06 November 2012

Pengembaraan Wani Bagi Tahun 2012

Wah macam hebat aje kan tajuk post aku kali ini. Hmmm, lagipun tahap kesengalan aku yang malas nak buat kerja dalam cuaca sejuk ini menggalakkan diri aku untuk menaip dengan lebih laju dan panjang. Nanti sure Akma akan perli aku la niee.... Hihi! Perli2 manja aje. Rajin tersangat ek untuk hapdet. Dalam kepala nie memang ada macam2 perkara yang nak diceritakan. Almaklumlah, aku nie kadang2 seakan pelupa [bukan nyanyuk, ok!] dan berserabut serta berselirat cerita yang ada dalam kepala aku. 

See... aku dah makin melalut, sedangkan tujuan utama aku ialah aku nak bercerita pasal pengembaraan aku sepanjang tahun 2012. Kita akan kembali mengimbas ke bulan Januari, kemanakah yang telah aku pergi. 

1. Bandung, Indonesia

Tempat pertama yang aku rasmikan sebagai permulaan tahun 2012. Trip ini aku pergi dengan opismet and oso my besties, Aini. For the 1st time aku ke Indonesia selepas trip ke Medan tahun 1996 dengan families. Best! I love Bandung. Food. Sceneries. Peoples. Surroundings. Pergi berkali-kali macam balik kampung pun tak ada masalah.




2. The Regency Jerai Hill Resort, Gurun, Kedah

Yang ini memenuhi hasrat hati mak aku, dia dah lama berkeinginan nak bercuti dan relaks2 di atas puncak Gunung Jerai nie. Dah lama rasanya dia menyuarakan hasrat hati dia untuk kesini. So aku as a anak, menunaikan segala keinginan dia yang ada. Hihi! Anak yang baik kan? Lagipun aku kan mewarisi sifat dia, suka mengembara. 










3. Family day Office di Port Dickson

Hoooraaaay! Aku as one of team untuk menjayakan this project. Sangat best! So dapat bilik yang best. Tido sorang. Dapat cabutan bertuah. Tema malam jamuan tu Bling2 Arabian Nite.





4. Bandung, Indonesia AGAIN

Sekali lagi aku ke Bandung, Indonesia. Heaven seh! Never thought that I will be there again in the same year. Kali nie different sebab aku pergi dengan ahli keluarga. Aku bawak mak ngan adik-adik kesana. They were so happy. Me too!










5. Ho Chi Minh, Vietnam

Wah, nie part terbest! Memula aku just nak temankan mak aku. So aku join her trip. To Vietnam. Shopping and sight-seeing was not bad at all! Love to see negara orang lain.













6. Kuching, Sarawak

Selang seminggu selepas pulang dari Vietnam, aku menyertai pula pengembaran dengan Geng Jahat sepertimana yang aku ceritakan dalam post sebelum ini. So dah leh skipkan satu subtopik. Hihi! Dasar pemalas.


7. Melaka

Di awal tahun, negeri ini menjadi tempat lawatan rasmi kami hampir sepanjang tahun ini. Sehingga last week, aku masih ke Melaka. Just for coconut shake. 






8. Universal Studio, Singapore

Saya akan end kan this year dengan lawatan ke Universal Studio, Singapore. Yeaaaaay! Dengan adik-adik, sepupu & mak. Best! This is my 2nd time going there.



Love,
Wanie

05 November 2012

Otak Seminit

Tajuk kepada post kali nie didedikasikan kepada kawan kami, Geng Jahat. =) Kulat. Dia selalu cakap thats kami nie mempunyai OTAK SEMINIT. Yang mana, sikap kegilaan kami nie bisa merancang pelbagai plan yang tak terjemah dek otak dalam tempoh seminit dan keputusan yang dibuat jugak SEMINIT. Ko mampuuuu? Kadang2 perancangan tuh melibatkan jumlah kewangan yang agak besar namun OTAK SEMINIT ini tidak mampu untuk menghalang daripada ianya diterjemahkan sekali lagi. Wow, hebatkan kawan-kawan aku nie..... Hihi!

Last week, on Saturday, kami bertiga [aku, Nora & Azwa] memang dah agreed yang kami nak pergi kenduri di Senawang & Rembau. By then sebelum itu, kami akan singgah dirumah bakal mertua Nora terlebih dulu. Hah, kan daripada pepagi buto kami kena kuar umah. Dengan make up ala diva tu, kami singgah tapau bekpes kat McD, dah lapor sesangat ko! Otw pergi, aku yang drive. Tahu je lah mulut I yang kepoh nie, tak reti nak berhenti rehat sesaat punya dok bercerita. Hihi! Sorry guys, uols ada kawan yang bermulut kepochi nie. Kira rezeki lah yer? =)

Dah lepas minum2 dirumah bakal mertua Nora, kami bergerak pula ke rumah yang bakal diduduki Nora setelah kawen. Hahaha! Sorry Nora & Khairi, I soal2 macam tuh just nak wat lawak supaya we ols x mati dengan ke"diam"an memasing. Kan? Tapi rumah uols cantik la walaupun masih kosong2. Agak2 we ols nie akan rasmikan dulu ker? Ahakssss!

