Showing posts with label HoNeyMooN. Show all posts
Showing posts with label HoNeyMooN. Show all posts

21 May 2013

Review : Sabah Negeri Dibawah Bayu

Assalamualaikum,

Sabah always be one of my favourite's place a MUST visit. Hihihi! Opsss happy Weekend dear! Again, ai duduk umah je uols. Hihi! Seiring dengan peningkatan usia. Poyo je ayat ko. Back to my main topic, Sabah.

Kali nie ai pergi ngan my family. Adik2 ai x pernah lagi sampai ke Sabah. Sebab itu la ai amek inisiatif untuk kesana. Hari tu kan dah pergi Sarawak. Flight we ols drpd Penang. Penang to Kota Kinabalu. A week before nak ke Sabah, ai dah booked sesiap kete sewa, through online aje uols. Senang. No deposit masa tu. Okeh mudah! Sampai KK around jam 2.00 petang, kami tapau KFC aje. Then terus direct ke Kundasang, aku tanak la lewat sangat naik ke Kundasang, kang kabus tebal la pulak. I wasn't a good driver plak tu kalo time ujan and berkabus. And the good news was memang masa tu asyik hujan la pulak. Dalam 30km nak Kundasang ada minor landslide pulak tu. Agak2 bila GOV nak perbaiki main road kat situ yer? Buat jalan besor2 macam highway PLUS ke kan.... mudah......

Sesampai ke Kundasang, aku straight away pegi check-in kat Kinabalu Pine Resort. Nie antara my peberet resort dear, sebab apa? Sebab atas bukit dan mengadap Puncak Kinabalu. My peberet scene ever kononnya kat sini. Suhu kat Kundasang pulak time tu sejuk manja2 macam kat Cameron Highland, lagi la ai suka. Hihi! Dah dapat bilik, apalagi aku ngan adik2 terus la menerkam KFC. Lapaq dowh! Gila ke apa..time tu dah jam 4.00 petang, last makan time breakfast kot. Dah la sepanjang jalan, aku ngan adik2 melalak macam nak meletop kete tuh dibuatnya. Mak ngan pak aku bersabar aje kot sepanjang jalan. Hahahaha! 

Hah, dah dapat bilik...kauuu...terus takde nak kemana2. Malas. & letey. Hahahaha! Aku kesian gak kat family aku, disebabkan keletihan yang melampau, petang tu takde kemana. Lagipun kat Sabah kan gelapnya awal. So aku ngan adik2 terkinja2 around situ aje sambil shoot gambaq. 

Untuk malam pertama, makan malam mmg dah disediakan di resort berkenaan. Nice food. Kami awal2 lagi dah terbongkang. zzZZzzz.........! Nama pon percutian yang santai. Maka kami santai2 aje la. No pressure. =)

Me, si gediks!

Me, Mimi & my Mum - berlatarbelakangkan Puncak Kinabalu

Me & my sis, Mimi
2nd day - awal2 pagi lagi kami dah bangun, rasanya jam 5.00 pagi kot. Hah, kauuu! Punya la awal. Sebab apa? Sebab nak mengejarkan shoot puncak Kinabalu yang jelas, lagi terang-benderang tue. Hahahaha! Best siot! Pas tu pegi bekpes, pas bekpes sambung tido. Rasanya kalau orang lain, awal2 lagi dah keluar & mula meneroka alam. Kitorang TAK! Kuar btul2 time untuk check-out. Memang sengals. 

After check-out kami terus pergi ke Poring Hotspring. Hanya dorang aje yang berendam2kan kaki tue, aku tak. Malas nak basahkan kaki seluar aku la pulak. Cukuplah aku hanya menjadi driver sahaja. Hihi! 

After dah abeh terkinja dekat Poring, kami patah balik ke Kundasang. Aku pun menghala ke Mesilau, nak tengok lembu. Abah ai dah bengang. Hahaha! Nak tgk lembu, kat umah pon ada lembu gak. Abah ai dulu pun bela lembu jugak. Hah ko! Dah la naik ke Cattle Farm tu, mak aiii tinggi nye..... guna pulak kete Proton, mana la nak larat tarik ke atas... kalo kena 4WD hah, baru lah sedap. Hihi! Demand. 

