30 March 2014

Setengah Jam di Radio Asyik.fm

Assalamualaikum wbt,

Hari ni tugas aku ialah menjadi wakil untuk slot temubual di Radio Asyik.fm. Nie kira 2nd time la aku kesana. Hihi! Aku yang volunteer, memang dasar tak malu kan. Mula2 Zam punya turn, aku nak teman tapi sebaliknya yang jadi. Aku amek turn and Zam yang temankan. I accept aje. Takde masalah. Aku kena jadi myself, yang selalu menyahut cabaran. Aku kena paksa diri aku. Maka aku jadi tetamu jemputan untuk slot bersama Jabatan. 

Kali ni slot kami ditemubual oleh DJ Noriman yang sempoiii... Ganas tapi dalam hati ada taman. Hihi! Alhamdulillah it went well. Atleast. 

Thanks to Puan Mariamah utk layanan yang baik and bawak kami for a simple tour. Hihi! 

Next month, aku akan pegi lagi kesana, insya Allah temankan Zam pulak. Kalau aku free, insya Allah takde hal utk aku pegi. 









Lotsa love,
Wani Othman

20 March 2014

Ceta Peberet Sekarang - Ser Chief & Maya Dela Rosa

Lyrics of Be Careful With My Heart – Jodi Sta Maria & Richard Yap

If you love me like you tell me
Please be careful with my heart
You can take it just don’t break it
Or my world will fall apart

Sarah:
You are my first romance
And I’m willing to take a chance
That ’till life is through 
I’ll still be loving you

I love you and you know I do
There’ll be no one else for me
Promise I’ll be always true
For the world and all to see

Love has heard some lies softly spoken
And I have had my heart badly broken
I’ve been burned and I’ve been hurt before
So I know just how you feel
(how I feel)
Trust my love is real for you
(I hope that you’re love is real)
I’ll be gentle with your heart
I’ll caress it like the morning dew

I’ll be right beside you forever
I won’t let our world fall apart
From the very start
I’ll be careful with your heart

You are my first (and you are my last) romance
And I’m willing to take a chance
(I’ve learned from the past)
That ’till life is through
I’ll still be loving you
I will be true (I will be true) to you
Just a promise from you will do (only to you)
From the very start
(from the very start)
From the very start
(from the very start)
From the very start
Please be careful with
(I’ll be careful with)
my heart (your heart) 



Lotsa Love,
Yes I love u,
Wani Othman



Superstar Libra Cruise [Gambar sahaja]














































12 March 2014

Current favourite zikr!

https://www.youtube.com/watch?v=iMIMxafvivw&feature=youtube_gdata_player


Hasbi Allah Wa Nikmal Wakeel
Wa Nikmal Maula
Wa Nikmal Nasir

Teringin Nak Makan "Seafood"

Uwaaaa
Dari pagi tadi sampai la sekarang
Aku teringin nak makan
Tom Yam
Sotong goreng tepung yang rangup
Ikan bakar
Huhu...
Sedapnya
Betapa teringin nak makan
Nak ajak sapa?
Or
Sapa yang nak ajak saya ye?
Huhu
Tapi nak makan yang kat Jeram or Umbai Melakaa
Kau nie kan.. Selera semenggah kan???
Sebenarnya nak rasa sikit je hihi

Ntah la ye nak makan ngan sapa...... Sabar je la

Lotsa love ,
Wani Othman

10 March 2014

Doa utk MH370

#MH370

Rasanya inilah yang paling trending di Malaysia sejak Sabtu lepas.
Aku pun sama.
Selepas aku membaca Whatsapp geng opis.

Reaksi aku.
Tergamam.
Seharian aku takde mood nak kemana.
Walaupun sebenarnya aku dah janji ngan mak aku nak naik Jambatan Pulau Pinang yang kedua.
Seriously aku hanya melekat seharian depan tv.
Aku nak tahu perkembangan aircraft tersebut dengan pelbagai spekulasi.

Sebagai seorang kaki berjalan yang tegar.
Aku agak tersentap dengan perkhabaran ini.
Aku jenuh memikir kemana perginya aircraft tersebut.

