14 August 2011

Paya Serai @ Hilton PJ

1st Ramadhan yang lepas, cousin aku, Nadia ajak berbuka bareng (bersama). Venue yang jadi pilihan dia ialah HOTEL HILTON PJ. Aku setuju aje memandangkan aku pon tadak plan ape2 that thay. Nama restoran tu is PAYA SERAI. Before pergi aku ada la review bout Buffet Ramadhan diorang. Rupanya on 1st day, 1st 100 cust akan dapat complimentary from them. Tapi diorang tak cakap, apemende. So takde berharap la sangat.

As early as 5.30 aku ngan dia dah sampai. Fuhh, panjangnya line up. Kami cecepat masuk line gak tapi SANGAT TIDAK BERHARAP sebab line panjang and setiap orang tu dah booked bukan setakat sorang dua tapi spoloh doploh orang. =( After sejam lebey berdiri, F & B bagi kami masuk, so both of us dapat number 89 & 90. Sipi-sipi je kan?

Makanan seperti dibawah, lets the pitcha do the job;

Us - Me & Nadia - Dengan muka over-excited

There's a varities of food - Western, Malay, China, Indian, Arabian. Segala mak nenek la rasanya! Soooo plenty!

Fresh seafood. Banyak lobster, okeh!

My cousin yang amek - Aku tak makan sebab takut gatal2 lagi =)

Sangat banyak jenis tempura, okeh! Squid is my most favourite. Prawn pon ade. Murtabak dia memang wat meleleh2 air liur & oso roti jala.

Itu kegemaran aku, Butter & Bread Pudding =) Sedap & manis. Kuih2 nie sampingan aje. Berakhir dengan gigitan manja, tak habes.

Segala mak nenek nasik aku amek nak rasa. Sedap! Nasi Arab & Indian yang entah nama apa tuh wat aku rasa nak tambah lagi. Tapi apakan daya, tangki MEDIUM. Tak mampu =( Sedey!

Nie Nadia nye plate. Dia pilih food yang more to Malay dishes, contoh : Nasi Ulam & Kerabu Mangga.

Air terbaik ialah TEH TARIK. Memang terbaik la. Bape gelas ntah aku hentam. Sedap sioootttt! Sampai sekarang terbayang2 lagi.

So apakata pakat ramai-ramai pi mencuba sendiri di Paya Serai?

Owh aku lupa nak ceta, apa Complimentary tu kan? It's FREE for US. No cost at all. Alhamdulillah. Double Over-Excited! So next year jangan lupa reramai pegi beratur di HILTON on the 1st day of fasting. =)


Love,
Wanie

Lagu Raya

Hari nie, 15.08.2011 baru je aku masuk opis dan nak buat keje. Tapi NAH! Kat radio berkumandang lagu raya la pulak. Tak pepasal, aku rasa cam nak balik umah wat kueh raya. Boleh ker? Ahaksss...

Kejap je kan dah 15 Ramadhan. Sangat pantas masa berlalu. Nanti mesti akan merindui Ramadhan ini. Sebab bulan Ramadhan nie sangat banyak khasiat dan faedahnya. Huhu! Tetiba rasa nak wat Umrah di bulan Ramadhan plak. Boleh ke? =) Insya Allah. Kena banyak berdoa nie.

Okla lagu raya dah stop. So bleh wat keje dengan tenang. Tanpa gangguan.

04 August 2011

Melaka @ Ayuh Serang!

Seminggu sebelum masuk Ramadhan, adik aku Cikah datang. So demi menghormati tetamu maka aku dengan senang hatinya mengajak Azwa bersama-sama kami untuk ke Melaka Bandaraya Bersejarah. Mmm masa aku nak booking hotel tuh agak bermasalah. Bukanlah masalah berat sangat tapi kebanyakan hotel dah FULL. Uiii...Uiii... Pesal nie? Bukan setakat Melaka, Genting ngan Port Dickson pun sama. Tapi Alhamdulillah dapatlah jugak hotel walaupun hanya berbintang dilangit rasanya.

