25 March 2011

Tanpamu Aku Tak Bisa Berjalan

Tajuk blog memang mngancam amat kan? Tapi sebenarnya aku nak ceritakan pasal kereta ku saje. Huhu....... Masa menaip nie,aku dok nunggu keteku diservis untuk tambahannya. Sehari dua sebelum aku dah servis, rupanya back absorber dh leaking. Huhu .... Bajet lagi.

So untuk bulan ni aje, teman rapat ku nie dah spent RM400 tapi aku takde bli pape untuk diri sendiri. Sangat sedey. Memandangkan dialah peneman aku hari2.. Aku redha dengan semua nie.

Love Lady Wanie

22 March 2011

Sambungan Entri : Jualan

Berbalik kepada entri saya sebelum ini berkenaan website kawan-kawan saya. Disini saya letakkan pitcha yang mana produknya ada dijual di blog mereka. Kawan-kawan saya ni merupakan student Master di sebuah Uni. Mana tahu korang berminat kan? Ayuh lah melawati blog mereka untuk penambahan koleksi kita.


Nie antara kain pasang yang menarik...mungkin boleh dibeli untuk dihadiahkan atau dipakai pada hari raya tahun ini...

Banyak jenis kain yang ditawarkan di blog tersebut, cuma tepuk dada tanya selera saja!

Mungkin nak dihadiahkan kepada ahli keluarga....

Dipakai semasa majlis pertunangan pon menarik...takpon nak menghadiri majlis kenduri. Amacam?

Tengok karipap mini...menarik kan? Inti ikan bilis nih. Nak order? Orderlah melalu blog mereka.

Nak makan kuih siput? Tapi malas kan nak buat...apalagi cepat laaa order through their blog. Insya Allah sedap!


Bukan setakat kain dan makanan tau...brooch pon ada!
Kan nak padankan dengan kain pasang yang korang beli. So jangan lupa ye untuk membeli!
 Oleh itu, jika anda berminat, jangan lupa melewati blog ini;

P/S : Saya tak dapat pape yer...cuma membantu kengkawan menjalankan pernigaan mereka. Insya Allah support lah perniagaan mereka.

Love Lady Wanie

Dedicate entry for Someone

With My Dear frenz, Pija yang akan melangsungkan perkahwinan in this coming June!

Yes, we are in a different size but have the same interest and personality!

Ni hakikat yer...kami SANGAT ROMANTIS orangnya bila jalan berdua-duaan. Sejak kami bertemu bersama.

Bersama rakan yang lain, singgah kejap di Colmar Bukit Tinggi selepas menghadiri walimahtulurus.

Here she are...my lovely frenz. So much misz u even baru semalam kita berFBing!

So my deary frenz, aku wat this entry specially for u yer. As I promise u. Sedikit maklumat untuk kawan aku nie, actually kami berdua berasal daripada Uni yang sama. Tapi hakikatnya yang sangat nyata ialah kami tidak pernah bersembang atau beramah mesra since Sem 1 sehingga Sem 6. Ya walaupun kebanyakan kelas kami sama dan nombor matriks kami juga berturutan untuk course yang kami amek itu. Sapa yang sombong agaknye ye? Hehe. Umur kami pon sama, as I said before size yang membezakan kami.

Sesungguhnya kuasa Allah itu Maha Besar, on the first day aku lapor diri at somewhere, aku tak kenal sapa-sapa masa tuh, tapi bila seorang budak pompuan nih masok, aku ngan dia teros tegur, macam dah bertahun-tahun kenal (yaps kami kenal cuma sombong aje)..."Heyyy ngkau...!". Poyo kan macam kenal rapat aje. Actually nak menunjuk kat orang lain kot....Hahaha! I have a friend here! Itulah my dearest frenz nie.

Day by day, till now we are still become a realy good friends! So much good. She was been near to me during my "dump" day and oso she's the one yang help me to put away my broke feelings. See...macam mana laa aku shayang dia kan? That time dia ada antar emel...quit special email sebab wat aku realised apa yang patut dan tak patut aku buat...kami berdua nie terpisah dek jarak. Jarang sangat-sangat untuk jumpa.

Dengan dia, banyak mende yang kami berkongsi, saat suka dan duka sejak tahun 2007 lagi. Tambah-tambah ceta pasal kerja...lagi laaa.....Kalau kami berdua nie berjumpa, asyik ngungkit kesah lama aje...Hihi! =) nak wat camne ceta tuh je yang paling tidak basi.

My deary frenz nie dah nak kawen sebenarnya. =) aku sebagai kawan, sangat tidak sabar nak tengok dia mendirikan rumahtangga. Doa aku sentiasa bersama dia. Banyak perkara yang baik ada pada dia, tapi aku tanak ceta la sebab itulah keistimewaan dia dimata aku. =)

Kawan, kau tuh dah nak kawen, jadi rajin-rajinlah memasak ye. Nanti aku berziarah umah ko, jangan lupa ye carbonara dan spaghetti bolognaise...Uwaaa! Nak jugak! Jangan ajak aku ke Pizza pulak....Tak layan ok!

Nur Afeza, just u yang tahu kenapa hubungan kita nie istimewa. So harapnya friendship never end!

Love Lady Wanie



21 March 2011

Jualan Kain

One of my frenz ada buat jualan kain...I think from Indonesia, spesifically Bandung. =)
So anybody yang interested nak mencari kain for hari raya keee...going to dinner ke...majlis kawen kawan ke...are allowed to visit this blog ;


So kawan-kawan semua feel free to visit ya.
Mana tahu korang akan berminat ke...

