01 March 2011

Im Offically A Yellow Gurl

Mulai 01.03.2011, aku secara official nya telah menjadi Yellow Gurl. Sebab sebelum nie jadi Red Gurl. So bila dapat mesej from Red, "We acknowledge your request to move. Thanks you for being with M***s and we hope to serve you again in the future....". Huhu. Sedey la pulak rasanya. Mana x nye aku dengan Red company nie since 2003 lagi rasanya. Sangat loyal,ok! Tapi lately nie, aku perlukan perhijrahan. So aku decide untuk join Yellow pulak with their package.

Yes, Yellow is offering me more attractive package with unlimited Internet. Ini yang aku carik sebenarnya. No where I can surf Internet superfast and cheap! Yang penting cheap la sebenarnya. Hihi!

Bukan nak condem Red, tapi Red nie x treat aku as their loyal cust dengan baik sekali. No rewards. No extra benefits. Melainkan I kena pay extra aje. Huhu.

By the way, aku nak cuba dulu hubungan aku dengan Yellow nie. Tengok la work out ke x. Hopefully semuanya berjalan dengan lancar. And doakan semoga jodoh kami panjang la. Already use Yellow now. Cuma cant wait to go and collect the cloth for Yellow.


Love Lady Wanie.... =) sangat happy

28 February 2011

Bila Hati Mula Marah

Semalam aku telah amuk dengan seganas2nya.Terkejut oghang yang mengenali saya.Sebab saya nie kebiasaannya maghah xdela sampai keluar ayat macam tuh.Tapi semalam memang aku maghah amatt..takleh nak tahan dah.

So saya dah menggunakan FB sebagai tempat meluahkan rasa hati yang paling segera n cepat. Dah memang perangai saya macam tuh. Saya nie kalo maghah kena lepaskan secepat mungkin. Tapi lepas itu saya terus cool and relaks. Itu advantage nye. Memang la ayat yang saya gunakan sangat tajam dan mengejut. Tapi takde la sampai niat saya sama dengan ayat saya. =)

Kadang2 bila kita dah mula luahkan...hati yang panas tadi akan segera menyejuk,dan bila terima komen kawan2, mulut pon mula mnguntumkan senyuman. Walaupun tidak semanis gula, sekurang2nya mampu menghilangkan segala kegalauan dan kerisauan.

Manusia mana yang tiada perasan marah dan sakit hati. Cuma yang membezakan kita macammana kita nak kawal perasaan tersebut. Setakat nie kalau aku marah, aku mampu lagi nak menyimpannya, masih boleh senyum dan gelak untuk isu yang lain walaupun hati tengah mendidih.

Tak menafikan, ada juga individu yang tak boleh kawal perasaan marah itu. Perkara ini boleh dilihat melalui raut wajah, kerutan dahi, kemonyokan muka, tindakan atau reaksi kepada sekeliling, nada suara dan banyak lagi la. Tapi muka adalah anggota paling tidak boleh menyimpan perasaan kita. Yang boleh membantu ialah emosi kita. Emosi sahaja boleh mengawal wajah kita. Btul tak?

Papepun isu kemarahan nie tak dibawa sejauh-jauhnya pun. Dekat sahaja. Dan dilupakan saja. Tak bagus menyeksa jiwa dan batin kita. Seafdhalnya saling memaafkan.


Love Lady Wanie

24 February 2011

Isteriku Zulaikha @ TV9

Semalam jam 8.30 malam, aku teringat yang aku ade program TV nak ditonton. sebabnya aku dah usha trailer (btul ke?) @ iklannye kat tv. Mcm menarik aje...Apatah lagi ada Sharifah Amani & Norkhiriah. Aku memang minat dengan depa dorang nie. Kira jarang missss la kalo depa blakon. At the moment aku memang takde idea apa jalan ceritanya...through iklan aku ingatkan si Ungku Ismail nie kawen dgn kakak, pastu si adik nak rampas...first perception laaa tuh...

So aku ubah la cenel ke TV9...mmg sooo adorable la si Sharifah Amani nie.Cute and sweet... Apa jalan cetenye nie.....???

Rupa-rupanya jalan ceta dia mcm nie... Adik a.k.a Sharifah Amani, Abang a.k.a Ungku Ismail dan Zulaikha a.k.a Norkhiriah. Abang ngan Adik adalah kapel. Depa bukan adik-beradik yer. Kira kapel separuh mati la. Dalam masa yang sama, aku dgn segera hapdet status FB aku. Remind kwn2 aku utk tgk. Sebab apa? Sebab aku rasa jalan ceta nie mcm a part of my life aje. Hihi..tiba2 tersentappp la pulak!

