Showing posts with label iSi HaTi. Show all posts
Showing posts with label iSi HaTi. Show all posts

01 November 2013

5S yang membersihkan pejabat tapi menyemakkan diri sendiri

Salam Sabtu semua,

Hi!
Apa aktiviti korang today?
Aku?
Aku macam biasa la kalo tak balik ke Penang
Tak keluar kemana-mana
Aku kat pejabat la gamaknya
Selagi aktiviti 5S nie tak berjalan secara 100%
Maka dengan itu hidup aku tak aman kot rasanya

Tahu2 aje la aku dan mengemas nie bukanlah rakan yang baik
Pemalas sepasal
Tapi habuk tu yang aku takleh tahan
Nie pun baru buat kejap
Bersin berpuluh-puluh kali
Hingus dah meleleh 
Geram rasanya

Pastu aku dah bertahun dok kat ruang keja nie
Apalagi
Harta karun ada kot selori sampah 
Menyampah!
Nota kerja aje ada menimbun2
Nak buang
Ilmu
Nak simpan
5S
Nak buat macam mana?
Susun2 masukkan dalam drawer juga

Kalo korang
Nota tu korang buat apa hah?
Menyampah aku
Esok?
Rasa macam nak datang lagi opis
Kalau
Kalau rajin aje la
Hahahaha
Tapi rasaya tak kot
Sebab badan2 aku dah sengal
Lenguh2
Tapi kena buat jugak

Takkan la dalam satu pejabat
aku sorang je tak ikut kan
Kang dorang tak disijilkan
Mampos aku
Bukan setakat kena show cause letter
Mau aku kena tendang keluar terus

Insya Allah aku akan buat
Slow and steady

Ok bye
Dah ilang mood boring aku
Time to continue


Lotsa love,
Wani Othman

01 January 2013

2012 didalam lipatan sejarah

Bismillah hirrahman nirrahim,

2013 dah menjelma dihadapan aku. Selamat tinggal 2012. 2012 yang penuh dengan cabaran, dugaan, kesedihan dan juga masih ada kegembiraan. Diri aku banyak terdidik dengan pengalaman melalui tahun 2012. Berfikiran sematang yang boleh dan membuat keputusan yang tepat dalam menentukan hala tuju kehidupan aku. Walaupun sepanjang tahun 2012, aku bersendirian dalam erti kata tiada peneman hidup, tapi aku tak berasa kesunyian atau kesepian sebab aku ada keluarga dan individu2 yang sygkan aku dan aku sendiri menyayangi mereka, cuma mereka sedari atau tidak sedari sahaja. Terima kasih kerana mewarnai hidup aku! Koranglah pelangi hidup aku. ❤💜💚💙💛

Selagi aku masih bujang, aku akan menumpukan sepenuh perhatian kepada keluarga aku. Keluarga adalah prioriti aku setakat ini. Dan tahun 2012 aku banyak memberikan masa & cuti kepada keluarga aku. Kami sekeluarga pergi bercuti ke Bandung, Indonesia, Gunung Jerai & juga Singapura.

Perkara kedua yang aku beri perhatian adalah BFF aku. Ini juga kepentingan dalam hidup aku. Aku tak boleh berenggang dengan kawan2 kot rasanya. 😜 Sebab tuh siapa yang nak memilih aku, kenalah menerima kawan2 aku. Jangan risau diorang tak jahat cuma nakal jeee... Hihihi! 😁 Kami banyak berkongsi segala suka & duka. Kami mulakan awal tahun 2012 dengan percutian ke Melaka, kemudian hadir bersama ke majlis perkahwinan partner kami, Kulat & suaminya, Hafiz di Jitra, diteruskan dengan majlis pertunangan Nora & Khairi n oso percutian ke Sarawak. Tahun 2013 akan dimulakan dengan percutian kami ke PD dan kemudian Nora akan menamatkan zaman bujangnya dengan Khairi. Khairi please take care our sweetheart, okeh! We give our trust to take care of her! 💕

Perkara ketiga adalah pekerjaan aku & rakan sekerja. Tidak aku nafikan yang mana permulaan tahun 2012 memang sangat mencabar diri aku. Sehingga aku sendiri dilanda tekanan untuk pertama kali. Sementelah aku sendiri yang tidak dapat mengawal emosi dan fikiran rasional aku. Namun Alhamdulillah, aku berjaya overcome semua perasaan negatif yang wujud itu. Pejabat & rakan sekerja dah mengambil lebih 50% daripada masa dan kehidupan aku sebenarnya, kan? Hihihi! Nak wat camne, dah nama pun cari makan kan? Insya Allah demi rezeki yang halal, niat tue mesti betul dan ikhlas serta buat kerja kerana ibadah dan Lillahhitaala. Aku ada rakan sekerja yang mengambil berat pasal aku yang sendiri ini. Alhamdulillah, aku boleh bergantung harapan kepada mereka seandainya dilanda badai. Biasalah kadang2 lidah mana yang tak tergigit, yang penting kita perlu bersikap tolak ansur dan bekerjasama. Kami pun dah buat banyak aktiviti yang menarik bersama. sangat best!, yang mana aku dah potretkan didalam photobook pejabat.

Bukan tiada kisah sedih atau airmata yang menghiasi diri aku. Ada. Tekanan kerja adalah punca utama airmata aku jadi sangat murah pada masa tersebut sampai aku berlaku sangat kejam kepada kawan2 baik aku. Regret aku bila mengingatinya. Syaitan dah mngambil tempat didalam jiwa dan akal aku kot pada masa tue. Tapi selepas beberapa hari aku dirundung kesedihan, aku bangkit kembali menjadi orang yang lebih positif.

