16 May 2017

Memasak adalah Forte Aku

Ayat tak gah memang saja sangat kan? Hahaha. Aduh, fenat sgt. Baru sudah siap masak plus siapkan supper untuk adik aku yang akan balik kerja dlm masa beberapa minit lagi. Ok, jam skrg adalah 11.51 mlm. Aku baru siapkan sandwich telur. Tadi lepas Maghrib aku siap masak ayam masak merah, dimana tanpa resepi. Tanpa resepi ye. Hanya ingat lemparan2 tangan keramat bapak aku ajs nie. Berpuluh-puluh tahun aku tolong dia masak untuk apa-apa event, tanpa ada sekali aku tengok & tulis. Hanya bebelan kepenatan sahaja yang mampu aku ungkapkan. Maka di malam ini, aku masak ayam masak merah untuk adik aku, bekal dia dan aku esok pagi. Dan perasaannya adalah superb! Macam lauk nak raya ok! Tanpa berlengah-lengah lagi aku terus mencapai 2 keping roti untuk dicicah kuahnya. Perasaan masa tu adalah terbang terus ke kampung. Nasib baik dah tengah malam & aku sedar diri, jadinya hanya roti sahaja peneman aku. 

Esok pagi, aku akan bangun masak nasik dan masak sayur kacang bersama telur dan cendawan. Masak kering sahaja. Pergh! Goreng telur untuk adik aku supaya lauk dia mencukupi memandangkan aku kurang keyakinan diri tadi, aku tak goreng ayam keseluruhan. My bad! 

Sebenarnya nie adalah bulan keempat aku memasak untuk adik aku. Ok fine, untuk bekal dia. Dia baru praktikal. So langkah penjimatan adalah dengan memasak. So secara tak langsung aku dah memperbaiki tahap & mutu masakan aku terutamanya memandangkan sebelum ini kak Nai selalu cakap aku failed bab-bab masak lauk kampung. Kak Nai, hello! I am change! 4 bulan aku memasak sampai aku dah pernah capai tahap tengok masakan sendiri pun rasa nak muntah. Hahahaha! 

Sekarang sebut sahaja nak makan apa, sap sap soi ok, kari ikan? Masak lemak? Udang? Ayam? Daging? Asam pedas ikan? Sambal telur, ayam, sotong or daging? Sila listkan. Lulus. Hahaha! Tapi tolong jangan uji dengan masakan nasik ok. Aku just reti nasi tsunami aje. Nasik aku tak mencuba sebab setiap hari aku masak 1 pot saja, bahagi dua dengan adik aku. Kalau aku nak bagi kawan-kawan kerja aku makan, aku masak 2 pot. Bukan kedeks tau, tapi aku makan tak banyak. Cepat tak lalu (tlg jangan bandingkan dengan saiz) 

Ok sekarang jam 12.04 pagi, aku mengantuk. Tapi adik aku belum balik lagi. Aku kena tunggu. Lepas tu bagi pesanan ikhlas & tidur. Letih. Esok jam 05.30 pagi dah bangun. Masak. Itulah rutin dah masuk 4 bulan. Bukan 4 tahun ok. 

Oklah gudnite! 

💤💤💤💤💤💤


12 May 2017

#2017trip Langkawi

 Assalamualaikum wbt,

Bila dah lama tak mencoret nie, kemalasan yang ada makin berganda. Gandaan yang besar. Aduh! Coretan perlu diteruskan walaupun sekarang FB dah makin hebat sampai rasa macam hari nak update IG sebab satu masa nanti bila Memory appear, kenangan itu biasa membuat mulut ini tersenyum sehingga tergelak. Indahnya kenangan.

Okay for this time, aku nak share pasal trip aku dan kawan-kawan ke Langkawi. Surely dalam hati korang dah berkata, ala, Langkawi je pun. Tak sesat punya kan. Cerita tak best. Yang tak best korang, yang best tu aku. Hahaha. Takdela. 

Langkawi nie dah ibarat macam kampung laman ke sepuluh aku. Hahaha. Poyo. Bukan apa, Langkawi adalah salah satu pulau peranginan yang confirm korang takkan sesat, mudah untuk bergerak, banyak aktiviti, dah macam-macam lagi. Aku dah sampai hafal tiap bahagian pulau tu. Ok fine, sebab aku orang Utara, tapi bukan orang Langkawi tau!

Kali nie aku bersama kawan-kawan lepak opis lama tapi pakat dah kena lempaq ke opis lain-lain. Hahaha! Sadis. Plan asal, kak Nai, kak Mira, kak Yan & Merul tapi on that day Merul tak dapat join. 

Tujuan utama : dorang nak naik train ETS from KL.

So that day from Ara Damansara, aku & kak Mira naik train ke KL Sentral. Atas train terserempak dengan kak Yan, maka kami bertiga terus la jumpa dengan kak Nai. Had our breakfast kat situ sebelum naik train. Jangan tanya pasal harga train, sila google. Nie trip aku bulan Februari, ingatan semua dah ke laut dalam. Banyak sangat benda nak kena ingat sekarang.

Kalau tanya pengalaman aku naik train, ikhlas aku menjawab ialah aku tak suka! Aku memang tak suka naik train daripada asal iye. Trip nie pun untuk memenuhi hasrat hati rakan-rakan. Aku takda kesabaran untuk menunggu atas train & ada masalah sakit belakang kalau sit lama-lama. Tapi orang lain, based pada perbualan mereka, they all really happy with the experience & service, Good la!
Dari KL turun di Arau (tempat jatuh lagi dikenang!). From there bergerak dengan teksi ke Jeti Kuala Perlis. Tambang less than RM30.00 untuk satu teksi. Alhamdulillah. 

Naik feri ke Jeti Kuah about 1 hour & half. Orang agak ramai that day. 

Sesampai disana kami decided untuk sewa kereta. Aku hanya akan sewa kat tempat kesukaan aku saja. Nama kaunter lupa! Hahaha. Yang pasti kaunternya di hujung sekali. Anda akan nampak KFC, kaunter tu di sebelah kanan KFC ye & hujung di sudut corner ok. SUDUT CORNER. Anda pastikan anda menghadap KFC masa nak kenalpasti kaunter mana. Hahahaha! Pesan bebetul aku. Mestilah! Aku dah ada pengalaman tak indah & fobia masa sewa kereta di satu ketika dulu. Hahahahaha. Next time aku cerita. 

Sebab masa dah sampai tu pun petang maka kami pergi check-in terus. Ambil apartment aja but totally worth it. Nama apartment ya? LUPA.

Panjang pulak aku nak cerita.... Nanti lah ye aku sambung. Kena fokus buat kerja dulu. Bye!



























The sadness thing in your life

Just a quick update as a reminder to myself Its really hard to accept that life as a fat woman actually. Hahahaha For the 1st time aku merun...