Suasana masa itu, dah ujan2 manja la. Nak jalan kesana-sini pun cam kurang menarik la sebab ujan kan. Kami decide nak terus turun ke Kota Kinabalu aje nampaknya. Pesen jalan2 kami memang macam nie. Bukannye jenis yang memang akan pergi ke semua tempat... no..no.. no... kitorang pergi jejalan light2 aje. Hihi! So sebelum nak sampai ker Kota Kinabalu, aku decide nak mencari lokan bakar. My most peberet food kat Sabah. Bayangkanlah even aku dah pegi a few years tp ksedapan lokan tue masih terasa. Hover tau ko nie nyah kalo describe pasal makanan. Hiks hiks! Kedai2 tu bderet2 kat Jalan Sulaman. Do try it if u ke Sabah okeh!

Suasana petang yang ujan2 manja tu menyebabkan kami terus ke menghala ke hotel untuk check in. For Family room, ai decide untuk pilih Promenade Hotel & Apartment. Much better. Dekat sangat ngan shopping mall & tepi laut, near to Jalan Sinsuran & Pasar Filipina. Hah, dekat sangat kan?


Balik rehat2...pas maghrib kitorang pun menyerbu Pasar Filipina untuk dinner. Memang superb la makan laut yang kitorang pilih! Berbaloi2... (gara2 makan tak terkawal nie.. badan ai bam bam kembali & sukar untuk turun! Uwaaaaa! - kesan yang berpanjangan nie). Jangan pulak uols tak mencuba tau! Rugi amat seh! 


My mum, dad, Mimi & Cikah

Dorang tengah merendam kaki dalam air panas. Ai? Ai la si pengambil gambar. Hahahaha!

Nie kitorang kat Cattle Farm, Mesilau. Ya Rabbi... punya la siksa nak naik kesana kalo guna kete ala2 sempot! Huks huks! Kalo pakai 4WD mesti x sengsara segitu rasanya. Sesampai kat sana, macam nak tercabut lulut ai.

Lokan bakar! Kat area Jalan Sulaman nie memang banyak kedai yang jual lokan bakar. Tengok macam biasa2 aje tau. Tapi RASA?? perghh.... the best one I ever had. Mentarang memang aku x makan. But this one, sedulang nie mana cukup. 1st time aku rasa lokan 3 tahun yang lalu, masa 1st time aku datang Sabah. Bcos of this, aku sanggup mencari2 lagi. Hiks hiks!

Inilah rupa lokan yang masih belum dibakar...dont judge a book by its cover dear! Hiks hiks!
Day 3 - memula plan nak ke Pulau Manukan.. tapi berakhir dengan habeskan wang di Jamilah di Jalan Sinsuran. Hah kauuu!! Pas penat menghabiskan wang beli brg2 silver. Balik pengsan kat bilik. Kuar petang untuk makan kat Tanjung Lipat, pastu pusing2 pasar malam. Ngeng sangat kot! Memang tersangat santai. Hihihi!

Me at tepi laut... nice view!

Me & my siblings

Me & Cikah kat Tanjung Lipat

Ayuhhhhh kita menyerbu Kedai Jamilah kat Jalan Sinsuran! Hahaha! Tengok Mimi bersemangat dia berjalan didepan....

Rambang mata!

Nama dia Boboi... so kalau pergi area sana, pergilah ke kedai dia. Lawak amat seh mamat ini. Jangan lupa beli Kopi Tenom! The best one!


Permandangan Kota Kinabalu diwaktu senja daripada Bukit Bendera

We had a candle light dinner kat Tanjung Lipat. My mum & dad dah tak ikot sebab tak larat nak jalan. 
Day 4 - Awal pagi dimulakan dengan breakfast McD aje. Hihi! Selepas itu terus shoot ke airport tetapi sebelum ke airport kami singgah kejap di Tanjung Aru untuk bergambar. Yeeahaaaa! Nie dah memang jadi hobi kot. Then lunch kat airport. Bye bye Sabah! Will come again Insya Allah! =)
Me & Mimi at Tanjung Aru before pegi airport

Me & Cikah - gaya gwiyomi gediks!