Kain-kain yang dijual, not bad tauu...and the pricey, quit affordable...
Actually help them yer
Hihi... =) Jangan lupa ek...

Love Lady Wanie

18 March 2011

Harian dan Rutinku

photomap

at last siap jugak ayam masak lemak rice cooker aku! td time nk masak gas abesss....uwaaa! lastly guna laa alternatif lain, seb bek dok tgk depa kt opis msk cmnie.lunch ari ni wpn sederhana tp okla utk aku seorg. jiran aku yg baik ati jugak antar kuih kasui....lg terbaikkkkk!

Depa Memang Hebat

Apa yang menyebabkan aku disuntik dengan kerajinan untuk menghapdet blog? Selama hampir setahun lebih aku mengikuti beberapa blog yang ternama sebelum aku disuntik oleh semangat depa untuk mewujudkan dan berkongsi blog dengan orang ramai. Sebelum-sebelum ini aku hanya rajin membaca dan tidak reti langsung la nak generate the idea...tambah-tambah nak memblog macam depa nie. Nie antara blog yang dalam list inspirasi aku a.k.a memang wajib lah melawat setiap hari (ada lagi beberapa blog tapi itu nanti aku wat dedicate entry lagi =) ) Anyway, thanks to them sebab berjaya inspirasikan ramai orang untuk memblog. (bleh click kat nama depa untuk link terus)


Memula aku tak kenal pon sapa la RedMummy nie a.k.a Kak Red (yang pastinya dia pon xkenal aku =) Hihi). Cuma bila dok blog walking hari-hari, aku terjumpalah blog nie dan akhirnya menjadi blog yang aku wajib melawat hari-hari.

Tapi website Kak Red nie memang bagus lah, dia tak lokek untuk berkongsi idea dan cara bagaimana nak wujudkan blog, nak wat blog kita menarik, dan apa yang boleh atau apa yang tak boleh dibuat dalam blog kita. Memang sangat membantu lah kiranya.

Kalo hangpa rasa hangpa perlukan panduan, bacalah entri2 Kak Red yang mengulas dengan lebih lanjut tentang blog dan terutamanya Nuffnang. Specially bagi blogger2 baru macam aku, macammana nak bersabar dan berusaha untuk buat blog kita menjadi tumpuan umum. Jangan buat menda-menda pelik cukuplah yer. Aku sure kalo hangpa baca blog Kak Red, for sure u will get inspired by her. So cepat pi baca sendiri...takmau ulas lebey2.....


Green Apple a.k.a Kak Di a.k.a Diana nie pon, secara tak sengaja aku terjumpa blog dia. Blog Kak Di cukup simple tapi bahasa dan ayat yang digunakan sangat POWER sehh... I love soooo much! Ayat yang power tuh sangat lawak sampai kekadang tak terjangkau dek minda. Sebab ada-ada je lawak dia.

Ceta-ceta dalam blog Kak Di nie, semuanya perkara yang terjadi dipersekitaran dia. Jarang lah dia merepek-repek sebab apa yang dia ceta memang terjadi in ur real life. Best dowh! Baca blog dia leh wat kita gelak and senyum sorang-sorang. Seyesly hangpa memang kena follow blog dia. Memang menarik.....


Kalo hangpa refer kepada blog kak Hana nie, memang perghhh sesungguhnya air liur anda akan meleleh yer. Sebab apa? Sebab kak Hana nie sangat rajin memasak n oso berbakat dalam bidang photography. See...what a nice combination right?

Basically, blog nie sesuai la untuk dicuba bagi wanita terutamanya yang dah ada family, bahasa mudah ada anak-anak kecil. Resepi yang kak Hana sharekan nie, resepi yang beliau masak untuk 4 orang hero beliau. So kalau hangpa rasa buntu ke blur ke nak masak apa setiap ari...apakata pi la melawat blog kak Hana nie.

Shazwani kalo ikotkan pangkat...adik la kiranya kat aku. Still young and oso chantek. =) Aku suka baca review dia pasal travel, food dan shopping. (see...aku pon obses yang sama tapi suka tengok aje laaa....Hihi!)

Kiranya dia nie beauty with the brain laa...sebab pengolahan ceta nie sangat complete and mantap. Mostly bahasa yang digunakan bahasa English, tadak hal la kan? Nama pon personal blog. Bukan blog kesusasteraan Melayu =)

Mmm...kalo hangpa perlukan any advices dari dia, rasanya dia tak lokek kot, from what I read through her blog. So hangpa melawat2 la blog dia jugak, ok!


Kak Nani a.k.a Nani Rostam, untuk ini aku taktau pangkat mana satu lagi....Hihi! Jangan marah yer. Aku suka baca blog nie sebab isu yang dikupas dalam blognya adalah dari sudut pandangan individu yang matang dan berpengalaman. Kira macam mak-mak laaa....oso dia sangat tidak lokek dengan resepi. Even dia sendiri menjual makanan tersebut, dia sangat tidak kedekut,ok.

Hangpa baca sendiri la blog kak Nani...baca dari mula yer. =)

Mmm...nie dia lima blog dulu aku review, nanti aku akan review kan lagi blog-blog lain yang menjadi rujukan aku...tidak kira la dari apa sudut pon...kalau hangpa rajin hangpa boleh jadi follower depa jugak. Tak rugi rasanya. Bukan kita nak carik pasai...tapi kita cuma nak menimba ilmu dari orang len jugak, for sure kita takkan sesat jalan punya.

Love Lady Wanie



16 March 2011

Bila Hati Berdetik, Dimana Kau Coretkan?