Bila Abang suarakan hasrat ati nak meminang Adik. Mak dia bantah. Mak dia nak Zulaikha. So Abang yang cinta abes dgn Adik, frust la. Adik bertambah2 la. Yela kawan dah kondifen kan akan jodoh dia dgn Abang. So Adik ilangkan diri untuk bagi laluan kepada pilihan mak Abang. Mula-mula Abang tadak hati sangat kt Zulaikha, tapi apalah sangat hati seorang lelaki kn? Dia dh kesiyan kat Zulaikha time si Zulaikha jaga dia masa demam. Tapi selepas tu dia terjumpa Adik semula. Yela perasaan cinta tuh masih membuak-buak kan? Susah nak dilupakan la kiranya cinta lama itu. So perasaan cinta yang berakar tuh tmbuh semula jadi tunas yang baru.

Opsss...aku tanak cete lebey2. Hangpa request la kat TV9 supaya ditayangkan semula ceta tuh. Tapi memang best la..jalan ceta yang segar. How it been presented pon very segar...Nice! I love la Radius One. Xpenah failed,ok!

Lagu yang dijadikan background music dari Aliff - Akan Tiba, & Yuna - Cinta Sempurna & Penakut. Loveee the music. Sooo relevant dengan jalan ceta.

I love the way Adik quiry bout their relationship and pengorbanan Adik at the first place. Adik tanya Abang " Sampai bila hubungan kita macam nie?" - time hubungan depa disambung semula. I know its really hard to be answer. Then jawapan kawan Abang pada dia, "Adik tuh cuma perlukan secure. Security. Sebab Adik rasa unsecure dengan hubungan kau orang." - time nie Abang persoalkan tindakan Adik yang letakkan syarat untuk menikahinya. Ayat lain iaitu, "Cinta tak semestinya bersatu". This word laa yang paling hikmat sekali. Yess tak semua cinta itu akan bersatu walaupun cinta setinggi gunung.


Cinta Sempurna - Yuna


Penakut - Yuna

Akan Tiba - Aliff Satar

Love Lady Wanie

20 February 2011

19.02.2010 - urusan dan menguruskan

Memandangkan aku memang nak balik minggu lepas. So balik la aku kerumah di kampung. (skang pon masih rasa kengantukan lagi).

So pepagi bute lagi mak aku dah kejut,suh bangun n mandi. Pastu pegi umah Tok, sebab nak mandikan dia. Masa aku pegi...Mak aku ngan Maksu tengah mandikan Tok. Dah make-up2 bagi wangi n cun, aku tolak la wheelchair dia ke depan. Nak suapkan nasik lemak pulak. Memang dia xkenal pon aku nie sapa. X hengat bukan sikit2 tapi memang x hengat langsung. At all. Tok skang bukan nyanyuk tapi apa yang dia cakap semua merepek meraban dah. Paksu aku cakap memory card dia dah takleh nak read, macam kena virus aje. Apa yang dia ceta, semuanya berlatar belakangkan zaman 50-an rasanya. Hoho!

Tengahari sket kami rushing ke Sungai Petani, melawat arwah ayah tiri mak pulak yang meninggal pada paginya. Mengiringi jenazah utk pejalanan terakhir Arwah di dunia. Masa sampai disana, jenazah dah selamat disembahyangkan dan nak dibawa ke kubur. 1st time aku tengok Pak Imam yang bacakan talkin dengan terisak-isak menahan tangis. Sebak dada aku. Walaupun ringkas dan cepat tapi bacaan itu sangat menyentuh rasa hati. Al-Fatihah kepada arwah ayah tiri mak aku. Amin.

Berbalik kepada ceta Tok aku tadi, huhu...semua orang letey sebab tak cukup tido. Mana taknya Tok aku langsung tak tido. Lebey 12 jam. Tak tahu kenapa. So kami decide wat shift la. Yela yang len memerlukan rehat, sebab depa dah seminggu kurang rehat. Tok aku plak, tetiba banyak la pulak idea nak bercakap. Usually kurang sebab dia dah tak dengaq. Tapi semalam....hadoii...macam-macam yang kami kena dengaq. Ada yang lawak...dia xsedaq tapi kami nie yang gelak terbahak-bahak. Contohnya masa kami dok sembang keliling dia..tiba2 dia tunding jari kat mak aku, dia cakap "..iskk...besaqnyaa...goreng pon sedaappp nie". Dia ingat mak aku tuh ikan. Haha! Lepas tuh skali lagi time cucu2 dia pulak bersembang, si adik aku nie dok tergelak-gelak..tiba2 Tok aku cakap.."..macam anak tupai laa...". Hahaha! Adik aku dah ghope tupai kot agaknya.