Yeeeehaaaaaaa! Satu lagi vacation DONE!

Tadaaaa! Finish! Si pemalas yang menulis entri tapi short cut aje punya la banyak.

Love,
Wanie Othman

04 July 2011

Pulau Perhentian yang SANGAT DIRINDUI





Last year, aku ngan family members and oso my good friend, Aini dah pegi bercuti ke Pulau Perhentian, Terengganu. Bahagia and heaven uols. :-) One of my favour place is Pulau Perhentian. Sangat sure walaupun aku tak suka berjemur dan tidak reti berenang.

Huhu! Sangat rindu nak kesana lagi. Sapa nak ikottt? Cepat angkat tangan ye. Ayuh dong! Dan jangan lupa banje saya sekali ye. Make sure Pulau Perhentian dalam senarai Cuti-cuti Malaysia anda!

Love,
Wanie

Panduan ke Singapura

Singapura? Argh,rasa macam nak pegi lagi dan lagi dan lagi.... Best siot! Memula we ols tak plan pon nak ke Singapura. Weh, nak ke seberang laut sendirian bukan pilihan terbaeek untuk orang kampung macam aku nie. Ahaks! Tak malu kan nak mengaku. Selalunya kesana sini mesti ikot pakej tapi kali nie nak hentam kromo aje. Thanks to Allah sebab aku nie macam GPS manual. 2 orang partner aku pon tak penah ke Singapura, aku apatah lagi... bertambahlah jakun. But... but...aku nie jenis suka study dulu pasal tempat orang sampai la aku leh over bercerita macam laaa dah penah sampai. Ahaks! Ada perkara korang kena wat la....;

1) stadi betul-betul pasal negara orang. Apa yang korang leh buat and apa yang tidak patot sama sekali. Ingat! Nak masuk negara orang, mestilah hormat budaya dorang lebih dahulu. Itu harus. Jangan riso, korang tak payah nak pegi library segala bagai untuk tahu pasal sesebuah negara. Internet kan ada. Jangan MALAS! Wat itinerary dulu. Lagi banyak korang stadi, lagi untung korang. (memang sangat untung bila balik Mesia, aku demam seminggu). Aku memang sangat berterima kasih dengan pakcik2 SEARCH ENGINE, memang sangat2 membantu menunjukkan arah kepada manusia-manusia budiman yang berkongsi pengalaman. Terutama pakcik PANDUAN WISATA KE SINGAPURA. Superb seh!!!! Aku punya la baca panduan orang ramai nie sampai aku rasa aku dah memang duduk Singapura. Ok! Ok! Aku OVER dalam becerita. Ahakss! Then senarai pendekkan tempat yang korang rasa nak pegi. Bila sampai kat sana perlu buat apa...ok! Penting. Stadi!

2) Sebelum pegi tuh, make sure bawak kelengkapan yang sesuai and bag yang sesuai. Nama pon backpacker kan? Jangan plak korang ngusung beg troli. Tak sesuai dowh! Sangat tidak sesuai, korang bukan dalam AF.Bawak la hiking bag ke...Ok la! Segala ubat2tan jangan dilupakan, macam aku hari ketiga dah demam.Tapi still bleh melompat dengan lebey tinggi (mana tak nya kejakunan aku nie memikirkan duit yang dah dilabur. HARUS ENJOY!). Opss SORI sangat lupa. Baca laporan kaji cuaca ye sayang-sayang sekalian. Time aku pegi sana, musim ujan malu-malu. Maksudnya kejap panas gegila, kejap ujan. Nie faktor utama aku demam selain daripada berjalan kaki bagai nak rak.