Wah tajuk entri aku kali nie sangat puitis lah pulak. Satu ketika dulu aku penah mewujudkan satu belog yang khasnya untuk menyuarakan kepedihan (mmm..pedih ker?)...opsss tak. Bukan kepedihan tapi luahan hati aku tentang perasaan dan mungkin lebih mendalam, perkara yang melibatkan emosi.

Aku nie sebenarnya seorang yang "akan" menulis apa yang akan rasa pada masa tersebut just untuk mengurangkan tekanan pada masa kejadian. Bukan tabiat nie bermula sejak aku kerja tapi dari zaman kanak-kanak lagi.

Buktinya habis majalah, buku, diari mak pak aku, buku resepi mak pak aku jadi bahan contengan aku. Opss...lupa ade lagi tempat nukilan aku selain dinding, iaitu sofa baru mak aku. Yes! Sofa baru! Aku tulis dengan lipstick mak aku. Kih..Kih...Anak bertuah la katakan.... =)

Aku rasa aku nak kongsi mendalah lain..tapi ntah la termerepek punya la panjang kali nie =)
Korang ada personal diary tak? Aku memang takde sejak menjak aku masuk matriks sehinggalah bekerja. (bekerja nie bukan personal diary tapi monthly planner). Sejak kecik aku main tangkap muat je nak menulih kat mana-mana kertas atau buku yang aku jumpa. Sekali tuh aku menyelongkar buku-buku lama, aku terbaca hasil rungutan aku yang pertama, rasanya time tuh umur 6 tahun kot, aku tulis "Abah, bila abah nak balik? Saya rindu abah. Abah jangan lupa beli coklat.". Saya rasa sebab abah saya pergi kursus rasanya, dan masa tu saya hanya ada mak untuk bergaduh.

So sehingga sekarang, kalau saya berada dalam kekusutan emosi dan kecelaruan perasaan, saya harus luahkan dengan segera. Tidak kira dimana, dalam Facebook secara amnya atau Blog secara khususnya. Sebab apa, dengan cara beginilah emosi dan perasaan yang dilanda ribut tuh dapat dikurangkan. Tahap kepanasan yang melampau sebelum itu, terus dapat disejukkan dengan segera. See, begitu senang tahap kepanasan saya menurun. Itulah setiap orang mempunyai cara berbeza untuk meluahkan pendapat dan rasa.

Semenjak saya bekerja nie, perasaan dan emosi saya sangat suka ditebak. Perasaan marah, suka, tertekan, gembira dan sedih bercampuran sehari-harian. Yer Alhamdulillah saya masih bisa membezakan antara hal personal dan kerjaya.

Tapi bila ada tempat untuk dicoretkan, makin mudah perasaan aku ditenangkan. Yaps, aku suka. Sebab aku tiada alasan untuk bermasam muka dengan persekitaran saya, cakap dengan nada-nada marah ker...Insya Allah, cuba yang terbaik untuk menyelesaikan masalah. (sebenarnya sambil taip nie aku tengah bersembang dengan seseorang individu yang lebey tua, dia mengadu masalahnnya.so aku jadi kurang fokus sikit untuk entry ini). =(

Kewujudan teknologi2 terkini nie amat membantu bagi individu yang berjenis macam aku a.k.a suka menulis2..merepek2 bagai...merungut...komplen....Hihi! Sebab semua menda takkan disimpan dalam hati lama-lama. Masa aku di"dump" 2 tahun lalu..yer 2 tahun lalu..... Aku ada wujudkan satu blog just untuk suarakan isi hati aku. Sebab masa tuh frust sesangat, tapi aku tanak simpan dalam hati lelama. Jadinya memang sangat berfungsi ruangan seperti blog ini.

Oleh kerana saya tidak mempunyai diari maka dengan rasminya saya menggunakan Blog sebagai tempat untuk meluahkan perasaan. So sesapa yang rasa muak, mual, nak muntah dan sebagainya, SILALAH JANGAN BACA. Sebab nie blog sendirian berhad, Hihi! Suka hati I la nak bebel apeee..... =) Jawapan untuk soalan diatas, coretkanlah di FB dan BLOG.

Love Lady Wanie










666

Siapakah pengunjung bertuah yang merupakan pengunjung no 666?

Love Lady Wanie

Azam tahun 2011

Sebenarnya ketika aku menulih ttg azam nie, aku tengah menunggu bihun kungfu. Makan lagi kan? Hihi!

Dah masuk bulan mac baru nak bercerita pasal azam kan....tapi aku nak ceta jugak pasal azam berazam ni.

Azam aku bagi tahun 2011 hanyalah satu selain memperbaiki diri aku sendiri iaitu mendirikan masjid. Hmm..nie menda terpaling malu untuk confess. Di usia ini tiada lain yang aku ingin panjatkan selain perkara ini. Insya Allah dan Amin Ya Rabalamin.

Aku tiadalah meminta dan meletakkan harapan setinggi gunung, cukuplah setinggi aku berdiri dan serendah aku duduk. Dan juga menjadi pelengkap kekurangan aku dan aku menjadi pelengkap kekurangannya.

Walaupun masih tiada kumbang yang menyunting bunga di taman nie, aku tetap yakin dengan kuasa dan rezeki Allah seadanya dimana sesungguhnya manusia itu dicipta berpasang-pasangan. Yakinlah bahawa qadak dan qadar telah tertulih sejak di Loh Mahfuz lagi.

Aku tiadalah merungut dan berdengki dengan nasib dan keuntungan orang lain.

Apa-apa pun aku doakan yang terbaik untuk diri aku dan rakan-rakan seperjuangan aku.