Dalam kegembiraan mesti akan terselit dengan kesedihan. Pemergian bonda Nora menyebabkan kami berempat lebih menghargai kehidupan, keluarga dan semua individu. Sangat terasa bahawa hubungan kami sangat rapat, seperti dicubit paha kanan, paha kiri juga terasa. Aku harus akui aku adalah individu yang tenang diawalnya dan sukar untuk menitiskan airmata tapi bukan bermaksud aku tak sedih. Tetapi bila aku mula menitis airmata, aku sukar untuk berhenti. Sangat sukar. Pengalaman itu sangat membuktikan kata2 aku.

Aku juga kehilangan rakan kepada Arwah Tok aku, yang aku panggil Tok Lang. Arwah juga jiran berdekatan rumah aku. Kali terakhir aku jumpa dengannya, pada hari raya puasa lepas. Arwah juga sememangnya uzur. Aku melihat Arwah sejak aku mula mngenali dunia. Semoga Arwah ditempatkan dengan orang2 yang beriman. Amin.

Pada hari penutup tahun 2012, rakan sekerja aku pula yang kehilangan ayahnya. Arwah juga sakit. Keluarga rakan sekerja aku adalah kenalan kepada keluarga Nora. Secara tak langsung, ianya saling berkaitan. Betapa kecilnya dunia ini sebenarnya. Melihatkan semua ini, aku terus teringat kepada keluarga aku. Sempatkah aku juga berjada kepada mereka? Kehilangan orang tersayang memang merobekkan perasaan kita tapi sebagai manusia, siapalah kita untuk menolak Qadak & Qadar Allah. Semoga Arwah ayah rakan sekerja aku ditempatkan bersama2 orang2 beriman. Amin.

Hari ini, 01/01/2013, bermulanya langkah baru ditahun yang baru. Pelbagai harapan dan perancangan yang tersusun. Cuma doa dan usaha sahaja yang akan menyempurnakannya. Doa aku panjatkan kepada Allah. Amin Ya Rabal Alamin.

Love,
Wanie





























26 November 2012

Mengingati Diri Sendiri

Assalammualaikum w.b.t.,

Dah lama rasanya hati aku x sakit macam hari nie. Mmm..aku ingatkan masalah makin kurang tapi rasanya macam makin bertambah aje. =( 

Membaca Panduan diatas, uols dah leh agak kenapa. Aku tengah menyejukkan hati aku sendiri untuk tidak berdendam atau kutuk atau maki atau mencarut la kot [paling worst] kat individu tersebut.

Mmm.. aku xtahu laa kenapa lately nie macam masalah antara individu tuh makin menebal. Dulu memang ada jugak tapi aku rasa tak seteruk nie. Dan dia bukan orang yang mungkin anda sangkakan. Aku dan satu individu tu sebenarnya tidak pernah ada masalah. Aku pon doakan yang terbaik untuk diri dan keluarga dia. Insya Allah. Buku lama aku gantikan dengan buku baru. 

Aku nie bukanlah berani sangat kan? Antara yang aku takoti is FITNAH MANUSIA. Hah, dulu aku dah kena. So skang aku lebey aware dan berhati-hati la. =) Tapi skang aku rasa nak makin menjalar pulak isu-isu yang dipropakan dengan apa niat jua pun.

Tadi again aku sakit ati. Aku rasa aku x fokus pon masa deliver judgment. Kosong kepala aku. Opismet aku ajak pegi beli barang nak masak lunch pon aku menonong aje tanpa pikir pape. Ntah, otak aku kosong. Dibenak aku cuma memikirkan yang APA SALAH KAMI? Itu aje. 

Aku cuba kawal diri aku supaya tidak membenci sapa-sapa. Sebab aku nie jenis membenci orang memang buruk. Hihi! Alhamdulillah ada panduan yang aku sharekan diatas. Maka dapatlah aku menyejukkan hati aku sendiri daripada amarah syaitan yang direjam. Insya Allah.

Untuk individu itu, sudah-sudahlah fitnah. Sama-sama kita pulang ke pangkal jalan. Ayuhhhh!


Love,
Wanie

19 November 2012

Salam Maal Hijrah

Salam Maal Hijrah 1434H,

Rasanya masih belum terlewat untuk aku hadirkan diri dan mengucapkan Selamat Tahun Baru bagi Umat Islam. Tahun Hijrah. Selalunya pada 01 Januari setiap tahun aku akan mulalah berazam dan bermisi sempena tahun baru. Tapi bagi tahun ini, azam aku bermula pada 1 Muharram, sepertimana kalendar Islam.

Hijrah membawa pelbagai pengertian bagi setiap manusia. Hijrah boleh dihayati dimulut mahupun dari dalam hati. Tengoklah bagaimana hijrah itu sendiri dimengertikan. Aku suka menaip sesuatu yang lahir sendiri dari kaca mata dan pendapat aku. Iya, setiap manusia itu berbeza. Pendapat seharusnya bertambah2lah berbeza kan?

Tahun ini aku cuba untuk menghayati maksud hijrah itu sendiri. Bagaimana? Biarlah aku sendiri yang memahaminya. Bukan apa, bila kita mula menyebut, orang akan mula mengukur. Aku tak suka! Aku cuba bermula dari langkah yang pendek, harapnya dengan langkah yang pendek itu aku akan kekal dengan langkahan dijalan yang benar. Insya Allah. 

