Showing posts with label Jalan-jalan cari makan. Show all posts
Showing posts with label Jalan-jalan cari makan. Show all posts

08 May 2014

Geng Jahat ke Melaka

Assalamualaikum wbt,

Minggu yang stress sebenarnya. Banyak kerja tapi banyak benda nak kena setel before leave Malaysia. Huhu! Dah la aku nie silap baca tentatif a.k.a itinerary. Mak aiiii!!! Lewat sehari la nampaknya. Bertuah btul Nur Hazwani, intang payung gemala hati nie. Seb bek tak kena marah ngan my mum. Kih3. Minggu yang busy tapi last week aku sempat lagi berpoya2 dengan Geng Jahat aku, Akma & Kulat, oso berjumpa ngan Nora and her baby, #babyanaqi 

Seyes thing... when u serabut ngan segala mak nenek, percutian is the best remedies la. And then be around with our friend memang menenangkan. Kih2. Target kami untuk Jalan2 Cari Makan kali nie ialah MAKAN SEPUAS HATI. Yes aku memang fully praktikkan sampai tahap kesabaran depa memuncak kot. Sayang korang! 2 hari dengan dorang, aku macam pompuan separuh kelaparan. Kih3. Asyik minta makanan aje. Yela kebiasaannya kalo travel, dalam keta aku penuh ngan makanan tapi kali ni, takkkkkkk..... Uwaaaaa!!

Hari Jumaat (02.05.2014) - Akma sampai di Subang & aku menjemput dia.

Hari Sabtu (03.05.2014) - awal2 pagi aku dah kejutkan dia. Bangun Akma!!! Kita nak pi Melaka nie, banyak list of place yang kena buat. Kih2. So dalam jam 8.00 pagi kami gerak & singgah breakfast kat kedai mamak, area umah aku. Kul 9.00 aku dah menghala ke Melaka. Yeaahh!!! Yeaahhh!! Excited!

Sampai Ayer Keroh dalam jam 10.30 pagi - kelam-kabut Kulat dibuatnya. Kih3. Yela, baru bangun kan?? Around 11.00 pagi kami keluar & mulakan misi mencari makanan. Ok Akma, perot aku dah laparrr....cepatttt...dah tak tahan nie. Sumpah, kalau aku dengan dorang, selera makan aku memang memuncak, tak naik sekilo memang tak sah. Uwaaa!! Memandangkan memang dah berazam untuk makan, so hentam aje tanpa berfikir.

Sesampai je depan umah Kulat, siap berpose sambil menunggu dia bukak pintu. Macam cepat sampai la pulak... Mmm, sapa yang drive nie hah???

Aku ngan Akma depan rumah Kulat. Sepraissss!!!

Tempat pertama yang kami tuju ialah Restoran Lineclear Kampung Jawa. Nak makan satay tapi satay hanya akan dibakar selepas jam 12.30 tengahari. Frust! Kih3. So kami makan Rojak aje... Tapiii, rosak tu sumpah sangat sedap. Aku masih dok teringat2 nie. Seb bek jauh, xde la aku nak ilang ingatan sangat kan?




Restoran yang sumpah sedap! Utk satay and rojak la. Yang lain aku tak jamin, okeh! Sila cuba sendiri. 


Muka budak eksaited nak dapat makanan. Kih3. Thanks Kulat melayan aku yang sokmo lapaq je.


Rojak sumpah sedap!!!
Dah kenyang perots, kami decide nak jalan kaki ke Jonker 88 a.k.a Jonker Street. Kekonon nak mencari jus mangga. Ingatkan dekat la jugak ye nak jalan...tapi nan hado yang sayang, kebas gak kaki aku berjalan beserta dengan peluh yang membasahi baju. Tapi demi semangat ngan kawan2, aku rela & redah. 

Aku tak tahu rupanya jus mangga tu guna macam pelam kurang masak plus asam boi. Mak aii masamnya laaa... Uwaaa!! Tapi sapa yang suka, leh aje try. 

