje yg berinai, siap kitorang & kakak2 Nora skali diinaikan. Kul 2.00 pagi baru kitorang sampai kerumah. Anw Nora & families, makanan malam tuh sangat sedap okeh. Seb bek perot dah penuh, kalo x.... Mau kitorang pulun lagi. Hahahaha! Tapi Nora dah siap2kan bekpes untuk kitorang malam tu. Thanks Nora!!!!

19.01.2013
Nora's solemnisation. Nora akan dinikahkan after Asar. Kami plak surely akan kerumah dia after Zohor kan. Tahu2 aje la pengepit dia yang super grand & super retis nie. Hover tau.....!!!! Kami eksaited cam selalu lah. Nora dah sesiap warning supaya kami behaved on that day. Hahaha! Risaukan dia? Penyakit behave 5 minit kami, sedaya upaya dikawal walaupun asek terbabas aje. Hihi! Mmm.. Rasanya Nora yang x behave kot? Hahahaha.... Dia yg senyum2 sebab nak sorok gabra and debaran dia. Kitorang maintain aje. Hampir jam 6.00 petang, Nora selamat dinikahkan dengan dua kali lafaz. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Kawan kami dah selamat menukar status dia. Dari bujang kepada isteri orang. Aku yang duduk sebelah dia pon merasakan debaran yang sama. Hamboih3 hover kan kauuu.... Amek aura laaa...... Kesan ciuman Nora tue masih ditudung aku tauuu. Hahahaha! Balik dari umah dia, kami terus kedewan untuk usha spot bagi menggantungkan props kami. Done. Balik rumah. Work hard dengan kain2 yang blom habes lagi nie. Sampai kul 3.00 pagi baru tido. Tue pon dah sangat takleh kawtim lagi. Aku sesiap masak nasik lemak ngan Azwa for us. Kire pas bangun directly leh makan. Sesiap nak gi dewan.

20.01.2013
On her wedding. Aku, Azwa & Akma berpecah. Aku & Azwa ke Kuchai Lama untuk amek udang panjat khas permintaan Nora. Akma terus ke dewan untuk siapkan perkakas. Thanks to kak Nai sebab bantu aku carikan udang panjat. Selamat aku. Hihihi! The best thing is kami bertiga pakai uniform yang sama tapi kami bukanlah her flower gurl ye. Kami adalah her BFF. Kami akan menemani dia selagi diperlukan. Insya Allah. Alhamdulillah majlis berlangsung dengan lancar dan seperti apa yang dirancang.

Nora & Khairi, aku adalah one of your witness dalam menjayakan hubungan korang nie. Syukur Alhamdulillah, korang dah melalui masa senang, susah, cabaran kecik & besar dan segala rintangan yang datang sebelum ini. Insya Allah jika dihadapan masih diduga, aku yakin korang sangat mampu untuk menanganinya. Apa2pn Nora, ingat perkara pertama, TAAT KEPADA SUAMI. Ini yang terpenting dalam hubungan suami isteri. Anw dear BFF, kami sangat happy. Really do happy for u and Khairi!!!

Love,
Wanie
On behalf of other Geng Jahat

















14 January 2013

DIY Props for Bachelorette Party

Dah lama sebenarnya aku tinggalkan aktiviti kreatif nie. Iya, at one side, aku suka untuk wat menda2 kreatif nie. Walaupun xde la kreatif sgt, & my product bukanlah kemas sgt. But i did it on my own yer uols! Im proud of myself! I can survive! Knowing me, ape yang i plan, it must be well prepared! Dark side of me, aku sebenarnya cerewet and everything kena complete. Bukanlah perfect. Tapi aku xnak keje cincai je. Remembered back during my uni, my groupmates cukup menyampah ngan me kalau buat assignment, tambah2 if aku yang lead. Why? I was very fussy, ok! Naseb koranglah.... But they were with me for 6 sems. What can I said? I do love three of them! Even i am fussy, tapi Alhamdulillah the result for assignment xpenah kecewakan. Impressive. Syukur Ya Allah! Bagi kat aku kawan2 yang faham & cuba untuk memahami. Till now i got and had a very lovely, understanding even close to me! A human called friend.