Love lady wanie

15 March 2011

Gambar Kejadian

kedai makan nie la ye yg beri pengalaman "indah"

nie ikan siakap yang membantutkan selera aku...sedey sangat wooo!seekor siap masak yang bernilai RM48.00.apa yang korang rasa yer? =(


nie sotong bakar...rasanya korang selera tak? kitorang order dua ekor sotong dan harga setiap seekor RM10.00. agak-agak kalo kat kedai sekilo harga bape yer?




Nie la resit after pembayaran..yang wat kitorang termangu-mangu. apa pendapat korang?selama aku kalo bab makan memang xkesah tapi kali nie...dissappointed.


Muka Azwa yang kena perabis semuanya...kecian! Sori la kawan...aku xleh nak teruskan

Love Lady Wanie

14 March 2011

Now I Can iBlogging

Since dah pakai iPhone nie,mmg sgt memudahkan aku untuk hapdet blog. I lurve it so much.

Taktau tak betapa mudah untuk surf Internet,berblog,komunikasi n even nak mencari maklumat.

Opss...nie barang baru,adalah tidak wajar untuk aku memuji sedalamnya.

Love Lady Wanie

13 March 2011

Excited Nak Makan Tapi At Last Putus Selera

Entry nie bukan nak menjatuhkan atau merosakkan sapa-sapa punya biznis. Cuma satu luahan akibat dan kesan daripada sifat ingin mencuba kat tempat-tempat yang dikatakan sedap.

Tempat nie dah lama kami nak pegi makan, last 2 weeks pon dah pegi tapi semua lauk-pauknya dah abes. Dan that time orang sangat ramai. Mesti sedap kan? So minggu nie dah decide nak pegi awal, so kami pon pegi again ke Sekinchan Ikan Bakar di Kota Damansara.

So sesampai disana, we ols trus order ikan siakap bakar n sotong bakar. For ur info, kat sana semua seafoodnya HANYA akan dibakar sahaja. Takde masakan lain yer. Its okay. Leh trima lagi.

While waiting for the foods, depa antar ayaq dlu. Azwa order nescafe ais and me order fresh orange. Mmm..awal2 lagi dah failed yer yang! Rasa cam depa dah blend skali ngan kulit limau. So sad! And Im not complaining anything. =) Still believe they'll serve us with the good foods. Yela bcos of this restaurant quite popular..so aku dah letakkan higher expection.

After 45 minutes waiting, makanan dihantar (bout time waiting nie aku dah baca review orang len and they ols cakap memang lambat.so takde la pot pet pot pet sangat). Kami berdua nie kira nak hadap bekpes + lunch + dinner, leh bayangkan betapa laparnya kami kan? =(

So bila dua lauk dah sampai, aku bangun untuk ambil nasik. Nasik dah tinggal kerak and cukup utk kami berdua saja. Ok fine. Makan memang tak banyak. So apabila mula makan, lauknya TASTELESS. Huhu. Aku bukan tak bersyukur dan bukannya aku taktau kita kena menghormati rezeki. Tapi maaf, for the 1st time in my life at Selangor n Kuala Lumpur nie, aku dihidangkan dengan makanan yang sangat TIDAK SEDAP. For the sake of respect for foods, aku cuba untuk habiskan nasik dulu. Dan, again cuba untuk menelan isi ikan. =(

Ikan siakap is one of my favourite fishes. Huhu. This time memang tak kena selera aku. Tolong! Sedey wey. Apa sebab aku cakap macam tuh, aku nie walaupun ikan tuh half cooked atau stim tapi tak berapa masak. Aku masih boleh makan. Tapi kali nie ikan yang aku dapat ..... masak tapi TASTELESS. Seolah-olah lepas basuh terus masak. Tak ulit langsung dengan garam. Add more, ikan yang sepatutnya DIBAKAR itu berenang-renang didalam air. Whattheheck?AIR?bakar and air? Apa kesinambungannya? Aku takleh nak trima kerelevanannya. Ikan yang dibakar sepatutnya garing dan bau dibakar. Tapi bila terendam dalam air yang tak mesra dengan sambal apa pulak...?? Can anyone answer me? Dalam bahasa mudah aku, ikan macam distim terlebih dulu, lenggang2kan atas api sikit-sikit, letak atas daun pisang yang tak terbakar, tuang air kosong dan letak sambal. Hah, macam tuh lah rasanya. Aku hanya mampu abeskan nasik and letakkan lauk sikit-sikit. Tapi bila nasik dah habeh, aku dah takleh nak ratah ikan. Aku amek isi ikan dan telan without kunyah. Azwa cakap, dah la kalo tak leh nak makan lagi. Yes! Aku dah mual dan nak muntah. =( Kalau sotong pon, hanya boleh lah sahaja. Kalau takda lauk lagi di Malaysia...itu hanya menjadi pilihan terakhir.

Nie pengalaman pertama dan Insya Allah yang last dengan restoran nie. Maaf, aku pon makan tepi kaki lima jalan, tepi jalan, lunch tengah panas tepi longkang TAPI aku tak penah lagi dihidang dengan makanan yang macam main masak-masak nie. Aku wonder macam mana orang lain berselera makan kat sini? Depa tak penah rasa makanan yang lagi sedap ker? Wallahualam. Aku tak bandingkan restoran nie dengan tempat lain. So harapnya restoran nie dapat lah serve public dengan seikhlasnya, masaklah biar betul. Kalau harga nak letak memahal gegila...letak laa...tapi asalkan makanan yang dihidangkan tak buat customer makan tapi balik dalam kelaparan juga.