Akma pun dengan semangat jugak bawak kami ke kedai makan nie, siap orang menunggu tengah panas, demi nak makan asam laksa Nyonya, tapi tak sanggup nak dok lelama kat situ, sebab sumpah memang ramai. Cha ya nun alif takpe la leh makan berdiri kan... Kita nie takkan nak jadi cam tu jugak. Dah tak jadi, kami decide nak blah and patah balik ke tempat parking yang kena bayo RM3.00 sekali masuk. Kih3. Nak menyebut gak harga sebab aunty tu mcm ganas je. Dah la dapat untung atas angin je kan. Sempat menyinggah kedai Mamee Monster lagi.. Hihi, aku panggil muzium. Sebab apa nama kedai xtahu, sebab niat yang sebenar ialah nak kena aircond aje, hihi! Namun sempat la menengok apa yang ada dalam tu. 

Then dok pening2 nak makan kat mana kan, aku ajak Akma pergi melawat umah ex-boss dia. So memula plan nak tapau Coconut Shake Klebang tapi dorang cakap, after balik dari Bertam la. So okay la kan. Asalkan perot aku tak gediks lapaq lagi x ape la. Hihi. Dah sampai umah x-boss dia, dorang jamu mangga nyicah ngan cili kicap. Mak ai, masam lagi?? Perot aku penuh dengan asid je ari ni. Pls perot sayang, tolong la jangan meragam ye. Pls. Hihi! Nasi belum makan nie. Sejam pertama aku behaved lagi sebab belom lapar. Tapi lepas tu, sawan aku dibuatnya. Hihi! Terus ajak balik. Ontheway dok merengek2 sebab lapar. Hahaha! Cian kawan2 aku terpaksa melayan kerenah melampau aku. Tapi seyesly aku jadi sangat lapaq ok. 

Near to restoran tadi... ada jambatan nak menyeberang ke Jonker Street. Monopod memang sangat useful la. Hihi! Biar la orang nak tengok pelik. Tapi aku tetap selamba aje guna. 


Panas terik tak pernah menghalang aksi kegedikan kami. 


My dear bff - baru dua - ada lagi dua orang.


Us - depan kedai mempelam - jus mempelam ye - masam la Akma oii... hg nak bagi perot mummy terbelit ke hah??


Budak yang baru 100 tapak dapat minuman lagi.... kih3


Beria2 muka aku dapat peluk Mr Potato - muka Kulat tak blah melayan perangai aku


Kenai tak?? Mamee Monster 


Kawan2 yang bersabar dengan kerenah tourist aku. Hahahaha! Sayang hangpa!
Dorang nak bawak aku beli Coconut Shake Klebang again, tapi dek ketidakpercayaan terhadap plan aku, maka dorang u-turn. Uwaaaaa!! Tanak percaya lagi..aku x tipu laaaa...  maka terlepaslah coconut shake yang ada. 

Demi memujuk, cadangan berikutnya ialah ke ABC Tanjong. Okla. Asalkan boleh makan. Kitorang order satay sikit, memasing order kuey teow kerang mahal plus pedas a.k.a silap pi order sapa suruh.... Hahaha! Aku ngan Kulat order Chocolate Shake, this one memang sedap. Consider masuk dalam list santapan terhebat. Aku suka2. 

Satay dekat ABC Tanjong, Tanjong Kling


Chocolate Shake yang super sedap! Ai likes uols. Dapat minum berkali-kali pun saya sangat suka. Jommmm!!!


Kuey teow yang so-so aje tapi pedas menyengat
Kenyang lagi, kami berpindah port ke Pantai Puteri, Tanjong Kling, pantai yang banyak mengukir potret2 kenangan kami berlima disini. Ntah la, Melaka seakan dekat dihati kami berlima, sedangkan kami nie x-student UUM sebenarnya. Maybe tabiat kami yang suka bercanda dipantai agaknya. Sambil2 lepak sekejap kat situ, nak duduk tepi pantai xleh sebab pakai baju elok kan. Kang kotor lak. Maka dengan itu, kami hanya berfoto gedik dengan monopod. Almaklumlah hobi kami nie bergambar & fungsi aku memang sebagai photographer grup. Hihi! Kontrak selamanya, agaknya la. Menunggu jugak nak merasa Satay Pantai Puteri, satay lagiii... tapi kedai tutup la pulak. Sedey!