Akhirnya sampai ke pagi ari Ahad baru Tok aku nak tidoq. Lepas tuh kalo dia baring sesorang dalam bilik, mesti kena ada yang teman. Kalo tak makin kuat la meracaunya tuh. Tapi nie la ibadah kita kepada orang tua, walaupun berat mata memandang dan berat lagi bahu memikul, nie la dugaan kepada kita untuk menanganinya. Nanti aku nak buat entry khas untuk beberapa orang dalam keluarga aku. Untuk pedoman kepada kita yang masih muda nie.


Love Lady Wanie

16 February 2011

Yeah Esok Balik

Thanks to Allah and surely to my cousin (Da & Abg Mie)
cos sudi tumpangkan saya balik kampung.
A part of my heart dah legaa...phewww!
Half lagi blom

Eventhough I smile and laugh happily
But no one's know what I feel actually
Im worrying of her

Last nite I called my mom
She said that my tok nie asek merepek-repek je
Aduss
Camne nie?

Now I nak balik..even 2 days only
But atleast I see her through my eyes
=)


Love Lady Wanie

15 February 2011

William's Stall, Kelana Jaya

Semalam after ke Ikea, we ols decided untuk pegi food hunting...Haha! Menakutkan aje. Aku ada cari review about William's nie. Oghang cakap kat Kelana Jaya but the exact location memang xtahu. So through web hoping, dapat la tahu katne. Memang sesgt membantu la. Siap dengan maps lagi depa nie tunjuk.

So dengan tergagap-gagap, kami pon pegi la mencari stall tuh. Fuhh...dah masuk area Jalan SS26/9, aku pon memaksa Azwa untuk cari stall yang ada dua "blackboard" besar. Sampai ke hujung la jugak. Check! Dapat! Memang dari segi luaran, alamak memang nampak cam stall tepi jalan aje a.k.a kaki lima. Setinggan pon ada kot. Tapi oleh kerana kebanyakkan review mengatakan food yang dihidangkan by them sooo sedap and in a big portion. Kami memang nak cuba.

First of all, kami berdua gi berdiri depan blackboard tuh. Yela nak search makanan mana nak dimakan. (seb bek dah baca review orang len, about xde menu. kalo x for sure aku akan "menu please!"). Yeah! We decided makan Mee Raja Daging, Meatballs Lasagna and 2 air Ribena Lychee. Time tuh orang dah ramai la jugak. That time around kul 6.30 petang.

Services nya memang tip top la.. sebab within 2-3 minutes, they already served us with drinks. Cepat kan? Bila tengok gelas air tuh...Mak oiii, guna gelas giant ker? Bosar bonar laaa....seliter ke air nie? (sorila jangak sikit during that time. first timer la katakan)

Within 10 minutes, they all dah hantar mee and lasagna. Huhu,banyak la wey...leh makan 4 orghang rasanya. Tapi kalo yang jenis makan banyak. One portion pon bleh abes.

For me laa...memang worth it la harga dan rasa makanan tuh. Really a big portions weh! Bcos of slalu oghang makan Mee Raja, so we tried kan? Nice and different. Chinese mee with ketchup, oso cili padi. Daging sebagai sampingan pon sedap, lembut and marinated well. Move to meatball lasagna, meatball tuh sebosar penumbuk baby...siap ada cheese lagi dalamnya. Sedap! Next time kesana, we all nak try another dishes. Maybe Nasi Goreng Ketam, Ayam Pandan or Seafood, xpun Cheese Nan, ke Pizza, ke Aglio Olio, lagi Carbonara...see macam2 western dishes yang hangpa leh request disana. Nyum~~nyumm.... =)

Tapi kalo hangpa nie jenis oghang yang cerewet dengan kebersihan n persekitaran. Hangpa memang xkan dapat la daripada stall nie. Bukan la teruk sangat. Tapi tak macam restoran laaa...dah nama pon stall kan?

Oleh kerana aku nie takda henpon yang mantoppp...so aku pinjam la dari link dibawah ini, so hangpa layan sendiri la gambaq2 nie noo...Jangan meleleh air lioq dah laaa....aku dah rasa. Hangpa bila lagi?

