04 October 2015

Vacation for us

Assalamualaikum wbt,

For 2 weeks nie mmg totally nak fokus utk preparation ke Hong Kong nampaknya. Mentally &physically kena kuat. Brings my mum & adik2 also friends. 

Consider this one as my mum's pre-retirement vacation for us. My mum will retire in December after 58 years of services in education fields. 

Knowing my mum, she is very so in love with travelling. 

We are planning nak pegi HK, Macau and oso Macau. Hopefully Allah swt always with us. 

So guys, pack your bag & count the date! 

Lotsa love,
Wani Othman

21 August 2015

Cafe Grease Cheeseburger

Assalamualaikum wbt,

Looking down to this pic
Tempting kan?

Yang nie dipanggil Chilli Cheese Nachos - seyesly sedap. Habis ok kami makan! Rsnya dia guna daging cincang or corn beef ok. Rs pedas2 manja je. Sedap. 

Nie pulak our burgers - gila punya besor portion with large size fries. Puas hati. Mula2 macam speechless nak makan, knowing me, tak penah gi mkn kat cafe order burger, so not typical me. Hihi. Tapi this one tak regret langsung. Kalo perot saiz medium tu, boleh share. Taste wise - sedap. Satisfy. Yang aku order - beef bacon burger. Meanwhile Dura order - Chili Texas Burger rasanya. Dua2 sedap. Beef patty tebal & fully cooked. Ada melted cheese. And oso caramelised onion. So whats up doc? Sooo lazat tau tak. 

Eh eh i punya ceta makanan tanpa cakap ke korang kat mana kitorang makan. Dah lapar sangat tadi. Apatah lagi hari Jumaat. Jenuh memusing then aku nampak wording Grease, oh my aku penah baca review. So Dudu! Ayuh dengan segera Dudu segera baca food reviews. 

So jangan lupa halakan stereng anda ke Grease Cheeseburger, Persiaran Alami. Berdekatan Pusat Zakat Selangor. Berjiran jugak dengan The Sumbs. Takkan sesat punya. Enjoice! 

Lots of Love, 
Wani Othman

28 June 2015

#funnyquote #instagram



Saja2 cari quote kat insta tapi jumpa yg lawak. Lawak2 pon terkena gak batang hidung sendiri. Hihi! Nasib bdn laaa.... 

05 May 2015

Rumah Idaman Hati

Assalamualaikum wbt, 

Dah bkali2 otak aku mmikirkan post entry tajuk nie tapi tak bksempatan. Idea byk tp tak terluah. FYI, aku dah menetap di Selangor nie utk tempoh 8 tahun dh. Kejap je masa berlalu kan? So sehingga ke saat nie aku masih menyewa. Rumah yg sama. Terima kasih buat tuan rumah aku & isterinya, sebab benarkan aku perantau bujang nie menyewa umah dorg. Aku selalu berangan aku ada umah sendiri, istana sendiri, eh eh bukan istana tapi pondok kecil. Aku tak berangan nak umah yang besar sebab aku nie bukan stok rajin sangat. Hahaha! So i need a small house with full facilities. Lgpn aku nie bukan jenis suka tengok barang atas lantai. Sakit mata. Kang abih aku kutip & buang. Aku rs susah sgt nak simpan, aku buang aje. 

So bila dok umah sesorang aku asyik berangan aje. Lately nie makin menjadi pulak aku punya berangan nie. Dah macam 3D sangat depan mata nie. Hahahaha! Teringinnya nak umah sendiri. Tak kesah lah kecik and comel. Asalkan rumah sendiri. Aku nak minimalis je rumah tu. Kalo area Selangor nie, untuk punca pendapatan sorang nie, aku rasa aku hanya mampu nak beli rumah aprtment aje. Tu pun medium range. Extra vaganza tu maaflah. Gaji pun sorang je. Byk pulak komitmen nya. Tapi kalau gaji dua orang pun, nk dapat rumah yang mampu tanpa beban kat Selangor nie macam mimpi kot. Mahal nak mamp! 

Aku berdoa agar Allah swt permudahkan pencarian aku, untuk sebuah rumah yang  mampu untuk aku miliki. Amin! Amin! 

Apa yang aku berangan kan yer?
Aku nak rumah 3 bilik tido plus 2 toilet dgn kadar kenaikan harga rumah yang melampau nie, aku rasa aku seyesly akan dapat rumah yg kurang dari 900m2. Boleh imagine kan? Syarat paling penting yang aku letakkan dari dulu, apartment tu mestilah 5 tgkat je plus ada balkoni. Kecik pun tak ape la.. Asalkan aku leh bukak sliding door, angin masuk. Hahaha! Then gantung pokok2 yg bermanfaat kat situ. See? Verangan tahap tak ingat kan? 