Hal nie rasa macam sangat dekat dengan hati. 
Sedangkan pada hakikatnya, tak ada seorang pun yang aku kenal dalam pesawat tersebut.
Mungkin disebabkan jiwa seorang anak Malaysia
Jadinya apa yang dah terjadi, menyentuh semua rasa hati.

Aku setuju dengan pendapat salah seorang Instagrammer
Fazreena pemilik Tudung People
Dia menyentuh soal kenapakah semua orang sangat concern pasal hal ini
Semua orang macam digam untuk berada dihadapan tv
Dan mendapat maklumat yang paling terkini.
Ini disebabkan masing-masing memikirkan bahawa
Kita adalah individu yang berkemungkinan berada didalam pesawat berkenaan.
Apa yang akan jadi kalau kita dalam senarai berkenaan.

Iya aku setuju.
Itu juga yang aku fikir.
Setahun paling minima aku akan terbang dengan menggunakan aircraft
Adalah sebanyak 5 kali per tahun
Ini paling minima
Bagaimana dengan hati-hati yang berada dekat atau jauh dari kita.
Apa yang mereka rasa.

Mungkin itulah yang dirasai keluarga mereka.
Memandang tangisan mereka
Merembaskan juga airmata aku
Memikirkan dimanakan mereka tanpa mengira agama, bangsa, atau kaum.

#MH370
Berikanlah kami petunjuk.

Ya Allah Ya Tuhanku
Kembalikanlah hati-hati yang sedang resah, galau, dan susah
Memikirkan hati-hati yang belum kembali, tanpa khabar berita, dan tanpa petunjuk.
Kepadamu Ya Allah
Kami berserah 
Untuk menerima segala kemungkinan
Untuk menerima segala takdir
Kami pasrah
Ya Allah
Dengan dugaanMu
Sesungguhnya Engkaulah Maha Pengasih, Maha Penyayang dan Maha Mengetahui
Apa yang tersirat mahupun tersurat
Untuk kami.
Amin.
Ya Rabal Alamin.


Kembalilah #MH370,

Wani Othman

01 March 2014

Jom Kenal My Family

Assalamualaikum wbt,

Tetiba ari ni dok saja2 lepas sidai baju, tringat nak bercerita pasal my family, wpn sebenarnya dah half pon taip post pasal Superstar Libra. Nanti ai continue. 

Mmm being so far from my family, buat kita appreciate our family betul tak. Kalo dok dkt, ada je nak gaduh. Hu3. Mengenali my family, we ols mmg ditakdirkan pelik tp sebenarnya tak. Pelik tu bukan apa, muka serius sangat. Mcm sombong. Berlagak. Demand. Tapi as usual la, tak kenal maka tak cinta. Rasanya our face reaction tu adalah cara self-defend. Seolah2 kami beware dengan apa yg mendatang. Tapi sebenarnya takkkk.... Kami sangat peramah. Kang org lain boleh cabut lari bila bsembang sbb tak larat nak sembang. Hu3. Orang yang tak kenal mmg for the 1st time tgk my parent, they will said my parent ni serius and garang but btul2 kenal, isk3 mak pak hang nie weng jugak nooo.. Ha3. Thats y ada kawan2 aku yg pi melawat rumah aku wpn aku tadak kat sana sbb p sembang ngan mak pak aku. Boley gitu?? 

Setiap kali hari raya, aku leh katakan muka yg datang raya is muka2 yang sama. Muka2 yang aku kenal. Sbb aku nie over peramah, mula2 tgk mmg diam and menjeling tp kejapppp.. Bila aku mula bcakap, mau terburai perot budak2 tu. Tu sbbnya kawan2 adik2 aku jadi kawan aku. Ada yang tanya, kak hang ada tak, kami rindu la nak sembang ngan dia. Hah koo.. Bkn gegurl tau tp boboy... Adik2 kan.. Layankan aje...

Parent aku pon macam tu. Kuat gelak. Wpn dorang seyes. Adik2 aku pon bermuka kelat gak, nak buat macam mana baka cmtu kan? Hi3. Atleast we ols bukan talam dua muka kan?? Depan bmuka manis tapi belakang, Nauzubillah. 

