24 March 2013

JJCM

Assalammualaikum w. b. t.,

Hye semua!! Uols kemana this week? Me, quit tired sebabnya this 2 days, ada je immediate plan. (1) attended my officemate's wedding at Kem Kementah (Sabtu), dan (2) Hari ini Ahad. Kami secara tidak sengaja telah Jalan2 Cari Makan ke Kuala Selangor, Sekinchan, Sabak Bernam, dan yang sewaktu dengannya. Hihihi! Nie gara-gara kak Nai arrr... last week dia kesana, dan menghaplod pic mentarang bakar sehingga membuatkan kak Mira mengidam. Hahahaha! So actually this trip sepatutnya 4 orang, but sadly kak Nai couldnt attend it. Ada perkara lain yang lebih mendesak. So me plak yang kena took over. Hihihi! Aiii pon xtau sangat, tapi buat2 konfiden tau aje. Hihihi!

Memandangkan awal pagi lagi dah keluar menghala ke Kuala Selangor dan yang sewaktu dengannya, maka kedai2 yang dalam perancangan utama kami masih tutup la. Me, lastly decided untuk ke Bagan Nakhoda Omar, Sabak Bernam untuk makan mee udang. Maka kami pon had our brunch there. Mee udang plus kerang bakar sambil dipukul dek angin yang sepoi-sepoi bahasa. Lepas dah kenyang, kami pun patah balik. Dah kenyang amat kot that time. Nama kedai nie : Zaiton Mee Udang BNO.

Sambil melewati Sekinchan, kami memasing mencari kedai mentarang bakar yang menjadi fokus utama or tujuan asal kami kesana. Me already told kak Mira that we ols berdua nie tak makan mentarang kot. Should be kak Nai yang makan dengan dia... Hahahaha! Mana ko kak Nai???? 940 gram kak Mira kena makan sesorang, gara-gara budak yang amik order tuh silap ngantar. Hahahahaaha!!! Oleh yang demikian, dia kena abeskan sesorang walaupun hangen ngan kami berdua. Hahaha! Nasebla ko kak Mira! Aiii ngan Merrul takleh nak telan kot. Walaupun aku gagahkan diri makan sekoq, itu pn meja sebelah dah nak gelak kot. Kembang tekak aku... Sori! Aiii tetap tak suka kot. Selain mentarang, kak Mira pon order kerang bulu.. okay bulu tuh sebut perlahan... Ahakssss... Sebab aiii geli jugak. Yang nie even masin sikit but okay la...leh telan. Kedai nie nama Din Mentarang Bakar.

Then kami pon menghala pulang. Biasa la kalau melewati jalanraya negeri nie.. banyak kedai yang menjual memacam tepi jalan. So we ols berhenti untuk beli jagung. Aii beli jagung aje, konon nak buat cucur jagung. Tapi rasanya sok pagi aii rebus aje kot jagung tue. Aii malas la pulak. Hihihi! Dorang berdua beli jagung and mempelam. 

Port akhir yang kami singgah was Cendol Bakar. Located before Ijok kalau tak silap aku la. My advice, kalau uols tengok kete park memenuh kiri kanan jalan tue, better uols beli through drive-thru aje la. Berpeluh2 kot nak beratur. Tak padan nak makan semangkuk kecik aje. Hihihi! 

So itulah saja rentetan perjalanan kami..... Simple but full. Happy.Maybe next time we plan to other place. Insya Allah. 

Love,
Wanie

Us at Pantai Bagan Nakhoda Omar. Abaikan muka yang selekeh nie. Penat seh drive 2 hours all the way to Sabak Bernam. Hihihi!


Inilah Mee Udang BNO. Rasa macam taste before sedap lagi. Udang pon dulu lagi banyak than this. Dulu sampai penat nak kunyah la......


Me & kak Mira - berposing ditepi kuala. Hihi! Terpaksa layan berdua aje ngan Kak Mentarang, sebabnya Incik Kupang malas nak layan kami berdua.


Kak Nai!!!! I need u. Takleh gegila ngan cam. Capture the memory with Kak Mentarang. [Sorry kak Mira, nama nie nama manja u aje]


Both of them - mummy & son [son ker?] - Kak Mentarang & Incik Kupang


Me, while waiting for mentarang & kerang bakar.


Inila mak cik yang bakar mentarang tue, maybe wife pak cik Din kot!


Mentarang & Kerang


This is MENTARANG. Says HYE!!!


The view at Sekinchan


Sedap2 je called their name camtu.. Maybe me, Miss Cendol la kot. Actually dah lama aiii tinggalkan cendol, memang TAK MAKAN utk berpuluh2 tahun lamanya. This year baru jadi kemaruk balik. Dont know why! 