Interior yang aku nak, haruslah simple & minimalis. Plan jenis tak tengok poket sendiri nie. Calculate plus belek buku Ikea tu dah buat aku sentap. Hahaha! Haih laaa... Dinding rumah aku nak cat off white. Putih bersih. Supaya nampak luas. Tu aje. Rsnya xnak kaler lain kat wall kot. Sebab warna len pd curtains & furniture. Angan2 lain is nak buat 3D plaster ceiling tapi rasanya nie tak mungkin kot, sebab mahal kot! Huhu, acaner! Cantik kot utk umah apartment. Tapi aku xsuka dimlight pulak. Mata aku xnampak. Hahaha! Nak lampu putih. Lampu oren yg romantik tu kena ada jugak. Acaner sekali lagi? Boleh mula kira bajet? 

Utk curtains, aku suka high ceiling curtains. Sbb boleh bagi ilusi ceiling yang tinggi. Tapi tu la kain & upah jahit bukan murah skang nie. Nak suruh aku jahit? Emmm jahit jelujur agaknya curtain tu. Hahaha! Master bedroom mestila curtain cantik kan tapi 2 bilik lagi, rasanya nak blinding je, lepas tu alas ngan day curtains. Cantik kan? Mm kena tunggu Jakel sales lepas tu beli sikit2 lepas dah dapat rumah. Setakat nie jom verangan dulu. 

Dulu aku slalu pikir rumah apartment nie kicik, then kalo 3 bilik, satu bilik tu jadi stor or walk in wardrobe aku plus bilik iron baju & make up. Yela kalo bilik aku skang nie, ada katil & kipas aje. Aku tak suka menda lain. Hahaha! Sengal. Tapi kalo ada rumah sndiri, nmpknya aku kena sorting barang2 aku yg bkotak2 tu. Sebab aku nak fully utilise semua bilik. One is master bedroom, which is mine. Whereas kali ni kena masukkn wardrobe jugak. Emmm... 2nd room tu guest room a.k.a my parent room if they come, which means aku kena buy a new queen bed. Actually aku plan nak tuko my queen bed to king bed but lps fikir2 i dont think king bed fits to small aprtment. Huhu! 2nd room only got katil & tmpt gantung baju aje. Xnak benda lain! For 3rd room pulak, i think it should be store la kan, but for me, i wont. Sbb that room aku nak letak adik aku, si Mimi tu. Dgn cara nie if she come to my house, takde la dia nak berebut katil dengan aku. Hahaha! Aku dah ada tilam single, so kena kumpul duit utk bedframe aje. Lagi.. Small study table plus tmpt gantung baju. I think i have an idea, taknak almari, sbb rs xmuat kot. Hahaha! Mmm.. Abih tu, barang2 yg berlonggok2 ada dalam rumah aku skang aku nak lempaq mana? Aduh! Need to finalize la before moving out masa tu. 

Kan aku dah cakap, aku verangan tahap tak henggat!!! 

Eh eh utk bilik tu, ada feature wall ke tak?  Ohmaigaddd... Blom fikir lagi. Aku rasa kalo semua bilik off white aje, rasa nak muntah jugak kan? Maybe feature wall bgantung pada warna curtain kot. Tp yang pasti, pastel color only. Aku blom mampu nak pasang aircond tetiap bilik & ceruk penjuru rumah. Hahaha! 

Tu bab bilik, baru sampai tahap kitchen pulak. Apa agaknya si pemalas nie verangan kan? Hahaha! Ello verangan bukan kena bayar pun. I wish that my kitchen cabinet in royal blue color plus grey. Haha! Amcm? IN takkk? Memang tringin sgt kabinet kaler royal blue & table top kaler grey. Hahaha! Mmg verangan! Insya Allah masa tu rajin masak sikit kot! 

So nie la sedikit sbyk my plan. Eh eh ada lagi actually.. Kat balcony tu, aku nak rumput palsu skang yang hot kat FB tu. Cantik la. Kalau ada water fountain yang kicik tu lagi baik. Mahal la hazwani!!! Verangan tak sudah! Ye la kat balkoni tu aku nak gantung bunga & pokok2 kicik, lps tu weekend bukak sliding, biar angin masuk. Kan best! Then letak kerusi Po Ang Ikea kat tepi tue, kalo aku xbaca buku sure aku akan lena. Hahaha! Kerusi tu best tau utk tido! Smbil enjut2 sendiri. 

