Showing posts with label Geng Jahat. Show all posts
Showing posts with label Geng Jahat. Show all posts

22 September 2014

The Sumbs - Kali Ke-3

Nie CHICKEN CHOP - the exact name korang pergi sendiri la kat THE SUMBS okeh! Aku lupa la nak rekod sebab over-exhausted. Baru sampai dari TAWAU masa tu. Nie EIN yang order.

CHURROS - setiap kali aku rasa nak makan. Aku akan pikir nak kesini. So, haruslah korang try kan?

This is mine. BEEF SPAGHETTI ape ntah. Tapi seyesly sedap angatttt..... Lauknya sangat banyak. 

This is AZWA punya. SEAFOOD CALZONE. As usual sedap. Cuma hari tu, lidah aku macam kurang rasa garam la. 

10 September 2014

Ceritera Ku & Geng Jahat di Pulau Mabul

Assalamualaikum wbt, 

Alhamdulillah kami selamat dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur sekarang nie, aku gunakan masa yang panjang atas flight nie utk mencurahkan segala kenangan semasa kami di Pulau Mabul, Semporna, Sabah. Hihi! Tak tahu nak mulakan mukadimah mcm mana kan? Tak tau samada gembira atau sedey atau perasaan yang berbagi. Aku & Geng Jahat ada pengalaman yang sangat mahal, walaupun tidak mahal dimata orang lain tapi mahal pada kami. Hihi! 

Sesampai kami di Mabul, lebih kurang jam 9.30 pagi, Akma as a ketua program kali nie terus check in kat registration counter Uncle Chang Resort. FYI, banyak resort or chalet yang berpatutan in term of price di Mabul, just pilih je la ikot rasa hati dan review korang. Bagi kami, dorang dah cuba provide apa yang dorang mampu kat sana, so what do you expect kan? Kalau nak luxurious so uols pegila check in kat Sipadan Water Village or Mabul Water Bungalow takpun SMART. Ini jenis2 yang mahal la. Hihi! Alhamdulillah kami pilih yang seadanya, so bila kami perlu berkorban, kami let it go in a good ways. 

Lepas check in, kami terus dapat bilik, bilik as usual la atas air, Mabul nie just a small island w/o any bukit-bukau, for me Mabul adalah pulau yang bertanah landai. Bilik kami berdepan dengan lautan yang luas, family room: muat untuk kami 5 orang. Sunyi. Nampaknya kebanyakkan ialah foreigners and local peoples n also workers. Masuk je bilik, tengok takde elektrik, elektrik ada untuk jam 4.30 ptg hingga 8.30 pagi sahaja. Again, what do you expect! Hihi! Seb bek la baru lepas ujan kan? So angin sejuk yang menyelimuti kami. Pusing kiri pusing kanan, tak tau arah kami dibuatnya. Decide untuk tanak ke Kapalai lagi hari tu, next day la katanya. Pusing2 area chalet, nampak bot POLIS kami berposing dulu. Kenal2 ngan Polis yang bertugas kat situ, as u know Mabul is pulau yang dibawah kawalan sebab tahap kebahayaannya tinggi. Kami pun bukan berani sangat, dek sebab kami dah beli tiket kesana, maka dilanjutkanlah rancangan tu. Rupanya kami berlima nie boleh dikatakan hanya local Malaysian yang bercuti kat sana. Sebab seriously kami tak nampak other Malays or Indian or even Chinese except China's people. 

After lunch kami decided untuk pergi snorkeling kat area Mabul, so we proceed to tempat kumpul. Lunch memang sangat menyedihkan hahahaha kalau duduk sebulan kata sana, sure loose weight banyak nie. Lunch aku amek ayam goreng ngan daging masak kicap. Kami ingatkan kami leh la makan seafood yang sangat over heaven kan? Tapi nan hado! Sobs sobs sobs. Rasa menyesal plak tak beli ketam masa anak Bajau tu datang jual. 

Untuk snorkeling area Mabul tiada charge, kononnya la hihi so kami pergi la ngan Uncle Chang. Kami nie not a diver even a swimmer uols, kena ada bantuan teknikal daripada budak2 tu. Seyesly memang best tengok dasar lautan. Gayat pun ada sebab kaki takleh cecah tanah kan? In terms of clear, air takde la clear sangat. Maybe Kapalai lagi nice kot, & sadly announced that kami tak pergi pun Kapalai. After snorkel ke 3 point, kami pon balik ke Uncle Chang. Jalan2 jap ke perkampungan Bajau disitu & ronda sikit2 je. 

