Posts

Showing posts from November, 2014

#throwback Belated Birthday

22 Oktober senantiasa menjadi tarikh yang terbaik buat diri ku. Terbaik & tidak pernah kurang. Kerana inilah tarikh aku dilahirkan. Menjadi anak pertama kepada mak & abah aku. Menjadi kakak kepada 3 adik. 
22 Oktober 2014 menjelma sekali membawa perubahan dalam usia aku, daripada usia 20 an bergerak ke pangkal 30 an. Sesungguhnya diusia inilah harus mematangkan diri aku. Menjadi individu yang lebih professional serta menjadi lebih cekap. 
30 tahun akan menemani aku untuk tempoh satu tahun lagi. Insya Allah. Banyak lagi impian dan mimpi yang perlu digapai. Bukan mudah untuk memiliki dan bukan mudah untuk melepaskan. (Ketika ni aku dalam penerbangan ke Bali, menikmati percutian sebagai hadiah untuk diri sendiri).  Ayat-ayat biasa yang akan aku dengar ialah "bolehlah dia berjalan sana-sini, dia bukan ada komitmen, bukan ada anak nak beli pampers atau susu, gaji makan seorang diri". Itu persepsi orang luar. Untuk diri aku, ya aku cuba untuk mampukan diri ini. Aku tau perba…