16 February 2014

Punca Terjebak Kad Kredit

Assalamualaikum wbt,

Dah lama aku tak menukil sesuatu di blog aku kan? Huhu. Bukan malas. Tapi takde idea. Nak nak pulak Nobby aku fah tanak hidop! Stress! Plan nak beli any new tab 10.1, yang ni memang dah di plan bertahun2 yang lalu. Since dari tab generasi pertama until now, dari bajet ada sampai dah takde. Tak beli jugok! Stress again! Maka ari ni naip nya guno hp aje la. Seb bek la hp intan payung gemala hati nie banyak function, kalo tak duduk senyap la aku dibuatnya. This weekend seyesly aku takde kemana. Mana taknya, next week nak pergi holiday kan? So kena la berjimat cermat amalan mulia minggu nie.

Aihh apa yang aku bebel2 kan nie, rasanya tajuk kat atas aku nak fokus menda lain kan. Nie dah bebel pelik la pulak. 

Oh ya! Aku nak ceta pasal kad kredit tapi as usual ceta nie akan bercampur aduk dengan hal lain la. Aku start guna kad kredit after 3 months aku keja. Cepatkan? Hmm aku secara jujur tidak ada savings masa aku mula2 kerja. Mana taknya selepas setahun menganggur aku dapat kerja tetap nie, mana aku nak cekau savings kan? Pastu aku terus kena kerja kat KL nie, hah kauuuu selama hayat nie duduk Utara aje tetiba kena berhijrah kat sini. Terkujat and tersiksa. Selepas sebulan menumpang rumah sedara dengan berbekalkan bantal, tilam and kain baju duduk rumah orang, aku kena kursus 3 bulan. Maka 3 bulan berikut aku duduk tempat yang disediakan. Masa ni lah aku apply untuk kad kredit, selepas ada gap dalam bayaran gaji. Seb bek makan minum disediakan masa tu. Cuma nak bayar duet keta la siksa sikit. 

Selepas 3 bulan itulah bermula fasa hidup aku yang penuh onak dan duri. Seyesly kalau aku kenang memang menitis gak airmata aku nie. Sebab aku terlalu belajar untuk berdikari masa itu. Dengan kawasan KL yang aku sangat failed. Lagi seminggu nak habes kursus, aku kena cari bilik/rumah sewa dengan sebab musabab. So menggagau la jugak aku mencari dengan ketidakfasihan aku pasal kawasan tempat kerja aku. Alhamdulillah opismet aku tolong carikan bilik untuk disewa. Aku memang dah tak kesah macam mana bilik tu, bape harga sebulan or area mana, asalkan aku leh tinggal and pergi kerja Isnin tu. Sehari sebelum aku pindah masuk, aku ngan kawan aku datang tengok kawasan dulu sebab kang aku tak reti lak nak datang esoknya. Pastu kitorang pegi Giant, and masa nie lah aku mula menggunakan kad kredit. Iya tidak bagus! Sumpah kalau aku boleh undurkan masa, aku TIDAK AKAN PERNAH guna kad kredit dalam urusan belian aku kecuali dengan tunai. Tapi aku tidak pernah menyesal, sebab dengan kad kredit nie juga aku mulakan hidup aku dengan sendirian dan berdikari. Aku beli kipas meja, rak baju, kettle and a few things barang untuk aku guna as barang harian. Kena faham, selepas 3 bulan aku hidup mcm diasrama. 

[nie jugak reason kalau ada sesapa yg bujang or jauh dari family cari rumah sewa, aku akan tolong. Aku sangat faham betapa susahnya kalau kita sendiri. Aku pernah sendiri.]

Esoknya dalam kul 10 pagi aku pergi rumah yang disewa tu. Fuhhh alhamdulillah aku tak sesat. Tapi..... Ada tapi... Aku call tuan rumah tu, dia cakap dia takde. Sedangkan aku dah cakap nak sampai kul bape. Aku duduk dalan keta sampai kul 1. Then cousin aku msg, dia suh datang rumah dia. Ya Allah Ya Tuhanku, aku nie tak reti jalan. Zaman tu mana ada GPS ka WAZE ke GOOGLE ke... Dia bagi msg utk direction. Maka aku dengan gigihnya pergi juga ke Damansara, thanks cousin untuk bagi beberapa jam tumpang rumah. Petang tu aku patah balik kerumah tu, kena tunggu sampai kul 7 pulak. Dugaan gila. Menangis aku sesorang sebab rasa lonely and terasing masa tu. Then tambah dugaan, aku tak reti nak pergi opis dari rumah. Untuk 2 pagi aku masuk kerja lewat, sebab aku sesat ntah kemana. Seyesly aku memang tak reti. Balik kerja opismet aku hantar and tunjuk jalan. Thanks opismet!!! Terhutang budi. Lagi satu lama juga aku hidup dalam bilik sewa tanpa tv. One time tu aku balik Png, mak aku suh bli tv. Kurang2 hilangkan boring aku. Maka dengan ini sekali lagi swipe. Itu blom bulan2 yang terswipe okeh. 