Balik & bersihkan mandi. Another point is air kat sana untuk kegunaan masin okeh, maybe sebab tu air masin yang ditapis. Hahaha! So bila korang mandi, badan still rasa melekit tapi once kering, dah okay. Dinner at 7 until 8.30, masa kami nak makan, ada sekumpulan yang tengah makan bagi kat kami ikan goreng, maybe dorang beli dari Bajau Laut yg jual kot. Waktu smyg Maghrib around jam 6.30 so kami setelkan semayang semua dulu, baru mudah nak lepak lepas makan. 

Dok bersembang2 dengan Zill Faezrul, one of police kat situ, hahahah kenapa kami panggil dia Zill Faezrul? Masa kami lepak depan pintu bilik, dari jauh kami tengok dia berjalan pakai short pant aje, aku dah cuit Azwa, weh tengok Zill Faezrul tu hahaha. Knowing him, buatkan kita terpikir betapa besarnya jasa Polis yang bertugas untuk menjaga sempadan negara. Dorang dah berkorban masa, tenaga, family time & entertainment untj diri sendiri demi negara yang tercinta. Menyusuri kehidupan dia, buatkan aku rasa insaf, pengorbanan untuk meninggalkan ahli keluarga tanpa sebarang cagaran untuk kembali. Apa2pun uols dah buat sesuatu yang paling terbaik dalam kerjaya anda. Bagi aku mamat tu over emo la, hahaha asyik sentap aje. Nak ngayat Farah (my friend yg dia pakai letak nama je sesuka hati) tapi pakai orang tengah. Apa barang banggg! Dah lepak sejam, datang pulak another person yang dalam bidang dorang gak, he called him as Brother Love, for us we called him Pakcik. For the moment, i think tak salah for us untuk berkawab dengan dorang. Lagipun dorang je orang Semenanjung yg ada pada masa tu. Kaki aku tergantung kebawah sambil tengok ikan2 yang berenang didalam air kira2 2.5 meter kebawah. Tenang & sejuk suasana malam tu, bertemankan bulan mengambang & gelak besar kami semua. 

Kami bersembang sampai jam 11.30 mlm sebelum aku, ien & dila mengundurkan diri utk tido & aku halau dorang aku bekerja. Hihi. Dah berbaring, aku rasa takleh tido. Hampir jam 12.30 tghmalam baru aku dapat lelap. Dalam tido, aku rasa katil aku bergoyang, as u knows resort kami atas air, so perasaan bergoyang tu sangat mudah dirasai. Aku mula dengan desiran & pusaran angin yang sangat kuat. Dalam hati, aku dah terdetik nie bunyi ribut. ya Allah janganlah ribut taufan. Aku bangun bersila, aku tengok kawan aku berempat tetap tido. Aish dorang tak rasa ke apa yang aku rasa. Dengan jari yang sejuk, aku menyelak curtain untuk tengok ke luar. Subhanallah. Air laut pasang tinggi searas dengan lantai resort kami yang setinggi 3 meter, aku tengok bot panjang penduduk situ pon yang teroleng-oleng ditolak air yang kuat. Pusaran air yang berpusing-pusing buatkan dada aku berdegup ditahap paling laju. Weh, bangun weh... Bangun.. Tengok sat kat luar.. Ada sesuatu.. Dorang berempat terus tengok, masing-masing tergamam. Masa tu jam menunjukkan 1.00 pagi lebih. Dengan hp yang tiada battery, membuatkan aku speechless. Apakah takdir kami berlima? Aku terpikir, adakah ini takdirnya? Sebab apa aku berpikir macam tu, sebab kami berlima memang tidak reti berenang. Totally tidak reti. Aku duduk atas katil, terdiam. Cuba mencari solusi. Dorang berempat kembali ke katil untuk tido, aku pun paksa diri utk lelapkan mata sebab takut. Aku takut aku tak sempat pulang. Kaki & tangan berada dalam tahap yang paling sejuk. Sejuk sebab takut. Aku berjaya lelap sekejap tapi bila bilik dah bergoyang macam rollercoaster, aku dah bangun kembali. Aku takleh tido. Dorang pun takleh tido. Memikirkan sapa yang akan selamatkan kami. Sebab pakcik & Polis dah keluar jalankan tanggungjawab dorang. Mata aku asyik terbayangkan situasi dalam video tsunami di Acheh tiap kali memandang ke luar tingkap. Kemudian, angin dah kurang tapi hujan lebat menggila pula. Air laut makin meninggi. Kami mengendap diluar, tengok staf resort dah berlari kesana-sini, sebab bagi dorang ini fenomena alam yang berlaku sekali sekala. Selepas sejam hujan, ombak mula mengganas, ombak yang menghempas resort bisa menggegarkan jantung kami. Sorang diver yang mana bilik beliau paling hujung dah melarikan diri ketempat berkumpul. Laju dia lari. Aku tengok ombak putih yang menggulung menghala ke resort, bila mendekati, terus menghempas resort yang mengadap laut. FYI, disekeliling pulau ni, ada pintu masuk & keluar, dalam jarak 2km dari resort, ada macam benteng batu yang diletakkan disana. So dengan cara camtu, ombak yang panjang dari jauh, aku tengok terputus, bila mendekati, kadar hempasan dia agak kurang kuat, tapi still menggoyangkan struktur binaan. Aku memang takut, sebab bagi aku, objek mana yang boleh bertahan jika dipukul untuk satu tempoh yang lama. 