Kami di pantai feveret, Pantai Puteri, Tanjong Kling, Melaka


Muka kekonon manja la tuee.....




Dari Pantai Puteri, kami bergerak ke Portugese Settlement pula. 1st time aku sampai ke kawasan penempatan masyarakat Portugis Melaka. Masuk je parking, aku dah panic, nape dorang semua serbu kete, memula aku cam takot nak turun. Memandangkan kulat nak cadangkan jus mangga yang katanya sedap & berlemak macam lassi, so aku ikut gak la. Haiiissshhh, jenuh dihurung kami macam lalat. Huhu! Aku takot, aku jalan perlahan, biar dorang2 tu ikut Kulat & Akma dulu. Hahaha! Ada sorang yang menghampiri aku & bisik, "u just let them know which table u want, if not they wont leave u,". Ayooo.. kami bukan nak makan. Lepas beli jus mangga masam tu, kami trus belah. Masam lagi. Haishh! Sopan ye perot. Atleast untuk 2 hari je. Hihi!.

Aku di Portugese Settlement


Menikmati jus mangga buat kali kedua di Portugese Settlement, apa la rezeki aku... kena yang masam lagi... 2 kali aku makan benda masam...
Haih, xkanla kami tak makan malam. Apa pilihan yang ada? Kulat cadangkan kami untuk try Asam Pedas M.D.T dekat area Ujong Pasir. Maka kami kearah situ nampaknya. Sebenarnya perasaan fobia nak rasa asam pedas tu ada, bukan apa selama dok pegi Melaka nie & mencuba banyak makanan, susah dapat yang sedap btul la. Yang ini, sangat lulus okeh. Nasi panas dengan asam pedas ikan pari & asam pedas ikan tenggiri. Sedap! Masak after di order. So not bad la kan?

Acara penutup untuk malam tu ialah sesi berkaraoke selama 2 jam. Macam nak pecah anak tekak aku melalak. Rasa ilang stress yang ada. Tenang je perasaan. Kul 12 tengah malam baru sampai kerumah. Meronggeng benar la kami seharian. Tapi tetap terbaikkkkkk!!!

Seriously yang nie memang sedap. Selama ni pegi Melaka, tak penah puas hati makan asam pedas tapi kali nie memang terbaik la jugak...sebab kuah pekat & panas2 gitu. 


Apa lagi.... acara penutup untuk hari tu... karoks laaa...menjerit sepuas hati... Lega aku rasa... Rasa terluah segala kesusahan dihati. 
Perjalanan pada hari Ahad (4.05.2014) - aku akan hapdet kemudian ye. Dah lenguh menaip nie. Hihi!

Muka semangat pagi2.. sebab nak gi bekpes kat Muar. Dari Ayer Keroh ke Muar kitorang bergerak. Semangat! Makanan punya pasal.


Satu pagi di pekan Muar.


Muka gembira menyantap nasi lemak. Nasi lemak seciput yang hover sedap!


Nie pulak namanya lontong...lontong yang mengimbau kenangan lalu sebenarnya. Kuah memang perfect, sebab selalunya orang akan buat kuah lodeh cair.


Tauhu lentok. Jangan ditanya kenapa nama macam tu, aku taktahu sapa yang lentok sebenarnya. Tapi sumpah! Sangat sedap!


Benda utama yang dicari kami. Perfect one. Satay paling terbaik. Aku makan memang banyak. Tak pernah dibuat aku makan satay sebanyak tu. Hasilnya, balik timbang, naik sekilo. Tahniah!


Di Dataran Tanjung Emas, Muar with Kulat. Memang macam tourist!


Dua-dua nie pernah menjadi roommate for about 5-6 sem la jugak. 


Kesian kat batang pokok nie yang menjadi mangsa... kih3


1st time try Coconut Shake Batu Berendam - not bad! Still sedap!


