04 July 2011

Beribu Sesalan – Jaclyn Victor, Ning Baizura & Shila

Untuk halwa telinga kita, aku UNDUR sedikit memori sedih aku. Apakata kita sesama melayan VC dibawah dan lirik lagu nie *sob sob sob

Ku susuri malam ini
Yang tidak berbintang sunyi sepi
Juga rembulan dah menghilang
Dalam kelam ku sendiri

Ku mencari hembus bayu
Yang selalu berbisik madah rindu
Kini membisu dalam sayu
Tidak ku temu suaramu

Kekasihku di jalanan yang berliku (1998-2011)
Di saat ku perlukanmu (Sangat2 pada masa itu)
Tertutup jua segalanya terhadapmu
Di sini ku tersedu-sedu (Selalu...sob sob sob smpai tertido)

Setelah cinta pergi
Ku mengusung duka ini diiringi
Kisah janji dimungkiri lagi
(Berkali-kali dimungkiri, bahagiakah dia atas duka aku?)

Kekasihku di jalanan yang berliku
Di saat ku perlukanmu
Tertutup jua segalanya terhadapmu
Di sini ku tersedu-sedu

Setelah cinta pergi
Ku mengusung duka ini
Diiringi
Kisah janji
Dimungkiri
Dimungkiri

Sia-sia ku (tak baik menyesal, redha dengan ujian Allah)
Mencintaimu
Setia padamu
(setia is my bestfriend)
Percayakanmu
Sebak dadaku (bukan sebak lagi tapi hancur)
Retak hatiku
Luka jiwaku
Dihiris pilu
(luka sangat pedih!)

Sia-siaku
Mencintaimu
Setia padamu
Percayakanmu
Sebak dadaku
Retak hatiku
Luka jiwaku
Dihiris pilu

Beribu sesalanku (sesal itu harus ADA)

p/s : sila ABAIKAN huruf2 kecil dihujung ayat, ekspresi diri saya yang melampau. :-)


Undur

Salam again,

Sebelum nie perkataan Setia now UNDUR pulak. Ops aku bukan nak mengajar kenal perkataan ye. Ada orang yang cakap, Past is Past, maksud once ada sumthing happened, dont ever try to look at back again. For me, aku tetap akan merenung dan memikir, why it should be happened? Why me? Yea yea yea, saya tahu kita mesti menerima QADA' dan QADAR. Tapi tak salah kan kalau kita merenung semula as a pengajaran atau muhasabah diri.

Saya seorang yang positif dari segi memikirkan untuk setiap perkara yang terjadi, tapi sumtims bila mula menilai semula setiap perkara yang jadi. Saya amek kesannya yang telah saya alami. Bukan nak menolak takdir yang dah berlaku keatas saya tapi UNDUR tuh membuatkan saya lebih matang dan berhati-hati.

Saya pernah UNDUR dari hidup seseorang, tapi kembali semula untuk satu jangka masa sebelum DIUNDURKAN kembali. Kelemahan nyata ialah pada saya. Saya seakan tidak serik untuk merasai derita tersebut. Tapi kali nie setelah DIUNDURKAN itu, saya memang UNDUR untuk selamanya. Saya dah MATIKAN dia dari dalam ingatan mahupun hidup saya. Untuk kali kedua DIUNDURKAN, hati sedih tapi tiada air mata setitik pun.

Kadang-kadang saya perlu UNDUR bila merasakan itu pengorbanan saya untuk mengelakkan sesuatu isu menjadi lebih besar. Memang kesukaan saya, UNDUR supaya tidak banyak hati yang terluka dan akhirnya saya sendiri yang terluka. UNDUR saya dengan diamkan dan jauhkan diri, saya akan tinggalkan orang itu tanpa sebarang kata mahupun pertanyaan. Yeah, itu perangai BURUK saya. Saya tidak akan CONFRONT sesapa pun. Saya tidak ingin menjadi batu api dalam sesuatu perkara. Sebabnya saya dah FOBIA. Silent is the best way in my life.

UNDUR juga menjadi langkah terbaik.. Bukan setakat UNDUR ke belakang yer tapi UNDUR kehadapan. UNDUR dari satu masalah kepada penyelesaian yang lebih baik. Hampir setiap hari saya UNDUR memori saya supaya saya menjadi lebih baik esok hari. Supaya saya tidak malas bekerja seperti hari sebelumnya. Supaya saya kurang shopping seperti hari sebelumnya. Supaya saya kurang makan... Ops, nie bukan UNDUR tapi move forward. Hahaha! Hari-hari dok pikir nak makan ape esoknya bukan boleh dikira as UNDUR cik kak!