The Cendol. HYE CENDOL!!!! Kalau air gula melaka lebey sure lagi sedap, kalau semua lebey... lagi lagi laaaa sedap.... Hihihi! =)


Kak Mira & 940 gram mentarang dia.


Anyway thank you kak Mentarang & Incik Kupang for the weekend. I was enjoyed!

23 March 2013

Shawlbyvsnow - latest obsession

Salam,

Actually nak tulih post regarding my trip to Beijing tapi Im not feeling well today, after coming back from my officemate's wed at Kementah, I felt dizzy. So I just wanna post something simple but related to my new passion and obsession. Before I wrote bout shawl by Radiusite, but now me and officemate found a new brand of shawl called, SHAWLBYVSNOW.

For the moment, I think I already bought more than 45 pieces of shawl. Ya Allah, apa nie Hazwani!!!

Why Shawlbyvsnow became our new obsession? Not only me, but Zam, kak Sham and oso Aini. Why we choose this brand now a days? Mmm... 1st it is cover our "aurat" as per Islam's requirement. Ye ker Cik Wanie oiii? Iye, cover dada & belakang completely kot! 2nd is easy to wear & iron. Sangat easy kot! Super easy! Many style kot kita leh lilit! 3rd the material are super soft & nice. Material jenis thick chiffon, its mean TAK JARANG! 4th it is a beautiful shawl which is NOT TOO EXPENSIVE!

Hihi! Aii not their duta ye. Me, just share with uols aje. Just because, few of my friend were asking the question, where did u bought it? My only answer is SHAWLBYVSNOW. Uols can check their Facebook or website to buy your favourite shawl. Have a nice shopping there dear!!! Enjoice!


Love,
Wanie











17 March 2013

Sendiri Lebih Baik - Duapin Band




Awalnya yang ku harapkan 
Semua menjadi indah 
Saat bersamamu 
Saat didekatmu 
Serasa dunia milik kita berdua 



Sekarang yang kurasakan 
Semua telah berbeda 
Kau nodai cinta 
Hingga ku terluka 
Kau buat hidupku terasa hampa 
Seenaknya dirimu melukai perasaanku




Kamu maunya dimengerti 
Tapi kamu tak pernah mau mengerti 
Begini salah, begitu salah 
Dimata mu semua jadi serba salah




Sekarang yang kurasakan 
Semua telah berbeda 
Kau nodai cinta 
Hingga ku terluka 
Kau buat hidupku terasa hampa 
Seenaknya dirimu melukai perasaanku




Kamu maunya dimengerti 
Tapi kamu tak pernah mau mengerti 
begini salah, begitu salah 
Dimata mu semua jadi serba salah




Sakit terasa sakit 
Pahit ku telan pahit 
Sendiri bagiku lebih baik


Love,
Wanie

16 March 2013

Review : DIMANA DIA DI HATIKU?

Assalamualaikum w.b.t & selamat pagi,

Pagi rasanya lebih sesuai, memandangkan jam didinding menunjukkan angka 2.15 pagi. Ini adalah buku kedua yang akan aku ulas. Sedikit sahaja. Sebenarnya aku dah habes bacaan petang tadi, tapi aku wat kputusan utk bawa adik aku keluar kejap. Tapi bukan kejap, lama la pulak. Hihihi! Sampai sempat berziarah ke rumah sepupu aku.

Buku ini diberikan/dihadiahkn oleh rakan sepejabat aku, Amerrul. Dia sedekahkan sikit kuota baucer buku 1M, dgn benarkn aku pilih satu buku. So inilah buku yang aku pilih iaitu Di Mana DIA Di Hatiku? DIA yang dimaksudkan itu bukanlah orang perseorangan. Sebaliknya Allah s.w.t. Terima kasih kepada pemberi buku ini. Insya Allah akan dimanfaatkan. Buku ini bergenre ilmiah & agama. Semoga Allah memurahkan lagi rezeki beliau. Amin.

Kenapa aku memilih buku ini? Pertama kerana penulisnya, aku pon x kenal sebenarnya dengan penulis tapi aku rasa macam dengar nama nie dikaca televisyen, maka aku memilihnya. Penulisnya ialah Ustaz Pahrol Mohd Juoi. Kedua, kerana tajuk buku itu sendiri. Di Mana DIA Di Hatiku? ALLAH itu amat hampir. Tapi, kenap aku masih meminggir? Akalku alpa berfikir, hatiku lupa berzikir. Tajuk yang menarik dan menyentuh hatiku.