Diluar bilik kami, staf resort yang temankan kami snorkeling berkumpul, masing2 nak tengok ombak yang memukul resort. Ombak makin ganas, bukan makin reda. Kami tanyakan pada pakcik tu, berapa lama kami nak bertahan dibilik? Dia cakap boleh lagi bah, kalau nda boleh lagi nanti kami kabar, tapi setakat nie belum effect lagi. 30 minit lepas tu, dorang mula panik mengetuk pintu resort yang menghadap laut dan terkena hempasan ombak tu, untuk dipindahkan ketempat berkumpul. Kami tanya lagi, boleh lagi bah, tempat lain katanya ombak sudah 3.5 meter. Habis tu kat sini, berapa tingginya? Selamba je dia jawab, jangan risau kurang dari 3.5 meter disini. Habis tu? 3 meter saja bah. Hadoiii!!! Pakcik nie! Beza 0.5 meter je kot! Buat lawak la pulak pagi2 buta. 

Kami tunggu lagi sambil tengok ombak yang menghempas. Kain baju yang kami sidai diluar dah diterbangkan angin, ntah kemana. Ombak mengganas, sekali menghempas, melompat2 air keluar dari lantai kayu kami. Terjerit2 kami dibuatnya.  Selagi pakcik cakap maintain disitu, kami bersabar wpn dalam hati dah pk macam2. Then kami kembali duduk atas katil, dalam jam 4.30 pg camtu, pakcik datang bilik, kita pindah ke tempat berkumpul ya, kemas2 barang dulu. Pindah? Kami dah pack barang dari jam 1.30 pg lagi pakcik. Hahaha! Mmg bersiap sedia nak melarikan diri pun. Budak2 tu pun tolong angkatkan barang2 kami. Maka dgn kalutnya kami bergerak, nampak ombak putih bergulung... Lariii lariiii..... Aku ngan dila sempat elak tapi akma, azwa & ein terkena tempias air laut tu. Seb bek basah je. Alhamdulillah. 

Menanti ditempat berkumpul sambil tengok ombak yg memukul2 resort. Doa kami, keadaan laut kembali tenang. Decision dah buat, kami akan balik setelah laut tenang, & bot keluar jam 4.00 ptg. Memang bertekad wpn kami akan lost sedikit duit tapi kepentingan dari sudut keselamatan adalah diutamakan. Masing-masing terdiam dan merenung masa depan. Kami menunggu sampai jam 7.00 pagi, nak makan bekpes dlu sebelum balik ke bilik untuk lelapkan mata sekejap. Tak mungkin kami nak balik jam 7.30 pagi, ombak masih dalam keadaan bergelora. 

So ini part 2 untuk pengalaman kami. I will update soon untuk ceritakan what was happened kemudian.

