18 May 2011

Sepeninggalan Ku

Uish..uish... Habes berhabok blog aku dibuatnya. Bila ye last entry? Owh time aku demam for the first time, skang dah demam kali kedua gitu. Rasanya dah dua minggu aku biarkan blog aku bersawang gini. Fuh..fuh.. buang habok dulu.

Minggu pertama sepeninggalan aku, aku demam. Yaps, demam sebab tensen. Huk aloh, mengada nye. Tensen kerja sampai demam ye? Then ada hal opis yang kena diuruskan. Minggu kedua plak, aku pegi bercuti. Yeah, walaupun diri tak semenggah mana tapi dikuatkan juga hati dan perasaan aku untuk pergi bercuti. Dengan niat, dapat lupakan sekejap hal kerja.

Tapi nama pun pergi dengan opismet, susah la amat nak berjauhan dengan isu pekerjaan nie. Hiks...Hiks.. Kiranye takleh dilupakan laa.... Huhu....! So mengenai percutian aku, akan dientrikan secepat yang mungkin. Insya Allah.

Love Lady Wanie

05 May 2011

=(

I need a shoulder to lend on my tears =(

Sob..sob... Stress mode *_*

Not only because of work.....if I have a wing ----*_*----

Dont disturb **Fragile Mode**

Love Nur

Badan dah Panas =(

Hari ini badan dah start panas dan sendi-sendi semua lenguh. Nak demam ke aku nie? Dengan tekaknya sakit, nak telan air liur pun macam tak lepas. Huhu!

Tapi Cik Nur, anda kena kuat ye? Jangan cepat mengalah dan mengundang ketidaksihatan kepada diri.

Yaps, aku harus akui lately ini kerja banyak (banyak sangat ke? Ke kau yang mengada?). Hurmm....rasa nak muntah nie. Okla GTG now. Yang pasti ESOK KERJA!

Love Lady Wanie

04 May 2011

Hatiku Runsing

Hmmm...see mengeluh lagi nie. Memang la masalah kerja pun banyak jugak tapi masalah peribadi pun berbaris jugak. Hati aku sedih sangat mengenangkan kesakitan yang nenek aku alami sekarang. Rasanya aku pernah blogkan masa nenek aku patah tulang bahu ini.

Sekarang masalah lain pulak muncul, sebab dia dah lama tak berjalan sebab dah terlalu tak larat, jari kakinya dah macam mati a.k.a gangren. Dapat tak korang bayangkan yang jari kaki tanpa sebab musabab tiba-tiba mati. Mula-mula ingatkan bengkak dan doktor cakap sebab jangkitan virus tapi tadi abah aku dah jumpa banyak ulat kat jari tu. Dapat tak korang bayangkan?? Sakitnya hanya Allah yang tahu. (airmata aku menitik nie)

Diusia dia, dia tak mahu lagi kakinya dipotong sebab nak tubuhnya lengkap semasa disemadikan. Hati mana yang tak luluh, dalam ketak upayaan dia, dia menanggung segala kesakitan. Kalau ikutkan hati aku nie, mau saja aku amek cuti yang panjang sikit untuk uruskan dia. Aku sangat risau. Tapi aku takleh mementingkan diri sendiri sebab aku ada tanggungjawab lain iaitu bekerja.

Jadi mana-mana pembaca blog aku atau blogger yang singgah ke blog aku, yang work as a doctor atau ada kawan doctor yang boleh aku dapatkan nasihat. Tinggalkan komen ya. Terima kasih.


Hazwani

03 May 2011

Jalan-Jalan Takde Plan

Pada 30.04.2011 hari tu secara tidak sengaja kami dah termerancang satu holiday lagi, just a simple holiday. Kami menuju ke rumah cik Kulat (comel tak nama dia? Mak aku pon heran pesal la panggil nama orang macam tuh. Tapi we like!). Kulat tinggal kat Jitra, dah lama tau tak menuju ke arah sana. Uwaaaa...!

Oleh kerana aku balik kampung dengan menumpang Azwa, maka dengan rasminya Azwa telah dilantik sebagai Duta Drebar kami. Ahakss! Thanks honey...... (saja ngada nak cetuskan kontroversi). Yang bestnya, Kulat ngan mak dia sediakan Laksa Jitra ooo.... (nih baru betul Laksa Jitra Mai. Sebab sedap! Tak macam kat umah aku skang).