Aku suka pendekatan yang aku ambil, bukan melalui paksaan tapi kehendak hati. Hati manusia ini sangat lemah-lembut kedudukannya. Aku sukakan teguran tetapi  teguran yang menyenangkan. Itu yang tidak menyenangkan orang yang ingin menegur. Hahahahaha! Manusia ini amat mudah disentuh hatinya, namun cara bagaimana penyampaian sangat penting. Supaya tidak timbul perasaan benci. =) 

Seharusnya aku akui, langkahan pendek yang aku pilih ini bukanlah 100% daripada diri aku sendiri. Tapi ianya bukanlah satu alasan untuk aku berpatah balik. Tidak. Aku masih memerlukan sokongan tersebut walaupun tanpa sepatah kata. Terima kasih kerana secara tak langsung ianya dah membuka pintu hati aku yang satu itu. [bukan chenta ye!]

Aku harap langkahan pendek ini tiada penilaian daripada makhluk lain yang bernama manusia. Aku cuma harapkan du'a. Du'a dari yang tersayang dan menyayangi aku. Biarlah ianya langkahan pendek, tapi pendek yang bernilai jika dinilai dari sudut positif. Insya Allah.


Love,
Wanie


22 October 2012

22.10.2012 - 28 tahun

Tarikh yang menjadi benchmark untuk aku setiap tahun. Macam budak-budak aku kan aku nie. Aku suka diraikan walaupun muka pasti memerah sebab malu dikelilingi semua orang. Aku suka aku sendiri gembira & aku suka orang jugak gembira.

Setiap tahun aku pasti mewar-warkan tarikh kelahiran aku. Aku bangga sebab MAK berjaya melahirkan dan membesarkan aku sepanjang 28 tahun ini. So sekali lagi, tahun ini aku meraikan hari jadi dengan gembira sekali. Bukan apa, aku duduk disini sendirian. Jauh dari keluarga aku. Yang aku ada rumah sewa, kawan-kawan, kawan pejabat & mungkin sedara-mara. Aku nak mengubat rasa hati yang jauh dari keluarga ini dengan menyambut hari lahir sendiri. Tak kesahlah apa pendapat orang lain, tapi aku pasti aku IKHLAS menyambutnya.

Setiap tahun, menjelang hari lahir aku, pastinya aku dah buat WISHING LIST. Barang-barang apa yang aku demand daripada semua orang. Mengada kan? Aku takdela berharap sangat WISHLIST aku dipenuhi, sekadar suka-suka aja. Tapi tahun nie aku takdela letak ayat2 mengada macam nie lagi. Huhuhu.

Tahun nie apa yang aku nak IS = DOA / Du'a

Doa daripada rakan-rakan yang mengenali. Semoga mereka mengaminkan doa & permintaan saya nan satu itu. Ini doa saya di status FB saya ketika jarum jam menjengah 12.00 tengah malam 22.10.2012;

Ya Allah Ya Tuhanku,


Syukurillallah.
Dengan kesihatan.
Dengan penambahan usia.
Dengan rezeki ini.

Amin Ya Rabbal Alamin.

Doaku -
Kau ampunkanlah dosa kedua ibubapaku
Ahli keluargaku
Sahabatku
Org2 terdekat denganku.


& Kau mudahkanlah & dekatkanlah jodohku.



Amin Ya Rabbal Alamin.

Wani Othman
22.10.2012



Ini doa saya ketika malam menjengah. Ayat yang dihitamkan itulah permintaan aku tahun ini. Besar sungguhkan permintaan saya kali ini. Semoga Allah Maha Esa mendengar dan mempertimbangkan doa nan satu ini. Besar harapan mak pak aku, sebesar itulah harapan aku. Namun aku percaya kepada perancangan Allah S. W. T., Dia yang lebih Mengetahui mana yang baik untuk diri aku.

Ketika usia 28 tahun telah membuka pintu untuk aku teruskan perjalanan. Aku akan cuba mengorak langkah yang lebih teratur dan berpanduan, dan betapa indahnya perjalanan itu jika bersama Imam Hati (-_*) [ye ye je kan ayat aku! Poyo]. Tapi seandainya langkah aku bersendirian, aku mohon kepada Allah Yang Satu, terangilah perjalanan aku dan bimbingilah jiwa dan roh aku agar berada dilandasan Islam yang benar. Amin Ya Rabbal Alamin.

Kepada kedua ibubapa aku, terima kasih kerana mem"besar"kan anak depa yang manja, garang & mengada. Perjalanan 28 tahun ini seakan pantas. Sekali, "Allahummafirli zunubi waliwalidaiya warham humma kama rabayani soqhira". Amin!


Love,
Wanie




19 April 2012

Hapus PTPTN

Dua tiga menjak nie, aku tengok makin menjadi-jadi pulak pasal nak hapuskan PTPTN. Memulai aku cam tanak amek tahu je, nak buat derk aje! Tapi bila tengok berita pagi ke malam ke... dalam paper laa....kat status FB pon sama. Asyik2 pasal nak hapuskan PTPTN.

Pelik aku tengok manusia nie... semua menda nak free aje. Hamboih2x! Kalau duit tue bleh turun dari langit, kita yang menusia nie leh ngutip cam ngutip daun, takpe la jugak kan? Ini tak, yang layak potong income tax pun sanggup lari, tanak bayar. Abes tuh camne korang nak hapuskan PTPTN. Mana Kerajaan nak kutip duit tanggung hidup korang yang mewah tapi semua menda nak FREE. Patutlah manusia nie dikatakan tak tahu dek untung. Tak bersyukur. =( sedey kan?