Next destination, drove by Azwa [biasaklah aku kan tukang baca maps & berphotogedikz], kami menuju kerumah kenduri yang pertama, rumah Aqeem. Aqeem nie aku kenali semasa wat urusniaga membeli henbeg2 yang glemer nie laaa uuu.... Anyway, congrats Aqeem & Nana. Semoga Allah memberkati perkahwinan kalian. Amin. Akak doakan [kelas kauuu jahhh terus AKAK!]. Makanan dirumah pengantin pertama nie sangat ohsem ok. Nyesal I makan sikit. Rupanya sedap. Nak dijemput lagi, sapa lak yang nak kawen kan? Hahahaha....

Dari umah Aqeem ke Rembau [destinasi kenduri kedua], hujan mak aiiiiii punyalah lebat ko! Azwa yang drove jugak. Aku si MAPS. Haiii bertemankan ujan aje la mak seharian! Kali nie kenduri kawan Nora. Yang kami berdua, si malap2 nie antara kenal ngan x kenal aje. Hahahahaha! Again, food was so delicious! Isk, pesal la I takleh makan bebanyak dah sekarang. Rugi wooooo! Di kenduri kedua nie, kami dah mula hilang 5 minutes BEHAVE. Hahaha! Kan dah jadi x behave pas tue.... Mana taknya, berphotogedikz sakan. Kenduri orang kooo! Isk!

Masuk je kete dah tanya, kita nak kemana yer? Hihi! Sebenarnya dah ada jawapan, kan? Ahaksss! Jom argh kita ke Melaka. Refer kat Waze, around 45km je dari Ghombau. Ikut jalan biasa. So kami pon agreed as usual dan memulakan perjalanan. Best! Ye la... for the 1st time kami meredah kampung laman orang kan? Sebelum ini tidak biasa ke area situ. Dengan permandangan selepas ujan yang sangat mendamaikan. Kabus memutih dipinggir bukit. Lagi best!

Motif utama kami ke Melaka, semata-mata nak minum Coconut Shake SAHAJA! Aje. Ko hadoooo? Hahaha! Ada sesapa ke yang dapat meniru aktiviti gila kami nie? Setelah dapat shake2 ke boom tuh... Kami menghala ke Pantai Puteri. Di area Tanjung Keling. Hah, motif kedua, menyakitkan hati Akma! Naseb ko la Akma! Dapat kawan2 yang inci kadang2 tak cukup, kadang2 juga tak mental pon ada. Sabar ye kawan2! Hahahahaha.......

Di Pantai Puteri, sekali lagi aktiviti gila kami bermula. 5 minit pertama kami sangat sopan ditepi pantai. Lepas tu dah makin melompat2 dengan baju kurung. Hadoi, uols kan dah tua??  [dah best kan sekarang berjalan2 pakai baju kurung ek?]. So berpintal2 punya dok memosing kat tepi pantai tuh. Ada akak kesah, kan? Nak makan satay sedap yang Akma promote pun kedai nye kul 6 lebih baru bukak. Hmm, time tu baru kul 5 ptg. Tak apela, nexti time la pulak kita cuba yer kawan2. Next time koooo...! Ada hati nak datang lagi kan? Otw balik, hujan lebat membasahi bumi. Pergh, dengan kete yang bertali2 dari Selatan ke Utara. Maka meredahlah kami sekali lagi untuk patah balik dan pulang ke rumah.

Namun haruslah ditamatkan dengan makan malam, kan? SO kita singgah dulu kat Homst Chinese Muslim Restaurant kat Seksyen 13, Shah Alam. Isi perot dulu. Dah burpppp! Balik bum2 sebelum memulakan aktiviti lain pada hari Ahad pulak. Done!

Love,
Wanie













02 November 2012

Kuching - Day 1

Sambungan dari sementelah sampai ke Kuching Airport.

Akma dengan segera menghubungi orang yang kami sewa kete. Hah, dah sampai. Cepat & pantas hokeh! Nak naik 4 orang aje, tapi sewa Proton Exora. Hah, nan hado kooo......! 4 orang then naik kete bosar! Aku as a 1st driver, ye la kena bawak MPV. Time tuh depa tak rasa lagi keseronokan bawak MPV kan? Lepas dah rasa...hah, jangan nak harap dah aku leh drive... Aku jadi tukang baca peta jeee.... Jahat tauuuu!

Shot terus ke hotel, dalam kepala nie pikir nak tido & rehat aje. Badan dah lemah, mata dah kuyu. Rasa penat sangat. =) Hotel yang Nora booked was Hotel 360. Dari luar memang nan hado aje la... tapi bila dah sampai bilik. Pergh! Hebat seh. 2 katil queen. Sangat sesuai untuk kami. Sempat lagi nak bergambar2, pastu tanpa tukar baju kurung kami terus menarik selimut tebal yang lembut tuh, & melelapkan mata dengan bahagianya. Hihi!