Lepas tuh, kami dengan tiada hala tuju pada awalnya telah ke Padang Besar, dengan diiringi langit yang gelap dan kegelapan gitu. Bila dah sampai ke tempat membeli dan mempokai nie. Maka dengan lajunya pengaliran wang tunai telah berlaku. Hoho! =) Ni masalahnya pompuan kan, kuat shopping. Hihi! Memula ngusha kerongsang, dan beli kerongsang. Then angkut plak seluar Aladin (best tau pakai sebab kain lycra kot! Nyaman deh). Dah tau kedai mana satu sebab dalam tempoh 1 bulan dah dua kali aku ke Padang Besar =) opss...lupa plak nak ceta kan? Azwa pulak mengangkut 2 toto a.k.a Narita bersaiz King, sebab murahhhhh... RM36.00 satu! King Size ye! Haha! Seb bek muat keta dia. Makanan nie bermacam la kami beli. Selalunya jajan laaa.... Favourite aku ialah biji Gajus dan pistachio. Ada gak pelbagai kerepek lagi. Tak larat aku nak senaraikan. Yang pastinya produk popular depa haruslah ada iaitu produk berasaskan ASAM JAWA. =)

So kepada korang yang tak pernah pergi atau merancang ke Utara, dengan itu haruslah mula memplan ya. Kedah dan Perlis tidak memerlukan berhari-hari nak jalan-jalan. Cukuplah sehari kecuali anda ke Langkawi. So amacam? Next holiday? Perlis ek! =)




Love Lady Wanie

02 May 2011

Bila Ada Yang Tak Memahami

Ntah kenapa tajuk entry aku macam nie... Hmm... (mak aku cakap jangan mengeluh tapi aku nak mengeluh jugak!). Aku tau aku fussy tapi.... tak tau la aku nak komplen camne lagi.... yang pastinya kadangkala aku frustrated dengan keadaan sekarang terutama kerja.

Sebab? Aku ada pelbagai perangai
Orang lain pun ada berjuta perangai
Hati? Aku ada satu ja
Tapi aku kena penuhi berjuta-juta hati manusia

Letih.
Malas.
Menyampah.
Meluat dengan talam dua muka.




Hazwani

28 April 2011

Bubba Gump Shrimp Co. @ Sunway Pyramid

Hari Rabu lepas, aku dah mengajak Nuna Tana dan Puteri Fizwan untuk lunch di Bubba Gump Shrimp, Sunway Pyramid. =) almaklumlah ada rezeki lebey sikit je... Alhamdulillah. Dah lama sebenarnya aku baca blog review pasal restoran nie, cuma nak pegi tuh ye ngan idak aje. Bukan ape, kena ukur jugak dari segi kewangan or masa yang sesuai ke tak. Hihi!

So kepada sesiapa yang belum mencuba makan disini, anda adalah disyorkan ye. Memang puas la meratah udang sebab besaqqqq and fresh. Sedappppp....~~nyum...nyum... Then lets the pitca do the work! Adios..










Love Lady Wanie

27 April 2011

Serai @ Empire Shopping Gallery

Anda semua adalah disarankan untuk makan kat sini tau. Really2 nice and sedappppp oii....! Berry pavlova is a MUST TRY!

Location : Empire Shopping Gallery, Subang Jaya













Isteriku Zulaikha - again-

Semalam time aku sampai umah, aku trus on TV dan ntah nape aku turn to channel 9. Ops, ada ulangan Isteriku Zulaikha. My favour telemovie. Ntah nape ye aku ske sangat ceta nie..... Musykil~~ Tapi ceta nye cam lain sikit la.. ada perubahan ke? Edit again ke? Ke aku sorang je yang sedar? Ke aku je pikir ntah pape...? Serasa aku masa aku nonton for the 1st time, takde pulak aku terlelap...Huhu (tak puas hati nie). Can anybody explain it to me? Yang pasti my favour song pun tak de =( Penakut by Yuna. Huhu! So kesimpulannya semalam feeling aku tak sampai la sebab lagu tuh takde =(




 Love Lady Wanie

25 April 2011

Dipimpin atau Memimpin. Yang Mana Satukah Anda?

Dipimpin atau memimpin. Mana satukah sikap anda? Atau korang ada kedua-dua sikap sekaligus. Dalam diri aku, yang aku sedaq la kan? Since dari zaman sekolah lagi, aku suka dipimpin. Sesuai dengan identiti seorang perempuan kan? Aku agak kurang berbakat dengan sikap atau kemampuan untuk memimpin. Walaupun dizaman sekolah aku pernah jadi Ketua Kelas atau Pengawas, namun ciri-ciri tersebut tidak ada dalam diri aku. Sehinggalah aku masuk ke dunia pekerjaan sekalipun, aku masih tidak menggemari sikap atau ciri-ciri memimpin. Aku lebih suka menjadi anak buah dalam bahasa yang mudah.

Macammana pulak dengan korang?



 Sifat Pemimpin nie sebenarnya lahir sejak kecil lagi? See pitcha diatas, walaupun anak itu masih kecil tapi mampu untuk memimpin saf dewasa. Jangan lihat dari sudut kelayakan sebagai Imam tapi lihat dari kemampuan diri dia. Tak kira siapa pun orang itu, andainya dia berbakat, bakat itu bisa dilihat sejak kecil lagi.