Kononnya korang nak Sistem Pendidikan yang percuma, cukuplah2 wey since dari Tadika sampai laa ke SPM, asyik nak menda percuma aje. Iyer, korang kena bayar bape2 hengget masa awal tahun tu... Takkan nak berkira kot? Ilmukan takde nilai harganya beb! Pastu bila dah cemerlang, masuk Uni pulak. Mak ayah tak mampu, jadinya korang kena la bertanggungjawab dengan ilmu yang korang nak itu. So korang dah pi sign agreement PTPTN. Sapa yang arahkan yer? Tangan sendiri kan? Niat sendiri kan? Tanggungjawab sendiri kan? Takkanlah dah besar panjang gitu, otak masih tak matang kan? Haiiii...bercinta bleh, berfikir secara logik takkanlah tak mampu. 

Dari sudut pandangan akulah, yang pernah menjadi student dan masih belum habis bayar lagi pinjaman PTPTN nie... menjadi student PTPTN nie lebey loaded daripada bekerja dan makan gaji sekarang. Betul tak kawan-kawan? =) Aku dulu cuma dapat RM 3,300.00 untuk 3 tahun. Jadinya setiap semester, aku akan dibayar separuh untuk yuran dan bapak aku perlu top-up lagi separuh untuk bayar baki yuran. Setiap semester ye. Oleh itu, dikalangan kawan-kawan aku, hanya aku yang kurang mampu masa belajar. Duit pon ada seadanya aje. =( Tapi Alhamdulillah sebab rezeki bapak aku yang ada pada masa itu dapat menampung anak-anaknya yang masih belajar. Dan juga terima kasih kat PTPTN sebab tak memilih aku sebagai penerimanya walaupun rayuan telah dibuat, sebab aku tahu betapa besarnya tanggunggan yang aku kena bayar walaupun dengan amaun nie dua kali bayar dah boleh settle. Pepaham je la aku nie..... 20 kali bayar pon blom tentu leh settle. Ahakssss!

Jadinya kita terbang ke kasut kawan-kawan aku pulak yang meminjam lebey daripada RM 20,000.00. Besarkan jumlah yang perlu dipikul, itu belum lagi termasuk Kos Pentadbiran yang dikenakan. Bayaran balik pinjaman yang hampir RM 200.00 boleh menjadi bebanan yang besar bila tidak cuba dilunasi sedikit demi sedikit. Pada pendapat aku, PTPTN bukanlah satu badan yang kejam tapi kadang2 kita lagi kejam dengannya sebab tak bayaq hutang hokey! Takkanlah nak tunggu PTPTN act macam Ah Long kot baru nak gedik2 pegi bayar kan?

Camni la...apakata kita fikir kedepan, seandainya kita tak bayaq PTPTN nie macammana adik2 kita...anak2 kita... yang satu hari nanti nak sambung belajaq tapi tak mampu sebab PTPTN dah takde. Dengan faktor kos hidup dan ekonomi yang semakin meningkat, bagaimana kita yang berpendapatan sederhana nie nak menampung segala bebanan? Alhamdulillah skang Kerajaan masih mengekalkan PTPTN nie, sekurang2nya mak bapak kita tak risau dan tak penat membanting tulang untuk mendapatkan duit bagi menampung kos tersebut.

Apa2pon kepada individu yang mintak supaya PTPTN nie FREE.. fikir2kanlah takkan semua menda nak FREE kot? Macammana la putaran ekonomi kalau ko asek nak menda free aje. Kita bukan dok zaman batu lagi, kalau time tu leh la ko petik je daun tepi jalan balik wat masak lemak kot. Memula minta PTPTN je hapus sebab nak EDU FREE, lama2 kang ko leh mintak RUMAH FREE, BINI FREE, KETE FREE, MAKAN FREE...ye laaa...FREE tue kan menarikkkk...... Manusia2...tak pernah nak bersyukur.


Love,

Wanie

15 April 2012

16.04.2012

Grüße an alle,

Zum Glück wurde ich immer nach dem Leiden Stress wegen meiner jetzigen Tätigkeit gesund.

Für die Informationen meiner Leser mit Google Translate-Dienst, die deutsche Sprache zu übersetzen. Damit soll die Verleumdunggegen mich zu reduzieren. Sorry, wenn die verwendete Sprachefalsche Grammatik.

Ich freue mich sehr, in dieser Woche, als meine Freunde, kamAkma und Azwa zu uns nach Hause und aßen in Seoul Garden in Lake City. Ich bin bereit Toast Butter Oreo Kuchen zusammen zuessen. Gefühl, als ob der ganze Druck war weg. Es war noch nichtnach Penang sichern, genauer tröstete mich.

Heute 2012.04.16, esse ich Mittagessen mit Akma im EmpireGallery Subang. Es ist wahr, manchmal Freunde können unsberuhigen, wenn wir in Schwierigkeiten und Probleme sind.

Ich war sehr glücklich, wenn eine Familie gegeben, die immermembimbangi mir und Freunden, die mich stets begleiten. Amin.



liebe,

Wanie

28 March 2012

2012 - Permulaan yang Mencabar

2012 - saya sangat berharap permulaan tahun yang gembira, tenang dan lebih produktif tapi kurang tekanan. Saya sebenarnya individu yang suka more to jadi pengikut / rakyat/ orang yang dipimpin than ketua / orang yang memimpin. Since dari kecil-kecil lagi, what I like is dipimpin atau maksud lain I had somebody that can take care of me. Yes I really hope for it. I like people sound me, " Wani, U buat ini...macam ini... macam itu.." or " Wani, u make a mistakes please do it again." than "Xxx, please do a favor for me." or "Xxx, please remember to do so and so and so."