Aku dapat book HOTEL WEILIA kat Taman Melaka Raya. Takde la jauh sangat dari Dataran Pahlawan. Lagipun area situ kawasan yang sibuk la jugak. Sibuk ke? =) Aku book FAMILY ROOM for TRIPLE. Biliknya luas, siap leh guling-guling gitu. Ada 3 katil single + 2 one seater cushion, TV, WiFi & others. Aku nie walaupun dah berpuluh kali pergi Melaka, tapi boleh sesat lagi. Cisss, next time aku nak gunakan INSTINCT laaa... dah tanak guna GPS. Sebab GPS aku leh sesat dan tak confident. Huhu! Sesudah check-in, kami terus serang ke bilik. Acara golek-golek sedunia dah bermula. FYI, aku ada tapaukan Nasi putih, Kari Ayam ngan Kentang, Rambutan yang adik aku bawak dan dikupas kulitnya dan Roti untuk cicah ngan kuah. Wah, silap tempat nie patut ke Port Dickson untuk berkelah nie. =)

Nie katil single dan keluasan bilik

Bekal yang aku bawa. Siap dengan pinggan plastik lagi tau! :p

Azwa tengah menyantap makan tengahari dan aku pon join sekali lagi! Makan berdua lagi sedap!
Lepas dah golek-golek macam landak, dalam kul 6.30 tu kami bergerak. Gerak kemana? Ke UMBAI laaa apa lagi =) Sebab rasa macam nak makan SEAFOOD walaupun perut kekenyangan. Sekali lagi khidmat GPS diperlukan & tapi NAN ADO sesat sekali lagi. Uwaa! Dahlah 1st time nak makan kat Umbai nie. Next time pergi dah tau, nampak je Sekolah Henry Gurney terus signal kanan. Hah, dah sampai la maksudnya tuh. Kami dengan laju je terus menghala ke RESTORAN IKAN BAKAR PARAMESWARA selepas memarkir kereta. Kedai nie located kat hujung sekali, uols akan jumpa foodcourt 1st. Depa nye service memang laju la. Kalau dah sampai make sure perut rasa lapar sesikit, sebab kejap je dorang antar Appetizer : buah potong + otak-otak (anggap je nie appetizer, *_*)

Di UMBAI, berlatarbelakangkan kedai-kedai jual barang buatan Malaysia.

Pose setelah mengorder makanan. Banyak. Tamak. Perut kenyang.

Sedap! Puas hati! Udang masak butter (tak sama kot ngan Butter Prawn), Sotong Goreng Tepung, Kerang bakar + Tomyam Campur. Kenyang amat! =))

Sempat lagi abang nie wat peace. Hehehe! Aku nak capture gambar seafood.

Selepas balik dari makan, aku terus drive menghala ke Jonker Street pulak. Park agak jauh. Menapak la kami kesana. Jonker Street nie macam Uptown la kat cni. Kami lebih banyak memerhati dari membeli. Kawasan orang Cina kan, maybe Baba dan Nyonya. Hanya beberapa kali berhenti untuk usha dan pilih Fridge Magnet. Dah lembik lutut kami nak melangkah, kami decide untuk patah balik dan balik. Huhu! Letey seh.

Balik je bilik, terus mandi dan belayar ke La La Land. zzzZZZzzz



Itu HOTEL WEILIA =) Dont judge a book by its cover. Their service ok and pricey sangat affordable.

Ini antara kejiranan. Hihi! Takde la tido kat sini. =) Pergi karaoke sini pun TAK. Seb bek tak bising.

Siang esoknya lepas check-out, kami terus pergi menyantap Asam Pedas kat foodcourt di Bangunan MARA depan kapal tu. Dah kenyang kami dengan senang hati, terus menghala ke MENARA TAMING SARI. Yeay! 1st time nak naik. For Malaysians RM10.00 & Foreigner RM20.00. Lepas tu, kami berpusing-pusing di DATARAN PAHLAWAN. Paling lama kami dok memilih kasut kat BRANDS OUTLET. Hahaha! Hazab betul la dok merambang mata kat situ. Macam-macam nak dicapai.

Abeh pilih-pilih kasut, kami menghala kembali ke Bangunan MARA untuk beli jajan dan terus menghala balik ke KL.

Pandangan dari atas MENARA TAMING SARI. Suka tengok permandangan.

MAHKOTA PARADE & DATARAN PAHLAWAN

Berlatarbelakangkan laut =)

Azwa

Cikah

Love,
Wanie

03 August 2011

Salam 4 Ramadhan Tahun 1432

Salam,

Alhamdulillah dah masuk hari keempat umat Islam sedunia berpuasa. Cepat sungguh masa berlalu sampai tak terasa langsung. Rasa sayang kalau bulan Ramadhan nie berlalu dengan segera. Ye la nak kena nanti tahun depan pulak. Di usia macam nie, bulan Ramadhan sangat disukai sebab.. Sebab dapat kawal makan. Tahu-tahu aje la kesukaan aku ape kan? Hahaha!