Tapi ada jugak UNDUR memori aku nie yang merepek bagai jugak ye... Contohnya; pesal la aku tak berkawan ngan mamat tuh aje... Isk, sebaliknya aku memainkan dia. Dah la baik bangetttt... Memang cair dah time tuh... KALAU LAAA... nampak tak perkataan KALAU yang dah dibesarkan tuh? So nie contoh kebodohan aku, TAK BAGUS. Sepatutnya tiada sebarang penyesalan sebaliknya kebangkitan.

Hmm... aku rasa memori aku bengong bagai dah nie. Darah aku pon naik jugak ari nie. Maaf bukan marah tapi darah tinggi kot sebab penin-penin la.. dua menda dah nampak empat. Letey rasanya. So jangan sentap ye sebab nie page aku, so aku berhak nak membebel.

Love,
Wanie


30 June 2011

Setia Seorang Perempuan

Salam,

Pelik kan tetiba je hangin aku nak menulih blog kembali dan yang penting tajuk SETIA. Dah banyak hari pikirkan tajuk nie, ntah pesal aku taktau. Tapi bila jari dah letak atas keyboard, blank la pulak. Ye ye ee aku nie kan?

Pada pendapat aku, setiap manusia ada sifat setia nie, cuba macam mana kita gunakan aje. In a right way or bad way. Tue aje. Oleh kerana ni adalah blog aku maka aku nak ceritakan pasal diri aku sendiri la. Ye ar pesal lak aku nak ceritakan pasal orang lain. Jahat sangat ke mulut nie, hiks hik!

Korang jangan pandang setia dalam satu skop aje, iaitu perhubungan. Banyak lagi kesetiaan dalam idup kita. Cuba baca dalam Rukun Negara kita. Ada perkataan Kesetiaan jugak kan? Yang pertama, mestilah setia pada Agama kita, Agama Islam, yang kedua, aku letakkan Ibubapa dulu.. sebab nie lagi penting dalam hidup aku.. Keluarga atau kalau dah kawen, family sendiri... Lepas tuh Raja dan Negara (sapa yang tak sayangkan negara sendiri,kan?), pekerjaan yang diceburi and of course setia dalam perhubungan sesama insan.

Tapi kebiasaannya kita refer SETIA nie untuk pasangan kapel2 la kan? Betul tak? Hiks hiks, aku pun macam tuh jugak. Bila nak kena pikir secara mendalam barulah nak tersengguk-sengguk pikir setia untuk apa lagi.

Kadang-kadang tuh adakah kesetiaan kita nie membawa kebahagiaan dalam hidup kita? Tak semua manusia yang merasakan,kan? Selalunya kesetiaan tuh selalu diuji. Aku dalam kategori mana satu pun aku taktau. Kadang-kadang macam sangat setia tapi ada hal jugak yang aku dah buat. So macam mana? Yang pastinya setia tuh sangat tinggi percentnya.

Aku tak bernasib baik dengan kesetiaan, setia dari segi hubungan sesama manusia lain jantina. Ape la susah sangat nak cakap, lelaki. Aku pernah setia. Setia yang macam mana? Setia yang dihitung bertahun-tahun, tapi kesetiaan tuh tidak dibalas dengan seadilnya. Apa yang aku buat bila dikhianati? Aku buat bodoh aje la. Amboi, macam relaks je. OKAY TAKKKK.... Aku tak relaks melainkan melalak. Lama mana? Sekejap je sampai aku tertido. Hahaha! Letey okay. Yaps aku dah bazirkan hampir spoloh tahun. Hmmm rugi...rugi....

Okla...terpulanglah kepada setiap individu untuk ada dilevel mana kesetiaan tuh. So ups to korang la yer...sebab nie blog aku. Aku punya pasal la nak cakap ape.... hiks hiks.

Love,
Wanie

19 June 2011

Welcome Back!

Yeah
Finally aku cuba untuk updatekan blog tersayang nie
A very long time aku amek untuk kembali segar dan sedarkan diri.
Hu Hu Hu!

Nie aku baru bangun dari tido
Opss, waktu keje kan?
Yaps I know tapi semalam..
Orang nak tahu ke kalo aku cerita?
Argh, suka hati den la nak bercorita kan?

Semalam aku took a JAB
Ye dah tua2 masih take a jab kan?
Time kecik tak cukup ke?
Ahaks
No, I have a sensitive skin. Very sensitive.
Usually I will have a JAB one in two years.
Se semalam dapat steriod, nah kooo...
Lali sampai ke hari ni?
Jumpa public pun cakap cam dibawah pengaruh dadah.
Lali and mamai seh!
So, TAK SALAH kan aku tido.
Hi Hi!