Saya takkan suka mengarah orang but when I did so, it means there are problems with people. Saya nie semakin hari semakin tertekan dengan sikap a few people yang tak consider my heart feeling. Even I smiled, I talked with them, I said nothing bout them, but those people (maybe yang berhati busuk) keep saying a bad words to me. Daripada saying bad word why dont u come to me and explain why u hated me so much? What was I done? What a mistake? Or daripada u spread to others what I have done, kan tak pasal-pasal u dah tempah tiket. Actually me quit cruel kalau bab maaf-memaafkan orang nie. Im not that person yang easily maafkan orang. Yeah saya tahu that Islam menggalakkan saling memaafkan. But me takleh nak accept people yang suka minta maaf, why? Sebab they didnt learn from their mistake and menda tuh akan keep going until that person mati kot!

Opss saya dah tersasar from main topic. Ahaks! Anggap je saya mengomel untuk mengurangkan tekanan perasaan saya nie. I cant share my emotions through FB now, sebab people sure nak muntah baca my status. I asked them to remove me, tapi rasanya takde kot yang remove.

Saya doa saya ditetapkan hati, dikuatkan semangat dengan kata nista manusia-manusia lain and set my prinsip that takkan reply all the bad words yang datang kepada saya. Saya kena ikhlaskan hati dengan kata-kata nista belakang saya. Ikhlas doesnt mean that saya maafkan yer! It is different ek! If saya reply the same things kat orang lain, ini bermaksud saya nie stupid like manusia itu. I wont be like him/her. I want to be myself eventhough Im not a perfect gurl. Memang akan ada yang datang mengadu, what I said is takpela nak buat macammana...I think I never make something bad towards him/her, so nak buat apa lagi. Better keep quiet than jadi Batu Api. Batu api....atau firestone... hahaha! Tapi kebiasaannya manusia yang macam nie, dia takkan sedar apa yang dia buat. Thats why la after semua menda dah porak-peranda, dia leh selamba tapir je datang and ask for forgiveness. Should or shouldnt I???

“Awas kalian daripada sifat prasangka. Sesungguhnya prasangka itu adalah kata-kata yang paling dusta. Jangan saling olok-mengolok, intai-mengintai, atas-mengatasi, dengki mendengki, benci-membenci dan jebak menjebak. Jadilah kalian laksana hamba-hamba Allah yang bersaudara seperti yang telah diperintahkan kepada kalian. Seorang Muslim itu adalah saudara bagi seorang Muslim yang lain. Janganlah ia menzalimi saudaranya; janganlah ia membiarkannya (apabila ia dizalimi); janganlah ia menghina saudaranya. Taqwa itu (letaknya) di sini, seraya baginda menunjuk ke dadanya. Cukuplah bagi seorang Muslim itu kejahatan (dosa) menghina saudaranya yang Mukmin haram bagi seseorang Muslim itu (menceroboh) darah (nyawa) nama baik dan harta seseorang Muslim yang lain.” (Hadith riwayat Malek, Bukhari, Muslim, Abu Daud dan Tarmizi)

Sabda Rasulullah Sallallahu’alaihi Wasallam:
Barangsiapa yang memakan daging saudaranya di dunia (mengumpat) kelak pada hari Qiamat dibawakan kepadanya, makanlah daging bangkai ini sebagaimana engkau makan dagingnya ketika dia hidup dahulu. Lalu ia pun makan memakan daging itu sambil berteriak-teriak.
(Hadith riwayat A1-Tabrani dan lain-lain)
Sabda Rasulullah Sallallahu’alaihi Wasallam:
Mengumpat itu lebih buruk daripada zina. Sahabat bertanya bagaimana? Rasulullah menjawab: seorang yang berzina itu kalau bertaubat mungkin taubatnya itu diterima oleh Allah. Akan tetapi orang yang mengumpat tidak akan Allah ampunkan dosanya sehinggalah orang yang diumpatinya itu memaafkannya.” (Hadith riwayat Tabrani dan Baihaqi)
Rasulullah Sallallahu’alaihi Wasallam menerangkan lagi pengertian mengumpat dengan sabdanya:
“Tahukah kalian apa ertinya mengumpat?” Sahabat menjawab: “Allah dan RasulNya yang lebih tahu.” Ujar Rasulullah Sallallahu’alaihi Wasallam lagi:(Mengumpat ialah)“Engkau mengatakan tentang saudaramu sesuatu yang tidak disukainya.” Lalu ditanyakan: “Bagaimana kalau ada sesuatu yang patut saya kata tentang saudara saya itu?” Jawab Rasulullah Sallallahu’alaihi Wasallam: “Sekiranya apa yang engkau sebutkan tentang saudaramu itu betul-betul ada padanya, maka itu bermakna engkau telah mengumpatnya tetapi jika tidak betul maka itu bererti engkau telah mengada-adakan kebohongan terhadapnya.”

Maka dengan mudah sekali maksud yang disampaikan disini. Saya sharekan disini bukan maksud nak katakan kat sini saya baik sangat. Again repeatedly, Im not perfect dear! 

Saya just nak express my feeling yang tak tenteram because of lately banyak sangat noise saying yang bukan-bukan. Saya dah mula malas nak mempertahankan diri. Saya dah malas nak marah. Saya dah malas nak kecik hati. Tapi jangan sampai saya malas untuk ada hati terhadap individu lain, sebab bila saya dah takda hati, hati saya takkan berpaling sekali lagi. Thats my weakness. Sebab itu juga saya lebih suka buat-buat taktau, kalau buat tau, kang makin ramai plak masuk list. Ahaks!

Love,
Wanie

22 March 2012

Kekuatan

Saya perlukan kekuatan rasanya. Indah sungguh menjadi manusia yang tidak dibebani dengan masalah. Saya akan cuba bertahan selagi saya mampu. Tapi mampukah saya? 