Nie la rupa stall dia

Nie la Ribena Lychee...rasanya buah laici dia ade kot setin!
Meatball Lasagna. Ada 4 bijik meatball sebesar penumbuk baby tuh!
Mee Raja with Chicken Pandan. Tapi kami choose daging. Nice!


The Nasi Goreng Ketam(RM12.00)
Mee Raja with Pandan Chicken(RM8.00),
Risotto with a LOT of seafood (RM30.00), Ribena Lychees(RM6.00)
pandan leaf chicken (RM5), Nasi Lemak (RM2.50), Sotong Bang Bang (RM25), Soft Shell Crabs Fried Rice (RM15), Meat Platter (RM15)
Mango blended (around RM5-6), Surf and Turf – A piece of steak and a huge prawn (RM40), lamb ribs
Ribena Lychee (RM6), Mango Ice Blended for drinks (RM6-big, RM4-small), Premium Mixed Grill (RM30), Loh Shi Fun With Beef (RM7), Ribena Blended with Shum (RM 6), Dan’s Jumbo Ice Lemon Tea (RM5), Seafood Fried Rice (RM 30), lou shi fun with beef & sausage (RM20), Triple-H (RM 5), seafood platter (RM 40), Pasta Arrabiata with Beef (RM 40)
Love Lady Wanie









14 February 2011

On Saturday

Hari Sabtu lepas, me and Azwa kuar jejalan la konon. Where to go agaknya...after all we decide to go to Low Yatt Plaza at Bkt Bintang. What for ek? Haha. Wat mende lagi usha henpon again and again. Ntah bape dah kami berdua ngusha henpon. Haha! We went there to clarify satu henpon, dah hampir macam nak beli tapi....akan beli dalam masa terdekat.

Bukannya skang takde henpon tapi nak pakai canggih sikit. Atleast boleh hapdet blog through henpon n oso haplod pic. See now my entry kebanyakkannya takde pic. Why? Sebab aku pakai henpon murah2 aje. =)

Oleh kerana dah keluar umah pon tersangat lewat petang, maka bermalam lah kami disana. Opss,bukan maksud tdo sana. Tapi berjalan-jalan diwaktu malam.

Kerana semangat window shopping itu sangat tinggi. Maka kami telah berjalan ke Fahreinheit (ntah ejaan aku betul ke idak). Nak nengok UniQLo. Yela mana penah kesana since dibuka. Nak nengok la jeans n shirt. Nice. Nice. N sooo nice kain2 nya.
Go to fullsize image

Kitorang nak menengok baju-baju. Rasanya didatangkan dari Jepun. Btul x? Aku pun sempat merembat sehelai baju. Kainnya takde la nipis sangat tapi sejuk. Sesuai dengan suasana di Malaysia. Harga sangat reasonable.

Go to fullsize image

Lepas tu kami ke Pavillion. Nak gi minum2 aje pastu ngusha baju tshirt takpun blouse. Nice. Tak merembat pape ye kat sini!

Dah sangat larut malam and perot dah berkeroncong, maka Azwa pun decide nak dinner + supper kat Chop & Steak kat area Kampung Baru. Oklaaaa! Make us cukup-cukup kenyang aje. Bolehlah kalo sapa ingin mencuba.

Owh aku dah nak balik umah nie. Nak pegi pasar malam la dulu. Daaa.......


Love Lady Wanie

13 February 2011

Bila Tok Sakit

Referring to oghang Utara nie, tok ni actually nenek la. Aku masih ada tok di kedua-dua belah pihak, samada mak aku xpon pak aku. Tapi yang dok dekat ngan umah aku, mak abah aku la iaitu Tok Melah.

Semalam mak aku cakap tok aku nie jatuh. FYI, tok aku nie dah berumur 93 tahun. Alhamdulillah masih dikurniakan umur yang panjang oleh Allah S.W.T. Oleh kerana faktor umuq dia, maka setiap kali dia jatuh, maka kesannya amat teruklah. Maka dengan itu aku tersangatla runsing.

Bukan apa, setiap kali dia jatuh or sakit, aku ada kat sana. Means kampung la. Bercuti la kebiasaannya. And aku as a cucu kepada dia, maka seharusnya aku la help dia. Jaga n oso wat urusan hospitalisasi.  Now aku pon tinggal jauh, maka dengan rasa susah hatinya dan sangat sedey sebab xda daya nak tolong dia sekarang.

Tadi aku tepon mak aku, dia cakap tok patah tulang bahu. N need to bring her to another hospital, yang provide pakar untuk further check. Can u feel what Im feel now?? sobs..sobs..