And oso aku tak suka la Monday's Blues
Aku jadi MALAS
PENYEGAN
LALI
SUKA BERANGAN
SUKA MEGHALIT
dan sangat banyak lagi
tapi aku jarang ngelat ye
Hari ni je sebab tak mampu nak pikir
terpaksa minta bantuan
TQ to KAK R (nama dirahsiakan, ke tak payah? *_*)

Ho Ho gaji lagi tigo hari
Nops, U kena berjimat sayangggg...

Ops, lupa lak nak tanya u ols
Dah ganti puasa ke?
Hiks Hiks
Lagi sebulan lebey je kita akan menyambut bulan Ramadhan
So now in Rejab
Kami di opis pon sangat bersemangat mengganti puasa nie :)
Sebenarnya dah lupa berapa hari dah ganti
Jadinya, buat2 la lebey
Lebey tak ape, jangan plak tak cukup ye!

Okla, lunch time nie ye sayang
Mau titon la
Ops tak..... Nak prepare untuk kes esok.
Da.....


Lot of love,
Lady Wanie


04 June 2011

Seminggu di Kampung

Aku setiap tahun memang dah ada perancangan cuti. Awal tahun lagi aku dah plan cuti. So tahun nie cuti seminggu jatuh dalam tempoh cuti sekolah. Lagipun disaat ini, aku tersangat perlukan cuti la.

Tapi kali nie, cuti aku hanya di rumah sahaja. Sebab tok aku sakit, pak aku ada komitmen untuk menjaga maknya sehari-harian. Takkanlah aku sebagai anaknya nie, nak plan untuk berliburan la pulak. Tak koser gituuuu! Jadinya aktiviti harian aku di rumah.

Hmm.. Tak baik tau nak merungut yer. Nak wat macamana rezeki aku untuk bekerja di negeri lain walaupun impian aku sebenar di negeri kelahiran aku sendiri je. Dalam situasi masalah peribadi dan masalah keluarga ini, hubungan antara manusia lain pun kadangkala akan retak. Mungkin sebab mereka tidak memahami atau kita yang tidak faham dengan orang lain. Tapi takpe anggap je semua nie sebagai dugaan.

Aku ada mende lain nak kongsi tapi nantilah. Nie aku update blog guna henpon je. Sejak pakai henpon canggih aku bukan makin rajin nak memblog atau berFB tapi makin malas. Ya Ampun!

So see ya later!

18 May 2011

Sepeninggalan Ku

Uish..uish... Habes berhabok blog aku dibuatnya. Bila ye last entry? Owh time aku demam for the first time, skang dah demam kali kedua gitu. Rasanya dah dua minggu aku biarkan blog aku bersawang gini. Fuh..fuh.. buang habok dulu.

Minggu pertama sepeninggalan aku, aku demam. Yaps, demam sebab tensen. Huk aloh, mengada nye. Tensen kerja sampai demam ye? Then ada hal opis yang kena diuruskan. Minggu kedua plak, aku pegi bercuti. Yeah, walaupun diri tak semenggah mana tapi dikuatkan juga hati dan perasaan aku untuk pergi bercuti. Dengan niat, dapat lupakan sekejap hal kerja.

Tapi nama pun pergi dengan opismet, susah la amat nak berjauhan dengan isu pekerjaan nie. Hiks...Hiks.. Kiranye takleh dilupakan laa.... Huhu....! So mengenai percutian aku, akan dientrikan secepat yang mungkin. Insya Allah.

Love Lady Wanie

05 May 2011

=(

I need a shoulder to lend on my tears =(

Sob..sob... Stress mode *_*

Not only because of work.....if I have a wing ----*_*----

Dont disturb **Fragile Mode**

Love Nur

Badan dah Panas =(

Hari ini badan dah start panas dan sendi-sendi semua lenguh. Nak demam ke aku nie? Dengan tekaknya sakit, nak telan air liur pun macam tak lepas. Huhu!

Tapi Cik Nur, anda kena kuat ye? Jangan cepat mengalah dan mengundang ketidaksihatan kepada diri.

Yaps, aku harus akui lately ini kerja banyak (banyak sangat ke? Ke kau yang mengada?). Hurmm....rasa nak muntah nie. Okla GTG now. Yang pasti ESOK KERJA!

Love Lady Wanie

04 May 2011

Hatiku Runsing

Hmmm...see mengeluh lagi nie. Memang la masalah kerja pun banyak jugak tapi masalah peribadi pun berbaris jugak. Hati aku sedih sangat mengenangkan kesakitan yang nenek aku alami sekarang. Rasanya aku pernah blogkan masa nenek aku patah tulang bahu ini.