Renungan bersama :

1) Dalam keadaan genting nie, kami berhadapan dengan ancaman fenomena alam, sedangkan yang ditakutkan oleh semua orang ialah ancaman dari manusia. Sesungguh kuasa Allah tidak dapat dinafikan. Tidak semua yang kita anggaran/rancangkan berjalan seperti yang dikehendaki.

2) Hidup ini sangat mudah. Uruslah dengan sebaiknya. Baik dengan orang disekeliling. 

3) Masa chalet bergoyang, video tsunami di Acheh saja yang terbayang2 dilayar mata. Tak dapat nak dibayangkan betapa takutnya dorang. Sedangkan kami baru 1% pon dah menggigil. Aku paham maksud fobia tu sekarang.


Lotsa love,
Wani Othman 


Tawau & Semporna's Experience

Assalamualaikum wbt,

Dah lama tak hapdet blog usang nie, hari ni tergerak jari nak menaip. Memandangkan dok ada berbaring atas katil di bilik backpackers nie. Aku & Geng Jahat aku mulakan misi Mabul Island dari jam 6.30 pg td. Hihi! Secret mission la kononnya. Nie setelah jam 8.00 malam barulah berehat, badan letey sangat2. Dengan perasaan tak sihat, badan sangat tak sihat nie sebenarnya. Sobs sobs sobs. Alhamdulillah perjalanan yang cantik dari rumah ke klia2. Sampai di klia2 kami bekpes dulu then baru masuk & tggu depan gate. Flight kami jam 10.05 pagi & sampai Tawau jam 1.00 petang. Penerbangan yg mencabar untuk aku kali nie, telinga aku berdengung macam nak meletup lubang telinga. Rasa nak menitis2 airmata aku, tahan sakit. Eh eh memang dah menangis pun. Hahaha! Selamat la 3 kerusi aku duduk sorang. Lega! Turun dari flight pon telinga aku still berdengung sebelah kanan untuk 3-4 jam seterusnya. Tawakal kepada Allah sahaja aku. Bila aku google barulah aku tau yang, telinga akan berdengung dengan lebih teruk bila kesihatan aku tak bagus, demam, selesema, batuk, resdung, hidung tersumbat... Semua benda nie akan lead kepada mual & loya. 1st time aku terbang dengan simptom nie. Menguap panjang tak jadi, menguap kerap tak jadi, minum air byk tak jadi, makan tak jadi... Then aku realized maybe badan aku sgt panas. Wpn dh byk air aku minum tp still takleh tolerate. 

Lepas tggu adik akma sampai, dalam jam 3.30 petang. Barulah kami bertolak ke semporna. Mak aiiii si pakcik simon bawak van sampai dah rs mcm naik rollercoaster atas darat. Sejam je dah sampai ssmporna. Memandangkan dah lewat petang kami sampai, maka kami takleh nak direct ke Pulau Mabul. Kena transit di Semporna. Kami stay kat Backpackers Lodge. Hmm bolehlah setakat nak tido tu. Dont expect much more. Hahaha! Maka dari situ kami berjalan ke pekannya, jauh jugak.. Dlm 1 1/2 km jugak kot, si simon tu boleh ckp dekat jee... Dkt la sgt!!!!! 

Kami mkn mlm kat tepi laut, nama restoran aku mmg tak amik tau sbb tlampau lapar. Yang aku tau sebelah seaview restaurant. Mknn consider sedap & murah la. Untuk 5 org mkn, RM204 saja. Ok kn? Lps tu singgah giant beli air mineral & jajan, kami balik utk berehat. 

So sambungannya tunggu nanti!!!! 




08 May 2014

Geng Jahat ke Melaka

Assalamualaikum wbt,

Minggu yang stress sebenarnya. Banyak kerja tapi banyak benda nak kena setel before leave Malaysia. Huhu! Dah la aku nie silap baca tentatif a.k.a itinerary. Mak aiiii!!! Lewat sehari la nampaknya. Bertuah btul Nur Hazwani, intang payung gemala hati nie. Seb bek tak kena marah ngan my mum. Kih3. Minggu yang busy tapi last week aku sempat lagi berpoya2 dengan Geng Jahat aku, Akma & Kulat, oso berjumpa ngan Nora and her baby, #babyanaqi 

Seyes thing... when u serabut ngan segala mak nenek, percutian is the best remedies la. And then be around with our friend memang menenangkan. Kih2. Target kami untuk Jalan2 Cari Makan kali nie ialah MAKAN SEPUAS HATI. Yes aku memang fully praktikkan sampai tahap kesabaran depa memuncak kot. Sayang korang! 2 hari dengan dorang, aku macam pompuan separuh kelaparan. Kih3. Asyik minta makanan aje. Yela kebiasaannya kalo travel, dalam keta aku penuh ngan makanan tapi kali ni, takkkkkkk..... Uwaaaaa!!

