Posts

Showing posts from 2016

Impian yang Mendatang

Hari tu aku ada terbaca Kak Di tulih pasal  dia wrote down semua impian yang dia nak capai & secara tak langsung she achieved it. Aku do agree! Eh eh totally agree. Aku slama ni xpenah jot down but aku always repeated everyday dalam hati apa aku nak. 
By this time, aku nak jot down jugak la apa yang aku impikan dalam hidup nie. Semoga Allah swt menunjukkan jalan & membantu untuk aku mencapainya. 
1) nak pergi lagi Umrah, tapi kalau Allah izinkan aku sampai sebagai tetamu Haji, subhanallah itu betul2 rahmat & rezeki yang tidak terucap. Semoga Allah izinkan aku untuk buat Umrah utk Allahyarham Mhd Hashim bin Awang. Amin. Ini yang aku tanamkan dlm hati aku, wpn byk aku minta tp aku tetap nak meminta pd Allah swt. Izinkan aku lagi ya Allah. Izinkan aku. 
2) balik berkhidmat di negeri sendiri, walaupun dah memiliki pondok disini tapi aku nak balik memberikan khidmat aku buat mak pak aku sepertimana yg aku penah mohon di bumi Allah yang barokah dulu. Jika ditakdirkan Allah swt aku …

Al-fatihah buat MHD HASHIM BIN AWANG

Assalamualaikum wbt,
Lama betul masa yang aku ambil untuk menitipkan satu catatan, catatan yang terlalu peribadi untuk diri aku dan keluarga. Baru hari ini aku ada kekuatan untuk menconteng karangan khas buat Arwah bapa saudaraku, Allahyarham Mhd Hashim bin Awang.
Betapa beratnya Allahu Rabbi untuk aku menaip Allahyarham dihadapan nama beliau. Bukan aku menidakkan takdir. Bukan aku menolak Qadak & Qada'. Tetapi hal yang mendatang ini bagaikan ribut ditengah kontang buat kami sekeluarga.
Bayangkanlah kerinduan ahli keluarganya disaat aku juga merindukannya. Allahu Rabbi, Engkaulah Yang Maha Esa, yang menciptakan kami dan juga mematikan kami. Kepada Mu jualah kami semua akan kembali pada waktu yang dijanjikan, tiadalah lambat mahupun cepat.
19.10.2016 (Rabu) jam 12.50 pagi
Pada waktu inilah Pak Ndak dijemput pulang ke pangkuan Penciptanya oleh Malaikat Izrail. Tarikh dan masa yang tidak akan aku lupakan buat selama-lamanya. 
Pak Ndak, maafkan akak. Akak belum dapat lagi menitip satu c…

Rindu yang Mahal

Assalamualaikum wbt
Menonton Labaikallah di Tv AlHijrah menggamit perasaan rindu Tanah Haram itu sendiri. Terlalu rindu sehingga air mata menitis. Tiap kali memandang Kaabah rindu tu mendebarkan rasa & menuntut perasaan tidak puas berada di Tanah Haram. 
Sesungguhnya nikmat berada di Tanah Haram itu sukar untuk diterjemahkan. Nikmat yang hanya difahami oleh orang yang telah pergi. Barulah aku faham kenapa mak pak aku bila bercerita tentang Tanah Haram nie dulu mata depa bercahaya. Semangat rupanya. Jihad dalam ibadah. 
Rindu sangat. Aku nak Allah swt menjemput aku biarlah berulang-ulang kali walaupun aku berdoa biarlah aku boleh mencari punca rezeki di Tanah Haram. Aku tidak kisah untuk bermigrasi ke sana. Ya Allah Ya Rabbi, betapa cemburunya aku pada pekerja-pekerja yang mempunyai nikmat beribadah disana. Mungkin rezeki aku untuk bersembang dengan pekerja sana yang fasih berbahasa Melayu atau Arab (dengan bantuan ustaz), Allahurabbi indah sangat nikmat mencari rezeki di sana. Peluan…

Dunia, Aku Ingin Jelajah!

Done ‼️‼️‼️SingaporeBandung Bandung Singapore Beijing Ho chi minh, Vietnam Ho Chi Minh, Vietnam Krabi & Phuket, Thailand Korea Bali Hong Kong Shenzhen Macau Istanbul Mecca & Madinah Pekanbaru & Bukittinggi, Indonesia
Places plan to go : Tokyo, Osaka & Nara, Jepun Melbourne & Perth, Australia New Zealand Iceland Mauritius Bali again Bangkok Europe London France Cape Town, Amerika Selatan Bosnia