Ini kira as minimalist tak? Hahaha! Utk dapat apa yg aku nak nie, rasanya lepas 5 tahun aku dapat rumah barulah tercapai angan2 aku. Hahahaha! Sbb mahal kot. Harta yg aku ada setakat nie;
1) katil plus tilam Ikea (my most favourite harta)
2) kipas stand 3
3) small lcd tv
4) coffee table
5) lemari baju
6) tilam single 
7) dining table for 4
8) washing machine
9) perkakas eletrik. Mostly dah ada. 
10) bertong2 kain baju

Hahahaha! Nie je harta aku. Yg lain tuan rumah yang punya. Malu aku! 
Okla aku akan bukak tabung baru, insya Allah after I come back from Umrah. Insya Allah. Semoga Allah swt permudahkan perancangan kami. Amin! 

Till here! Nak teruskan verangan!

Lotsa love,
Wani Othman





22 April 2015

Alfatihah buat rakan seperjuanganku

Assalamualaikum wbt, 

Bismillah hirrahman nirrahim
Maha Suci Allah yang menciptakan aku, ahli keluarga aku, kawan2 aku dan umat manusia didunia. 
Amin amin ya rabal alamin.

Dah lama aku tak menitipkan coretan yang panjang di diari aku nie. Terlupa pula aku nak kongsikan cerita sedih yang melanda aku dan rakan2 aku. 

Innalillah hiwaina hirajiun
Dari Allah kau datang dan kepada Allah kau kembali

Utk ingatan, aku kan dah menjadi warga pejabat cawangan lain bermula 02.01.2015, lembaran baru aku dimana aku terpaksa berpisah dengan rakan2 aku yang aku dah berkongsi suka dan duka bersama bertahun2. 

Pada hari akhir aku bekerja disana, rakan2 aku yang baik hati nie dah adakan Majlis Perpisahan utk aku dan rakan2. Dalam jam 5 petang, kami dah berkongsi tangisan, Haji Lah duduk disatu sudut, memegang sapu tangan beliau. Seperti biasa, sapu tangan tu dia gunakan untuk lap muka dia. Dia panggil nama aku, aku menyahut. Ye Haji Lah. Aku mendekati dia, saya dah nak pindah nie Cik Lah. Dia sebut lagi nama aku.. Dengan sebak.. Lepas tu dia terus tidak boleh berkata2.. Aku sedih Wani... Dia laju menuju tempat dia. Aku cepat2 follow belakang dia. Cik Lah, nape nie? Aku sedih Wani. Sedih hgpa bertiga dah kena tukar dgn titisan airmata dia. Saya pon sedih Cik Lah, dah bertahun saya kat sini. Tapi xpela mungkin rezeki saya bukan kat sini lagi. Kena tukar bukan bermaksud saya takkan mai sini lagi. Lain Wani. Lain. Takpa Wani, aku mintak maaf jugak dari hg. Maaf la mungkin sbb aku sakit, aku jadi sensitif. Takpa Cik Lah, saya paham. Cik Lah jgn risau, Cik Lah teringin nak makan apa pn, Cik Lah cakap. Saya boleh carikan nanti. Saya bukan kemana pun, saya ke Port Klang je. Walaupun dalam hati aku masa tu pun meronta2, sebab sedih nak tinggalkan kawan2. Aku tidak akan lupakan detik dan saat ini ketika air mata dia menitis untuk aku. 

Aku dengan Cik Lah nie dah macam bapak dan anak. Aku hormat dia. Aku respek dia. Aku cuba menangkan dia dalam bahagian yang tidak diketahui. 

Sejak dia didiagnos dengan sakit itu, aku dan kawan2 tidak pernah pandang ringan dengan kesihatan dia. Memori-memori sepanjang menemani sakit dia di Pejabat itu kadang2 menerjah dengan lebih kuat. 

Aku kadang2 menjadi tempat utk memujuk orang, kak Sham, rakan sebaya Cik Lah (walaupun kak Sham tu muda banyak sebenarnya) selalu berkongsi cerita orang lebih tua, waktu Cik Lah down, dia akan segera panggil aku untuk memujuk. Menyuntik semangat untuk kuat melawan sakit itu. Terngiang-ngiang suara panik rakan2 kadangkala diwaktu hidung Cik Lah berdarah akibat dari kesan ubat itu, memanggil aku. Semua itu kenangan. Kenangan yang akan dibawa sepanjang hidup aku. 