Dah duduk dlm 3 bln, aku mmg tak tahan duduk dalam rumah tu. Bulan akhir aku duduk, aku tido dengan pisau bawah bantal. Hah tak seram ke korang? Sure seramkan? Ada beberapa perkara yang buatkan aku rasa tak secure nak terus tinggal kat rumah tu. Then aku pindah ke blok sebelah, kali nie aku sewa rumah. Aku! Iya aku sorang2 sekali lagi. Aku dah fobia nak tinggal dengan orang lain lagi. Aku dah macam tak tahan dengan perangai orang bila tinggal sekali. Aku wat kira2 aku cakap kat parent aku, aku mampu nak bayar sewa sorang2. Terpaksa. Maka berpindahlah aku kerumah berkenaan. Alhamdulillah rezeki aku, tuan rumah tinggalkan set sofa, peti sejuk, dapur, rak n single bedframe. Semoga tuan rumah murah rezeki. Amin! Aku berpindah masuk dengan bawak harta benda yang aku ada. Dengan ini bermulalah kisah aku dan sebuah rumah, bila aku dah ada rumah, aku perlu mengisi barang2 supaya rumah nampak macam rumah. Bermula fasa aku guna kad kredit dengan begitu jayanya. Aku banyak membuat pembelian untuk barang2 yang berharga melebihi kemampuan tunai bulanan aku. Sebab aku dah terbiasa dengan hidup yang dikelilingi barang2 yang penuh. So aku memang banyak membeli. 

Bila kita dah terbiasa guna kad kredit jadi banyak urusniaga yang kita buat untuk bulanan. Kadang2 yang takde dalam list kita and bukan keperluan kita, bukan untuk bulan nie, bukan untuk bulan depan dan bukan untuk bulan seterusnya. Nie adalah kegagalan aku. Kad kredit tak salah bagi aku. Sebab fungsinya mendahulukan keperluan kita disebalik ketidakmampuan kita. Yang salahnya ialah kita. Kita yang tak mampu untuk kawal diri sendiri. Aku bersyukur sebab dengan kad kredit, aku ada barang2 yang membantu kesinambungan hidup aku. Tapi penyesalan hanyalah tentang perbelanjaan luar kawalan aku. Dah beberapa kali aku cuba selesaikan tapi tak pernah selesai baki kad kredit tu. Hah dah macam kena sumpah la pulak kan?

Bermula tahun nie, tahun 2014, aku berazam dengan sepenuh hati aku untuk menafikan penggunaan kad kredit secara menyeluruh. Sekarang nie adalah masanya untuk aku jalani hidup tanpa bantuan kad kredit lagi. Tempoh mendatang adalah satu tempoh panjang untuk aku buat penyelesaian baki yang tertunggak. Macam2 teknik kira2 dah aku  senaraikan tapi yang pastinya aku MESTI selesaikan. Setelah aku dapat segalanya, aku haruslah memaksimumkan penggunaan semua perkakas yang aku ada sekarang. Aku akan hidup secara tunai dan berwasatiah. Mungkin satu tahun yang mencabar pada tahun nie untuk aku tapi aku cuba untuk tabah dan kuat untuk bebaskan diri dari segala hutang. Biar susah sekarang, jangan susah pada masa depan. Aku percaya pada rezeki Allah, berdoa dan bersyukur dengan apa yang ada. Insya Allah. 

So pada sapa2 yang belum ada kad kredit dan mungkin bercita2 untuk ada, tak payahlah berangan. Sesungguhnya perbelanjaan secara tunai tu lagi membahagiakan. Kita just berbelanja mengikut keperluan dan kemampuan kita sahaja. Yes, sarcastic kan bunyinya. Tapi orang yang melaluinya saja yang tahu betapa sukarnya untuk selesaikan satu hutang. Yang penting ukur baju dibadan sendiri. Wpn masa yang panjang diperlukan untuk selesaikannya tapi nie lah harga atas pilihan sendiri.

Oklah itu aje. Nilailah sendiri. Aku tak kisah siapa pun nak menilai aku. Sebab hanya aku sendiri yang mengenali diri aku. Bersusah2 dahulu, bersenang2 kemudian. Insya Allah. Allah Maha Besar: 

Lotsa love,
Wani Othman 

The sadness thing in your life

Just a quick update as a reminder to myself Its really hard to accept that life as a fat woman actually. Hahahaha For the 1st time aku merun...