Hari Jumaat (02.05.2014) - Akma sampai di Subang & aku menjemput dia.

Hari Sabtu (03.05.2014) - awal2 pagi aku dah kejutkan dia. Bangun Akma!!! Kita nak pi Melaka nie, banyak list of place yang kena buat. Kih2. So dalam jam 8.00 pagi kami gerak & singgah breakfast kat kedai mamak, area umah aku. Kul 9.00 aku dah menghala ke Melaka. Yeaahh!!! Yeaahhh!! Excited!

Sampai Ayer Keroh dalam jam 10.30 pagi - kelam-kabut Kulat dibuatnya. Kih3. Yela, baru bangun kan?? Around 11.00 pagi kami keluar & mulakan misi mencari makanan. Ok Akma, perot aku dah laparrr....cepatttt...dah tak tahan nie. Sumpah, kalau aku dengan dorang, selera makan aku memang memuncak, tak naik sekilo memang tak sah. Uwaaa!! Memandangkan memang dah berazam untuk makan, so hentam aje tanpa berfikir.

Sesampai je depan umah Kulat, siap berpose sambil menunggu dia bukak pintu. Macam cepat sampai la pulak... Mmm, sapa yang drive nie hah???

Aku ngan Akma depan rumah Kulat. Sepraissss!!!

Tempat pertama yang kami tuju ialah Restoran Lineclear Kampung Jawa. Nak makan satay tapi satay hanya akan dibakar selepas jam 12.30 tengahari. Frust! Kih3. So kami makan Rojak aje... Tapiii, rosak tu sumpah sangat sedap. Aku masih dok teringat2 nie. Seb bek jauh, xde la aku nak ilang ingatan sangat kan?




Restoran yang sumpah sedap! Utk satay and rojak la. Yang lain aku tak jamin, okeh! Sila cuba sendiri. 


Muka budak eksaited nak dapat makanan. Kih3. Thanks Kulat melayan aku yang sokmo lapaq je.


Rojak sumpah sedap!!!
Dah kenyang perots, kami decide nak jalan kaki ke Jonker 88 a.k.a Jonker Street. Kekonon nak mencari jus mangga. Ingatkan dekat la jugak ye nak jalan...tapi nan hado yang sayang, kebas gak kaki aku berjalan beserta dengan peluh yang membasahi baju. Tapi demi semangat ngan kawan2, aku rela & redah. 

Aku tak tahu rupanya jus mangga tu guna macam pelam kurang masak plus asam boi. Mak aii masamnya laaa... Uwaaa!! Tapi sapa yang suka, leh aje try. 

Akma pun dengan semangat jugak bawak kami ke kedai makan nie, siap orang menunggu tengah panas, demi nak makan asam laksa Nyonya, tapi tak sanggup nak dok lelama kat situ, sebab sumpah memang ramai. Cha ya nun alif takpe la leh makan berdiri kan... Kita nie takkan nak jadi cam tu jugak. Dah tak jadi, kami decide nak blah and patah balik ke tempat parking yang kena bayo RM3.00 sekali masuk. Kih3. Nak menyebut gak harga sebab aunty tu mcm ganas je. Dah la dapat untung atas angin je kan. Sempat menyinggah kedai Mamee Monster lagi.. Hihi, aku panggil muzium. Sebab apa nama kedai xtahu, sebab niat yang sebenar ialah nak kena aircond aje, hihi! Namun sempat la menengok apa yang ada dalam tu. 