Kebiasaannya aku tidak pegang hp diwaktu bekerja
Tambah2 lagi utk Whatsapp
Sebab aku "mute" kan utk grup
Namun petang itu
Tangan & mata aku terhenti disitu
Seperti menanti msg yang akan keluar
Ayat msg telah dinaikkan
Mata aku terkaku
Mulut aku membisu
Aku cuma mampu menjawab BEB
Perginya seorang rakan
Perginya seorang yang lebih makan garam
Perginya seorang yang aku lawati dua kali dalam keadaan dia tidak sedar
Allahuakbar
Allah Maha Besar
Rakan ku telah dijemput. 

Kini, Haji Abdullah bin Awang atau Cik Lah telah kembali ke Rahmatullah. Kembali ke persemadian yang abadi. Kembali bersama Allah swt yang lebih menyayangi dia daripada kami. 

Cik Lah,
Ketahuilah, kami anak2 muda yang ditinggalkan ini
Sangat merindukan lawak bersahaja Cik Lah
Kami sangat rindukan Cik Lah mengetuai bacaan Yasin kami
Kami perlukan bimbingan untuk khatam al-Quran lagi tahun ini
Namun kami lebih merindukan kehadiran Cik Lah 

Tapi janji Allah swt itu pasti
Tiada sesaat
Tiada ketika
Cik Lah tetap meninggalkan kami buat selama-lamanya. 
Apabila ajal hadir menjemput

Cik Lah,
Jangan risau
Insya Allah kami akan selalu perhatikan tumbesaran
Daniel, Munirah & Fatihah
Selagi mereka perlukan kami
Selagi mereka mengenali kami
Moga hasil didikan Cik Lah membentuk mereka jadi anak soleh & solehah
Amin

Alfatihah buat
Allahyarham Tuan Haji Abdullah ibnu Kholijah

Dalam kenangan,
Wani Othman
22.04.15

06 April 2015

Kehidupan & Suasana yang Baru

Assalamualaikum wbt,

Dah lama tinta dan minda aku tidak dipahatkan disini. I really my life before but what is past, is past. Hmmm

Subhanallah. Walhamdulillah. Wala illah hailllah. Wallah huakbar.

Mmm... aku tak reti nak coretkan macam mana, apa yang tersirat dalam hati aku. Aku tak boleh soundkan lagi kat Insta or FB aku, sebabnya aku perlu menjaga hati banyak pihak. Aku tak tahu nak kabarkan apa yang tersimpan sekarang nie.

Untuk temporary, aku rasa aku sangat stress. Stress yang aku masih boleh senyum dan gelak. Stress yang aku simpan sorang diri. Stress yang aku nangis sorang diri. Aku tak tahu aku berada didalam dunia apa, dunia khayalan, dunia mainan mahupun dunia yang orang ciptakan untuk aku. 

Nie bulan ke-4 aku memujuk diri aku untuk membiasakan diri dengan suasana yang baru ini tapi diri aku tetap mengeraskan pegangan itu. Degil amat nie. Aku tetap terasa terasing dan macam kera sumbang aje. Rasa semua tak kena. Aku patut mengubah cara kerja aku. Aku tanak bekerja sambil lewa. Aku banyak komitmen lain. Aku perlu selesaikan apa yang dipertanggungjawabkan pada aku. Aku banyak tugas. Tugas yang orang tidak nampak. Aku tertekannnnnnn! Ya Allah. 

Bukan setakat kerja aku tidak bagus sekarang. Pemikiran dan otak aku juga seakan lembab. Lembab ke bodoh agaknya yer??? Geramnya aku. Sedangkan aku nie orang yang hyperaktif dan cergas sebelum ini tapi sekarang dah macam budak bengong pun dah ada. Hmmm... apa nak jadi nie...

Adakah ini penolakan secara tersirat dari aku? Sesungguhnya aku tanak macam nie. Aku nak jadi orang yang cemerlang, amanah serta jalankan semua yang dipertanggungjawabkan tanpa memandang ia sebagai satu beban.

Ya Allah Ya Tuhanku, ikhlaskanlah hati aku. Berikanlah aku satu pedoman serta panduan. Sedarkanlah aku dari satu mimpi yang panjang ini. Kembalikanlah diri aku yang lama. Yang riang, yang gembira dan yang tahu apa itu tugas.

Aku memohon kepadaMu, Ya Allah.