Sekarang masalah lain pulak muncul, sebab dia dah lama tak berjalan sebab dah terlalu tak larat, jari kakinya dah macam mati a.k.a gangren. Dapat tak korang bayangkan yang jari kaki tanpa sebab musabab tiba-tiba mati. Mula-mula ingatkan bengkak dan doktor cakap sebab jangkitan virus tapi tadi abah aku dah jumpa banyak ulat kat jari tu. Dapat tak korang bayangkan?? Sakitnya hanya Allah yang tahu. (airmata aku menitik nie)

Diusia dia, dia tak mahu lagi kakinya dipotong sebab nak tubuhnya lengkap semasa disemadikan. Hati mana yang tak luluh, dalam ketak upayaan dia, dia menanggung segala kesakitan. Kalau ikutkan hati aku nie, mau saja aku amek cuti yang panjang sikit untuk uruskan dia. Aku sangat risau. Tapi aku takleh mementingkan diri sendiri sebab aku ada tanggungjawab lain iaitu bekerja.

Jadi mana-mana pembaca blog aku atau blogger yang singgah ke blog aku, yang work as a doctor atau ada kawan doctor yang boleh aku dapatkan nasihat. Tinggalkan komen ya. Terima kasih.


Hazwani

03 May 2011

Jalan-Jalan Takde Plan

Pada 30.04.2011 hari tu secara tidak sengaja kami dah termerancang satu holiday lagi, just a simple holiday. Kami menuju ke rumah cik Kulat (comel tak nama dia? Mak aku pon heran pesal la panggil nama orang macam tuh. Tapi we like!). Kulat tinggal kat Jitra, dah lama tau tak menuju ke arah sana. Uwaaaa...!

Oleh kerana aku balik kampung dengan menumpang Azwa, maka dengan rasminya Azwa telah dilantik sebagai Duta Drebar kami. Ahakss! Thanks honey...... (saja ngada nak cetuskan kontroversi). Yang bestnya, Kulat ngan mak dia sediakan Laksa Jitra ooo.... (nih baru betul Laksa Jitra Mai. Sebab sedap! Tak macam kat umah aku skang).

Lepas tuh, kami dengan tiada hala tuju pada awalnya telah ke Padang Besar, dengan diiringi langit yang gelap dan kegelapan gitu. Bila dah sampai ke tempat membeli dan mempokai nie. Maka dengan lajunya pengaliran wang tunai telah berlaku. Hoho! =) Ni masalahnya pompuan kan, kuat shopping. Hihi! Memula ngusha kerongsang, dan beli kerongsang. Then angkut plak seluar Aladin (best tau pakai sebab kain lycra kot! Nyaman deh). Dah tau kedai mana satu sebab dalam tempoh 1 bulan dah dua kali aku ke Padang Besar =) opss...lupa plak nak ceta kan? Azwa pulak mengangkut 2 toto a.k.a Narita bersaiz King, sebab murahhhhh... RM36.00 satu! King Size ye! Haha! Seb bek muat keta dia. Makanan nie bermacam la kami beli. Selalunya jajan laaa.... Favourite aku ialah biji Gajus dan pistachio. Ada gak pelbagai kerepek lagi. Tak larat aku nak senaraikan. Yang pastinya produk popular depa haruslah ada iaitu produk berasaskan ASAM JAWA. =)

So kepada korang yang tak pernah pergi atau merancang ke Utara, dengan itu haruslah mula memplan ya. Kedah dan Perlis tidak memerlukan berhari-hari nak jalan-jalan. Cukuplah sehari kecuali anda ke Langkawi. So amacam? Next holiday? Perlis ek! =)




Love Lady Wanie

02 May 2011

Bila Ada Yang Tak Memahami

Ntah kenapa tajuk entry aku macam nie... Hmm... (mak aku cakap jangan mengeluh tapi aku nak mengeluh jugak!). Aku tau aku fussy tapi.... tak tau la aku nak komplen camne lagi.... yang pastinya kadangkala aku frustrated dengan keadaan sekarang terutama kerja.

Sebab? Aku ada pelbagai perangai
Orang lain pun ada berjuta perangai
Hati? Aku ada satu ja
Tapi aku kena penuhi berjuta-juta hati manusia

Letih.
Malas.
Menyampah.
Meluat dengan talam dua muka.




Hazwani

The sadness thing in your life

Just a quick update as a reminder to myself Its really hard to accept that life as a fat woman actually. Hahahaha For the 1st time aku merun...