Aku sekarang lebih memilih untuk membeli dan membaca buku bersifat ilmiah / keagamaan. Aku ingin menajamkan kembali daya ingatan aku dengan pengetahuan am. Selain, mengembalikan kembali hobi membaca dan menulis aku. [walaupun tulisan aku bukan selayaknya seperti penulis tersohor tetapi aku tetap ingin melakar untuk bacaan sendiri]. Maka memiliki buku ini sebagai koleksi tentunya menggembirakan aku. Betul ke ayat aku nie? Macam sesat aje.

Buku ini terbahagi kepada 5 main su ject iaitu;
1) Mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis
2) Perkahwinan... Antara cinta & tanggungjawab
3) Kata-kata akhir dari hati akan jatuh ke hati
4) Berhati-hati menjaga hati itu
5) Indahnya bila DIA di hatiku
Selain itu, topik-topik kecil dibawah subjek utama. Janganlah kita melihat tajuk subjek ini dan fokuskan kepada cinta sesama insan, pembinaan rumahtangga atau hubungan dalam perkahwinan. Tapi pandanglah dari sudut cinta kepada Agama Islam & Allah.

Buku ini banyak menyentuh kepada isu-isu yang berlaku kepada persekitaran, dapat membantu supaya kita dapat "terngadah terlebih dahulu sebelum terhantuk". Teguran-teguran atau ingatan lembut dalam buku ini sesungguhnya menyentuh hati aku sebagai manusia bernama perempuan. Kebiasaannya, orang akan kaitkan, sedih atau menangis apabila membaca buku agama adalah disebabkan dosa itu sendiri. Jangan bersalah-sangka. Sedih / menangis itu boleh diluahkan apabila menyedari betapa betulnya teguran yang diberikan, betapa kurangnya kita sebagai makhluk Allah yang dicipta, betapa perlunya erti mensyukuri dalam kehidupan, betapa pentingnya ibubapa, pasangan dan keluarga dalam kehidupan selain daripada mengenang dosa kita sendiri.

Bahasa yang mudah tapi sangat "berlapik". Bagi pembaca yang malas untuk berfikir atau tidak puitis mungkin akan merasakan tak faham atau bosan. Tapi sesungguhnya ilmu yang ada didalam buku ini, tiada tandingnya. Semoga Allah memberkati penulis buku ini. Amin.

Aku review hanya sedikit, tapi untuk diri sendiri aku dah tandakan bahagian yang penting, sebagai rujukan atau ingatan kepada aku.

Tak rugi untuk kita memiliki sebuah buku setiap bulan. Aku kena kembali kepada azam tahun 2012 aku iaitu memiliki sekurang-kurangnya 2 buah buku setiap bulan. Insya Allah.

Tajuk buku : DIMANA DIA DI HATIKU?
Penulis buku : USTAZ PAHROL MOHD JUOI
Harga buku : RM15.00


Love,
Wanie









Review buku : Biografi Syed Mokhtar AlBulkhary

Assalamualaikum w.b.t.,

Dah lama aku x mencoretkan sesuatu dilaman sesawang milik aku nie. Maaf. Aku busy dengan sesuatu. Insya Allah, tarikh kedepan, aku mempunyai ruang dan waktu untuk menterjemahkan kehidupan harian aku dalam bentuk penulisan.

Hari ini hari Sabtu, pagi tadi aku pergi berziarah jenazah suami kepada rakan sepejabat aku. Innalillahhiwainahirajiun.

Seusai pulang, aku mengisi ruang yang tak berapa kosong & ingin meregangkan keletihan badan yang dah tersimpan seberapa ketika waktu ini dengan bahan bacaan. Dari awal minggu lagi, aku berazam untuk habiskan bahan bacaan yang tertunggak ini. Rasanya ada dalam 5-6 buah buku yang masih belum selesai bacaannya. Hanya menyelak beberapa helai halaman. Termasuk 3 buah buku, buah tangan dari mak aku serta rakan pejabat aku. So aku grab majalah terlebih dahulu, kemudian diikuti dengan buku yang akan aku review sedikit sahaja.

Orang mesti pelik kepada aku, yang todak minat dengan ekonomi ini membeli buku Biografi : Syed Mokhtar AlBukhary. Taikun perniagaan yang gah dipersada pernigaan negara. Sangat tidak related dengan pekerjaan aku kot. Hihihi! Dimana aku hanyalah kuli biasa yang mengharapkan gaji bulanan daripada Kerajaan. Tapi apa yang membuatkan aku minat untuk membaca buku mengenai beliau adalah sifat & prinsip perniagaan beliau, whereby HONESTY IS THE BEST POLICY. Iya setiap tindakan yang diambil beliau berasaskan kejujuran. Dimana, beliau adalah bangsa Melayu yang beragama Islam. Dimana juga, stereotaip dalam perniagaan di Malaysia, perniagaan sentiasa akan terlibat dengan korupsi. Penubuhan empayar perniagaan beliau dengan prinsip-prinsip asas Islam menarik hati aku untuk membaca.