Yes, aku makan tak rasa kenyang langsung, bukan aku tak baca doa makan, tapi dah putus selera dan mual. Bukan aku sorang tapi Azwa pon sama. =( sangat sedey.....

Dah balik umah kami berdua termangu sebab makan over RM50.00++ tapi rasa macam tak makan pape. Takpe morale of the story, dont judge a book by its cover. Kalau korang nak makan kat sana, silakan. Jangan takut2, rasa lah sendiri and judge it by urself. It is my comments. Mungkin selera kita tak sama.

Love Lady Wanie




Chinta Hati Ku

photomap

kitorang berdua baru nak menyantap makan tengahari....opsss makan pagi...dan juga makan malam. wah3x...nie tengah tunggu ikan siakap n sotong bakar. lapaq!!!!!

12 March 2011

Hikayat Merong Mahawangsa


Semalam aku dengan Azwa pegi nontot Hikayat Merong Mahawangsa yang diarahkan oleh trio adik-beradik KRU. Aku memang excited nak nonton ceta nie since aku nonton trailer filem nie kat YouTube. Through trailer nye saja nak mengagumkan. Yela aksi dah macam ceta omputih kan.

Berbalik kepada plan nak nonton wayang nie, memula decide nak nonton tengah malam kat MidV tapi jenuh lahaiii nak book or beli ticket online. Dah la fullhouse beb! Lastly aku decide nak nonton kat TGV Sunway Pyramid aje...hah,beli online terus. Lega. Usha tempat, masih banyak lagi yang kosong.

Tepat kul 10 malam kami berdua dah terpacak for line up. Mak aiii...ramainye...dari takde orang sehinggalah fullhouse. Apa yang aku suka, kalo nak tengok wayang nie mestila fullhouse barulah havoc. Hihi!

Sedikit review bout this film, permulaannya agak laju sikit (kalo perlahan nanti boring plak, yela filem sejarah kan?) dan for sure setiap babak meluncur dengan laju. Ok fine, maybe banyak yang nak diceritakan kot. Awal cerita, dok perkenalkan sapa Marcus, sapa Princess dan apa sebab yang menyebabkan Merong Mahawangsa pon terkait sekali.

Hmm..bila part nak ceta pasal background Merong nie, aku rasa watak Merong Mahawangsa nie...dah sama lak watak ngan Captain Jack Sparrow dalam Pirates of Carribean (huhu...ker aku je yang rasa cam tuh sebab dah obses ngan Captain Jack? Atau korang pon rasa menda yang sama). A bit bout Merong, dia is a pelayar, yang singgah disetiap pelabuhan. Suka flirting ngan any women yang dia jumpa at the port. Bukankah Jack Sparrow pun macam tuh? He also have a small kapal..selekeh je. Ini takleh nak lawan ngan Black Pearl ok. Kapal Merong skali kena bom ngan Black Pearl dah hancur berderaiiii...Oppssss....terover plak..yang aku dok melalut dan buat perbandingan nie apasal.....kita balik kepada Merong Mahawangsa.

Empayar China dan Empayar Rom decide untuk berjumpa di Semenanjung Emas, which is Langkasuka kalau tak silap....kalo korang tengok peta lama..sempadan antara Siam, Kedah, Perlis dan Kelantan. Depa nie nak jumpa sebab nak kawenkan Marcus dengan Princess (sori macam taktau nama je).

Kepada sesapa yang suka filem aksi, silalah menonton Merong Mahawangsa, sebab dalam filem nie sangat banyak part aksi,ok. PG 13. Aksi tendang-tendang, silat menyilat, tikam-menikam and darah memancut2 sangat real okay. Sampai kengerian nya menyebabkan aku dengan Azwa asek nak menyorokkan muka cam nonton filem hantu plak. Satu part tuh, sebab terlampau nak sorokkan muka..kami berdua dah terhantuk kepala...Hahaha...sakit wey. Ntah la kalo orang belakang sedar ke tak aksi bodoh kami nie. Over excited.

Watak-watak dalam ceta HMM nie menarik juga, selain Merong Mahawangsa, watak Kamawas and Ying Ying juga menonjol. Watak Kamawas sebagai penjahat sangat menyerlah ok. Sampai kami berdua rasa geli...Hihi! Then Ying Ying sebagai Inang juga sangat comel dan lawak la wataknya.

Thumbs up kepada KRU sebab HMM nie adalah filem sejarah yang agak berat namun telah cuba dibentuk menjadi filem yang ringan dan diolah dengan baik. Walaupun skripnya kadang-kadang tak mengikut bahasa zaman itu tapi banyak ayat-aya t lawak yang boleh buat penonton gelak ramai-ramai and tersenyum. Kalau ada yang cakap, filem nie memboringkan, aku tak rasa macam tuh, sebab sesuai la dengan latar sejarahnya.

Kepada sesapa yang belum menontoh HMM, anda adalah disyorkan untuk pegi menonton ya. They put a lot of efforts dalam filem nie. Sokonglah usaha dorang nie supaya next time they can produce much more greater films. Untuk KRU, anda berjayalah......!

Love Lady Wanie

Chinta Hati Ku

photomap

tengah kemas umah....basuh curtain dulu

10 March 2011

Tahi Lalat di Tapak Kaki = Suka Berjalan??

Setiap individu, Allah dah kurniakan tubuh badan yang sihat dan Insya Allah cukup sifatnya. Kalau kita teliti dengan penuh tekun, kita akan nampak TAHI LALAT? Hihi! Tak kira la tahi lalat tue dimuka, tangan atau kaki (tempat2 yang bukan tertutup la, apekehalnye korang nak tengok kat tmpt len tuh hah??). Sharifah Aini sangat sinonim dengan isu tahi lalat nie, ataupun Siti Nurhaliza yang mana tahi lalat dibibirnya. Ada orang suka tahi lalatnya. Dan ada juga tak suka, sampai pi operate la pulak sebab nak buang tahi lalat tuh. Hangpa macam mana?