Bila dah bangun & siap2... Yela dah lapaq kan? Decided to had our dinner at Topspot. Nak ceta lanjut pon rasa cam malas kan? Nanti tengok gambaq aje la yer. Hihi! Makanan okey la. But my dearie frenz tak lalu sangat ar nak makan.... [kan aku dah cakap takmo gi Kuching....]
Pas makan singgah 7-e, balik tido aje. Tak tahu nak watpe aktiviti malam di Kuching. Hahaha! Ngek kan?














Love,
Wani Othman

22 October 2012

22.10.2012 - 28 tahun

Tarikh yang menjadi benchmark untuk aku setiap tahun. Macam budak-budak aku kan aku nie. Aku suka diraikan walaupun muka pasti memerah sebab malu dikelilingi semua orang. Aku suka aku sendiri gembira & aku suka orang jugak gembira.

Setiap tahun aku pasti mewar-warkan tarikh kelahiran aku. Aku bangga sebab MAK berjaya melahirkan dan membesarkan aku sepanjang 28 tahun ini. So sekali lagi, tahun ini aku meraikan hari jadi dengan gembira sekali. Bukan apa, aku duduk disini sendirian. Jauh dari keluarga aku. Yang aku ada rumah sewa, kawan-kawan, kawan pejabat & mungkin sedara-mara. Aku nak mengubat rasa hati yang jauh dari keluarga ini dengan menyambut hari lahir sendiri. Tak kesahlah apa pendapat orang lain, tapi aku pasti aku IKHLAS menyambutnya.

Setiap tahun, menjelang hari lahir aku, pastinya aku dah buat WISHING LIST. Barang-barang apa yang aku demand daripada semua orang. Mengada kan? Aku takdela berharap sangat WISHLIST aku dipenuhi, sekadar suka-suka aja. Tapi tahun nie aku takdela letak ayat2 mengada macam nie lagi. Huhuhu.

Tahun nie apa yang aku nak IS = DOA / Du'a

Doa daripada rakan-rakan yang mengenali. Semoga mereka mengaminkan doa & permintaan saya nan satu itu. Ini doa saya di status FB saya ketika jarum jam menjengah 12.00 tengah malam 22.10.2012;

Ya Allah Ya Tuhanku,


Syukurillallah.
Dengan kesihatan.
Dengan penambahan usia.
Dengan rezeki ini.

Amin Ya Rabbal Alamin.

Doaku -
Kau ampunkanlah dosa kedua ibubapaku
Ahli keluargaku
Sahabatku
Org2 terdekat denganku.


& Kau mudahkanlah & dekatkanlah jodohku.



Amin Ya Rabbal Alamin.

Wani Othman
22.10.2012



Ini doa saya ketika malam menjengah. Ayat yang dihitamkan itulah permintaan aku tahun ini. Besar sungguhkan permintaan saya kali ini. Semoga Allah Maha Esa mendengar dan mempertimbangkan doa nan satu ini. Besar harapan mak pak aku, sebesar itulah harapan aku. Namun aku percaya kepada perancangan Allah S. W. T., Dia yang lebih Mengetahui mana yang baik untuk diri aku.

Ketika usia 28 tahun telah membuka pintu untuk aku teruskan perjalanan. Aku akan cuba mengorak langkah yang lebih teratur dan berpanduan, dan betapa indahnya perjalanan itu jika bersama Imam Hati (-_*) [ye ye je kan ayat aku! Poyo]. Tapi seandainya langkah aku bersendirian, aku mohon kepada Allah Yang Satu, terangilah perjalanan aku dan bimbingilah jiwa dan roh aku agar berada dilandasan Islam yang benar. Amin Ya Rabbal Alamin.

Kepada kedua ibubapa aku, terima kasih kerana mem"besar"kan anak depa yang manja, garang & mengada. Perjalanan 28 tahun ini seakan pantas. Sekali, "Allahummafirli zunubi waliwalidaiya warham humma kama rabayani soqhira". Amin!


Love,
Wanie




08 October 2012

Pengembaraan Geng Jahat : Kuching Part 1

Bersambung dari entry khas sebelum ini. Ini adalah request daripada Akma, untuk masukkan cerita ini kedalam blog aku. Ini merupakan part 1, dikala otak aku masih fresh untuk menjejaki perjalanan kami yang tanpa rekod ini.

Sementelah ini adalah perbincangan pada minit2 akhir & genting, maka masa untuk kami ke airport adalah sangat suntuk. Boarding time adalah jam 11.45 dan pada jam 9.25 pagi kami masih di Shah Alam menemani Nora. Selepas berbincang lanjut & mendalam, kata putus dicapai. Masa & ruang untuk Nora adalah diutamakan. Maka strategi yang tepat perlu diatur untuk pastikan kami dapat sampai di airport sebelum gate close. Yang nie kena diingatkan yang, plan asal adalah trip dibatalkan. Maka aku yang memang banyak menda nak pikir nie belom mengemaskan sebarang barang. Gigil jugak aku pikir. Ok, kita sahut cabaran ini.