Aku nak cuti, kang cam melampau lak sebab aku baru je bercuti seminggu. And macam tak sesuai je kan.

Tahu-tahu je la patah tulang bahu wey...bukan leh letak plaster or simenkan. Kena biar camtuh saja until baik. Kita yang sihat nie, kalo tergeliat sikit je dah macam paralysed. Nie patah. Apatah lagi kan??? Leh pikir tak macammana dia nak makan...kencing...berak...yang penting nak bergerak? Maklumlah dia bukan macam orang tua biasa, dia masih bergerak. Berjalan sendiri. Mandi sendiri. Now have to baring aje all the times. I can feel how difficult she is now to stand on her own feet.

Lagipun sepanjang hidup aku, memang aku banyak dijaga oleh dia. Sooo sad now...sebab aku cuma mampu berdoa aje wat sementara nie.


Love Lady Wanie

11 February 2011

Suara Ku Berharap

Hijau Daun – Suaraku (Berharap)
Aku rasa nie lagu antara lagu yang paling dekat dengan hati aku wat masa nie.Huhu.....sob..sob..sob. Tersedey pulak dah. Lirik lagu nie pon bercerita dengan jelas. Tapi aku lagi suka versi nyanyian Luna Maya...feeling sikit. Haha! Nie aku haplodkan versi Luna Maya jugak..


Hangpa boleh la pilih mana-mana versi untuk hangpa layan perasaan malam-malam nie. Rasanya sesuai untuk orang yang sedey kot. Haha! Layanlah lirik lagu nie;

Di sini aku masih sendiriMerenungi hari-hari sepi
Aku tanpamu
Masih tanpamu


Bila esok hari datang lagi
Ku coba ’tuk hadapi semua iniMeski tanpamu ouuw wooohh
Meski tanpamu



Bila aku dapat bintang yang berpijar
Mentari yang tenang bersamaku disini
Ku dapat tertawa menangis merenung
Di tempat ini aku bertahan


Suara dengarkanlah aku
Apa kabarnya pujaan hatikuAku di sini menunggunya
Masih berharap di dalam hatinya


Suara dengarkanlah aku
Apakah aku slalu di hatinya
Aku di sini menunggunya
Masih berharap di dalam hatinya


Kalau ku masih tetap di sini
Ku lewati semua yang terjadiAku menunggumu ouuw wooohh
Aku menunggu


Suara dengarkanlah aku
Apa kabarnya pujaan hatiku
Aku di sini menunggunya
Masih berharap di dalam hatinya


Suara dengarkanlah aku
Apakah aku ada di hatinya
Aku di sini menunggunya
Masih berharap di dalam hatinya


Ouuw wooohh…
Suara dengarkanlah aku


Love Lady Wanie

10 February 2011

Kerja Oh Kerja

Kerja Oh Kerja. Aku nie kalo bab kerja. Ikut je flow yang ada kat depan. Takdela rasa nak cabut lari ke nak quit ker nak nangis guling-guling ker bila xleh nak absorb dengan stress.Masa aku mula masuk kerja dulu, aku dah count yang aku kena servis 34 tahun....34??? Tapi aku rileks aje. Sebab apa? Sebab aku bersyukur sekurang-kurangnya Allah memudahkan aku untuk mendapat pekerjaan tetap disaat kawan-kawan aku lebey dahulu bekerja dan aku menganggur.

Aku paham apa perasaan orang yang menganggur. Sebab aku sendiri menganggur hampir setahun. Siap kerja ngan mak sedara aku wat kuih untuk dijual kat bazar Ramadhan. Hah? Abes tuh? Semua interview yang aku pi tak memihak pada aku. Lepas dah menganggur agak lama, aku pon pi la attend course yang Kerajaan sediakan untuk bebudak menganggur nie. 3 bulan wey. Tapi amat best sebab dia membantu kita built up kita punya personaliti dan keyakinan. Lepas 3 bulan, aku kena wat praktikal kat company pulak. 3 bulan lagi. Masa dapat kerja macam tuh pon aku dah excited gilaaaa...Gaji kecik ka apa ka...Aku dah tak heran. Asalkan nama kerja.

Dah abes tempoh praktikal, aku diabsorb as a permanent worker there. Gaji kecik jugak. Tapi adaaa aku kesahhh?? Kira nama kerja. Bukan bidang aku pon aku redah ja. Kita mesti jadi person yang macam doh tapi bukan agar-agar ok! Jadi macam doh, sebab kita sendiri yang kena sesuaikan diri dalam setiap keadaan. Jangan dok pikiaq ikut kpala hotak kita sendiri aja.