Bagi saya, saya tak kesah. Berbalik pada topik tahi lalat ditapak kaki maksudnya suka berjalan? Wallahualam la betul atau tidak. Dari kecik-kecik lagi, mak saya bila tengok tahi lalat kat tapak kaki saya, mesti cakap, tahi lalat suka berjalan. YES. Saya memang sangat suka berjalan. Dan siapa yang ajar kalau bukan mak saya....Hihi! Mak saya ni cikgu, dan setiap tahun dia akan buat rombongan sekolah. Memang glemer lah mak saya nie kat sekolah. So secara tak langsung, saya ngan adik-beradik dapat jalan jugak. Ops, bukan free yer. Berbayar jugak macam budak-budak lain.

Saya ikot rombongan pertama, kalau tak silap time tuh umur 4-5 tahun la kot, mak saya bawak bebudak dia pegi round Pulau Pinang. Hah, kan dah berjalan tue. Kalau bab melawat Pulau Pinang (negeri sendiri nie) tak tahu la nak kira...sebab selalunya ikot naik bas sekolah tuh.

Untuk rombongan pertama saya tanpa mak abah n family. Masa tu ikot darjah 4 (4 Merah, ok). Kami ke Kuala Lumpur dan Selangor. Time tue memang first time la berjalan dengan kawan-kawan dan cikgu-cikgu. Jap nak hengat kami kemana...Huwaaa...memang tak hengat. Apa yang diingati, saya dan kawan ada usha senior sekolah (senior?budak darjah 5). Hihi! Jambu wey mamat tuh =)

Memang lepas tue setiap tahun saya berjalan ikot rombongan, kalau tak dapat ikot. Memang saya menangis berguling-guling la (ops,part ni I tipu je). Saya akan merajuk. YES! Again, saya sangat suka merajuk =(

Tempat yang saya pernah pegi;
  1. Rombongan sekolah (siap family ikot) - Cameron Highlands
  2. Rombongan sekolah  (time darjah 6) - Perlis
  3. Rombongan kelab komputer - Batu Feringghi
  4. Rombongan sekolah - Kelantan + Terengganu
  5. Rombongan mak buat - KL + Selangor
Time sekolah menengah pon, walaupun mak saya yang buat rombongan, saya yang penyebok nie akan tetap ikot. Bukan saya saja yer...siap saya usung kengkawan skolah lama dan baru. Hah, rombongan sapa yang sebenarnya yer?Even matriks, uni dan sekarang, masih ada kawan-kawan yang saya tarik ajak ikot rombongan. Hihi! They knows who are they. =)

  1. Mak wat rombongan - Langkawi (time form bape ntah, bawak kak Wa and Haniza)
  2. Mak wat rombongan ke Langkawi again (time form 5, bawak Mashitah, Aini dan Kak Uni. My dear bespren during gigh school. Siap bagi cekelat kat cikgu sbb xnak dia marah. Kami escape dari kelas tuisyen sekolah =))
  3. Mak wat rombongan ke KL + Genting + Melaka (ramai nie..sebab dua bas. Siap ajak Nas dan Aini)
  4. Mak wat rombongan ke Cameron Highlands (kalo tak silap form 4 kot, aku ingat aku usung Aini dan Kak Uni je time nie. Sori kalo silap)
  5. Yang terkini, mak wat rombongan untuk cikgu-cikgu skolah dia ke Pulau Perhentian tahun lepas. Yes, aku tetap ikot =) and bawak Aini sekali.
  6. Tahun nie? Makkkk.....cepat la nak kemana nie? Singapore ke Phuket? Hihi! Blom wat pilihan lagi.
Saya rasa walaupun tahi lalat takde dikaki, saya tetap suka berjalan. Bukannya boros. Tapi SAYA SUKA. Mungkin setiap orang pendapat dan citarasa berbeza, yela... Rambut kan sama hitam tapi hati lain-lain.

Saya start merancangan perjalanan a.k.a percutian sendiri masa saya di Sem ke-2 di universiti. Yes, saya takleh lari dari acara berjalan-jalan nie. Saya dan Geng-geng Jahat saya ke Pulau Langkawi. Banyak yer duit anda masa uni?? Opss..ke guna duit PTPTN? Mak saya tak pernah melarang malah menggalakkan. I dont know why tapi bagus la...ada ongkos yang support saya sebab duit PTPTN saya tak macam orang lain. Sikit. Itu acara yang pertama saya plan dengan kawan-kawan. Setakat jalan di negeri-negeri sekitar kawasan uni, memang sangat selalu. Tapi tanak ceta la.... =)

Perjalanan sesorang diri saya pulak masa Sem 4 kot, selepas abes program di negeri Sembilan. Saya nie walaupun kurang mahir dengan jalan-jalan ditempat lain, tapi bagi saya, redahhhh aje laaaa..sesat tanyaa orang. Saya plan nak jumpa dengan kawan-kawan matriks semula..Saya jumpa dengan Sue di Negeri Sembilan, then jumpa Nora. Ikot Nora naik bas ke Melaka pulak. Dah abes pusing-pusing di Melaka. Kami naik bas lagi menuju ke Kemaman pulak...pegi umah Fariza. Berjalan-jalanlah kami di Kemaman. Itu perjalanan sendirian dan jumpa kawan-kawan yang pertama.