Saya selalu berdoa saya dapat kuat bertahan untuk orang lain walaupun tiada sapa yang tahu. Sekurang-kurangnya jauhkanlah saya daripada penyakit dan perasaan hasad dengki manusia. 

Minggu ini sangat menguji saya. Saya perlukan ketenangan dan kebebasan fikiran.


Love,
Wanie

Opera Van Java

Lately nie hari2 status aku asyik tensen aje, if anyone been annoyed dengan status FB aku pon, apa aku kesahh... it is my own pages. Tak kaco orang pon, x suka remove aje la, x pun hide kan? Aku pon ada buat jugak kat orang lain kalo aku rasa menyampah. Yela our own private pages, kan?

Secara jujurnya since aku keja, this year really though for me. Sangat mencabar for me. Hampir setiap hari I feels sooo down. Not down to earth la. Semangat and produktiviti makin menjunam. Junam kadang2 hampir ketanah. Down to earth jugak la macam tu. Ahaks! Tahun nie baru masuk tahun kelima aku keja dalam bidang nie, tapi cabarannya Masya Allah sangat hebat. Aku tahu for certain people will said... alaaa...kami dulu pon macam tue or lagi hebat or kami dah pernah rasa.... Yes I know laaa sebab kita dibidang yang sama. But the burden that u and me carried are totally different. =(

Jadinya hari2 aku sawan takpon sedikit kegilaan. Gila nak tahan rasa hati, gila nak layan kerenah public plak tuh. So macam mana caranya nak releasekan segala tekanan yang ada? Mesti ada cara kan untuk bertahan dalam bidang ini. Sejak aku check blood pressure 2 kali kat umah and the result are nearly 140. Aku jadi takot, kenapa lak aku harus dapat penyakit khidmat nie... Adoiii aiii....!!! Tanak! Katakan Tak Nak for Penyakit Khidmat.

So apa cara untuk kurangkan kadar tekanan? Aku ada cara aku sendiri untuk mengubat lara aku ini;

1. Think in positive ways
Memang bila dalam keadaan marah, kita akan cakap suka hati. Sesedap hati. Sampai rasa lega. Tapi tue bukan cara yang bagus. Yang seeloknya bila marah or stress, kita duduk kat tempat sendiri. Tarik nafas. Dan bila orang lalu-lalang cuba senyum jugak. Jangan lak pandang orang macam orang tue bersalah, kan? Senyum pon leh mengurangkan stress tau. Sebab sometime bila kita tarik nafas and lepaskan, satu kelegaan and kepuasan. Kita cam dah buang tekanan. Kemarahan tue jangan simpan terus, pikir dengan positif. Lojik atau tak tindakan kita td. Jangan terus letakkan in the negative ways. Sebab tu aku tanak mula dengan persepsi tak bagus kat orang, sebab tak kenal maka tak cinta kan? Even kadang-kadang terlampau sangat dapat dicintai. Huhu! Aku pon taktahu apa perangai aku nie, yang pasti bila seseorang dapat kelebihan atau lebih baik dari aku dalam soal kerja atau kehidupan, aku tak pandang dorang dengan perasaan iri hati, busuk hati ker sakit hati ke..anggap je itu rezeki. Sebab setiap orang dah dijanjikan dengan rezeki masing-masing. Ada orang lebih dan ada orang yang kurang. 

2. Dapatkan rakan sekerja 
Sebenarnya rakan sekerja antara individu yang dapat membantu kita mengurangkan stress, camne dengan bercerita dengan mereka. Tapi cerita je, jangan pulak nak letakkan bebanan pada diorang. Kan sharing is caring?? Hmm, jangan asyik kita je nak minta orang dengaq ceta kita, situasi kena win-win la...kadang-kadang dorang ada masalah. Kita pulak jadi tempat luahan perasaan.

3. Makan
Nie part yang tak bagus sebenarnya...hahaha! Tapi memang makan, selalunya sangat menarik. Tambah2 makanan yang sedap2 itu. Haha! Inilah nikmatnya bila keje area bandar, kiri kanan belakang depan, semua tempat perabih duit. Hihi! Sebab tu aku selalu diperli, asyik asyik haplod pasal makan aje kat FB. Ello, I bagi panduan ye kat uols. Mana sedap, mana tak sedap. Kan? 

4. Layan Opera Van Java
Part nie memang aku tak penah cakap kat sesapa. Ahaks! Sebab ada yang tak faham apa kebenda la yang lawak sangat dengan rancangan nie. Tapi sumpah wey lawak amat nih! Opera Van Java is Indonesian TV programme. Kalo kat Mesia, dia tayang kat cenel 141. Korang kena langgan laa.... Aku layan this programme since Opera Van Java: Upin n Ipin. Sumpah memang lawak. So every night at 10, aku memang akan change to this channel untuk melayan. Hihi! kadang-kadang terbahak-bahak aku gelak. Lawak dorang memang gila la kiranya but for those people yang faham aje la. =) Tapi ni antara ubat yang aku amek setiap hari la. Atleast kalau aku tak gelak kat pejabat, aku balik gelak sesorang kat umah. Yang penting hati aku aman dan tenang. =)

 
Nie la group yang aku suka tuh =)

Nie diantaranya cara aku kurangkan stress, walaupun kadang-kadang ada tekanan yang melampau tapi aku jarang sekali nak terus telefon mengadu kat mak pak aku. Kadang-kadang after a few days, weeks or months baru aku cerita. Maybe that time perasaan aku dah sejuk, and penceritaan aku just untuk maklumkan saja. Bagi aku fikiran yang positif adalah perkara paling penting. Fikiran yang positif menentukan hala tuju hidup kita.