Maka dengan itu, baju ujan sekurang2nya dua kena la dibeli siap-siap dari Mesia. Takkan nak bawak payung kot.. Tak rock la uols nie. Selain dari tuh, pandai-pandai la korang bajet bila agaknya matawang Singapura turun, cepat-cepatlah pegi tukor. Dapat murah best siottttt! Shopping macam nak rak tuh! Oppss, tak masuk lagi part shopping.... Huhu!

3) Sesampai je di airport Singapura dan perlu melepasi Pemeriksaan Imigresen dorang, maka aku dah wat muka ala2 syomel dan takot. Iyer, memang aku takot. Mana tau kena halau balik Mesia ke... uih,uih aku dah bayar ok ticket ke Universal Studio. Nanges kalo tak lepas. Pastu dah nama pon percutian bajet, so dengan pusing-pusing bagai...tanya kaunter sana-sini (jangan risau diorang sangat friendly, tambah2 tengok muka tak ketahuan)...korang sure boleh cari KAUNTER UTAMA MRT. Untuk apa? Supaya korang boleh beli pas MRT untuk 3 hari korang di Singapura. Maksudnya gerak sana-sini naik MRT cukup la. Ape? Bape regenya? SING$ 8.00 sehari plus SING $10.00 untuk rege kad. Ok. Worth it! Sebab korang akan turun-naik and turun-naik. Lain la kalau korang naik teksi.....Ops, jangan lupa mintak MAPS MRT daripada pakcik yang jaga kat ctu. Sangat2 membantu, for sure korang tetiba dah bertuko jadi warganegara SING sebab terror la pasal MRT nie.

4) Sebelum ke Singapura, make sure korang dah BOOKED hotel ke ticket masuk ke UNIVERSAL STUDIO. Korang jangan nak perasan cuti diorang sama ngan kita ataupun time korang pegi takde visitor dari negara lain. Semua tuh leh dibeli secara online ye sayang. Yang penting ada kad kredit aje la. Hiks... hiks!

5) Kenalpasti tempat anda akan laburkan segala matawang asing anda! Hahahaha! Locate it clearly before u arrive Singapore. Hahaha! Jahat aku. Aku tau perkara terpenting ialah SOUVENIR kan? Korang lepak kat area BUGIS STREET ngan ARAB STREET pon dah cukup. Banyak seh! Hmm pada pendapat aku, kalau korang jenis manusia yang suka WINDOW SHOPPING masa di Mesia nie, sangat menguntungkan lah. Sebab apa? Sebab korang leh survey, tak semua barang dia murah dari Mesia. Ada banyak yang Mesia murah lagi. Part nie korang jangan segan-segan nak calculate or open korang nye calculator tengah jalan. Ok? Untuk barang branded or high-end product, macam tuh laaa....

6) Jangan BERKIRA sangat masa nak keluarkan duit tuh. Kang sikit-sikit nak convert. Hah, pakai tak hidup la korang kat sana!

7) Sebab korang backpacker, maka korang akan berjalan berbatu-batu. Dan aku dah hilang 4 kilo lebey sebab 3 hari 2 malam punya travel. Best siot!

Maka itu sajalah serba sedikit pesanan penaja. Ahaks! Kalau aku rajin, nanti aku ceta pasal excitement kat sana pulak. Ops, aku tanak janji pape sebab ada banyak lagi post yang aku janji tapi aku pendamkan. Ahaks!

Love,
Wanie



04 June 2011

Seminggu di Kampung

Aku setiap tahun memang dah ada perancangan cuti. Awal tahun lagi aku dah plan cuti. So tahun nie cuti seminggu jatuh dalam tempoh cuti sekolah. Lagipun disaat ini, aku tersangat perlukan cuti la.

Tapi kali nie, cuti aku hanya di rumah sahaja. Sebab tok aku sakit, pak aku ada komitmen untuk menjaga maknya sehari-harian. Takkanlah aku sebagai anaknya nie, nak plan untuk berliburan la pulak. Tak koser gituuuu! Jadinya aktiviti harian aku di rumah.