Dalam bahasa yang lebey mudah, saya nie sangat suka melawat rumah kawan-kawan. Tabiat yang dibawa sampai sekarang. So kecian kawan-kawan saya terutama yang tinggal jauh, sebab kadang-kadang umah depa la jadi mangsa. Hihi! Rindu hangpa jugak laaaa.......

Bila dah kerja nie..saya teramatlah girang lagi sukahati. Sebab? Sebab saya dah ada duit sendiri untuk dihabiskan. Hihi! Lepas tuh, dapat pulak kawan-kawan yang memang suka berjalan.

Plan ngan Nuna Tana;
  1.  first time kami ke Langkawi (sebab ape kami nie pantang tiket murah, tiket je yang murah kat sana xtahu lagi macammana). Ini kami pergi berdua aje.
  2. 2nd time ke Kota Kinabalu. Bertiga time nie ngan Kak Min. Memang best la. Saya memang sangat suka berlibur disana.
  3. 3rd time...this opening year..kami bertiga ke Singapore. =) Nak pi lagi, bleh? Nie bawak Misz Aini jugak.
Dengan promo ticket murah2 nie lagila menggila kan? Dapat pulak opismet yang memang suka jalan dan bujang. Lagi best! Dan kami dah siap plan dan booking untuk jalan. Next destination are Kuching dan Bandung. Yabedabedabedu....!

Bila dah suka berjalan nie, banyak lagi la tempat yang dalam perancangan dan cuba untuk dipenuhi. Ibarat kata-kata orang sekeliling saya, tak kawen lagi pi la jalan puas-puas, dah kawen susah. Oleh itu saya grab la this opportunity. Antara negara yang saya teringin nak pegi tapi masih tak mampu are;

  1. Mekah - nak perform Umrah atau Haji. Ini Insya Allah, dalam percubaan nak menyimpan duit. Dah ajak mak ngan abah tapi depa nak perform Haji for the 2nd dulu. By then baru nak proceed ngan Umrah. Huhu. Lambat lagi laaa...Dah siap angan-angan nak gi Umrah time bulan Ramadhan lagi nie.
  2. Aussie - nie memang angan-angan tertinggi la, termasuk mak. Tapi taktau lagi laa bila. Tengah pikir ni.....Mmmm....
  3. GuangZhou - ntah kenapa tapi nak pegi jugak! Degil.
  4. Jepun - nak imbau chinta lama nie. =)
  5. Europe - agak-agak bila ntah....Huhu...Angan-angan tahap tertinggi la nie.....Hangpa nak gelak pon...gelak la..sebab tak salah untuk berangan..... =)
Apa-apa pon untuk semua tuh perlukan ongkos. Yang penting hangpa rajin la menabung. Kalo tak menabung, memang takkan tercapai cita-cita kita nie. Selamat berjaya yer semua. Kalau hangpa perlukan nasihat atau panduan berjalan-jalan nie, jangan segan-segan tanya yer. Untuk semua perancangan nie, kita perlu review terlebih dulu.

Love Lady Wanie


08 March 2011

Melawat Merlion di Pulau Temasik

Pesawat AirAsia yang membawa kami ke Pulau Temasik

Bangunan Marina Bay...Its located near to Merlion. To go there juz used MRT and turun ke kat Marina Bay Station


I love to see the building there...Tak salahkan if I said that I LIKE very much to be in Singapore!


Walaupun KL ada bangunan sebegini tapi bila tengok building kat sana. Feels calm and relax!


This is MERLION....yeah!Kita dah tengok sendiri.... =)


Evironment sangat bersih and rasa safe....walaupun hanya 3 orang anak dara berjalan-jalan tanpa tahu arah nak dituju.
No! We're not lost yer!




Jalan-jalan disana. Nama jalan?Sorry tak tahu =)


Kalau nak rasa apa yang we ols rasa....So, sila backpacker ke Singapura.

Love Lady Wanie

07 March 2011

Makan Kat Kedai Pakcik William AGAIN

Nie la air Ribena Laici hari tuh...tp this time I sendiri snap,ok...Its mean we went there for the second =) nmpk sgt kuat makan.... See the b*dy laaa....*sigh




This is Nasi Goreng Tomyam Ayam Pandan...very long name rite? The taste..not bad seb bek laa...price RM15.00 per plate. But u ols can share with 3 person. So really not bad kan??






Nie la muka PEMAKAN sedunia....Hihi! Enjor ur dinner honey!


Love Lady Wanie





Kalaulaaa Satu Bulan Ada 60 Hari


Nie adalah planner aku for 2011 and komputer kesayangan di opis aku!
Kenapa ye status aku macam tue? Ye aku sangat perlukan hari-hari tambahan dalam sebulan supaya aku x kena maki dgn public sebab kes lama sangat tetap utk mention/hearing....supaya aku leh fixed kan lagi banyak kes in a month....supaya aku leh settle banyak n by then balance case every year aku less than hundred....
 
See...so much SUPAYA yang aku ada, KALAU 60 hari tu wujud. Im so sad tau!
 
Kadang-kadang aku penat...korang nampak tak kat mana kepenatan aku?Sangat penat.Ok?Dalam sehari aku kena jadi manusia yang MULTITASKING. Semua menda aku kena pikir dan buat. Ye dengan bantuan semua orang disekeliling aku. THANKS HONEY! (bukan pakwe aku ya tapi kawan2)
 
Planner korang ade tak rupa cam planner aku?Tengok sampai melebih2 kotak pulak tuh...Kalo korang tengok kotak yang dah divide by two..Itu untuk hearing.Pagi n petang kes yang lain. Itu belum masuk jawab telefon n mention tetap....Huhu!
 