Aku sangat berterima kasih dekat orang yang nampak potensi aku iaitu MISS LIM. Dia yang bagi peluang praktikal dan dia juga yang bagi peluang untuk kerja dengan dia.

Baru ja kerja sat dengan depa, aku dah dapat offer yang memerlukan servis aku selama 34 tahun nie. Alhamdulillah. Lega dan syukur sangat-sangat. Aku penah menitiskan air mata saat kawan-kawan aku dah dapat kerja dulu.

Bila dah masuk dalam bidang nie, barulah aku sedar betapa besarnya tanggungjawab aku kepada orang ramai. Betapa mencabarnya kerja untuk memenuhi kehendak dan kepuasan public. HoHo! Mula-mula kerja, memang aku akui aku takleh nak kontrol stress dan marah. Tapi sekali tuh aku dah over marah, dada aku sakit. Ayoooo! Takot wey. Start time tuh jugak aku tobat. Kalo dah rasa marah sangat2, aku akan tunduk dan tarik nafas dalam-dalam. Dan helakan nafas tuh dengan perasaan lega. Lepas tu senyum. Hah, trus ilang rasa marah. Pikiaq secara positif setiap cabaran tuh walaupun susah. Dapatkan jugak bantuan rakan sekerja dalam mengawal emosi dan masalah. Jangan dok diam-diam dan sorang-sorang. Tubuh badan kita nie, Insya Allah nak digunakan lama. Rasanya rakan sekerja kita adalah orang yang paling memahami apa yang kita lalui,kan? Alhamdulillah aku dapat rakan sekerja yang saling membantu dan bekerjasama. Apa jua tekanan, kita rasai bersama kan?


Love Lady Wanie

Apakah Kesilapan Hangpa Dalam Hubungan?

Boleh la dirujuk melalui website ini. Selepas pembacaan melalui blog ini, penulis blog membahagikan wanita kepada dua jenis ;

Pertama: Jenis wanita yang jarang sekali melihat atau mengaku bahawa mereka berkemungkinan adalah punca kegagalan sesuatu perhubungan itu. Dia berasa bahawa dia telah membuat yang terbaik dan segalanya demi perhubungan. Sekiranya wujud konflik atau masalah, ia disebabkan oleh pasangannya atau lelaki.

Kedua: Jenis wanita yang bila berlaku konflik atau bila pasangannya mula hilang minat terhadapnya dia akan rasa punca berlaku demikian adalah disebabkan dia. Dia rasa seperti ada tindakan atau percakapannya yang telah menjadikan lelaki itu hilang minat dan seterusnya mencetuskan masalah dalam perhubungan. Tidur tak lena, buat kerja apa pun takde tumpuan sebab asyik fikir apa salah silap yang dia dah buat.

So mana satukah anda? Kalo anda seorang wanita laa...Hihi...Kalo anda lelaki...Den blom wat pembacaan lagi. Aku rasa aku dalam kategori yang ketiga...Haha...mana ada yang ketiga kan? Cuba la hangpa tolong pikiaq macam mana kategori yang ketiga tu. Yela jenis xmau mengaku salah dia tapi kadang-kadang dok pikiaq macam menda tuh diakibatkan oleh dia.

Penulis blog ini jugak, menyarankan supaya kita sedar dan paham apakah tindakan hangpa sebagai wanita dalam menyebabkan hubungan hangpa gagal. Penulis blog tuh bagi 3 jenis yang penting;

Kesilapan Pertama: Wanita tidak mempedulikan atau TIDAK FAHAM keperluan perasaan lelaki. Bila perkara ini terjadi, peluang amatlah tinggi untul lelaki menjauhkan diri dari anda.

Kebanyakan wanita menganggap cara lelaki berfikir adalah sama dengan cara mereka berfikir. Oleh itu wanita seringkali melayan lelaki mengikut cara yang mereka rasakan bahawa itulah yang terbaik. Malangnya niat baik mereka itu lebih menjauhkan lelaki dari mempunyai ikatan perasaan yang kukuh bersama mereka.

Wanita kebanyakannya suka bila emosi mereka dibelai begitu juga lelaki cuma bila dengan lelaki caranya berbeza.