Then dok pening2 nak makan kat mana kan, aku ajak Akma pergi melawat umah ex-boss dia. So memula plan nak tapau Coconut Shake Klebang tapi dorang cakap, after balik dari Bertam la. So okay la kan. Asalkan perot aku tak gediks lapaq lagi x ape la. Hihi. Dah sampai umah x-boss dia, dorang jamu mangga nyicah ngan cili kicap. Mak ai, masam lagi?? Perot aku penuh dengan asid je ari ni. Pls perot sayang, tolong la jangan meragam ye. Pls. Hihi! Nasi belum makan nie. Sejam pertama aku behaved lagi sebab belom lapar. Tapi lepas tu, sawan aku dibuatnya. Hihi! Terus ajak balik. Ontheway dok merengek2 sebab lapar. Hahaha! Cian kawan2 aku terpaksa melayan kerenah melampau aku. Tapi seyesly aku jadi sangat lapaq ok. 

Near to restoran tadi... ada jambatan nak menyeberang ke Jonker Street. Monopod memang sangat useful la. Hihi! Biar la orang nak tengok pelik. Tapi aku tetap selamba aje guna. 


Panas terik tak pernah menghalang aksi kegedikan kami. 


My dear bff - baru dua - ada lagi dua orang.


Us - depan kedai mempelam - jus mempelam ye - masam la Akma oii... hg nak bagi perot mummy terbelit ke hah??


Budak yang baru 100 tapak dapat minuman lagi.... kih3


Beria2 muka aku dapat peluk Mr Potato - muka Kulat tak blah melayan perangai aku


Kenai tak?? Mamee Monster 


Kawan2 yang bersabar dengan kerenah tourist aku. Hahahaha! Sayang hangpa!
Dorang nak bawak aku beli Coconut Shake Klebang again, tapi dek ketidakpercayaan terhadap plan aku, maka dorang u-turn. Uwaaaaa!! Tanak percaya lagi..aku x tipu laaaa...  maka terlepaslah coconut shake yang ada. 

Demi memujuk, cadangan berikutnya ialah ke ABC Tanjong. Okla. Asalkan boleh makan. Kitorang order satay sikit, memasing order kuey teow kerang mahal plus pedas a.k.a silap pi order sapa suruh.... Hahaha! Aku ngan Kulat order Chocolate Shake, this one memang sedap. Consider masuk dalam list santapan terhebat. Aku suka2. 

Satay dekat ABC Tanjong, Tanjong Kling


Chocolate Shake yang super sedap! Ai likes uols. Dapat minum berkali-kali pun saya sangat suka. Jommmm!!!


Kuey teow yang so-so aje tapi pedas menyengat
Kenyang lagi, kami berpindah port ke Pantai Puteri, Tanjong Kling, pantai yang banyak mengukir potret2 kenangan kami berlima disini. Ntah la, Melaka seakan dekat dihati kami berlima, sedangkan kami nie x-student UUM sebenarnya. Maybe tabiat kami yang suka bercanda dipantai agaknya. Sambil2 lepak sekejap kat situ, nak duduk tepi pantai xleh sebab pakai baju elok kan. Kang kotor lak. Maka dengan itu, kami hanya berfoto gedik dengan monopod. Almaklumlah hobi kami nie bergambar & fungsi aku memang sebagai photographer grup. Hihi! Kontrak selamanya, agaknya la. Menunggu jugak nak merasa Satay Pantai Puteri, satay lagiii... tapi kedai tutup la pulak. Sedey!

Kami di pantai feveret, Pantai Puteri, Tanjong Kling, Melaka


Muka kekonon manja la tuee.....




Dari Pantai Puteri, kami bergerak ke Portugese Settlement pula. 1st time aku sampai ke kawasan penempatan masyarakat Portugis Melaka. Masuk je parking, aku dah panic, nape dorang semua serbu kete, memula aku cam takot nak turun. Memandangkan kulat nak cadangkan jus mangga yang katanya sedap & berlemak macam lassi, so aku ikut gak la. Haiiissshhh, jenuh dihurung kami macam lalat. Huhu! Aku takot, aku jalan perlahan, biar dorang2 tu ikut Kulat & Akma dulu. Hahaha! Ada sorang yang menghampiri aku & bisik, "u just let them know which table u want, if not they wont leave u,". Ayooo.. kami bukan nak makan. Lepas beli jus mangga masam tu, kami trus belah. Masam lagi. Haishh! Sopan ye perot. Atleast untuk 2 hari je. Hihi!.