15 minit yg pertama mulai jam 9.30 pg, kami memecut dari Shah Alam kerumah aku untuk mengambil semua barang. Haihhhh..... Pecut ngan MyViTo aku..... Sepanjang jalan kete lain kena maki ngan aku. Sabar aje laaaaaa.... 15 mnt kedua, kami perlu berlarian dari bawah ketingkat tiga a.k.a empat dgn tangga untuk ambil beg & dlm ms yg sama kembali kekereta. Perghhh, mencabar! Aku ada masa 2 mnt sahaja untuk merembat apa2 baju.... Hasilnya, ntah pape punya baju yang aku bawak. Huhuhu! 15 mnt ketiga pulak, dari rumah aku ke rumah Azwa di Pantai Dalam. Hah, memang masalah nie. Banyak jalan plak jalan terkemut2. Siput btol la!! Yg mana menyebabkan Azwa hanya mempunyai masa 3 mnt saja utk ketingkat 14 & kembali ke kereta. Azab weeyyyy!! Tadi dh lembut lutut kami berdua masa kat rumah aku. Dengan keadaan kami yang x makan properly & rehat yg hanya sejam... Memang kami memaksa diri utk berupaya.

Jam menunjukkan 10.30 pg & kami masih di Pantai Dalam. Gate close jam 11.25 pagi. Ya Allah Ya Tuhanku, Kau mudahkanlah perjalanan kami. Aku memang berdoa sepanjang jalan. Perjalanan yang memakan masa 45 mnt hingga sejam itu cuba dikurangkan lagi. Mana lah nak daya sikereta ini menahan kehendak tuannya yang melampau2. Banyak kereta menjadi halangan utama kami. Dada aku memang berdebar2 sebab jam 11.10 pagi kami berada dalam kereta. Dalam hati aku memang tawakal & zikir supaya aku dapat bawak kawan2 aku ke Kuching. Sesampai di airport, kami segera menurunkan Akma & Kulat untuk menunggu di pintu perlepasan dalam negeri terlebih dahulu. Lagi 10 minit saja lagi, aku cakap apapon tolong wat supaya kita dibenarkan masuk. Berpusing2 kami berdua mencari parking, Nah!!! Jauh gila okay. Hampir sekilometer parking. Ya Allah Ya Tuhanku, dugaan apa pulak kali nie..... Huhuhu! Langkah kami diuji lagi. Dengan masa yang berbaki, dengan baju kurung yang langsung x sempat ditukar, dengan mata bengkak yang lagi sembab, dan kasut yang x sesuai... Aku & Azwa memulakan langkah seribu. Sumpah! Seumur hidup aku, aku xpernah lari selaju ini. So kalau anjing tengok pon for sure anjing x jadi nak kejar.. Memang berdesup dibuatnya. Kami berdua dah tak heran dengan mata yang memandang. Sesiapa yang dah biasa parking di LCCT tahulah betapa jauh tapak parking kami yang berhampiran dengan traffic lite yg kedua itu. Panggilan telefon Akma menyebabkan langkah kami bertambah panjang, macam main ragbi plak kami berdua menyelit dicelahan orang ramai.

Fuhhhhhh!!!! Hai macam nak putus nafas dibuatnya. Polis yang jaga tu pon speechless tengok kami berdua. Dari polis sampai la ke pintu gate kami berlari marathon. Termengah2 tu tak ada tapi memang dah nak pitam laaaaa..... Alhamdulillah, orang yg menjaga setiap tahap seakan terkesima & tanpa songeh memberikan laluan. Alhamdulillah.

Kami berdua menghela nafas yang panjang sebelum kedua2 kami tertido disebabkan keletihan yang amat sangat. Dengan baju kurung yang kusut masai itu jugak kami memasuki Sarawak. Untuk pertama kalinya, aku travel dalam keadaan paling tak terurus. Baju kurung. Kasut travel. Tudung kemek. Muka pucat. Mata bengkak. Buruk wey!

Akma & Kulat terpaksa sabar melayan kerenah kami yang menukar tempat utk memberikan ruang bagi pelari marathon ini. Order makanan dikala kami ketiduran. Dan hanya bangun utk mkn & sambung tido. Sori ye uols berdua, mata aku sangat letey & kepala dah sakit. Hihi!

Anw guys, nie baru part 1 tapi travel ngan korang tak pernah boring sebab ada saja menda lucu yang jadi. Best for us!

To be contd

Love,
Wanie

07 October 2012

Kehilangan Yang Sama Pernah Dirasai

Assalamualaikum w.b.t,

Salam dari Kuching, Sarawak.

Aku dan kawan2 ada di Kuching sepertimana yang dirancangkan dari awal. Namun ada cerita disebalik kedatangan kami disini.

