16 November 2014

#throwback Belated Birthday

22 Oktober senantiasa menjadi tarikh yang terbaik buat diri ku. Terbaik & tidak pernah kurang. Kerana inilah tarikh aku dilahirkan. Menjadi anak pertama kepada mak & abah aku. Menjadi kakak kepada 3 adik. 

22 Oktober 2014 menjelma sekali membawa perubahan dalam usia aku, daripada usia 20 an bergerak ke pangkal 30 an. Sesungguhnya diusia inilah harus mematangkan diri aku. Menjadi individu yang lebih professional serta menjadi lebih cekap. 

30 tahun akan menemani aku untuk tempoh satu tahun lagi. Insya Allah. Banyak lagi impian dan mimpi yang perlu digapai. Bukan mudah untuk memiliki dan bukan mudah untuk melepaskan. (Ketika ni aku dalam penerbangan ke Bali, menikmati percutian sebagai hadiah untuk diri sendiri).  Ayat-ayat biasa yang akan aku dengar ialah "bolehlah dia berjalan sana-sini, dia bukan ada komitmen, bukan ada anak nak beli pampers atau susu, gaji makan seorang diri". Itu persepsi orang luar. Untuk diri aku, ya aku cuba untuk mampukan diri ini. Aku tau perbandingan jelas adalah status aku. Aku tiada tanggungjawab lain kononnya. Ya, aku takde hal untuk mengiyakan. Tapi ini adalah impian aku. Negara-negara yang ada dalam senarai aku, insya Allah cuba digapai. Ada kawan aku pernah tanya, "macammana kalau kahwin dengan orang yang tak suka jalan?". Jawapan aku, "terimalah seadanya. Sebab masa itu dia adalah suami. Aku cuma berdoa yang dia seorang kaki jalan seperti aku. Supaya kami dapat berkongsi minat.". Memandangkan aku tiada komitmen perkahwinan, maka aku memilih untuk memberi komitmen kepada aktiviti percutian. Wahai 30, temanilah aku merentasi pengembaraan dalam tempoh satu tahun ini. 

Wahai 29, kamu banyak berjasa kepada aku. Setahun menemani aku kesana sini tanpa mengenal penat dan lelah. Menyayangi aku sepenuhnya. Menyintai aku tanpa perbezaan. Berkongsi segala perasaan yang aku tempuhi. 29 tetap menjadi kenangan terindah walaupun kebanyakkan masa diselubungi dengan awan-awan yang mendung. Tangisan itu mengajar aku. Kecewa itu mendidik aku supaya tabah. Sendirian mengajar aku tentang berdikari dan kesabaran. Sakit mengajar aku kembali merujuk kepada agama Allah iaitu Islam. Cemburu mengajar aku erti kesetiaan dan bersyukur. Tidak semuanya mampu untuk dimiliki dan memiliki. 

Duhai hati, terimalah 30. Berbahagialah dengan dikelilingi orang dikasihi dan disayangi. 30, sekiranya ditakdirkan bahawa hati ini tidak dimiliki untuk tempoh ini, sudi-sudikanlah mengisi kekosongan hati ini dan menyintai aku tanpa sebarang kekurangan. Aku tetap bersyukur dengan rezeki Allah swt. Mungkin aku bukanlah insan terbaik untuk mendampingi siapa-siapa, aku redha, jika itu takdirnya. 

30, marilah bersama-sama mengharungi lautan dunia ini. 29, kau akan dirindui selamanya kerana tidak akan pernah lagi ada 29 buat kali kedua. Terima kasih 29 kerana sudi memayungi aku. 


Lotsa love,
Wani Othman 
1.11.2014 
Selepas 10 hari

The sadness thing in your life

Just a quick update as a reminder to myself Its really hard to accept that life as a fat woman actually. Hahahaha For the 1st time aku merun...