Bila sebut tentang keperluan perasaan atau emosi lelaki, yang penting ialah apa yang mereka rasa bila bersama anda. BUKAN apa yang anda rasa! Anda sebagai wanita, secara sedar atau tidak, andalah yang mencipta suasana sama ada lelaki tersebut ingin terus bersama anda atau sebaliknya.
Kadangkala anda tak sedar tindakan anda telah mengancam egonya, menunjukkan anda seolah-olah mengawalnya, menimbulkan kembali kenangan pahit masa silam atau mencetuskan perasaan tidak selamat dan selesa lelaki bila bersama anda.

Banyak keadaan juga bila anda rasa anda buat sesuatu yang baik, hanya untuknya tetapi tindakan anda bukan mendekatkan malah menjauhkan lagi anda dan dia.

Sifat semulajadi wanita yang manja, suka membelai dan memberi(melakukan sesuatu untuk pasangan) memang menjadi tarikan kepada lelaki. Namun bila anda memberi atau melakukan sesuatu terlalu banyak dan apa saja untuknya ia akan ‘melemaskan’ lelaki dan berkemungkinan memberi tanda padanya bahawa anda ingin mengawalnya.

Anda mungkin berkata, “Mana ada saya nak kawal dia, saya hanya berikan segalanya yang terbaik untuk dia dan perhubungan!” Itu betul, tapi ‘signal’ yang dia dapat tak sama dengan apa yang anda fikirkan dan dia berkemungkinan jadi lebih jauh dari anda.Dia juga kemungkinan berasa anda terlalu hebat dan tidak sepadan untuknya.

Sifat semulajadi lelaki yang asas ingin menjadi seorang yang diperlukan oleh wanita. Lelaki ingin tahu adakah dia mampu memberi perlindungan, kegembiraan, memenuhi keinginan dan juga kepuasan terhadap pasangannya sekaligus menjadi ‘hero’ yang boleh di harapkan. Sekiranya dia dapati wanita tersebut terlalu hebat, maka dia akan menarik diri perlahan-lahan.

Penyelesaiannya, saya bukan nak suruh anda berlakon atau pura-pura tak hebat , tetapi anda hanya perlu menggunakan sifat kewanitaan anda untuk menunjukkan dan membuat lelaki berasa bersama anda dia berada dalam keadaan yang selesa dan selamat. Kalau dia seolah-olah jauh dari anda sebelum ini, maka dengan cara itu anda akan dapat mengetahui apakah yang menjadi sebab terhadap tindakannya itu.

Kesilapan Kedua: Kesilapan biasa yang berlaku adalah wanita cuba membetulkan atau mengubah lelaki. Tidak menjadi kesalahan jika anda ingin pasangan anda menjadi lelaki yang lebih baik dan hebat. Saya juga tidak kata kalau ada perangai buruk pada dirinya tidak perlu dibuang dan diubah. Lelaki pula tidak menolak perubahan yang patut dilakukan sekiranya perlu.

Maksud saya, bila wanita sayangkan seseorang lelaki itu, dia cuba mengubah lelaki itu dengan cepat dan mendadak. Lelaki akan terfikir, adakah anda sayangkan dirinya pada masa ini atau dirinya yang ada dalam fikiran anda setelah dia berubah nanti? Kena faham, lelaki tidak suka dirinya cuba diubah dengan cepat dan mendadak oleh pasangannya – begitu juga wanita!

Kena ingat ya..kalau anda berjaya mengubah dirinya atau apa yang anda tak suka dia buat atas alasan ‘ini untuk kebaikan perhubungan’ atau supaya hati anda senang..’perubahan itu kemungkinan besar takkan lama bertahan!’

Jadi macamana nak buat? Penyelesaiannya ialah anda perlu menjadi wanita atau pasangannya yang mampu membuat dia sendiri ingin menjadi lelaki yang lebih baik! Anda membuatnya berubah sebab dia fikir dia sendiri nak berubah, bukan sebab anda yang suruh sedangkan dalam masa yang sama dia tak perasan bahawa itu adalah hasil kerja anda! Andalah hakikatnya yang menjadi pencetus perubahannya tanpa dia sedari. Nampak apa yang saya sampaikan?

Ini adalah “skill” yang perlu anda ada membolehkan anda membuatkan pasangan anda berubah menjadi lelaki yang diimpikan dan hebat seperti semua wanita inginkan. Mungkin dari kuat merokok berhenti terus, mungkin kaki melepak kat kedai kopi dah kurang atau tak lagi dan macam-macam lagilah.