Aku di Portugese Settlement


Menikmati jus mangga buat kali kedua di Portugese Settlement, apa la rezeki aku... kena yang masam lagi... 2 kali aku makan benda masam...
Haih, xkanla kami tak makan malam. Apa pilihan yang ada? Kulat cadangkan kami untuk try Asam Pedas M.D.T dekat area Ujong Pasir. Maka kami kearah situ nampaknya. Sebenarnya perasaan fobia nak rasa asam pedas tu ada, bukan apa selama dok pegi Melaka nie & mencuba banyak makanan, susah dapat yang sedap btul la. Yang ini, sangat lulus okeh. Nasi panas dengan asam pedas ikan pari & asam pedas ikan tenggiri. Sedap! Masak after di order. So not bad la kan?

Acara penutup untuk malam tu ialah sesi berkaraoke selama 2 jam. Macam nak pecah anak tekak aku melalak. Rasa ilang stress yang ada. Tenang je perasaan. Kul 12 tengah malam baru sampai kerumah. Meronggeng benar la kami seharian. Tapi tetap terbaikkkkkk!!!

Seriously yang nie memang sedap. Selama ni pegi Melaka, tak penah puas hati makan asam pedas tapi kali nie memang terbaik la jugak...sebab kuah pekat & panas2 gitu. 


Apa lagi.... acara penutup untuk hari tu... karoks laaa...menjerit sepuas hati... Lega aku rasa... Rasa terluah segala kesusahan dihati. 
Perjalanan pada hari Ahad (4.05.2014) - aku akan hapdet kemudian ye. Dah lenguh menaip nie. Hihi!

Muka semangat pagi2.. sebab nak gi bekpes kat Muar. Dari Ayer Keroh ke Muar kitorang bergerak. Semangat! Makanan punya pasal.


Satu pagi di pekan Muar.


Muka gembira menyantap nasi lemak. Nasi lemak seciput yang hover sedap!


Nie pulak namanya lontong...lontong yang mengimbau kenangan lalu sebenarnya. Kuah memang perfect, sebab selalunya orang akan buat kuah lodeh cair.


Tauhu lentok. Jangan ditanya kenapa nama macam tu, aku taktahu sapa yang lentok sebenarnya. Tapi sumpah! Sangat sedap!


Benda utama yang dicari kami. Perfect one. Satay paling terbaik. Aku makan memang banyak. Tak pernah dibuat aku makan satay sebanyak tu. Hasilnya, balik timbang, naik sekilo. Tahniah!


Di Dataran Tanjung Emas, Muar with Kulat. Memang macam tourist!


Dua-dua nie pernah menjadi roommate for about 5-6 sem la jugak. 


Kesian kat batang pokok nie yang menjadi mangsa... kih3


1st time try Coconut Shake Batu Berendam - not bad! Still sedap!


Baby Anaqi kesayangan mommy, mummy, mami, mama & mak. Pepandai je aku susun. Kih3.


Pengasuh Anaqi!

07 May 2013

Asia Music Fest at Juru Auto City

This one really unplanned programme for ai actually, ai even didnt really know this event will be held here. Thanks to Akma surely & her sister, Dila. Dorang yang invite ai. Terutama Akma yang sanggup came & fetch me at home, sebab ai xde sapa2 nak sent me to Seberang Jaya. Hihi! Thanks Akma! Love u dearie! Auwww! 

Main planned was : Akma & her sis, Dila wanna watched Anuar Zain's performances. Hahaha! Ai sememangnya kurang minat sebenarnya kat AZ. Sorry AZ! But ai promised since that nite, ai sure akan minat u always. Hahaha! Betrayed punya fan! AZ memang memiliki lagu & suara antara yang terbagus di Malaysia. That one im not denying okeh! Memandangkan AZ jarang2 sekali perform in public macam that day, so ai nak grab the opportunity too. Ahaks! Lagipun ada Misha Omar, omaiiigadddd! Yang ini memang ai suka since dulu2 lagi. Bunga2 cinta gitu! 

Bila kami sampai at Auto City, mak aiiiii..... Bukan ramai orang! Tapi macam kami aje kot! Hahaha! Until 8.45 malam barulah orang mula ramai. & the event itself gonna start. By the way, menjadi org yang awal, we ols mmg berada paling hadapan uolssss! Sebabnya ai dah ngorat apek security tu... Hahaha! "Ini tempat ai reserve for u!". Ko mampu.... Hahaha! 