Sememangnya aku yang berasal daripada Utara nie, tahu mengenai kewujudan antara 10 jutawan Malaysia ini. Pertama sekali aku tertarik hati bila baca tulisan dalam akhbar setelah beliau menerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah, mengenai tindakan ibunya yang meminta beliau agar menyedekahkan sebahagian daripada pendapatannya kepada orang-orang yang layak. Perkataan lebih mudah adalah zakat. Ibu beliau menyatakan dalam setiap keuntungan yang diperolehi bukanlah milik beliau sahaja tetapi milik orang-orang yang tidak berkemampuan. Oleh yang demikian, beliau dinasihati untuk mengembalikan kepada insan yang lebih layak (ayat diatas ikut pemahaman aku waktu itu). Dan dalam buku ini juga, uols boleh membaca perenggan menenai hal ini. Diminta beliau memberitahu ibunya meminta beliau menyerahkan separuh pendapatannya yang berjumlah RM3000 kepada orang kampungnya yang tidak bernasib baik. Sebab itu sampai sekarang, Alhamdulillah aku memegang konsep yang sama. Iaitu berzakat. Tapi takdelah sampai separuh daripada pendapatan aku kan? Aku bukanlah insan yang terlebih mampu. Tapi Insya Allah aku tak lupakan peratus zakat pendapatan sekurang-kurangnya. Aku pun memegang prinsip bahawa rezeki kita takkan berkurangan kerana sebahagian zakat tetapi Allah akan memudahkan kita dalam bentuk yang lain. Insya Allah.

Memetik kata-kata beliau dalam buku ini, "Setiap kali saya melakukan kebajikan, hati saya tersentuh. Ia tiada kena-mengena dengan tanggungjawab sosial korporat. Ia adalah perasaan ambil berat, sesuatu yang datang dari hati. Harapan saya adalah supaya mereka yang mempunyai wang akan membantu mereka yang kurang bernasib baik supaya dunia ini menjadi lebih adil dan saksama kepada semua.". Sebab itulah beliau sangat dikenali sebagai dermawan. Banyak bukti dalam negara yang boleh dilihat oleh kita. Aku mungkin tidak mampu sepertimana beliau tetapi Insya Allah, aku boleh membantu sedaya yang mampu sahaja. Ini adalah contoh dimana setiap manusia dilayan secara sama-rata dan tiada kasta yang membezakan. Sebagai contoh pengalaman aku semalam, semasa ada perbincangan antara majikan & bekas pekerja, aku menjemput duduk kedua2 pihak tetapi bekas pekerja hanya berdiri. Aku meminta beliau duduk, "encik, jemput duduk dulu,". Beliau jawab, "saya boleh duduk ker cik? Saya nie kuli saja, tak layak duduk semeja dengan pegawai dan bos.". Saya, "encik, duduk. Setiap manusia tiada perbezaan pangkat.". Encik itu duduk dan diam. Setiap manusia adalah sama, yang membezakan hanyalah usaha, ketekunan dan prinsip hidup.

Sifat peribadi beliaulah yang membuatkan aku tertarik dalam mengutamakan konsep Islam dalam pekerjaan, Insya Allah. Walaupun kadang2 kita mungkin akan terkhilaf dengan tindak-tanduk kita sendiri. Memang aku tidak review buku ini dari segi kejayaan beliau mengambil-alih bidang perniagaan yang membuahkan hasil nilaian jutaan ringgit. Tetapi aku lebih berminat kepada strategi dan percaturannya dalam urusan perniagaan berpaksikan Islam.

Last but not least, memetik sekali lagi ayat beliau, "Terdapat kesedaran, keinsafan, bahawa saya hanyalah manusia biasa yang telah diberikan begitu banyak oleh Allah s.w.t. Saya bersyukur kepada-Nya atas segala rahmat, dan saya berdoa supaya tidak akan terpeeangkap dengan ketamakan.".

Judul buku : BIOGRAFI SYED MOKHTAR ALBUKHARY
Penulis : PREMILLA MOHANLALL
Harga buku : RM 19.90

Love,
Wanie


The sadness thing in your life

Just a quick update as a reminder to myself Its really hard to accept that life as a fat woman actually. Hahahaha For the 1st time aku merun...