Kesilapan Ketiga: Seperti mana wanita, lelaki juga hanya ingin bersama orang dan pasangan yang menyenangkan hati. Sekiranya seseorang itu terlalu banyak menimbulkan isu sampai tahap macam dalam drama, ini akan menjauhkan lelaki.

Lelaki ingin dan senang bersama wanita yang ceria dan mempunyai keyakinan dalam diri. Sebab itu senyuman wanita merupakan satu senjata yang amat berkesan dalam menarik hati lelaki. Senyuman juga memberi maksud anda selesa bersamanya.

Walau bagaimana pun, ramai wanita tak sedar mereka selalu mencipta suasana yang tegang dalam perhubungan. Suasana macam dalam drama ni selalunya dalam bentuk bercakap tentang perasaan dan emosi anda dan lelaki selalunya akan cuba mengelakkan diri dari terperangkap dengan situasi ini.

Kalau anda jenis wanita yang terlalu sensitif, mudah terasa, mudah terluka, mudah marah dan tersinggung dengan apa yang pasangan anda atau orang lain lakukan atau kata, anda akan dengan cepat dan mudah menjadi wanita yang lelaki rasa tidak selesa bersama. Akibatnya dia akan mula menjauhkan diri dari anda. Sekiranya dalam perhubungan cinta, kemungkinan anda akan merasa dia semakin jauh dari anda.

Lelaki akan cuba menjauhkan diri dari wanita yang mempunyai dan menunjukkan emosi yang tinggi. Lebih-lebih lagi sekiranya emosi wanita tersebut boleh mencetuskan suasana tegang ketika berbincang tentang sesuatu. Sesekali ia terjadi, perkara biasa tetapi bila ia asyik terjadi dan bila masa berbincang saja anda menunjukkan emosi anda, lelaki akhirnya akan cuba menjauhkan diri dari punca ketegangan tersebut – iaitu anda.

Sebagai contoh, bila berbincang tentang keadaan perhubungan anda dengan pasangan, anda menangis tersesak-esak, bila dia bertanya anda diam. Satu jam anda hanya diam dan setelah puas dia memujuk anda tetap mendiamkan diri. Ini saja cukup untuk membuat dia merasa tekanan hasil dari emosi anda. Ini tidak termasuk lagi pertanyaan yang bertalu-talu dari anda sehingga keadaan menjadi ‘panas’. Kalau anda nampak dia jalan berpegangan tangan dengan wanita lain itu bab lain ya..itu saya fahamlah anda dah tentu mengamuk! Ini maksud saya bila berlaku saja konflik atau perbincangan perkara seumpama ni berlaku, maka lelaki akan mula ‘trauma’ dan menjauhkan diri dari anda.

3 kesilapan di atas saya terangkan hanyalah sekadar secara asas dan dipermukaan sahaja dari banyak lagi kesilapan yang anda sebagai wanita mungkin tak perasan anda lakukan.

Kunci kepada perhubungan jangka panjang yang bahagia dengan lelaki adalah anda sebagai wanita perlu meningkatkan kefahaman anda tentang bagaimana lelaki ‘berfungsi’. Cara lelaki berfikir, apa yang menjadi pendorong kepada lelaki, apakah perkara yang lelaki takut dan menakutkan dia, apa yang membuat lelaki rasa terancam dalam perhubungan, apa yang menutup perasaan lelaki dari membuka hatinya dengan mudah, rela dan senang hati untuk anda, dan apakah yang membuatkan lelaki ingin bersama dengan seseorang wanita itu dan kekal ingin bersama hanya dengannya sahaja.

Ramai pakar dan bukti yang menunjukkan bahawa wanita, bukan lelaki yang mempunyai kuasa dan pengaruh untuk menentukan kebahagiaan dan arah tuju perhubungan di antara wanita dengan lelaki. Wanita memang amat sukar mengubah lelaki tetapi wanita mempunyai kuasa untuk membuat lelaki berubah dengan kerelaannya sendiri. Wanita juga boleh membentuk sikap lelaki dengan memberi tumpuan terhadap keinginan lelaki.

Wanita mempunyai kuasa untuk menarik cinta, kesetiaan dan kejujuran lelaki kepadanya hanya sekiranya wanita tahu menggunakannya dengan betul dan berkesan.

Harapnya artikel yang dikongsi daripada blog diatas tuh dapat la membantu kita dalam memperbaiki diri sendiri. Insya Allah. Amin.


Love Lady Wanie



The sadness thing in your life

Just a quick update as a reminder to myself Its really hard to accept that life as a fat woman actually. Hahahaha For the 1st time aku merun...