Pemimpin yang berkarisma pula adalah individu yang berjaya mengawal dan meletakkan semua individu dibawah kawalannya. Kalau refer kepara persekitaran pekerjaan kita, bos kitalah yang mempunyai sifat itu. Mampu meng"adapt" semua emosi, perasaan, tingkahlaku dan sifat pekerja dibawahnya. Aku tidak mempunyai kemampuan sebegitu.


Yang dipimpin nie kebiasaannya pekerja atau anak buah la kan? See ilustrasi diatas nie. Lawak kan? So yang mana satukah anda? Atau kedua-dua sifat anak ada? Hmm..sebenarnya kita ada kedua-dua sifat kan? Cuma mana yang paling menguasai kita kan? Sebab kita mungkin telah memimpin adik-adik kita dan bakal memimpin anak-anak kita setelah kita dipimpin oleh ibu ayah kita satu masa dulu. Pimpin itu lebih dulu lahir dan dipupuk dalam keluarga kita sendiri. Insya Allah. Ini adalah pendapat saya, anda bagaimana?

Love Lady Wanie


24 April 2011

Junior Masterchef Australia

Salam. Hangpa semua nonton tak rancangan nie? Subhanallah, sangat berbakat kan budak-budak kecik nie. Bangganya aku kalau aku jadi mak depa nie kan? Iye la anak yang sangat pandai memasak, dah kira tahap chef la kan? Sedangkan aku skang nie pun bukan reti masak sangat. Hihi, kantoi!

Logo rasmi rancangan nie
Juri-juri rancangan nie ialah Matt, George, Gary dan Anna yang mana sangat pandai komen dan mengambil hati budak-budak nie. Mimik muka, gaya dan percakapan depa dah buat budak-budak tuh bersemangat nak bersaing sesama sendiri untuk masak. :) Aku nie since rancangan nie bersiaran setiap Ahad pukul 8.00 malam kat channel 711 (opsss...semalam last episodnye. Tapi jangan riso Astro kan? Sure ada ulangannya), setiap Ahad je kalau keluar kemana pun aku mesti akan balik sebelum jam 8.00. Penangan rancangan realiti nie punya pasal.

George, Anna, Gary dan Matt
Kat bawah nie la pitcha 12 budak a.k.a peserta yang terpilih untuk merebut title Junior Masterchef. Syok dengaq bila Matt panggil depa nie, "My Little Cheflings". Comey aje panggilan tuh. Memang budak-budak nie tersangat la berbakat, setiap ujian either Invention atau Pressure, budak-budak nie memang dengan senang saja bleh mengatasinya. Hebat kan? Masakan yang dimasak pun bukan macam kita masak, tahap hotel la. Terpegun aku setiap kali tengok depa masak. First time aku tengok rancangan nie pun aku dah terkesima, cara depa pegang pisau untuk memotong bahan-bahan pun dah tunjuk yang depa nie sangat berbakat. Macam mana laa yer mak bapak depa ajar? Anak-anak kecik nie dah sangat pandai masak.

Nie la peserta kiut miut tuh...12 orang
Memandangkan semalam adalah last episode (harus paham ye rancangan nie tahun lepas bersiaran di Australia ye), sure la dah ada pemenang. Pemenangnya ialah Isabella (my favour contestant). Isabella harus bersaing dengan Jack (nie pun sangat kreatif orangnya).

Junior Jack dan Junior Isabella
Pitcha dibawah nie adalah pitcha dua beradik kembar yang totally tidak seiras. Hihi! Isabella dan Sofia. Kedua-duanya sangat berbakat dan sangatttt pandai masak. Kalau hangpa nak tengok resepi yang depa masak, boleh refer kat sini : Resepi Junior Masterchef Australia. Aku pun berdoa supaya satu hari nanti aku dikurniakan anak macam depa. Sangat berbakat dan memang beruntung la mak dia, sebab mak dia tak payah masak. Hihi! Ye la dah anak dua anak yang rajin dan suka masak kan? Macam tuh nanti....Hmm.. Anak orang lain since 3 tahun orang nganto ke nursery ke montesori ke...Aku nak nganto anak aku ke kelas masakan laaa... Ahaksss. So bila balik keje nanti? "Mummy....kakak dah masak.". Hah! Tak ke lega kauuu... Tak payah masak gitu. Dah ada anak dok masak. Hihi!

Junior Sofia dan Junior Isabella. They are lovely rite?

Love Lady Wanie

The sadness thing in your life

Just a quick update as a reminder to myself Its really hard to accept that life as a fat woman actually. Hahahaha For the 1st time aku merun...