Lagipun kami sangat orang kampung sebenarnya, org2 yang tak penah pegi umah aku memang takleh nak imagine how kampung I am actually... Ha3. Sbb aku ni nampak mcm town sikit, uptodate with so many things. Ini disebabkan aku rajin membaca, aku ske benda2 yang terkini. Wpn hakikat yg sebenar, aku orang kampung. Aku kalo duduk umah mak aku, ari2 still pakai kain batik. Sampai makcik2 yang datang cakap, aih kita pon tak pakai dah kain batik, ada jugak org muda yang pakai kain batik lg. dats y aku cakap, aku ni kampung. Rumah aku pon dulu berjiran dengan bendang, pokok getah and oso kelapa sawit. Itu sbb aku reti hal2 yang pelik nie. Dari segi mata luaran, memang nmpak mcm we got everything, tp nan hadoo, just cara pmbawakan diri. Cara bersosial kami. Pak aku sakang pon aktiviti harian dia, is pegi bendang. Bukan memantau ye. Sebab pak aku buat bendang sendiri. Pekerjaan semasa pak aku ialah pesawah. Kadang2 sampai aku terpikir, family aku sangat kampung, bolehkah orang menyesuaikan diri. Yela wpn rumah batu tapi kami buat sendiri keja2 kampung. 

Pak aku seorang yang suka berjimat and menabung, hasil titik peluh dia la yang buatkan kami semua boleh rasa lebih daripada orang lain. Dia berkorban masa muda dia untuk dia achieve semuanya dimasa tua dia. So he deserves what he gets now. Sbb kami bukan bketurunan org kaya or what so ever. Dan bukanlah kaya as per org anggap. We just got what we want which is the balance of life.  My family member background is diorang wat kerja kasar utk menampung their life. 

Honesty is the best policy, be honest with yourself and others, you will get what you want even its hard and take a time. Tapi worth it what if you are a patient person. My parent ni jenis honest person, if yes, they will said yes, if no, no la jawabnya but with a strong reason. Thats y dorang bukan jenis judge a book by its cover, dorang akan kenal2 dlu. Adik laki aku selalu bawak balik kawan2 yang kadang2 kami pon tak pernah kenal and jmpa but Alhamdulillah until now dorang leh jadi family frens. Ada one couple ni, his wife is Japanese with 3 kids. Every hari raya they will come and visit us on hari raya, his wife cakap ni rumah wajib utk dtg raya. Ha3 so funny of them. Ai pon dah jadi their frens too. Thats y I said we are open to everybody, insya Allah we can get along with anyone. We dont have money to share with, but we just offered relationship to be tie up. Thats all. 

Okla thats all, I nak pergi siap2. Jap lagi nak pegi lepak kat Kulcats. Anyone? Come and join me. Hi3. 


Lotsa love,
Wani Othman 

16 February 2014

Punca Terjebak Kad Kredit

Assalamualaikum wbt,

Dah lama aku tak menukil sesuatu di blog aku kan? Huhu. Bukan malas. Tapi takde idea. Nak nak pulak Nobby aku fah tanak hidop! Stress! Plan nak beli any new tab 10.1, yang ni memang dah di plan bertahun2 yang lalu. Since dari tab generasi pertama until now, dari bajet ada sampai dah takde. Tak beli jugok! Stress again! Maka ari ni naip nya guno hp aje la. Seb bek la hp intan payung gemala hati nie banyak function, kalo tak duduk senyap la aku dibuatnya. This weekend seyesly aku takde kemana. Mana taknya, next week nak pergi holiday kan? So kena la berjimat cermat amalan mulia minggu nie.

Aihh apa yang aku bebel2 kan nie, rasanya tajuk kat atas aku nak fokus menda lain kan. Nie dah bebel pelik la pulak. 