Baby Anaqi kesayangan mommy, mummy, mami, mama & mak. Pepandai je aku susun. Kih3.


Pengasuh Anaqi!

29 July 2013

Aktiviti Membuka Puasa

Assalamualaikum wbt,

Selamat berpuasa kawan2.
Insya Allah lagi spoloh hari kita akan menunaikan ibadan puasa sebelum Syawal menjelma. Perasaan? Tentulah akan merindui Ramadan sepenuh hati. Rasa macam tak cukup aje utk puasa sebulan. 

Macammana dgn aktiviti buka puasa uols? Ai kalo tak buka sesorang diri, ai buka ngan kawan2 la. Tak lalu jugak dibuatnya bila makan sesorang. Tapi itu untuk 17 hari yg pertama aje kot. Huhuhuhu! Skang nie mak aiiii kemain selera nampaknya.... Aihhh habeh laaa my diet. Ayooooo... Selera makin meluas. Risooooo aiii!!!!

Surely korang reramai ada banyak aktiviti berbuka puasa kan? Kat buffet mana? Ai & buffet memang sgt tidak berkawan kot. Tak mampu nak nilaikan dengan wang tunai. 

Hari pertama puasa, ai berbuka dgn my cousin kat Paya Serai, Hilton PJ. Mak ai jenuh cheq nak makan tau tak... Rasanya macam dah takleh nak bernapas gamaknya. 





My peberet kat sana, for sure teh tarik yang superb, tempura yang nyum nyum & oso lobster yang magnificiento. Hahaha! Sesuka aku je describe. Tapi ai makan lahaiii.... Takpela rezeki. 




Pic diatas nie, semasa majlis berbuka puasa opis aku kat Wisma PKPS Shah Alam. Sedap jugak kat situ. Not bad. Had a warm & nice bukak posa with my colleagues. 






3 pic diatas nie semasa ai berbuka ngan my bff, Azwa kat Jeram, Kuala Selangor. Hihi! Kami sangat over gigih tau kesana. Makanan yang memang sangat best. Kami berdua amek masa sejam utk habeskan empat lauk nie. Tapi memang sangat berpuas hati okeh! Leh pegi lagi. Sedap! Bukan Aroma Ikan Bakar tau tapi satu lagi. 




Pic makanan nie aje masa ai berbuka ngan my sister kat Dave's Deli Subang Parade aje. Actually kami berbuka secara tepatnya dalam wayang. Hahaha! Buruk betul perangai. Ai meneman my sis layan The Lone Ranger. Ceta yang sangat tidak boring. 







Next pic yang sangat tempting nie masa ai berbuka ngan geng BUJ opis kat Jemari Shah Alam. For the 1st time ai makan kangkung goreng belacan. Seyesly, kangkung kot!!!! Ai kan x mkn sayur. Tapi yang nie sangat sedap! U should try it. Tahun nie ai banyak makan mendalah yang ai xmakan sebenarnya. Huhu! Achievement for me! 




Pic last takde pic tapi nie semasa ai window shopping ngan Azwa kat Alamanda. Bukan window dah tapi door shopping kot rasanya. Masa nie berbuka kat Old Town White Coffee, amek set MyDulang yang seyesly tak sedap. Sorry. Tak sedap btul. Huhuhu! 

So setakat nie itu sajalah perjalanan berbuka puasa diluar aku. Yang lain dipenuhi dengan bazar & masak. Tapi masak leh dikira lah berapa kali aje. Hahaha! So cau cindai!


Lotsa Love,
Wani Othman

21 May 2013

Review : Sabah Negeri Dibawah Bayu

Assalamualaikum,

Sabah always be one of my favourite's place a MUST visit. Hihihi! Opsss happy Weekend dear! Again, ai duduk umah je uols. Hihi! Seiring dengan peningkatan usia. Poyo je ayat ko. Back to my main topic, Sabah.