#besttrip HK, Shenzhen & Macau - Part 2

Image

#familytrip Umrah Istanbul 2016 - Part 1

Image
Assalamualaikum wbt,
Alhamdulillah Allahu Akbar
Segala puji-puji hanyalah padaMu Ya Allah, Tuhan yang Menciptakan aku & sekalian alam. KepadaMu aku bersyukur. KepadaMu jua aku panjatkan segala kebahagian yang hadir pada aku & keluarga aku di awal tahun 2016.
Allah Maha Pemberi rezeki kepada kami sekeluarga, impian yang selama ini aku tadahkan & panjatkan padaNya telah dimakbulkan. Aku & keluarga telah diterima menjadi tetamuNya. Di Tanah Haram. 
Posting ini tiadalah niat untuk riak mahupun ujub diri dengan apa yang telah diberi tapi sebagai suntikan semangat kepada rakan-rakan untuk memohon kepada Allah swt supaya diterima sebagai tetamuNya.
Satu ketika aku terujuk kembali pada posting lama, dimana hati aku mula merindu satu kota yang jauh dari Malaysia, satu kota yang tidak pernah lagi kaki ini melangkah, satu kota yang bisa membuatkan manusia merasa takut akan dosanya untuk hadir kesana, satu kota yang penuh dengan keajaiban & satu kota yang pernah dihuni oleh p…

#besttrip to HoNg KoNg, sHeNzHeN & MaCaU

17.10.2015 - Bertolak dari KLIA2 dalam jam 8.55 pagi. Sesampai di HKIA, kami terus pergi ke kaunter Airport Express utk bli Octopus Card HKD150 (ala mcm kad Touch n Go kita). Kaunter btul depan pintu Arrival. 
Next cari Kaunter 1010 untuk bli simkad hp HK. HKD118 utk harga satu simkad plus tenet 4G, boleh guna 10hp & tahan 7 hari rsnya. Jangn dilupa tix Disneyland HKD450 & The Peak Tram HKD80 (beli sesiap kat sini. akan mmudahkan & lebey murah) yg dibeli dari Kaunter China Travel Service (CTS) bdekatan dengan MCD.
Jalan kaki dlm 500 meter utk ke bus parking. Dapatkn bus no A21 menghala ke Tsim Tsa Tsui. Harga tix bas sehala HKD33. Kami perlu turun di bus stand no 9 - Man Mang Ling Station. So tnggu disitu sampai tuan rumah dtg jemput. Aku booking aprtment 3 bilik utk 7 org through Airbnb. Price dlm RM2400.00 utk 4 mlm. 
Sampai rumah tu dh dkt jam 4 ptg pn. Kemas brg & start masak nasik utk lunch. Lapar. 
Plan yg sepatutnya ialah ke The Peak Tram ttpi masing2 dah penat sgt.…

New Chapter

Rindu sangat nak merepek dan berpuitis. Nak menjadi diri-sendiri, dengan hobi yang memang dah turun-temurun nie. Menulis karangan. 
Hari tu aku privasikan blog sementara, dek kerana memuaskan hati orang. Tapi rupanya hati aku sendiri yang tak tenang sebab tak ada tempat untuk aku luahkan. Dah la tinggal sorang, celik pergi kerja, petang balik kerja, hadam la segala rasa untuk seharian. Jadi aku buka semula blog, yang mana aku rasa sesiapa yang tidak berkenan dengan tingkah aku, bolehlah jangan singgah, jangan baca, mahupun tolong jangan ambil tahu! Aku ni bangsa tak tahu malu bila bab nak bercerita maka segala cerita aku macam tidak ada penapis. 
Aku hanya akan menurut perintah mak dan abah aku sahaja! Sebab setakat ni aku masih dalam status pemilikan tunggal. Kalau mak abah aku tegur, maka wajiblah untuk aku taat dengan teguran mereka.
Untuk orang lain, kalau tak suka, bolehlah move on ye. Aku takde nak refund apa-apa sebab aku takde pula kenakan bayaran selama ni. Kan?
Oh ya, lagi satu.…

Boat Noodle Empire Damansara

Image
Assalamualaikum wbt,
Semua-semua yang akan naikkan ke blog adalah gambar-gambar tertangguh. Gambar nie semasa aku dan Azwa pergi makan kat Boat Noodle. Sedap as usual. Tapi ramai gila kat situ. Kalau nak gi makan lagi, kena cari area lain. Yang tak hot macam kat sini. 






p/s : dah la bulan puasa, siksanya nafsu makan ku ini. =(

Jibby & Co. 2nd time

Image

2016 - Im Back

Bismillahhirahmannirrahim,
Assalamualaikum wbt,
2016
Saya dah kembali mengacara di blog ini. Semalaman memikir samada patut atau tidak patot lagi saya menukil di blog. 
PATUT.
Sayang dengan bakat merepek yang saya ada. Walaupun tiada sesiapa yang membaca tapi bila diri sendiri kembali ke blog ini, bahagia sangat perasaan itu.
Punca yang sebenar ialah semalam saya dok mengemas segala harta dunia yang saya ada. Emm, ada perkara yang menyebabkan saya perlu berkemas. Rahsiakan dulu. Wah rahsia, macam artis. (maafkan saya sebab ayat Bahasa Melayu saya macam compang-camping sebab dah lama tak berpuitis). Jadinya semalam saya terjumpa hasil-hasil tangan semasa saya bersekolah. Sekolah ye. Banyak cerpen yang mana bila dibaca, aih, berbakat juga saya. Puji diri-sendiri.
Lagipun banyak perkara yang menarik berlaku pada saya tahun 2016. Nikmat Allah swt yang mana harus saya dustakan. Terlalu banyak hal yang indah untuk diingati. Tak perlu dilupuskan. Lagipun memori yang ada ini bukanlah kuat sangat unt…