Mengikut perancangan awal, aku, Nora, Akma, Kulat & Azwa dah plan satu percutian bersama. Biasa la dah nama pun Geng Jahat. Tapi atas dugaan yang Nora hadapi pada masa itu iaitu hari Kamis, dia pun mengundurkan diri, supaya dia dapat menemani maknya bersama-sama ahli keluarga yang lain. Mak dia been admitted untuk go through operations. So kami pon okay, dia perlu bersama family dia.

Tetapi Allah lebih mengetahui segala perancanganNya & sesungguhnya perancangan Allah adalah perancangan terbaik.

Pada 5.10.2012 jam 9.00 malam, kami seperti biasa berWhatsapp sesambil berlawak. Plan untuk jumpa around 11.00 untuk jemput Akma & Kulat yang sampai dari Penang. Nak gi lepak2, minum2 dan gosip. Kononnya.... And oso take check-in ticket, copy of reservation for hotel and parking pass [which actually we were not using it].

Semasa aku otw utk mengambil Nora dirumah dia, Nora call dia urgent nak ke hospital. Aku cakap jap, aku dah dekat. Bila aku jumpa dia, dia cakap, "aku kena gi hospital, kak aku baru call. Jantung mak aku berhenti td. Skang kt icu." aku terdiam. Terkejut. Doa aku Insya Allah tak ada apa-apa.

Memandangkan bas yang dinaiki dorang ikut jalan jauh, aku decide utk tunggu di Seksyen 18, cari tempat yang cerah sikit sebab jam semakin melewati 12 tengahmalam. Tapi hati aku dah mula rasa resah dan galau, memikirkan segala kemungkinan. Aku call Azwa sebab aku perlu share perasaan speechless aku ini.

Selepas dorang berdua sampai, aku ambil dan bawa ke McD tempat aku tunggu tadi. Masing2 dah sangat lapar. Aku pun tak makan dari petang sebab nak lunch + supper sekali.

Masa aku line up untuk order, hp aku berbunyi. Nama : Noraliza. Tangan aku dah menggigil. Sesudah aku slide screen utk answer, aku dengar suara, "weyy... Mak aku dah takde....,". Suara Nora. Nora nangis. Aku dah tersandar. Lemah segala-galanya. Aku dah sebak. Otak aku kosong. Aku cuba untuk tenteramkan dia dengan sebaik mungkin. Aku putuskan panggilan dengan janji untuk segera kesana.

Ya Allah, sesungguhNya janji Allah itu tepat. Tidak awal dan tidak lewat. Innalillah hiwainahirajiun. Dari Allah kita datang dan kepada Allah kita pulang.

Dengan segera aku drive menghala kerumah Azwa untuk ambil dia terlebih dahulu. Kami bersama-sama menghala ke PPUM. Berpusing2 mencari Tower Timur. 1st time aku ke PPUM, berpintal2 kami mencari arah dikala jam menunjukkan 1 pagi. Kami menaiki lif dengan debaran didada.

Pelukan Nora dengan tangis membuatkan aku terdiam dengan rasa sakit didada. Tanpa sebarang tangisan. Pelukan kami harapnya dapat mengurangkan kehibaan dan kesedihan yang dihadapi dia. Perasaan kehilangan itu sama dirasai kami. Keluarga Nora juga dekat dihati kami. Azwa, Akma & Kulat segera menyedekahkan Yasin ditepi jasad kaku yang diselimuti kain. Menanti untuk dibawa pulang. Sedih perasaan aku melihatkan Nora dan adik-beradiknya menangis disamping Arwah Mak mereka. Namun takdir Allah hanya menjanjikan disitulah perpisahan mereka. Berat mata kami yang memandang, berat lagi bagi mereka yang memikul. Keperluan kami bersama-sama Nora adalah tersangat tinggi. Nora, sahabat kami dah dijanjikan hanya bersama Arwah Ibu selama 28 tahun.

Selepas itu, jasad ditolak ke Jabatan Forensik bagi urusan bawa pulang. Dan, kami juga bersamanya kesana. Ini adalah kali aku berada disitu. Jabatan Forensik atau lebih dikenali sebagai Rumah Mayat. Segera. Itu jawapan yang aku boleh bagi. 5 minit disitu, jenazah arwah sudah berada didalam van jenazah. Dengan pantas, 4 buah kereta lain mengikutinya. Jam ditangan menghampiri pukul 3.00 pagi. Kami memutuskan untuk pulang dulu kerumah aku untuk berehat sebentar, makan dan menyalin pakaian yang bersesuaian. Keputusan juga telah dibuat, trip kami ke Kuching dibatalkan demi menghormati dan menemani Nora.

