Posts

Showing posts from May, 2011

Sepeninggalan Ku

Uish..uish... Habes berhabok blog aku dibuatnya. Bila ye last entry? Owh time aku demam for the first time, skang dah demam kali kedua gitu. Rasanya dah dua minggu aku biarkan blog aku bersawang gini. Fuh..fuh.. buang habok dulu.
Minggu pertama sepeninggalan aku, aku demam. Yaps, demam sebab tensen. Huk aloh, mengada nye. Tensen kerja sampai demam ye? Then ada hal opis yang kena diuruskan. Minggu kedua plak, aku pegi bercuti. Yeah, walaupun diri tak semenggah mana tapi dikuatkan juga hati dan perasaan aku untuk pergi bercuti. Dengan niat, dapat lupakan sekejap hal kerja.
Tapi nama pun pergi dengan opismet, susah la amat nak berjauhan dengan isu pekerjaan nie. Hiks...Hiks.. Kiranye takleh dilupakan laa.... Huhu....! So mengenai percutian aku, akan dientrikan secepat yang mungkin. Insya Allah.
Love Lady Wanie

=(

I need a shoulder to lend on my tears =(

Sob..sob... Stress mode *_*

Not only because of work.....if I have a wing ----*_*----

Dont disturb **Fragile Mode**

Love Nur

Badan dah Panas =(

Hari ini badan dah start panas dan sendi-sendi semua lenguh. Nak demam ke aku nie? Dengan tekaknya sakit, nak telan air liur pun macam tak lepas. Huhu!
Tapi Cik Nur, anda kena kuat ye? Jangan cepat mengalah dan mengundang ketidaksihatan kepada diri.
Yaps, aku harus akui lately ini kerja banyak (banyak sangat ke? Ke kau yang mengada?). Hurmm....rasa nak muntah nie. Okla GTG now. Yang pasti ESOK KERJA!
Love Lady Wanie

Hatiku Runsing

Hmmm...see mengeluh lagi nie. Memang la masalah kerja pun banyak jugak tapi masalah peribadi pun berbaris jugak. Hati aku sedih sangat mengenangkan kesakitan yang nenek aku alami sekarang. Rasanya aku pernah blogkan masa nenek aku patah tulang bahu ini.

Sekarang masalah lain pulak muncul, sebab dia dah lama tak berjalan sebab dah terlalu tak larat, jari kakinya dah macam mati a.k.a gangren. Dapat tak korang bayangkan yang jari kaki tanpa sebab musabab tiba-tiba mati. Mula-mula ingatkan bengkak dan doktor cakap sebab jangkitan virus tapi tadi abah aku dah jumpa banyak ulat kat jari tu. Dapat tak korang bayangkan?? Sakitnya hanya Allah yang tahu. (airmata aku menitik nie)

Diusia dia, dia tak mahu lagi kakinya dipotong sebab nak tubuhnya lengkap semasa disemadikan. Hati mana yang tak luluh, dalam ketak upayaan dia, dia menanggung segala kesakitan. Kalau ikutkan hati aku nie, mau saja aku amek cuti yang panjang sikit untuk uruskan dia. Aku sangat risau. Tapi aku takleh mementingkan diri s…

Jalan-Jalan Takde Plan

Image
Pada 30.04.2011 hari tu secara tidak sengaja kami dah termerancang satu holiday lagi, just a simple holiday. Kami menuju ke rumah cik Kulat (comel tak nama dia? Mak aku pon heran pesal la panggil nama orang macam tuh. Tapi we like!). Kulat tinggal kat Jitra, dah lama tau tak menuju ke arah sana. Uwaaaa...!
Oleh kerana aku balik kampung dengan menumpang Azwa, maka dengan rasminya Azwa telah dilantik sebagai Duta Drebar kami. Ahakss! Thanks honey...... (saja ngada nak cetuskan kontroversi). Yang bestnya, Kulat ngan mak dia sediakan Laksa Jitra ooo.... (nih baru betul Laksa Jitra Mai. Sebab sedap! Tak macam kat umah aku skang).
Lepas tuh, kami dengan tiada hala tuju pada awalnya telah ke Padang Besar, dengan diiringi langit yang gelap dan kegelapan gitu. Bila dah sampai ke tempat membeli dan mempokai nie. Maka dengan lajunya pengaliran wang tunai telah berlaku. Hoho! =) Ni masalahnya pompuan kan, kuat shopping. Hihi! Memula ngusha kerongsang, dan beli kerongsang. Then angkut plak seluar Al…

Bila Ada Yang Tak Memahami

Ntah kenapa tajuk entry aku macam nie... Hmm... (mak aku cakap jangan mengeluh tapi aku nak mengeluh jugak!). Aku tau aku fussy tapi.... tak tau la aku nak komplen camne lagi.... yang pastinya kadangkala aku frustrated dengan keadaan sekarang terutama kerja.
Sebab? Aku ada pelbagai perangai Orang lain pun ada berjuta perangai Hati? Aku ada satu ja Tapi aku kena penuhi berjuta-juta hati manusia
Letih. Malas. Menyampah. Meluat dengan talam dua muka.



Hazwani