05 May 2015

Rumah Idaman Hati

Assalamualaikum wbt, 

Dah bkali2 otak aku mmikirkan post entry tajuk nie tapi tak bksempatan. Idea byk tp tak terluah. FYI, aku dah menetap di Selangor nie utk tempoh 8 tahun dh. Kejap je masa berlalu kan? So sehingga ke saat nie aku masih menyewa. Rumah yg sama. Terima kasih buat tuan rumah aku & isterinya, sebab benarkan aku perantau bujang nie menyewa umah dorg. Aku selalu berangan aku ada umah sendiri, istana sendiri, eh eh bukan istana tapi pondok kecil. Aku tak berangan nak umah yang besar sebab aku nie bukan stok rajin sangat. Hahaha! So i need a small house with full facilities. Lgpn aku nie bukan jenis suka tengok barang atas lantai. Sakit mata. Kang abih aku kutip & buang. Aku rs susah sgt nak simpan, aku buang aje. 

So bila dok umah sesorang aku asyik berangan aje. Lately nie makin menjadi pulak aku punya berangan nie. Dah macam 3D sangat depan mata nie. Hahahaha! Teringinnya nak umah sendiri. Tak kesah lah kecik and comel. Asalkan rumah sendiri. Aku nak minimalis je rumah tu. Kalo area Selangor nie, untuk punca pendapatan sorang nie, aku rasa aku hanya mampu nak beli rumah aprtment aje. Tu pun medium range. Extra vaganza tu maaflah. Gaji pun sorang je. Byk pulak komitmen nya. Tapi kalau gaji dua orang pun, nk dapat rumah yang mampu tanpa beban kat Selangor nie macam mimpi kot. Mahal nak mamp! 

Aku berdoa agar Allah swt permudahkan pencarian aku, untuk sebuah rumah yang  mampu untuk aku miliki. Amin! Amin! 

Apa yang aku berangan kan yer?
Aku nak rumah 3 bilik tido plus 2 toilet dgn kadar kenaikan harga rumah yang melampau nie, aku rasa aku seyesly akan dapat rumah yg kurang dari 900m2. Boleh imagine kan? Syarat paling penting yang aku letakkan dari dulu, apartment tu mestilah 5 tgkat je plus ada balkoni. Kecik pun tak ape la.. Asalkan aku leh bukak sliding door, angin masuk. Hahaha! Then gantung pokok2 yg bermanfaat kat situ. See? Verangan tahap tak ingat kan? 

Interior yang aku nak, haruslah simple & minimalis. Plan jenis tak tengok poket sendiri nie. Calculate plus belek buku Ikea tu dah buat aku sentap. Hahaha! Haih laaa... Dinding rumah aku nak cat off white. Putih bersih. Supaya nampak luas. Tu aje. Rsnya xnak kaler lain kat wall kot. Sebab warna len pd curtains & furniture. Angan2 lain is nak buat 3D plaster ceiling tapi rasanya nie tak mungkin kot, sebab mahal kot! Huhu, acaner! Cantik kot utk umah apartment. Tapi aku xsuka dimlight pulak. Mata aku xnampak. Hahaha! Nak lampu putih. Lampu oren yg romantik tu kena ada jugak. Acaner sekali lagi? Boleh mula kira bajet? 

Utk curtains, aku suka high ceiling curtains. Sbb boleh bagi ilusi ceiling yang tinggi. Tapi tu la kain & upah jahit bukan murah skang nie. Nak suruh aku jahit? Emmm jahit jelujur agaknya curtain tu. Hahaha! Master bedroom mestila curtain cantik kan tapi 2 bilik lagi, rasanya nak blinding je, lepas tu alas ngan day curtains. Cantik kan? Mm kena tunggu Jakel sales lepas tu beli sikit2 lepas dah dapat rumah. Setakat nie jom verangan dulu. 