Sampai dirumah hampir jam 4.00 pagi tidak bisa membuatkan mata kami terlelap. Kami berempat masih speechless. Seakan mimpi semalam sahaja. Aku teringat Arwah Tok yang tahun lalu meninggalkan kami. Perasaan yang sama tetapi orang yang berbeza. Pilu dan sedih. Namun kami harus lebih kuat untuk memberikan semangat kepada Nora. Setiap kali mata ingin dilelap, tangisan Nora dan bayangan suasana segera berada ditubir mata. Sesudah subuh dan sebelum jam 7.00 pagi, kami sudah berada dirumah dia. Suasana yang berbeza. Melihat airmata ahli keluarganya meruntunkan lagi perasaan aku. Luka dan pedih. Suasana yang mengalirkan airmata kami berempat. Pelukan hangat dan kejap dari kami tanda semangat untuk dia. Kalau kami sudah separuh lelah dan keletihan tapi dipihak dia, bahasa mudah adalah lemau. Kehadiran jiran dan saudara seIslam menziarahi Arwah membuatkan hati kami bertambah diruntun pilu, titisan airmata tidak bisa dihentikan. Bagaimana pulak dipihak dia? Kesedihan itu tidak berupaya dihentikan dan dihalang.

Langkah dan ayunan kaki kami menghala ke surau diseberang jalan rumah Nora bagi bersama dalam urusan memandikan, mengkafankan dan mengkafankan jenazah sebelum jenazah meneruskan perjalanan akhirnya. Semasa menunggu jenazah diuruskan, kami berbincang dan memutuskan untuk meneruskan perjalanan kami ke Kuching setelah menerima nasihat dari pihak ketiga. Bukan kami ingin bersikap kejam dengan meninggalkan sahabat kami dikala kesedihan menyelubungi dirinya. Tapi kami ingin memberikan peluang kepadanya untuk berehat sementelah melalui hari yang sangat panjang. Supaya dia dapat memberikan masa yang lebih kepada keluarganya. Supaya dia dapat memfokuskan kembali kepada kehidupannya yang sebenar. Plan kami diteruskan dengan perasaan hati yang sangat berat. Terlalu berat meninggalkan sahabat tersayang pada masa itu.

Sebelum kami mengundurkan diri, dakapan erat dan lama tanda perkongsian perasaan diantara kami. Berat. Sedih. Pilu. Tangisan tidak dapat dilepaskan begitu sahaja. Kesedihan beraja didada kami dikala langit mendung dan hujan renyai mengiringi perjalanan hari itu.

Nora, sahabat kami.
Memang berat dugaan ini.
Tapi kuatkan hati ko teman.
Sesungguhnya Allah tidak akan menduga kita jika tidak berupaya untuk menerimanya.
Nora,
Jangan risau kami Geng Jahat,
Akan berada disisi untuk berkongsi segala rasa,
Gembira mahupun sedih,
Kami doakan segala yang terbaik untuk diri ko. Amin.

Love,
Wanie

[aku tamatkan tulisan ini ketika dalam pesawat pulang dari Kuching, Sarawak]

19 April 2012

Hapus PTPTN

Dua tiga menjak nie, aku tengok makin menjadi-jadi pulak pasal nak hapuskan PTPTN. Memulai aku cam tanak amek tahu je, nak buat derk aje! Tapi bila tengok berita pagi ke malam ke... dalam paper laa....kat status FB pon sama. Asyik2 pasal nak hapuskan PTPTN.

Pelik aku tengok manusia nie... semua menda nak free aje. Hamboih2x! Kalau duit tue bleh turun dari langit, kita yang menusia nie leh ngutip cam ngutip daun, takpe la jugak kan? Ini tak, yang layak potong income tax pun sanggup lari, tanak bayar. Abes tuh camne korang nak hapuskan PTPTN. Mana Kerajaan nak kutip duit tanggung hidup korang yang mewah tapi semua menda nak FREE. Patutlah manusia nie dikatakan tak tahu dek untung. Tak bersyukur. =( sedey kan?

Kononnya korang nak Sistem Pendidikan yang percuma, cukuplah2 wey since dari Tadika sampai laa ke SPM, asyik nak menda percuma aje. Iyer, korang kena bayar bape2 hengget masa awal tahun tu... Takkan nak berkira kot? Ilmukan takde nilai harganya beb! Pastu bila dah cemerlang, masuk Uni pulak. Mak ayah tak mampu, jadinya korang kena la bertanggungjawab dengan ilmu yang korang nak itu. So korang dah pi sign agreement PTPTN. Sapa yang arahkan yer? Tangan sendiri kan? Niat sendiri kan? Tanggungjawab sendiri kan? Takkanlah dah besar panjang gitu, otak masih tak matang kan? Haiiii...bercinta bleh, berfikir secara logik takkanlah tak mampu. 