Think in +ve ways,
Love,
Wanie


21 March 2012

Mana Satukah Watak Anda?

Pada pendapat aku setiap manusia yang lahir dimuka bumi ini mempunyai salah satu watak samada Watak BAIK atau Watak JAHAT. Maksud aku now is bukan watak towards to character. Tapi air muka kita as a human being. 

Baru beberapa hari lepas, me diskus with my mum pasal WATAK nie. What I says is Mak, I think my watak is watak Jahat. Everytime me buat something, people never looked at positive ways. Negative thinking comes first. Even me did a good things. Huhu!

My mum tanya so bila jadi, what is your reaction? Me? Buat dunno aje la Mak oii... For me, kalau terlalu diambil endah, mmm hancur lebur terus hati ini. Kadang-kadang me hv to admit that memang sakit hati and feels so sad. Damn to sad! At certain times, I hv to put aside my feelings, tanak terluka, kecewa & angry. 

Walaupun kita berniat baik and tulus ikhlas but bila ada watak JAHAT nie, whatever you do, people never looked at positive way. Depan maybe said YES understand tapi kat belakang, only ALLAH knows. Me, bukan nak kata kat anyone. The fact always macam tuh. Huhu! =( Watak Jahat nie dah menutup segala kebaikan. Me pon bukan budak baik pon, cuma tak cukup baik lagi.

My watak macam nie kot! Ahaksss
 
(i know laa that im chubby... huh! -_-)

Me soooo jealous to those people yang ada watak Baik, bukan apa, whatever they did... whatever... always selamat, kan? Did you realise it? Huhu, orang yang berwatak baik nie, memang ramai sebenarnya. Maybe disekeliling kita. Hmm malas nak elaborate soo long or with many points.... Tak berbaloi rasanya. So started by today, apakata kita cuba belek-membelek wajah rakan kita.... either they are watak Baik or Jahat? =)

 
(sapa la yang berwatak baik camnie ek?)

 Kalau dah kenali masing-masing, pikir sendiri aje la. ...patut buat apee kan?


Love,
Wanie

05 January 2012

Perancangan in 2012

Tajuk aje gah xmau2....hahaha! What is my plan for year 2012? Or my mission n vision in this year? Hmm, setakat nie masih sama sepertimana tahun2 yang sebelum ini. =) Huruf "K" kekal dipersada mission and vision. "K" bleh diterjemahkan dalam pelbagai word. "K" jugak yang menghantui diri setelah sekian lama.

Doakan tahun nie adalah tahun yang membahagiakan dan dengan itu "K" akan tercapai dengan jayanya. Amin.

Love,
Wanie

03 January 2012

2011 - In Memory - Happiness & Sadness -

Macam-macam yang dah jadi in 2011, instead yang happy mesti ada yang sedey. Me, nak wat conclusion la what was happened in year 2011.

Januari

Pegi ke Singapore with Ratana & Aini. Yang nie our 1st time jadik backpackers di negara orang. Main point kami is to go to Universal Studio. Huhu, rasa macam nak gi lagi je kesana.

Dapat menghubungi Azwa untuk sekian kalinya setelah terpisah for a few years.

Februari

Got my new gadjet, iPhone. Hip hip hoooooraaaay! I attend my friend weds at Bandar Baru Uda, Johor Bahru, Johor.


Mac

Attend kursus di Melaka.

April

Geng Jahat buat 1st reunion for year 2011. Tapi tak dapat disertai oleh Kulat. This reunion based at KL - Port Dickson. Terbaek bila bersama kawan2. Memang best la. Aksi liar sangat menggerunkan. Hahahaha!

Mei

Cuti ke Sarawak, with geng Office. Hihi! This one pon terbaeekkk laa... after a few months concerntrate to keja yang x habis2.

Julai

Holiday to Malacca. Hihi! Pegi dengan Cikah & Azwa.

September

During my raya's holiday, on 5th September, my lovely and sweet Grandma was passed away. Al-Fatihah buat Allahyarhamah Romlah binti Rejab. This is the most sadness things happened in my life. We missed u, tok!

Oktober

Geng Jahat bercuti untuk kedua kalinya ke Langkawi, Kedah. Again tidak dapat disertai oleh Kulat. This vacay memang terbaaaaaeeeeeek la! Keeeelaaaaaasssss ko Jah! Banyak perkara lucu yang happens during kat sana. Lebai Rosli memang individu yang kekal dalam ingatan. Hahaha!

My parent were going for Hajj.

November

My parent were coming back from Hajj. We, whole families were going to Cameron Highland and had a short family vacay.

Disember

Me & Geng Jahat had a New Year Celebration at Malacca & Jay Bee. This time complete. Memang terbaaaaeeeek laaa....rasa macam nak stay kat Melaka aje. Hahahaha! Poyo.

So bleh kenal kan saya nie macammana? Banyak berjalan kan? Setakat ini, itu sahaja yang ada dalam fikiran dan my 2011 planner. Hihi! For upcoming, I mean in 2012, banyak lagi plan yang bermain difikiran. Doakan tercapai ya! Amin.


Love,
Wanie



19 August 2011

~~ Away ~~

Saya nak berehat daripada blogging for a few weeks walaupun sememangnya saya jarang update pon blog nie. Setelah terjadi satu perkara hari ini (19.08.2011), saya rasa saya perlu untuk tenangkan diri dan minda. Rehatkan hati.

Mungkin selepas raya saya akan kembali bersiaran dengan semangat yang baru. Insya Allah. Ketika ini perut saya sangat sakit tapi tak sesakit hati dan perasaan saya. Hanya Allah sahaja yang tahu. Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui.