Bulan Ramadhan juga membuat kita rasa dekat dan sesungguhnya terlalu dekat dengan Pencipta kita, Allah S.W.T.. Dimana bulan nie, bulan yang penuh barakah dan masing-masing melakukan ibadat sebanyak mungkin sebagai bekalan diakhir hidup nanti. Insya Allah. Bukanlah bulan lain kita tak buat amal ibadat kan? Terutamanya sembahyang Terawih dan 10 Malam terakhir untuk Malam Lailatul Qadar. Subhanallah.

Antara fadilat bulan Ramadhan yang terbaca oleh aku lewat blog-blog yang dilawati;

Hadith 1

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".

Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu."

Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."

Hadith 2

Ubadah Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang: "Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini."

Hadith 3

Abu Sa'id Al Khudri ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Setiap hari siang dan malam pada bulan Ramadhan, Allah Tabaraka wa Taala membebaskan begitu banyak sekali roh daripada api neraka. Dan pada setiap orang Islam pada setiap hari siang dan malam doanya pasti akan diterima."

Hadith 4

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Terdapat tiga jenis orang yang doa mereka tidak ditolak; doa daripada orang yang berpuasa sehinggalah dia berbuka puasa; imam (penguasa) yang adil, dan orang yang dizalimi yang kerana doanya itu Allah mengangkatnya melepasi awan dan membuka untuknya pintu-pintu langit dan Allah berfirman: "Daku bersumpah demi kemuliaanKu, sesungguhnya Daku pasti menolongmu walaupun pada suatu masa nanti."

Hadith 5

Ibn Umar ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya mengirim rahmat ke atas mereka yang memakan sahur."

Hadith 6

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa berbuka satu hari di siang hari bulan Ramadhan tanpa alasan yang wajar (disegi syariah) atau sakit yang kuat, tidak akan dapat menampung atau mengganti hari tersebut walaupun akan berpuasa sehingga ke akhir hayatnya."
sumber : darulnuman.com
 
Semoga bahan bacaan nie dapat membantu aku & semua yang membaca dalam membulatkan lagi ibadah kita. Tak salah untuk kita mengorak langkah pertama, supaya langkah lain dimasa hadapan dapat kukuh selayaknya kawad. Wallahualam.
 
Love,
Wanie

02 August 2011

Ikea, Ikano & The Curve

IKEA - Aku dah craving this foods sooo long. Hihi :p Happy sangat dapat makan Ikea's Meatball, Daim Choc Cake & Chicken Wings. Seperti biasa hanya kami bertiga yang wat keje gila nie. Sebelum kuar tuh, aku dah jamu Azwa dengan Macaroni Cheese plus Ayam Goreng je. Sementara nak dapat makanan kan?

Sambungan dari Brand Outlet di Melaka, kami serang di Ikano pulak after makan. Sawan melihat pelbagai kasut yang pelbagai nie. Menarik kan?

Menariknya kami bertiga nie memang tersangat sawan dengan kasut-kasut itu. Seb bek la dah beristiqamah, kalau tak, mau ada yang tak sedar diri nie. Kalau Kulat & Akma ada pon mesti akan sawan gak. Kan?

Yeh! Yeh! Flat shoes jadi pilihan sekarang. Nak jalan banyak tadak hal. Kalau pakai heels tu, terkedek-kedek macam ayam itik.

Nora tengah serabut buat pilihan.... Hahaha! Kami dua orang bagi arahan je.

Mana satu nih pilihan kalbu????

Penunggu yang sempat berposing. =)

"Wey cantik tak?". "Sesuai je kalau hang berani. Bukan orang sedar pon tak sama pattern".

A & W Root Beer Float : Yummylicious! Romantik gitu. Share bertiga.

Budak TAMAK!

Waffle with Ice cream Double Scoop plus Choc Topping : Memang sedap ar... tambah2 bulan posa gini, ada jugak jap lagi yang menitik air liur.


Love,
Wanie

Chawan Kopitiam @ Citta Mall

Minggu lepas aku dan dua kawan yang single and available tu dah wat plan yang secara SANGAT TIDAK SENGAJA sejak hari Sabtu lagi. So tengahari hari Ahad, perut yang kononnya akan berpuasa macam puasa 3 bulan berturut tanpa berbuka telah mencari port makan baru. Hoho! Lapar dan nak BRUNCH.