Dari sudut pandangan akulah, yang pernah menjadi student dan masih belum habis bayar lagi pinjaman PTPTN nie... menjadi student PTPTN nie lebey loaded daripada bekerja dan makan gaji sekarang. Betul tak kawan-kawan? =) Aku dulu cuma dapat RM 3,300.00 untuk 3 tahun. Jadinya setiap semester, aku akan dibayar separuh untuk yuran dan bapak aku perlu top-up lagi separuh untuk bayar baki yuran. Setiap semester ye. Oleh itu, dikalangan kawan-kawan aku, hanya aku yang kurang mampu masa belajar. Duit pon ada seadanya aje. =( Tapi Alhamdulillah sebab rezeki bapak aku yang ada pada masa itu dapat menampung anak-anaknya yang masih belajar. Dan juga terima kasih kat PTPTN sebab tak memilih aku sebagai penerimanya walaupun rayuan telah dibuat, sebab aku tahu betapa besarnya tanggunggan yang aku kena bayar walaupun dengan amaun nie dua kali bayar dah boleh settle. Pepaham je la aku nie..... 20 kali bayar pon blom tentu leh settle. Ahakssss!

Jadinya kita terbang ke kasut kawan-kawan aku pulak yang meminjam lebey daripada RM 20,000.00. Besarkan jumlah yang perlu dipikul, itu belum lagi termasuk Kos Pentadbiran yang dikenakan. Bayaran balik pinjaman yang hampir RM 200.00 boleh menjadi bebanan yang besar bila tidak cuba dilunasi sedikit demi sedikit. Pada pendapat aku, PTPTN bukanlah satu badan yang kejam tapi kadang2 kita lagi kejam dengannya sebab tak bayaq hutang hokey! Takkanlah nak tunggu PTPTN act macam Ah Long kot baru nak gedik2 pegi bayar kan?

Camni la...apakata kita fikir kedepan, seandainya kita tak bayaq PTPTN nie macammana adik2 kita...anak2 kita... yang satu hari nanti nak sambung belajaq tapi tak mampu sebab PTPTN dah takde. Dengan faktor kos hidup dan ekonomi yang semakin meningkat, bagaimana kita yang berpendapatan sederhana nie nak menampung segala bebanan? Alhamdulillah skang Kerajaan masih mengekalkan PTPTN nie, sekurang2nya mak bapak kita tak risau dan tak penat membanting tulang untuk mendapatkan duit bagi menampung kos tersebut.

Apa2pon kepada individu yang mintak supaya PTPTN nie FREE.. fikir2kanlah takkan semua menda nak FREE kot? Macammana la putaran ekonomi kalau ko asek nak menda free aje. Kita bukan dok zaman batu lagi, kalau time tu leh la ko petik je daun tepi jalan balik wat masak lemak kot. Memula minta PTPTN je hapus sebab nak EDU FREE, lama2 kang ko leh mintak RUMAH FREE, BINI FREE, KETE FREE, MAKAN FREE...ye laaa...FREE tue kan menarikkkk...... Manusia2...tak pernah nak bersyukur.


Love,

Wanie

15 April 2012

16.04.2012

Grüße an alle,

Zum Glück wurde ich immer nach dem Leiden Stress wegen meiner jetzigen Tätigkeit gesund.

Für die Informationen meiner Leser mit Google Translate-Dienst, die deutsche Sprache zu übersetzen. Damit soll die Verleumdunggegen mich zu reduzieren. Sorry, wenn die verwendete Sprachefalsche Grammatik.

Ich freue mich sehr, in dieser Woche, als meine Freunde, kamAkma und Azwa zu uns nach Hause und aßen in Seoul Garden in Lake City. Ich bin bereit Toast Butter Oreo Kuchen zusammen zuessen. Gefühl, als ob der ganze Druck war weg. Es war noch nichtnach Penang sichern, genauer tröstete mich.

Heute 2012.04.16, esse ich Mittagessen mit Akma im EmpireGallery Subang. Es ist wahr, manchmal Freunde können unsberuhigen, wenn wir in Schwierigkeiten und Probleme sind.

Ich war sehr glücklich, wenn eine Familie gegeben, die immermembimbangi mir und Freunden, die mich stets begleiten. Amin.



liebe,

Wanie

13 April 2012

I'm Back

For the moment, I thought untuk privatekan this blog. Just for myself untuk merungut dan complaint memacam. Ahaks! Ade ke macam tu... tapi tak best lak kalo takde orang nak kepochi kan?? Ahaks!

Just here I'm, back to this blog untuk continue my bebel. As long as I'm happy cukupla kan? Walaupun other people might be annoyed with myself. Kih kih kih! Kalau annoyed tu maksud dengki la tu..... =)



Love,
Wanie

11 April 2012

Prazovex

Memulanya aku sendiri pon tak kenal, apa menda nie? Rupanya sejenis ubat. So aku baru tahulah ini adalah ubat. Aku google la dulu sebelum ambil. Hmm...kenapa aku perlu amek ubat nie? Surely semua orang terkojut kan? Officially Im announcing that IM WEAK. Ye saya sebenarnya sangat CENGENG. Luaran mungkin kuat tapi dalaman Im so weak. So the doctor had prescribed me dengan ubat nie. Aku as a patient mestilah wat research terlebih dahulu. Isk tanak aku. So apa itu PRAZOVEX? Let me share with uols.


1) Why do I need this medicine?