Hmm.. Tak baik tau nak merungut yer. Nak wat macamana rezeki aku untuk bekerja di negeri lain walaupun impian aku sebenar di negeri kelahiran aku sendiri je. Dalam situasi masalah peribadi dan masalah keluarga ini, hubungan antara manusia lain pun kadangkala akan retak. Mungkin sebab mereka tidak memahami atau kita yang tidak faham dengan orang lain. Tapi takpe anggap je semua nie sebagai dugaan.

Aku ada mende lain nak kongsi tapi nantilah. Nie aku update blog guna henpon je. Sejak pakai henpon canggih aku bukan makin rajin nak memblog atau berFB tapi makin malas. Ya Ampun!

So see ya later!

21 April 2011

Muzium Tentera Darat Port Dickson

Hari ketiga Geng Jahat di Port Dickson dimulakan dengan MANDI LAUT....eksaited seh. Memang kali nie aku dan kawan-kawan dah tak kira nak rentung ke burn ke..cam melepaskan gian la dengan mandi laut. Sadly there's no pix at all. Sebab abes mandi laut, kami mandi kolam plak (a week after baru sedar yang muka saya dah burn....alamakkk...garing seh!).

Kul 12.00 tengahari dah kena check out. Sempat la mandi, berkemas dan camwhoring dulu sesama kami. Enjoy la our pix kat bawah nie nanti ye. On the way back kami sempat singgah di Muzium Tentera Darat Port Dickson lagi (at last singgah gak muzium). Cuaca sangat la terik dan panas. Selama nie dok lalu je depan tuh tanpa ada keinginan untuk singgah tapi kali nie atas ajakan Nora, kami semua singgah kesana. Hihi! Tiada bayaran masuk yang dikenakan tau. Just give a time la untuk pusing-pusing kawasan itu. Banyak objek a.k.a kenderaan yang boleh anda semua bergambar. Tak salahkan untuk bersifat a bit patriotic kan? Hihi!

Selepas itu kami direct aja ke LLCT untuk said bye-bye to Akma. Sekejap aja kan masa berlalu...Huhu! Missed that moment soooo much. Best tau bila bergila dengan kengkawan nie. Geng Jahat yang join PD ari tuh, me sangat missed laaaa...Rasa cam nak gi cuti-cuti lagi. Amacam? :)

Di pantai lain..juz untuk amek gambaq aje
Dalam bilik dan aksi gedix!

Paling suke dengan pic yang tengah nie. Siap wat wallpaper lagi Uuuuuu.... @ Muzium Tentera Darat

Love Lady Wanie



07 April 2011

Geng Jahat Meronggeng Rokiah ~ Day 1

Plan nie dah lama kami rancang, rasanya since balik dari meronggeng di Penang hari tuh. Dengan paksaan kami dah mintak Akma untuk mai ke Kl pulak. Okay ape, nie turn Akma untuk kesini. Hihi! Maka dengan itu, aku dan Nek Rock dah berhempas pulak la weyy untuk menyambut VIP ( nie Nek Rock yang bagi nama ok!)

Hari Khamis aku dah amek cuti, bukan apa aku baru balik dari Melaka hari Rabu, rasa badan sangat sakit. So me decided to took an one day leave. (sori ceta pasal Melaka aku blom review lagi, andaikata nak baca dulu leh melawat my best buddy nye blog, Cik Wan) Apalagi hari Khamis tuh aku bertungkus lumus la mengemas rumah, walaupun takde la kemas sangat pon. Bak komen Nuna Tana tuh, sama je. Hihi! Suko ati den la kak oiii..... I kemas guest room untuk VIP dulu :) and I kemas dapur sikit n cuci bilik air. Bukan rumah baru kan, so takdela nak tuko tetiba jadi kondo mewah plak kot...Hihi!

Malamnye Nek Rock a.k.a Azwa datang rumah...Mm..kami nie pantang jumpa...mesti akan bersembang panjang (poyos setiap minggu jumpa benonye) dan tido lewat la malam tuh (oppsss...harap maklum yer kami takde masa nak ceta pasal orang len and talk bad bout others. jangan perasan!).