Kali nie ai pergi ngan my family. Adik2 ai x pernah lagi sampai ke Sabah. Sebab itu la ai amek inisiatif untuk kesana. Hari tu kan dah pergi Sarawak. Flight we ols drpd Penang. Penang to Kota Kinabalu. A week before nak ke Sabah, ai dah booked sesiap kete sewa, through online aje uols. Senang. No deposit masa tu. Okeh mudah! Sampai KK around jam 2.00 petang, kami tapau KFC aje. Then terus direct ke Kundasang, aku tanak la lewat sangat naik ke Kundasang, kang kabus tebal la pulak. I wasn't a good driver plak tu kalo time ujan and berkabus. And the good news was memang masa tu asyik hujan la pulak. Dalam 30km nak Kundasang ada minor landslide pulak tu. Agak2 bila GOV nak perbaiki main road kat situ yer? Buat jalan besor2 macam highway PLUS ke kan.... mudah......

Sesampai ke Kundasang, aku straight away pegi check-in kat Kinabalu Pine Resort. Nie antara my peberet resort dear, sebab apa? Sebab atas bukit dan mengadap Puncak Kinabalu. My peberet scene ever kononnya kat sini. Suhu kat Kundasang pulak time tu sejuk manja2 macam kat Cameron Highland, lagi la ai suka. Hihi! Dah dapat bilik, apalagi aku ngan adik2 terus la menerkam KFC. Lapaq dowh! Gila ke apa..time tu dah jam 4.00 petang, last makan time breakfast kot. Dah la sepanjang jalan, aku ngan adik2 melalak macam nak meletop kete tuh dibuatnya. Mak ngan pak aku bersabar aje kot sepanjang jalan. Hahahaha! 

Hah, dah dapat bilik...kauuu...terus takde nak kemana2. Malas. & letey. Hahahaha! Aku kesian gak kat family aku, disebabkan keletihan yang melampau, petang tu takde kemana. Lagipun kat Sabah kan gelapnya awal. So aku ngan adik2 terkinja2 around situ aje sambil shoot gambaq. 

Untuk malam pertama, makan malam mmg dah disediakan di resort berkenaan. Nice food. Kami awal2 lagi dah terbongkang. zzZZzzz.........! Nama pon percutian yang santai. Maka kami santai2 aje la. No pressure. =)

Me, si gediks!

Me, Mimi & my Mum - berlatarbelakangkan Puncak Kinabalu

Me & my sis, Mimi
2nd day - awal2 pagi lagi kami dah bangun, rasanya jam 5.00 pagi kot. Hah, kauuu! Punya la awal. Sebab apa? Sebab nak mengejarkan shoot puncak Kinabalu yang jelas, lagi terang-benderang tue. Hahahaha! Best siot! Pas tu pegi bekpes, pas bekpes sambung tido. Rasanya kalau orang lain, awal2 lagi dah keluar & mula meneroka alam. Kitorang TAK! Kuar btul2 time untuk check-out. Memang sengals. 

After check-out kami terus pergi ke Poring Hotspring. Hanya dorang aje yang berendam2kan kaki tue, aku tak. Malas nak basahkan kaki seluar aku la pulak. Cukuplah aku hanya menjadi driver sahaja. Hihi! 

After dah abeh terkinja dekat Poring, kami patah balik ke Kundasang. Aku pun menghala ke Mesilau, nak tengok lembu. Abah ai dah bengang. Hahaha! Nak tgk lembu, kat umah pon ada lembu gak. Abah ai dulu pun bela lembu jugak. Hah ko! Dah la naik ke Cattle Farm tu, mak aiii tinggi nye..... guna pulak kete Proton, mana la nak larat tarik ke atas... kalo kena 4WD hah, baru lah sedap. Hihi! Demand. 

Suasana masa itu, dah ujan2 manja la. Nak jalan kesana-sini pun cam kurang menarik la sebab ujan kan. Kami decide nak terus turun ke Kota Kinabalu aje nampaknya. Pesen jalan2 kami memang macam nie. Bukannye jenis yang memang akan pergi ke semua tempat... no..no.. no... kitorang pergi jejalan light2 aje. Hihi! So sebelum nak sampai ker Kota Kinabalu, aku decide nak mencari lokan bakar. My most peberet food kat Sabah. Bayangkanlah even aku dah pegi a few years tp ksedapan lokan tue masih terasa. Hover tau ko nie nyah kalo describe pasal makanan. Hiks hiks! Kedai2 tu bderet2 kat Jalan Sulaman. Do try it if u ke Sabah okeh!

