Posts

Showing posts from November, 2016

Al-fatihah buat MHD HASHIM BIN AWANG

Assalamualaikum wbt,
Lama betul masa yang aku ambil untuk menitipkan satu catatan, catatan yang terlalu peribadi untuk diri aku dan keluarga. Baru hari ini aku ada kekuatan untuk menconteng karangan khas buat Arwah bapa saudaraku, Allahyarham Mhd Hashim bin Awang.
Betapa beratnya Allahu Rabbi untuk aku menaip Allahyarham dihadapan nama beliau. Bukan aku menidakkan takdir. Bukan aku menolak Qadak & Qada'. Tetapi hal yang mendatang ini bagaikan ribut ditengah kontang buat kami sekeluarga.
Bayangkanlah kerinduan ahli keluarganya disaat aku juga merindukannya. Allahu Rabbi, Engkaulah Yang Maha Esa, yang menciptakan kami dan juga mematikan kami. Kepada Mu jualah kami semua akan kembali pada waktu yang dijanjikan, tiadalah lambat mahupun cepat.
19.10.2016 (Rabu) jam 12.50 pagi
Pada waktu inilah Pak Ndak dijemput pulang ke pangkuan Penciptanya oleh Malaikat Izrail. Tarikh dan masa yang tidak akan aku lupakan buat selama-lamanya. 
Pak Ndak, maafkan akak. Akak belum dapat lagi menitip satu c…