Pepagi lagi...sama je cam orang nak masuk keje, kami gi amek Akma kat LCCT. Mata dua-dua orang pon kuyu je, still mamai nak nengok jalan. Tapi sangat bersemangat okay nak jumpa kawan lama, nak bergosip pasal orang, yang pasti takde masa nak kutuk orang len. Apekehalnye kitorang nie nak hengat pasal orang lain sangat kan??

Lepas amek Akma dan that time baru jam 8.30 lebey2, so aku ajak depa bekpes kat Restoran Kak Mah dekat ujung Putrajaya tuh. Makan nasik kerabu. Sedap wo..tambah-tambah ayam gorengnya. Yang pasti orang yang datang tak putus-putus la. Sentiasa ada orang. Hebat.

Cantik kan kaler nasik tuh...biru-kebiruan

Berselera tak korang?

Azwa dengan pandangan jauh nye...mesti pikir...nak kemana ek pas nie?
Oleh sebab awal lagi, Azwa pon bawak le kete pelan-pelan, bukan apa...nak pegi ukur jalan pon. Tengok la baru jam bape kan? Orang pon tak sempat nak menguap dah suruh bukak kedai. Yela macam dah nak masuk keje awalnya. Azwa pon drive la menghala ke Pusat Bandar Kuala Lumpur (nama pon bawak tourist so ayat kena ala2 tourist guide jugak). Pikir punya pikir, nak bawak kemana lah si Akma nie, dia pon jenis slalu datang Kl jugak. Adus, fonin mummy nak pikir nak oiii... "Apakata kita pi muzium ja?" Yela kita buat activity len dari yang lain... Haha! Azwa jawab "No way, hangpa dorang masuk..aku tunggu dalam keta". Akma bagi idea lagi best..."Hangpa dua orang ingat aku mai KL nie nak buat folio Sejarah kaa???" Hahaha...tak leh blah jawapannya.... Last2 decide nak ke area Bukit Bintang aje, sebab Akma nak beli kasut lain (dia pakai high heel hari tuh :) ) and aku pon nak beli kasut jugak (sebab aku dah pakai elok je ari tuh..tup..tup..kat kaki, pakai selipar toilet aje...huhu,terlupa tumpang kete orang..mana nak ada kasut sendiri dlm kete kan?). Ye la tuh kan......niat sebenar memang nak kasut kan?


Destinasi pertama kami ialah Sungei Wang, nak mencari kasut. Huhu, memang awal la kami sampai..kedai pon baru buka cikit-cikit je. So dibawah nie pitcha kami di area Bukit Bintang, Sempat la melawat Fahrenheit and Pavillion. Huhu...beli la apa yang patot...keluar masuk kedai itu and ini....
Pitcha area Bukit Bintang


Selepas kami dah berpoya-poya di Bukit Bintang, cuaca teramatlah panas. Sangat terik. Huhu... Then kami decided untuk ubah haluan jalan-jalan ke Kota Damansara pulak. Nak bawak Akma menyantap ice cream, our favour ice cream. Di Ice Room Kota Damansara, berdepan dengan Giant Kota Damansara. Hmm..sure korang pelik kan sebab asek-asek bab makan aje... Jalan sikit makan... Jalan sikit lagi makan jugak... Hihi! Dah memang niat macam tuh. Akma pon nak try makanan best aje. Jadi tadak hal laa...

So makanan yang paling disyorkan setakat nie : semua ice cream yang ada (my most favour is mango pomelo snow ice), and nasik goreng kampung...cayalah! Mantop

Abes makan, kami pegi Giant kat depan tuh. Aku nak beli vacuum untuk umah, memandangkan ada duit sikit. Tapi tangan yang gatal nie bukan setakat beli vacuum ja, dengan DVD player skali aku rembat. Amacam? Hihi.....Then balik umah...ketiga-tiga trus pengsan...Krohh...Krohh.....zzZZzz...

Dalam pukul 8 camtu Nora dah call kami, FYI Nora join lambat skit, means lepas keje...Sebab dia takleh nak apply cuti. Kami tunggu dia sampai, then trus ke Williams Kelana Jaya untuk menjamah makan malam. Memang nie a part of programme yang kami aturkan untuk Akma.