Back to my main topic, hihi! Suka sangat melalut. I had a lovely BFF, who are willing to helped me in preparing the Bachelorette Party. 1st thing, we need to bought some stuffs yang nak digunakan as a props. So aku ngan Azwa dah penanh survey & we knows where the best offered we can get. Kami ke Paradigm Mall. Sawan gak kami dalam kedai tu. Dont asked me apa nama kedai tue, i lupa laaa nyahhhh! Hihi! Kami beli, plain topi RM3.90 je... Roses utk handbouquet RM2.90-RM3.50 satu... Heart balloons RM3.90.... Hand fan RM 3.00 satu.... Anggaran kot! Ape lagi yer?? Hmmm.... Banyak gak we ols shop dalam tue.

Then kami ke Popular plak, searching for some stationaries untuk completekan DIY nie. After having our lunch cum hi-tea cum dinner, kami ke kedai yang offers barang untuk party. Di Paradigm Mall, ada kedai yang offered barang2 for party yer! OMG OMG! Sawan kami sekali dalam kedai tu. Ye la nampak tiara.. bach sash... Balloons... Games for bach... We loved it so much!

So during New Year holiday tue, aku duduk je dirumah & mulakan my DIY alone. I dont care. Sebab aku memang suka wat mendalah2 nie. Ingat lagi zaman2 cinta monyet plus kera dulu, i always make my own card. Considered as my handmade card. Lagi touching kan!!! Now dah xde sapa2, so duduk diam la jari jemari aku.. Opssssss!

Memula aku wat roses bouquet... Aku mmg suka hand bouquet. Sengals kan? I just simply ikat roses tu ngan tali & lilit2 dgn riben. Walllaaaaaa! Done! Then aku make upkan plain topi tue.. Aku lilitkan dengan flower, then jahitkan riben around topi tue. Biarkan riben berjurai diseblah tepi topi. Hah, kauuu... Kan dah macam Julia Robert gitu dalam.. Pretty Woman. Pas tu aku siap props kecik2 untuk pegang ditangan... Dengan nama memasing. Apa lagi yer yang aku dah buat.....???? Ooooo aku buat banner. NORA FROM MISS TO MRS. Hah kauu.. Banyak ari gak aku dok menggunting huruf2 tue. Hahahaha! Motif aku is sampai je PD leh terus gantung. X kuasa aku nak wat semua in immidiate situation.

So uols kalau nak anjurkan Bachelorette Party, pls do plan it properly and earlier. Jangan last minute! Sayang. Kita nak jadikan that event something untuk dikenang until the end. Something to be proud and memorize. Nanti aku akan kongsi pic on that event.

[p/s : this event not for me but for my BFF, Nora! Takkanlah i nak wat untuk myself kan? Haishhhhh]

Love,
Wanie



















01 January 2013

Singapore AGAIN =)

Muka semangat masing2 nak masuk Universal Studio Singapore. Kul 7 pagi dah tercangak depan Tune Hotel tau x. Hihi! Aku went there for the second. Bawak diorang la. Hamboih2 uols nie... dah cop passport tue dua kali yer tahun nie. Hover tauuu!

My mum ngan Mimi bergambar depan dunia MADAGASCAR. My peberet! Aku memang suka ngan ceta Madagascar nie. So opkos aku aim segala mainan yang ada kat sini. So childish. I dont even care! Hahahaha!

Actually this time my body temperature dah naik2 ala kemanjaan gitu. Tapi aku gagahkan diri dan tunjukkan kegembiraan yang jitu.. Huhuhu! Meleret gak aku dibuatnya. A few games gak yang aku skip. 

They were going there. They said MABELES siot! Orang punya la ramai. Aku tak masuk. I hate rollercoaster. Rasa cam nak berpisah je jantung ngan tulang belakang aku. Abaikan muka aku yang ala2 ternganga tue, aku saje pose gitu. Hihihi!