Prazovex helps to relieve anxiety and anxiety accompanied by depression.

Prazovex is also used to relieve panic attacks and problems sleeping (a condition also known as insomnia).


2) How do I take this medicine?

Take Prazovex exactly as directed by your doctor. Do not take more or less than instructed by your doctor.

Do not take Prazovex for a longer period of time than instructed by your doctor.

In some medical conditions, such as anxiety, panic attacks and insomnia, it is not advisable to take Prazovex long-term. See your doctor if Prazovex does not seem to help you.

If you are taking Prazovex as a sleeping pill, you should take it only when you have problems sleeping and when you are able to sleep for 7-8 hours without being interrupted. Take it just before you go to bed.

If you have been taking Prazovex over a certain period of time, do not stop taking Prazovex suddenly as this may cause withdrawal symptoms such as seizures, cramps, vomiting, sweating and tremors. Your doctor will reduce the dose of Prazovex gradually before stopping it completely. Follow your doctor's instructions carefully.

You may take Prazovex with or without food. However, taking it immediately after food may reduce the side effects of drowsiness and sleepiness.

If you have been given the slow-release tablet (usually marked as "XR" or "SR"), swallow it whole. Do not chew, crush or break it.


3) What should I do if I have forgotten to take this medicine?

Take the missed dose as soon as you remember. If it is almost time for your next dose, skip the missed dose and return to your normal dosing schedule.

If you are taking Prazovex as a sleeping pill, you may not need to take it everyday. Take it only when you need it. Follow your doctor's instructions carefully.

DO NOT double a dose under any circumstances.


4) When should I not use this medicine?

Alert your doctor if you are pregnant or if you become pregnant while being treated with Prazovex. Do not take Prazovex if you are pregnant.

It is important that you do not get pregnant while being treated with Prazovex. Use appropriate birth control.

Alert your doctor if you are breastfeeding. Do not breastfeed while being treated with Prazovex.

Alert your doctor if you ever had an allergic reaction to sleeping pills such as diazepam, midazolam, lorazepam and others.

Alert your doctor if you have liver disease or an eye disease known as glaucoma.

Alert your doctor if you have lung or breathing problems such as sleep apnea, myasthenia gravis or if you are at risk of falls.

Do not give Prazovex to children, unless specifically instructed by the child's doctor.

Prazovex is not meant for children younger than 18 years old.


5) What should I take note of while taking this medicine?

Alert your doctor if you are an alcoholic or if you have a history of drug abuse.

Alert your doctor if you have kidney disease, depression or a history of depression, any mood or psychiatric problems.

Prazovex is usually used for a short period of time only. Do not take Prazovex for a longer period of time than instructed by your doctor. If you are taking Prazovex as a sleeping pill, take it only when you need to. Try not to make a habit of relying on Prazovex to help you sleep.


6) What side effects could I experience?

Prazovex may cause drowsiness, dizziness and blurred vision. Prazovex may also affect your mental alertness. Do not drive or take part in any activity in which you need to be alert.

Prazovex may also cause some memory loss, dry mouth, constipation, difficulty urinating and appetite changes.

Prazovex may cause aggressiveness, restlessness, irritability, hallucinations and nightmares in some people. Alert your doctor quickly if you experience any of these symptoms.


7) Can I take this with other medicines?

Do not take Prazovex with antifungal medications, especially itraconazole and ketoconazole.

Alert your doctor quickly if you are taking any of these medicines:

- other sleeping pills
- any medicines that cause drowsiness such as opioid (morphine-like) pain-killers, antihistamines and medicines for mood and personality disorders 
- antidepressants such as fluoxetine, nefazodone, fluvoxamine, sertraline, paroxetine
- antibiotics such as rifampicin, erythromycin, clarithromycin, telithromycin, doxycycline, isoniazid
- epilepsy (fits or seizure) medicines such as phenytoin, carbamazepine, phenobarbitone
- heart or blood pressure medicines such as diltiazem, nifedipine, nicardipine, verapamil, quinidine, amiodarone
- AIDS (HIV) medicines
- birth control pills
- gastric medicines such as cimetidine
- asthma medicines such as theophylline

Always inform your doctor and pharmacist if you are taking any other medicines, including herbal tonics, supplements and medicines that you buy without a prescription.


8) Are there any restrictions on the type of food I can take?
Avoid alcohol and grapefruit juice.

9)How should I store this medicine?

Store in a cool, dry place away from the reach of children.

Medicines must not be used past the expiry date.

So korang dah tahu kan kenapa aku tak makan ubat nie. Sekuat hati aku, aku cuba untuk cure by myself. Try to. Insya Allah. Doakan aku kuat walaupun aku hadir ke tempat kerja dengan fikiran terawang-awang dan sakit kepala. Aku buat2 macam takde apa-apa aje la. =(


Love,

Wanie

The sadness thing in your life

Just a quick update as a reminder to myself Its really hard to accept that life as a fat woman actually. Hahahaha For the 1st time aku merun...