Semasa sampai disini, sebenarnya ada ceta. Masa aku ngan Azwa pegi melihat menu di papan itam pak cik William yang besaq tuh, Nora dan Akma telah terjumpa dengan satu purse yang jatuh kat situ. Maka dengan baik hatinya, Nora ingin membantu individu itu, sebab semua pengenalan individu tuh ada dalam purse tersebut kecuali nombor telefon dia. Takpela Nora, pas makan kita pegi balai polis. Ok? Maka dengan itu, kami pon menyantap la sepuas hati... sedap woooo...! Kami order Seafood Carbonara, Mozarella Pizza (kot!), Soda Herb (puas!), Ice blended ribena and teh O ais (nie Nora la yang nak..). Dari segi portion and price memang sangat berbaloi...pergghh...kenyang and sedap! Jangan lupa ye nak kesana, nie kali ketiga dah aku kesana since aku jumpa location pak cik William nie.

See....sedap kan makanan diatas?? Jangan meleleh air liur ok?
After makan, I drived back to Balai Polis Kelana Jaya, untuk pass back and lodge a report la...Tapi sekejap je, takyah lodge a report. Just tinggalkan nama, ic num and oso contact num. Itu aje. Sebab malam masih muda, that time kul 10.30 lebey kot, kami terus menghala ke Uptown Kota Damansara. Konon nak mencari DVD (yela kan aku dah beli DVD Player baru, nak wat tayangan amal la malam tu). Semasa tengah berborak sakan dalam keta, entah macammana aku bleh tertanya pasal salinan IC Nora masa kat balai polis. Dengan perasaan gelabahnya Nora menyelongkar handbag dia...Uwaaa...IC dia takde. SAH la nie tertinggal kat balai polis...Hahahaha...! Niat baik dah ada cuma terlalu baik la pulak, kena pusing ke balai polis semula. Tambah lawak, sekejap pastu polis tadi trus kol Nora, cakap IC dia ada kat sana. Namun memandangkan dah dekat ngan Uptown, maka kami pon decide untuk pusing-pusing cari DVD dlu. And suprisingly penjual DVD yang dicari tuh pon tak jumpa...Uwaaa! Macamana nak tengok midnite movie nie.

Dengan penuh kehampaan, kami pon menghala kembali ke Kelana Jaya untuk mendapatkan semula IC Nora. Huhu! Untuk hilangkan dahaga yang takde la dahaga sangat, kami pegi supper di Restoran Fariz Maju Kelana Jaya. Yeahhhh! Roti tisu satu Aney!
Muka kekenyangan dan kepoyoan dikala malam menjelma....!
Maka dengan itu, berakhirlah perjalanan hari pertama kami. Huhu, semua menda aku nak ceta sampaikan rasa dah jadi sangat panjang karangan aku nie. Harapnya hangpa semua tak boring lah nak baca yer? =)
Love Always from Lady Wanie



08 March 2011

Melawat Merlion di Pulau Temasik

Pesawat AirAsia yang membawa kami ke Pulau Temasik

Bangunan Marina Bay...Its located near to Merlion. To go there juz used MRT and turun ke kat Marina Bay Station


I love to see the building there...Tak salahkan if I said that I LIKE very much to be in Singapore!


Walaupun KL ada bangunan sebegini tapi bila tengok building kat sana. Feels calm and relax!


This is MERLION....yeah!Kita dah tengok sendiri.... =)


Evironment sangat bersih and rasa safe....walaupun hanya 3 orang anak dara berjalan-jalan tanpa tahu arah nak dituju.
No! We're not lost yer!




Jalan-jalan disana. Nama jalan?Sorry tak tahu =)


Kalau nak rasa apa yang we ols rasa....So, sila backpacker ke Singapura.

Love Lady Wanie

The sadness thing in your life

Just a quick update as a reminder to myself Its really hard to accept that life as a fat woman actually. Hahahaha For the 1st time aku merun...