Kemana? Aku bagi cadangan apakata kita ke CITTA MALL. A new mall at Ara Damansara. Belum launch secara besar-besaran lagi rasanya. Lagipun dekat je ngan rumah aku kan? Dalam kepala dah pikir nak makan kat CHAWAN KOPITIAM. My cousin yang told me bout this restaurant. Since dah ada kat Citta Mall nie, kami kaki ronggeng nie sangatlah bersemangat nak melawat tempat baru nie :p

Pasal Citta Mall, mmm...kalo korang leh bersabar untuk sebulan dua lagi, tersangatlah bagus. Sebab apa? Sebab belum siap sepenuhnya. Just ada a few restaurant la yang sedia menerima tetamu, seperti Pappa Rich, Subway, Wondermilks, San Francisco, Chawan Kopitiam dan beberapa lagi. Yang aku suka about Citta Mall, building nya berbentuk U dan sangat BERANGIN tau. Ala-ala duduk tepi pantai gitu. Best! Angin sepoi-sepoi bahasa manja gitu! =)

Setelah kawad kaki dua round kat situ, kami decide untuk brunch di Chawan Kopitiam. Semangat gila la nak makan! So, lets the pics do the work!


Cover Menu Chawan
I dah try Ice Blended Kemaman. Sangat sedap ok! Sedap! Sedap!
Price kat sana SANGAT BERPATUTAN! Big portion sesuai untuk orang tamak macam kami!
Mana satu yang menikam kalbu?
Tauhu bakar pon BEST!
Abes setiap mukasurat Menu tuh aku amek. Mana tau membantu for next time :p

Nora pose with Bee Hoon Rebus Sup Tulang & Kopi ape ek? Lupa lak =)

Me with Nasi Putih with Asam Pedas Ikan Tenggiri (which includes Keropok, Telur Masin, Sambal Cili, Sotong Kunyit & Ulam ) plus Kemaman Coffee! Terbaeeekkkk dowh!

Azwa : Nasi Putih with Daging Salai Masak Lemak Cili Padi with Kulim Coffee

Pose awek Kulim with Kulim coffee

Tauhu Bakar yang ditapau akhirnya. But still BEST!



Model Citta Mall

Permandangan dari dalam Citta Mall. Konsep Open-Air

Saya suka this location.
For those yang tinggal area Subang or Kelana Jaya and of cos Ara Damansara. You can come here to try out all foods.

Love,
Wanie

Hotdog Puff

Pada suatu malam yang hening lagi syahdu, bertempat diteratak aku. Aku telah terasa kelaparan. Hoho! Lately nie takde selera nak makan makanan berat waktu malam. Maybe aura puasa dah sampai kot! (sebenarnya entry nie ada dalam draft dah lama tapi tak sempat nak abeskan aje)

Kat umah, aku memang ada beli Kawan : Puff pastry nie. Saja. Mana tahu memalam rasa lapar, leh je trus bake and make it as simple as I can.

Bukak fridge, ada Black Pepper Hotdog. Hah, apalagi terus dapat idea nak wat puff macam Mat Gebu ajar. Pattern aje. Yang lain main hentam kromo aje.



Hotdog tuh aku goreng biasak2 je, dengan cili mesin yang dah tersedia ada. Baling-balik perasa yang ada. Rasa sikit. Ok. Fine. Kena dengan selera I. Ambil telur sebiji & pukul untuk sapuan kat kulit puff. Sepaket puff tu ada 10 keping puff. Ambil 1 dan letakkan intinya. Dann ambil satu lagi, telangkupkan atasnya. So untuk kulit yang cover diatas tuh, terpulang la pada selera kita. Nak wat belahan jiwa ke belahan asmara ke... Isk apa aku terlalut nie.


Taraaaa.... Jadi macam nie lah. Ambil telur tuh sapu la atas kulit puff nie. Supaya jadi crispy macam gambar dibawah.


Selepas dibakar....Yummylicious! Nyum Nyum =)

Salam Ramadhan untuk diri sendiri & semua umat Islam di Malaysia serta seantero dunia. Semoga kehadiran bulan Ramadhan kali ini menjadi bulan terbaik dalam hidup kita. Insya Allah. Semoga langkah pertama untuk berubah akan diberkati, sekurang-kurangnya langkah pertama ini merupakan langkah terbaik dalam hidup. Amin.

Love,
Wanie

The sadness thing in your life

Just a quick update as a reminder to myself Its really hard to accept that life as a fat woman actually. Hahahaha For the 1st time aku merun...