Dulu aku slalu pikir rumah apartment nie kicik, then kalo 3 bilik, satu bilik tu jadi stor or walk in wardrobe aku plus bilik iron baju & make up. Yela kalo bilik aku skang nie, ada katil & kipas aje. Aku tak suka menda lain. Hahaha! Sengal. Tapi kalo ada rumah sndiri, nmpknya aku kena sorting barang2 aku yg bkotak2 tu. Sebab aku nak fully utilise semua bilik. One is master bedroom, which is mine. Whereas kali ni kena masukkn wardrobe jugak. Emmm... 2nd room tu guest room a.k.a my parent room if they come, which means aku kena buy a new queen bed. Actually aku plan nak tuko my queen bed to king bed but lps fikir2 i dont think king bed fits to small aprtment. Huhu! 2nd room only got katil & tmpt gantung baju aje. Xnak benda lain! For 3rd room pulak, i think it should be store la kan, but for me, i wont. Sbb that room aku nak letak adik aku, si Mimi tu. Dgn cara nie if she come to my house, takde la dia nak berebut katil dengan aku. Hahaha! Aku dah ada tilam single, so kena kumpul duit utk bedframe aje. Lagi.. Small study table plus tmpt gantung baju. I think i have an idea, taknak almari, sbb rs xmuat kot. Hahaha! Mmm.. Abih tu, barang2 yg berlonggok2 ada dalam rumah aku skang aku nak lempaq mana? Aduh! Need to finalize la before moving out masa tu. 

Kan aku dah cakap, aku verangan tahap tak henggat!!! 

Eh eh utk bilik tu, ada feature wall ke tak?  Ohmaigaddd... Blom fikir lagi. Aku rasa kalo semua bilik off white aje, rasa nak muntah jugak kan? Maybe feature wall bgantung pada warna curtain kot. Tp yang pasti, pastel color only. Aku blom mampu nak pasang aircond tetiap bilik & ceruk penjuru rumah. Hahaha! 

Tu bab bilik, baru sampai tahap kitchen pulak. Apa agaknya si pemalas nie verangan kan? Hahaha! Ello verangan bukan kena bayar pun. I wish that my kitchen cabinet in royal blue color plus grey. Haha! Amcm? IN takkk? Memang tringin sgt kabinet kaler royal blue & table top kaler grey. Hahaha! Mmg verangan! Insya Allah masa tu rajin masak sikit kot! 

So nie la sedikit sbyk my plan. Eh eh ada lagi actually.. Kat balcony tu, aku nak rumput palsu skang yang hot kat FB tu. Cantik la. Kalau ada water fountain yang kicik tu lagi baik. Mahal la hazwani!!! Verangan tak sudah! Ye la kat balkoni tu aku nak gantung bunga & pokok2 kicik, lps tu weekend bukak sliding, biar angin masuk. Kan best! Then letak kerusi Po Ang Ikea kat tepi tue, kalo aku xbaca buku sure aku akan lena. Hahaha! Kerusi tu best tau utk tido! Smbil enjut2 sendiri. 

Ini kira as minimalist tak? Hahaha! Utk dapat apa yg aku nak nie, rasanya lepas 5 tahun aku dapat rumah barulah tercapai angan2 aku. Hahahaha! Sbb mahal kot. Harta yg aku ada setakat nie;
1) katil plus tilam Ikea (my most favourite harta)
2) kipas stand 3
3) small lcd tv
4) coffee table
5) lemari baju
6) tilam single 
7) dining table for 4
8) washing machine
9) perkakas eletrik. Mostly dah ada. 
10) bertong2 kain baju

Hahahaha! Nie je harta aku. Yg lain tuan rumah yang punya. Malu aku! 
Okla aku akan bukak tabung baru, insya Allah after I come back from Umrah. Insya Allah. Semoga Allah swt permudahkan perancangan kami. Amin! 

Till here! Nak teruskan verangan!

Lotsa love,
Wani Othman





The sadness thing in your life

Just a quick update as a reminder to myself Its really hard to accept that life as a fat woman actually. Hahahaha For the 1st time aku merun...