Suasana petang yang ujan2 manja tu menyebabkan kami terus ke menghala ke hotel untuk check in. For Family room, ai decide untuk pilih Promenade Hotel & Apartment. Much better. Dekat sangat ngan shopping mall & tepi laut, near to Jalan Sinsuran & Pasar Filipina. Hah, dekat sangat kan?


Balik rehat2...pas maghrib kitorang pun menyerbu Pasar Filipina untuk dinner. Memang superb la makan laut yang kitorang pilih! Berbaloi2... (gara2 makan tak terkawal nie.. badan ai bam bam kembali & sukar untuk turun! Uwaaaaa! - kesan yang berpanjangan nie). Jangan pulak uols tak mencuba tau! Rugi amat seh! 


My mum, dad, Mimi & Cikah

Dorang tengah merendam kaki dalam air panas. Ai? Ai la si pengambil gambar. Hahahaha!

Nie kitorang kat Cattle Farm, Mesilau. Ya Rabbi... punya la siksa nak naik kesana kalo guna kete ala2 sempot! Huks huks! Kalo pakai 4WD mesti x sengsara segitu rasanya. Sesampai kat sana, macam nak tercabut lulut ai.

Lokan bakar! Kat area Jalan Sulaman nie memang banyak kedai yang jual lokan bakar. Tengok macam biasa2 aje tau. Tapi RASA?? perghh.... the best one I ever had. Mentarang memang aku x makan. But this one, sedulang nie mana cukup. 1st time aku rasa lokan 3 tahun yang lalu, masa 1st time aku datang Sabah. Bcos of this, aku sanggup mencari2 lagi. Hiks hiks!

Inilah rupa lokan yang masih belum dibakar...dont judge a book by its cover dear! Hiks hiks!
Day 3 - memula plan nak ke Pulau Manukan.. tapi berakhir dengan habeskan wang di Jamilah di Jalan Sinsuran. Hah kauuu!! Pas penat menghabiskan wang beli brg2 silver. Balik pengsan kat bilik. Kuar petang untuk makan kat Tanjung Lipat, pastu pusing2 pasar malam. Ngeng sangat kot! Memang tersangat santai. Hihihi!

Me at tepi laut... nice view!

Me & my siblings

Me & Cikah kat Tanjung Lipat

Ayuhhhhh kita menyerbu Kedai Jamilah kat Jalan Sinsuran! Hahaha! Tengok Mimi bersemangat dia berjalan didepan....

Rambang mata!

Nama dia Boboi... so kalau pergi area sana, pergilah ke kedai dia. Lawak amat seh mamat ini. Jangan lupa beli Kopi Tenom! The best one!


Permandangan Kota Kinabalu diwaktu senja daripada Bukit Bendera

We had a candle light dinner kat Tanjung Lipat. My mum & dad dah tak ikot sebab tak larat nak jalan. 
Day 4 - Awal pagi dimulakan dengan breakfast McD aje. Hihi! Selepas itu terus shoot ke airport tetapi sebelum ke airport kami singgah kejap di Tanjung Aru untuk bergambar. Yeeahaaaa! Nie dah memang jadi hobi kot. Then lunch kat airport. Bye bye Sabah! Will come again Insya Allah! =)
Me & Mimi at Tanjung Aru before pegi airport

Me & Cikah - gaya gwiyomi gediks!

Yeeeehaaaaaaa! Satu lagi vacation DONE!

Tadaaaa! Finish! Si pemalas yang menulis entri tapi short cut aje punya la banyak.

Love,
Wanie Othman

The sadness thing in your life

Just a quick update as a reminder to myself Its really hard to accept that life as a fat woman actually. Hahahaha For the 1st time aku merun...