Lotsa Love,
Wani Othman

28 January 2015

Layan Jiwang 29.01.2015


Andai Hatiku Bersuara - Chomel ~ Lirik~

Oh tuhan berikanlah aku
Kekuatan menempuhi dugaanmu
Aku percaya ada hikmatnya
Disetiap dugaan yang ku terima

Andainya hatiku bersuara
Pastinya ia akan berkata
Cukuplah sayang aku tidak berdaya
Mengharungi segala sengsara

Berapa kali harus aku terluka
Barulah kan ku sedar
Cintaku tidak layak Untuk dirinya
Mengapa masih aku setia di sisinya

Tidakku mengerti Tidakku fahami
Seperti insan biasa aku ingin bahagia
Menyintai dan dicintai tiada duanya
Andai terlampau permintaanku ini

Maafkanlah kasih
Berapa kali harus aku terluka
Barulah kan ku sedar

Cintaku tidak layak untuk dirinya
Mengapa masih aku setia di sisinya


Tidakku mengerti tidak ku fahami
Seperti insan biasa aku ingin bahagia
Menyintai dan di cintai tiada duanya

Andai terlampau permintaanku ini
Maafkanlah kasih
Andai terlampau permintaanku ini
Maafkanlah kasih

Oh tuhan berikanlah aku
Kekuatan menempuhi dugaanmu
Aku percaya ada hikmatnya
Disetiap dugaan yang ku terima

22 January 2015

Farewell Party

Assalamualaikum wbt, 

31.12.2014 menjadi tarikh yang sedih buat aku, kak mira dan kak atie. Kami yang telah ditukarkan dari Pejabat ini ke haluan masing-masing. Sementelah aku dah tahu lebey dari sebulan, aku nenjadi redha dan menerima ujian ini. Apa lagi yang aku boleh buat selain daripada menerimanya dengan berlapang dada kan? 

Memang sedey sebab memikirkan aku akan terpisah dengan kawan2 yang selama ini saling menyokong. Tapi kehendak Allah itu lebey adil, mengajar bahawa perpisahan itu akan membuatkan kita lebih kuat. 

Diorang yang berhati baik dan berjiwa besar dah mengadakan farewell party untuk kami. Dari pagi hinggalah ke petang. Ya Allah sesungguhnya hati kecil ini terusik. Yela kesanggupan dorang untuk masak pot luck. Banyak pulak tu. Dah macam open house pejabat. Alhamdulillah. Aku simpan dulu perasaan sebak itu. 

Jutaan terima kasih lagi buat dorang yang sanggup meluangkan masa, wang da. Kudrat untuk kami. Syukran jazillan! 






Lotsa Love,
Wani Othman
9.1.2015






13 January 2015

The Ascott Residences, Jalan Pinang, Kuala Lumpur

Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah. Satu percutian pendek bersama2 dengan Awek2 PTKSJ sebelum aku melangkah keluar dari Pejabat ini. 
Plan asal sebenarnya, aku yang ngajak kak Mira untuk pergi bercuti. Dekat2 aje. Just nak hilangkan stress lepas dapat tahu kami ditukarkan. Untuk mengubati kekecewaan katanya. Then kak Yan nak ikut. Pastu ngajak kak Nai. Dah lepas tu ajak Aini pulak, dan tambahan ahli last ialah Sheeda dan Zam. Zam memang last minute punya penyertaan. Hahaha!

Pilih punya pilih. Decide punya decide. Finally we go for The Ascott yang terletak berdepan dengan Mandarin Oriental Hotel dan KLCC. 

Kenapa memilih The Ascott?
In terms of price la yang pastinya. This apartment offered us two bedroom, kitchenette, spacious living hall and dining table. 
Selain tu, berdekatan dengan KLCC. Just cross the road aje. 

The bedroom itself sangat luas dan comfortable. Memang menarik, tertarik, dan kau memang da-bomb la. We discovered that the pool has a jacuzzi pool. Apa lagi dorang nieee.... surely tergedik2 dah nak mandi kan. Eh eh nak berendam. 

So many things we were doing there actually. Only me, the one who are really lazy to elaborate it. Hihi!

Thanks to them!

Who?
Kak Nai
Kak Yan
Aini
Sheeda
Zam

for celebrating us (me & kak Mira) with a mini farewell party that night. Its symbolized our friendship, insya Allah.

For anyone who are looking for a short retreat or simple gateway, pls choose The Ascott. Because it has a really magnificent scenery at night, one-side is facing KLCC and other side is facing KL Tower. Masya Allah, so nice to be look out!

Its just a remarkable moments for us!

















Lotsa Love,
Wani Othman

The sadness thing in your life

Just a quick update as a reminder to myself Its really hard to accept that life as a fat woman actually. Hahahaha For the 1st time aku merun...