Oh ya! Aku nak ceta pasal kad kredit tapi as usual ceta nie akan bercampur aduk dengan hal lain la. Aku start guna kad kredit after 3 months aku keja. Cepatkan? Hmm aku secara jujur tidak ada savings masa aku mula2 kerja. Mana taknya selepas setahun menganggur aku dapat kerja tetap nie, mana aku nak cekau savings kan? Pastu aku terus kena kerja kat KL nie, hah kauuuu selama hayat nie duduk Utara aje tetiba kena berhijrah kat sini. Terkujat and tersiksa. Selepas sebulan menumpang rumah sedara dengan berbekalkan bantal, tilam and kain baju duduk rumah orang, aku kena kursus 3 bulan. Maka 3 bulan berikut aku duduk tempat yang disediakan. Masa ni lah aku apply untuk kad kredit, selepas ada gap dalam bayaran gaji. Seb bek makan minum disediakan masa tu. Cuma nak bayar duet keta la siksa sikit. 

Selepas 3 bulan itulah bermula fasa hidup aku yang penuh onak dan duri. Seyesly kalau aku kenang memang menitis gak airmata aku nie. Sebab aku terlalu belajar untuk berdikari masa itu. Dengan kawasan KL yang aku sangat failed. Lagi seminggu nak habes kursus, aku kena cari bilik/rumah sewa dengan sebab musabab. So menggagau la jugak aku mencari dengan ketidakfasihan aku pasal kawasan tempat kerja aku. Alhamdulillah opismet aku tolong carikan bilik untuk disewa. Aku memang dah tak kesah macam mana bilik tu, bape harga sebulan or area mana, asalkan aku leh tinggal and pergi kerja Isnin tu. Sehari sebelum aku pindah masuk, aku ngan kawan aku datang tengok kawasan dulu sebab kang aku tak reti lak nak datang esoknya. Pastu kitorang pegi Giant, and masa nie lah aku mula menggunakan kad kredit. Iya tidak bagus! Sumpah kalau aku boleh undurkan masa, aku TIDAK AKAN PERNAH guna kad kredit dalam urusan belian aku kecuali dengan tunai. Tapi aku tidak pernah menyesal, sebab dengan kad kredit nie juga aku mulakan hidup aku dengan sendirian dan berdikari. Aku beli kipas meja, rak baju, kettle and a few things barang untuk aku guna as barang harian. Kena faham, selepas 3 bulan aku hidup mcm diasrama. 

[nie jugak reason kalau ada sesapa yg bujang or jauh dari family cari rumah sewa, aku akan tolong. Aku sangat faham betapa susahnya kalau kita sendiri. Aku pernah sendiri.]

Esoknya dalam kul 10 pagi aku pergi rumah yang disewa tu. Fuhhh alhamdulillah aku tak sesat. Tapi..... Ada tapi... Aku call tuan rumah tu, dia cakap dia takde. Sedangkan aku dah cakap nak sampai kul bape. Aku duduk dalan keta sampai kul 1. Then cousin aku msg, dia suh datang rumah dia. Ya Allah Ya Tuhanku, aku nie tak reti jalan. Zaman tu mana ada GPS ka WAZE ke GOOGLE ke... Dia bagi msg utk direction. Maka aku dengan gigihnya pergi juga ke Damansara, thanks cousin untuk bagi beberapa jam tumpang rumah. Petang tu aku patah balik kerumah tu, kena tunggu sampai kul 7 pulak. Dugaan gila. Menangis aku sesorang sebab rasa lonely and terasing masa tu. Then tambah dugaan, aku tak reti nak pergi opis dari rumah. Untuk 2 pagi aku masuk kerja lewat, sebab aku sesat ntah kemana. Seyesly aku memang tak reti. Balik kerja opismet aku hantar and tunjuk jalan. Thanks opismet!!! Terhutang budi. Lagi satu lama juga aku hidup dalam bilik sewa tanpa tv. One time tu aku balik Png, mak aku suh bli tv. Kurang2 hilangkan boring aku. Maka dengan ini sekali lagi swipe. Itu blom bulan2 yang terswipe okeh. 