Aku paksa adik aku amek the best pics of me. Dapat lah gambar camnie. Bolehlah.  Actually aku tersilap bawak charger kamera. Sadly my camera dah abes bateri. My iPhone je yang bekerja. Bengang gak dorang ngan aku. Naseblah....

Pose ala2 postcard gitu. Memula ingat nak melompat tapi bukan guna camera kan? So malas nak layan.

This time, ada show snow fall... Ala... kekonon macam salji turun la. But we still enjoyed. Jakun kan? Hahaha. They were using buih sabun rasanya. 

Nampak tak salji buih halus tu? [baek mengaku, YA!]

My mum dah x larat nak exercise kaki sebenarnya time nie. Sabaq mak. I already told u before rite.

Line up untuk masuk layan show hantu2 rocker. Best! Ala2 konsert omputih gitu. Yang nie memang aku aim dari awal seh. 

Mentekedarah! Mahal. Tapi nak jugak2! [hentak kaki]

Yes we arrived at Far Far Away Kingdom. My most peberet place.  Hahahaha!

Infront of the castle. Dalam tu ada show 4D, rugi gila siot kalo korang x masuk!

Searching for foods actually. Dah petang nie. Makin kosong. Bas akan datang pick-up at 7.30 kat bawah tu. So ada masa... pusing USS for a second. Mantap x?

Infront of USS globe. 

Infront of pintu masuk USS. Dah kosong kan? Orang ramai dah balik. Time nie dah berlengas tahap cimpanzi. 

Melayan Garret's popcorn.

Kalau korang berkesempatan pegi USS, make sure masuk Transformer 5D tau! 1st time  aku pegi sana. Transformer punya area belum siap. Nie dua kali okeh aku masuk! Terbaekkkkk! Best gila. Pandai lak aku x rasa gayat kan? =)

Love,
Wanie

2012 didalam lipatan sejarah

Bismillah hirrahman nirrahim,

2013 dah menjelma dihadapan aku. Selamat tinggal 2012. 2012 yang penuh dengan cabaran, dugaan, kesedihan dan juga masih ada kegembiraan. Diri aku banyak terdidik dengan pengalaman melalui tahun 2012. Berfikiran sematang yang boleh dan membuat keputusan yang tepat dalam menentukan hala tuju kehidupan aku. Walaupun sepanjang tahun 2012, aku bersendirian dalam erti kata tiada peneman hidup, tapi aku tak berasa kesunyian atau kesepian sebab aku ada keluarga dan individu2 yang sygkan aku dan aku sendiri menyayangi mereka, cuma mereka sedari atau tidak sedari sahaja. Terima kasih kerana mewarnai hidup aku! Koranglah pelangi hidup aku. ❤💜💚💙💛

Selagi aku masih bujang, aku akan menumpukan sepenuh perhatian kepada keluarga aku. Keluarga adalah prioriti aku setakat ini. Dan tahun 2012 aku banyak memberikan masa & cuti kepada keluarga aku. Kami sekeluarga pergi bercuti ke Bandung, Indonesia, Gunung Jerai & juga Singapura.

Perkara kedua yang aku beri perhatian adalah BFF aku. Ini juga kepentingan dalam hidup aku. Aku tak boleh berenggang dengan kawan2 kot rasanya. 😜 Sebab tuh siapa yang nak memilih aku, kenalah menerima kawan2 aku. Jangan risau diorang tak jahat cuma nakal jeee... Hihihi! 😁 Kami banyak berkongsi segala suka & duka. Kami mulakan awal tahun 2012 dengan percutian ke Melaka, kemudian hadir bersama ke majlis perkahwinan partner kami, Kulat & suaminya, Hafiz di Jitra, diteruskan dengan majlis pertunangan Nora & Khairi n oso percutian ke Sarawak. Tahun 2013 akan dimulakan dengan percutian kami ke PD dan kemudian Nora akan menamatkan zaman bujangnya dengan Khairi. Khairi please take care our sweetheart, okeh! We give our trust to take care of her! 💕