Above pic : ai & my dearie bff, Akma

Later on, MCs for event adalah Nasz & Yasmin Hani. Not bad at all! Owh ya.. This event ada around 10 artis la : AZ, Misha Omar, Faizal Tahir, Joe Flizzow, Along & Angah, Awie, Khadijah Ibrahim, Ramli Sarip, Asmidar & sapa lagi ye... Maklumlah x tunggu sampai abeh! Hiks hiks hiks! Kantoi! 



Persembahan dimulakan dengan Asmidar, opkos la she sang my peberet song, Biar Mimpi Sampai ke Bintang. Suara dia? Not bad at all. She's try so hard! & she's good too! 


2nd performance? Opkos la Abg Superman Malaysia kan.... Faizal Tahir. FT with his "haunted" songs. Terbaekkk wokkk! Not bad at all to come & listen for a free concert. Hahaha! FREE ye? 


Next was Misha Omar! Omaiiigadddd! Yang nie memang tujuan utama aku : ai such a big fan for her. Hahaha! Betul. Ini ai x tipu okeh! 1st MO nyanyikan lagu Adam & Hawa, opkos la ai pandai nyanyi lagu nie sbb ai peminat dia kan. Poyo lak ko nie Wani. Next dia nyanyi lagu Angin Syurga, this song yg aku tunggu2. Her new song. Apalagi.. Sambil rakam, ai melayan jowang laaa... Hahahaha! She's looks so adorable with skirt kembang, kulit mulut, nice smile & polite words! Laat song, lagu si Pontianak tu combined ngan Bunga2 Cinta kot. If im not mistaken laaaa! Sorry ai nie kan cepat lupa tapi masih waras okeh! Dgn MO, hanya mampu lambai2 & peace aje. Cukuplaaaa.... Enough for me! 



Next was Anuar Zain. This part memang Akma & Dila sangat2 tunggu. Dorang menjerit, ai pun naik menjerit2 jugak ala2 histeria... No no ala2 Wisteria Lane... Seeing him in a coat & soooo neat, wah! So handsome la! His 1st song was Ajari Aku. I likes this song so much! Really2 much! For sure la ai akan layan perasaan sambil rakam vid kan? Bila he buat eye contact with me, wah3 berdebar2 ai nyahhh.... Adakah kau menyedari aku pon asek menyanyi sesorang jugak? He decided utk turun dari pentas. Wah ai tetus jadi hover, ala2 umur baru nak masuk 19 tahun. Hahaha! He came down & menyanyi depan peminat disebelah kiri aku. Jauh la sikit. Its okay. For me, ai nak dgr dia nyanyi je. Ai dh tgk AZ kat Subang Airport last 2-3 years ago. But when he came straight away infront of me... Omaaaaiiigadddd he is soooooo damn charming!!!! With his lesung pipit & he continues sang towards my phone. See, ai wat screenshoot gitu as a proof.. Hahaha! Maybe sbb he's seeing me dok nyanyi, he came closely & asked me to join him. Hahahaha! Ko sanggup ke dgr sora katak aku wahai AZ? Apa? sanggup? Hah, dengarlah. Aku yg x snggup sebenarnya.. Hahahaha! 

Omaiigadddd, im speechless. Totally speechless. Ai never thought that dalam ribuan perps there, he saw me. Thanks AZ! It was a really wonderful nite! Having u singing infront of me! Even u dont who i am. Hahaha! 

Pastu aku ckp kat Akma, after this ai declared myself as peminat AZ la... Boley?? Hahaha! 



Seusai AZ nyanyi, kami bertiga pon cabot lari balik. Done! Ai pon dah dpt msg from home. Takmau balik lagi ker? It was already midnite! Ai bkn duduk KL ye nak balik lewat2...ai di Kepala Batas... 


Anyway Akma, ai really had a good outing with u. Lepassss stress ai jerit2... Terkinja2.... Macam remaja. Hahaha! Dont mind laaaa......

Love,
Wanie Othman

The sadness thing in your life

Just a quick update as a reminder to myself Its really hard to accept that life as a fat woman actually. Hahahaha For the 1st time aku merun...