Itu namanya KERJA. Walaupun penat dan ada yang cakap x boleh nak cope dengan all this situation, tapi aku ada masa2 yang betul2 kena STRUGGLE. Contohnya bila aku nak deliver keputusan. Yang lain aku akan sewel kejap je and aku setakat nie Alhamdulillah tak jemu lagi nak berkhidmat untuk public. At least nie fardhu kifayah aku kan?
 
So korang nak kongsi ngan aku tak camne korang adjust and plan ko nye hari in a month??Citer la....
 
Love Lady Wani



06 March 2011

Berjimba-jimba Time Weekend

Weekend lepas,memula konon nak stay kat umah je. Hmmm...nak rehat and do everything yg housewife buat...Haha! Poyo la word tuh.Tapi hakikat yang sebenar, Im just washing all my clothes aje.AJE!Yang lain...SAYA TIDO =) sangat tidak malu,kn?

Almaklumlah malam sebelumnya attend majlis tahlil arwah ayat Sheeda (Al-Fatihah untuk Allahyarham Uncle Abdul Salam) dan sampai umah agak lewat..lepas bangun dari tdo and clean myself...terus je ngantokk....ZzzZzz....n then bangun je dari tido saya terus LAPAR.Dan sangat lapar sehingga tidak sempat lagi nak menunggu Cik Tana datang...Saya terus makan nasik yang dibekalkan oleh Sheeda...Lapar sangat sampai perot bunyi Krukkk...Krokk...Kruikk...hah, terok kan? =)

Sesampai je Cik Tana ke umah..we decided untuk bekpes + lunch + tea time kat restoran yang served nasik Arab. Namanya? Sori lupa nak baca....Hihi! Apa yang we ols ordered Nasi Arab Roasted Chicken n Kebab daging...Gambaq?
Nie bukti oghang itu sedang makan....hihi!

Nie adalah that Kebab Daging...Mmm..xmencapai tahap kesukaan saya laaa...Uwaa...Sebab?Sangat Manis!
Ini adalah set Nasi Arab with Roastes Chicken..Nasik nye? Ok Sedap..Tidak terlalu berminyak n bau minyak sapi...Ayam? Sedap...yg side tuh I xrasa,ok!


Ini time makan petang yer...selepas itu kami trus bergerak ke umah Kak Weena untuk amek dia. Yela Cik Nuna Tana nie nak mencarik ink printer dia..dari umah kak Weena nak ke Jusco Bukit Tinggi takdela jauh sangat. Memang luck kami la on that day...JJ tengah wat promo for IT stuff. Apalagi...dengan segera Cik Nuna Tana nie mendapat apa yang dihajatinya. Memandangkan dah pukul 6 something, kitorg gi meminum dulu before semayang Maghrib. Menapak la kami berenam mencari tempat yang sesuai untuk membasahkan tekak. So here we are....Black Canyon.... =)


Nie air namanya Black Krunch Coffee
 
 
Nie air kitorang...Cedap!


American Style Sandwich


Kak Weena yang dah kelaparan ni....hihi!


Nie Cik Nuna Tana



Its Me yang selekeh =)
Selepas itu kami menuju ke tempat makan lagi....Makan lagi??Yeah.... =) wink2 malu. Actually nie la tujuan kami yang sebenar..nak ke Ice Room Kota Damansara. Yes still bcos of Cik Nuna Tana...memandangkan sebab dia..dia telah berbaik hati membelanja kami berdua eskrem yang sejuk lagi cedap...nyum~~~nyum~~nyum...Camne saya leh kenal Ice Room nie?Sebab nonton Jalan-Jalan Cari Makan zaman Serina ar, 1st place dekat Nilai. Time tu pegi ngan Aini n Kak Wa a.k.a Salwa. Sanggup wey walaupun jauh sebab nak rasa. And tak menghampakan kami. Sebab? SEDAP. Again after we ols Google..ada cawangannya kat Taman Shamelin Cheras. So kami kesana pula. Saya dah pegi sana 2 times. =) Selain eskrem, they all served Western food, Chinese Cuisine n oso Malay Cuisine. Go and try by urself la sayang! =)

The Menu

Me And Kak Weena


Nie la eskrem KAMI! Kak Tana = Kiwi Fruit Ice, Kak Weena = Blueberry Snow Ice n Me = Yammy Yammy Snow Ice


My Eskrem


Blueberry wey...... =)


Kiwi...cantik kan kalernyaaa....

Memandangkan dah larut malam, kami puas la memikir nak tdo mana?Haha...ayat paling tak leh pakai,ok!Umah saya dekat je ngan Kota Damansara. Ibarat jiran gitu. hahaha......
And dh dapat idea...pusing2 lagi ke area KL pulak...konon nak tengok Menara KL n KLCC waktu malam.Tapi dah lewat...lampu pon dah dipadamkan. Rugi lagi. Memusing arah ke Putrajaya pula....tapi mood ngantuk dah mula menerjah.... huarrgggg...!

Palace of Justice

Nie sahaja acara untuk hari Sabtu...balik umah pon jam 2.30 pagi. Sebelum tdo melantak McD sebagai supper. Yeah! Saya kena makan walaupun tak bagus. Sebab perot saya sangat terok skang nie...perot akan berombak2 cam nak kena gastrik. So, bukankah mencegah lebih baik dari merawat??? =) (alasan)

Love Lady Wanie







The sadness thing in your life

Just a quick update as a reminder to myself Its really hard to accept that life as a fat woman actually. Hahahaha For the 1st time aku merun...