Perkara ketiga adalah pekerjaan aku & rakan sekerja. Tidak aku nafikan yang mana permulaan tahun 2012 memang sangat mencabar diri aku. Sehingga aku sendiri dilanda tekanan untuk pertama kali. Sementelah aku sendiri yang tidak dapat mengawal emosi dan fikiran rasional aku. Namun Alhamdulillah, aku berjaya overcome semua perasaan negatif yang wujud itu. Pejabat & rakan sekerja dah mengambil lebih 50% daripada masa dan kehidupan aku sebenarnya, kan? Hihihi! Nak wat camne, dah nama pun cari makan kan? Insya Allah demi rezeki yang halal, niat tue mesti betul dan ikhlas serta buat kerja kerana ibadah dan Lillahhitaala. Aku ada rakan sekerja yang mengambil berat pasal aku yang sendiri ini. Alhamdulillah, aku boleh bergantung harapan kepada mereka seandainya dilanda badai. Biasalah kadang2 lidah mana yang tak tergigit, yang penting kita perlu bersikap tolak ansur dan bekerjasama. Kami pun dah buat banyak aktiviti yang menarik bersama. sangat best!, yang mana aku dah potretkan didalam photobook pejabat.

Bukan tiada kisah sedih atau airmata yang menghiasi diri aku. Ada. Tekanan kerja adalah punca utama airmata aku jadi sangat murah pada masa tersebut sampai aku berlaku sangat kejam kepada kawan2 baik aku. Regret aku bila mengingatinya. Syaitan dah mngambil tempat didalam jiwa dan akal aku kot pada masa tue. Tapi selepas beberapa hari aku dirundung kesedihan, aku bangkit kembali menjadi orang yang lebih positif.

Dalam kegembiraan mesti akan terselit dengan kesedihan. Pemergian bonda Nora menyebabkan kami berempat lebih menghargai kehidupan, keluarga dan semua individu. Sangat terasa bahawa hubungan kami sangat rapat, seperti dicubit paha kanan, paha kiri juga terasa. Aku harus akui aku adalah individu yang tenang diawalnya dan sukar untuk menitiskan airmata tapi bukan bermaksud aku tak sedih. Tetapi bila aku mula menitis airmata, aku sukar untuk berhenti. Sangat sukar. Pengalaman itu sangat membuktikan kata2 aku.

Aku juga kehilangan rakan kepada Arwah Tok aku, yang aku panggil Tok Lang. Arwah juga jiran berdekatan rumah aku. Kali terakhir aku jumpa dengannya, pada hari raya puasa lepas. Arwah juga sememangnya uzur. Aku melihat Arwah sejak aku mula mngenali dunia. Semoga Arwah ditempatkan dengan orang2 yang beriman. Amin.

Pada hari penutup tahun 2012, rakan sekerja aku pula yang kehilangan ayahnya. Arwah juga sakit. Keluarga rakan sekerja aku adalah kenalan kepada keluarga Nora. Secara tak langsung, ianya saling berkaitan. Betapa kecilnya dunia ini sebenarnya. Melihatkan semua ini, aku terus teringat kepada keluarga aku. Sempatkah aku juga berjada kepada mereka? Kehilangan orang tersayang memang merobekkan perasaan kita tapi sebagai manusia, siapalah kita untuk menolak Qadak & Qadar Allah. Semoga Arwah ayah rakan sekerja aku ditempatkan bersama2 orang2 beriman. Amin.

Hari ini, 01/01/2013, bermulanya langkah baru ditahun yang baru. Pelbagai harapan dan perancangan yang tersusun. Cuma doa dan usaha sahaja yang akan menyempurnakannya. Doa aku panjatkan kepada Allah. Amin Ya Rabal Alamin.

Love,
Wanie





























The sadness thing in your life

Just a quick update as a reminder to myself Its really hard to accept that life as a fat woman actually. Hahahaha For the 1st time aku merun...