Oleh itu, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat Muslimin & Muslimat seantero dunia. Salam Maaf Zahir & Batin. Wassalam.

Love,
Wanie

06 July 2011

Dinding

Antara kita ada dinding yang memisahkan
Ingin mendekati namun tidak dapat dirapati
Ada rasa yang ingin dikongsi
Namun tidak sampai untuk digenggami

Hati seakan dilambung gelombang
Saat ingin berbicara apa yang terlindung
Menyulam tutur yang tidak tersambung
Menyatu diri yang telah lama berkabung



Wah for sure korang gempar kan, aku sangat puitis sekarang. Aku memang suka sangat merepek bagai ye. Tapi harapnya korang tahan la mendengar mengarut aku yang lahir dari ati aku nie.


Love,
Wanie

05 July 2011

Percaya

Kadang-kadang bila kita jadi manusia yang terlalu out-spoken,
Kita takkan menyedari bila kiranya kita dah lukakan hati orang,

Kadang-kadang bila kita jadi manusia yang terasa selalu betul,
Kita takkan sedar kita dah buat keputusan tanpa menyemak apa yang betul atau salah,

Kadang-kadang bila kita jadi manusia yang bersahabat,
Kita takkan sedar mana hati yang dah tersentuh, mana hati yang dah tercoret,

Sebab,
Kita manusia yang tak pernah sempurna,
Yang selalu memakai topeng untuk melindungi apa yang terjadi,
Untuk tunjuk kita betul dan orang lain salah,
Untuk tunjuk ekspresi kita betul dan orang lain salah,



p/s : aku sangat fobia dengan persahabatan. aku selalu dianggap bersalah dalam certain-certain perkara. yeah! maybe aku yang bersalah tapi hati aku perlukan masa untuk menerima sesuatu apabila ditikam dalam diam. aku yang bersalah sebab tidak pandai bersahabat. andai MAAF dapat membetulkan keadaan, aku mintak maaf. andai MAAF bukan satu kemaafan, aku menyesal!


Love,
Wanie

04 July 2011

Undur

Salam again,

Sebelum nie perkataan Setia now UNDUR pulak. Ops aku bukan nak mengajar kenal perkataan ye. Ada orang yang cakap, Past is Past, maksud once ada sumthing happened, dont ever try to look at back again. For me, aku tetap akan merenung dan memikir, why it should be happened? Why me? Yea yea yea, saya tahu kita mesti menerima QADA' dan QADAR. Tapi tak salah kan kalau kita merenung semula as a pengajaran atau muhasabah diri.

Saya seorang yang positif dari segi memikirkan untuk setiap perkara yang terjadi, tapi sumtims bila mula menilai semula setiap perkara yang jadi. Saya amek kesannya yang telah saya alami. Bukan nak menolak takdir yang dah berlaku keatas saya tapi UNDUR tuh membuatkan saya lebih matang dan berhati-hati.

Saya pernah UNDUR dari hidup seseorang, tapi kembali semula untuk satu jangka masa sebelum DIUNDURKAN kembali. Kelemahan nyata ialah pada saya. Saya seakan tidak serik untuk merasai derita tersebut. Tapi kali nie setelah DIUNDURKAN itu, saya memang UNDUR untuk selamanya. Saya dah MATIKAN dia dari dalam ingatan mahupun hidup saya. Untuk kali kedua DIUNDURKAN, hati sedih tapi tiada air mata setitik pun.

Kadang-kadang saya perlu UNDUR bila merasakan itu pengorbanan saya untuk mengelakkan sesuatu isu menjadi lebih besar. Memang kesukaan saya, UNDUR supaya tidak banyak hati yang terluka dan akhirnya saya sendiri yang terluka. UNDUR saya dengan diamkan dan jauhkan diri, saya akan tinggalkan orang itu tanpa sebarang kata mahupun pertanyaan. Yeah, itu perangai BURUK saya. Saya tidak akan CONFRONT sesapa pun. Saya tidak ingin menjadi batu api dalam sesuatu perkara. Sebabnya saya dah FOBIA. Silent is the best way in my life.

UNDUR juga menjadi langkah terbaik.. Bukan setakat UNDUR ke belakang yer tapi UNDUR kehadapan. UNDUR dari satu masalah kepada penyelesaian yang lebih baik. Hampir setiap hari saya UNDUR memori saya supaya saya menjadi lebih baik esok hari. Supaya saya tidak malas bekerja seperti hari sebelumnya. Supaya saya kurang shopping seperti hari sebelumnya. Supaya saya kurang makan... Ops, nie bukan UNDUR tapi move forward. Hahaha! Hari-hari dok pikir nak makan ape esoknya bukan boleh dikira as UNDUR cik kak!

Tapi ada jugak UNDUR memori aku nie yang merepek bagai jugak ye... Contohnya; pesal la aku tak berkawan ngan mamat tuh aje... Isk, sebaliknya aku memainkan dia. Dah la baik bangetttt... Memang cair dah time tuh... KALAU LAAA... nampak tak perkataan KALAU yang dah dibesarkan tuh? So nie contoh kebodohan aku, TAK BAGUS. Sepatutnya tiada sebarang penyesalan sebaliknya kebangkitan.

Hmm... aku rasa memori aku bengong bagai dah nie. Darah aku pon naik jugak ari nie. Maaf bukan marah tapi darah tinggi kot sebab penin-penin la.. dua menda dah nampak empat. Letey rasanya. So jangan sentap ye sebab nie page aku, so aku berhak nak membebel.

Love,
Wanie


The sadness thing in your life

Just a quick update as a reminder to myself Its really hard to accept that life as a fat woman actually. Hahahaha For the 1st time aku merun...