Dah duduk dlm 3 bln, aku mmg tak tahan duduk dalam rumah tu. Bulan akhir aku duduk, aku tido dengan pisau bawah bantal. Hah tak seram ke korang? Sure seramkan? Ada beberapa perkara yang buatkan aku rasa tak secure nak terus tinggal kat rumah tu. Then aku pindah ke blok sebelah, kali nie aku sewa rumah. Aku! Iya aku sorang2 sekali lagi. Aku dah fobia nak tinggal dengan orang lain lagi. Aku dah macam tak tahan dengan perangai orang bila tinggal sekali. Aku wat kira2 aku cakap kat parent aku, aku mampu nak bayar sewa sorang2. Terpaksa. Maka berpindahlah aku kerumah berkenaan. Alhamdulillah rezeki aku, tuan rumah tinggalkan set sofa, peti sejuk, dapur, rak n single bedframe. Semoga tuan rumah murah rezeki. Amin! Aku berpindah masuk dengan bawak harta benda yang aku ada. Dengan ini bermulalah kisah aku dan sebuah rumah, bila aku dah ada rumah, aku perlu mengisi barang2 supaya rumah nampak macam rumah. Bermula fasa aku guna kad kredit dengan begitu jayanya. Aku banyak membuat pembelian untuk barang2 yang berharga melebihi kemampuan tunai bulanan aku. Sebab aku dah terbiasa dengan hidup yang dikelilingi barang2 yang penuh. So aku memang banyak membeli. 

Bila kita dah terbiasa guna kad kredit jadi banyak urusniaga yang kita buat untuk bulanan. Kadang2 yang takde dalam list kita and bukan keperluan kita, bukan untuk bulan nie, bukan untuk bulan depan dan bukan untuk bulan seterusnya. Nie adalah kegagalan aku. Kad kredit tak salah bagi aku. Sebab fungsinya mendahulukan keperluan kita disebalik ketidakmampuan kita. Yang salahnya ialah kita. Kita yang tak mampu untuk kawal diri sendiri. Aku bersyukur sebab dengan kad kredit, aku ada barang2 yang membantu kesinambungan hidup aku. Tapi penyesalan hanyalah tentang perbelanjaan luar kawalan aku. Dah beberapa kali aku cuba selesaikan tapi tak pernah selesai baki kad kredit tu. Hah dah macam kena sumpah la pulak kan?

Bermula tahun nie, tahun 2014, aku berazam dengan sepenuh hati aku untuk menafikan penggunaan kad kredit secara menyeluruh. Sekarang nie adalah masanya untuk aku jalani hidup tanpa bantuan kad kredit lagi. Tempoh mendatang adalah satu tempoh panjang untuk aku buat penyelesaian baki yang tertunggak. Macam2 teknik kira2 dah aku  senaraikan tapi yang pastinya aku MESTI selesaikan. Setelah aku dapat segalanya, aku haruslah memaksimumkan penggunaan semua perkakas yang aku ada sekarang. Aku akan hidup secara tunai dan berwasatiah. Mungkin satu tahun yang mencabar pada tahun nie untuk aku tapi aku cuba untuk tabah dan kuat untuk bebaskan diri dari segala hutang. Biar susah sekarang, jangan susah pada masa depan. Aku percaya pada rezeki Allah, berdoa dan bersyukur dengan apa yang ada. Insya Allah. 

So pada sapa2 yang belum ada kad kredit dan mungkin bercita2 untuk ada, tak payahlah berangan. Sesungguhnya perbelanjaan secara tunai tu lagi membahagiakan. Kita just berbelanja mengikut keperluan dan kemampuan kita sahaja. Yes, sarcastic kan bunyinya. Tapi orang yang melaluinya saja yang tahu betapa sukarnya untuk selesaikan satu hutang. Yang penting ukur baju dibadan sendiri. Wpn masa yang panjang diperlukan untuk selesaikannya tapi nie lah harga atas pilihan sendiri.

Oklah itu aje. Nilailah sendiri. Aku tak kisah siapa pun nak menilai aku. Sebab hanya aku sendiri yang mengenali diri aku. Bersusah2 dahulu, bersenang2 kemudian. Insya Allah. Allah Maha Besar: 

Lotsa love,
Wani Othman 

01 January 2014

My baby is back

Alhamdulillah
Allah Maha Mendengar

My lil baby hp dah balik
Dia dah wake up after 24 hours tido
Mummy sangat happy!


Lotsa Love,
Wani Othman

The sadness thing in your life

Just a quick update as a reminder to myself Its really hard to accept that life as a fat woman actually. Hahahaha For the 1st time aku merun...