27 September 2011

Empire Shopping Gallery was explode!

Hari nie aku datang keja dgn jln area rumah tetiba jem, opismet kol.... Nak parking kat ne nie Wani? Why? Ntah polis tutup semua jalan area opis. Huhu! Hah ape mende dah jadi nie. Okla, park ur car at Subang Parade. By then u hv to walk to office.

Time tuh pk apa la dah jadi nie. Rusuhan? Orang bunuh diri? Accident? Terbakar? Gaduh? N im not imagine that theres so many police here!

Rupa2nya Empire Shopping Gallery was explode. Huhu! What! My favourable place tuh. Bila tengok dari side my opis nie, huhu! Tak sangka this thing will happened to that building. Baru a year fully operate and baru nak naik.

Melihat kaca yang pecah.... Isk, abad bila la ia akan dibuka semula like nothing happens?

Love,
Wanie

25 September 2011

Hatiku Milikmu



Pernahkah engkau hargai cintaku yang sejati
Pernahkah engkau mengertikan diriku ini
Betapa hebatnya cintamu, memberiku sejuta pilu
Betapa agungnya asmaramu, membuatku terpaku

Disisimu ku terdiam seribu bahasa
Dihatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan ku cinta padamu
Nafasku terhenti bila melihat dirimu

Terasa pantas degupan jantungku
Mungkinkah hatiku milikmu jua
Ku sayang padamu
Kan ku abadikan dikau

Sewaktu kenangan yang manis
Yang tak mungkin aku lupa
Untuk selamanya
Kanku coretkan kenanganmu

Dalam sanubariku ini
Agar jadi yang terindah
Di dalam hidupku ini

Love,
Wanie

p/s : aku tujukan lagu ini untuk "sahabat" aku. Sesungguhnya aku sangat rindu diorang. Huk Huk Huk!


24 September 2011

Dinding Itu Semakin Tinggi

Aku dah tiada daya lagi untuk turunkan dinding yang semakin mencakar langit itu.
Aku juga tiada kuasa untuk menghalang dinding itu naik sehingga menjunjung langit.
Sebab aku sendirian.

Bukan aku tak resah dan gelisah mengenang pandangan aku yang semakin dihalang.
Namun aku hanya mampu untuk berserah kepada Allah sahaja untuk mengatur rentak dan langkah perjalanan kami ini.

Rahsia itu tetap akan aku simpan
Demi menjaga keutuhan dinding itu
Walaupun dinding hati aku sendiri yang semakin retak
Demi menjaga hablun minannas

Wahai dinding
Tiada apa yang ingin aku katakan
Cuma ucapan terima kasih
Atas pembangunan tanpa henti ini.

Hazwani

20 September 2011

Bagai Mimpi Semalam

Semalam tetiba je aku rasa rindu. Owh rupanya aku rindukan Arwah Tok. Dah masuk 2 minggu rupanya Arwah meninggalkan kami buat selama-lamanya. Iya, sebagaimana mimpi semalam yang aku rasakan. Memandangkan aku jenis pandang dari sudut positif dulu maka kekadang aku ada perasaan pertikaian, aku cepat-cepat istighfar. Semoga aku berada dalam lindungan Allah dan dijauhi dari gangguan syaitan yang direjam. Amin.

Aku pasti sekali aku dan sedara-mara merasai perasaan rindu ini. Aku terbayangkan saat aku peluk dia wat terakhir kali dalam dakapan aku ketika Arwah dimandikan. Aku dapat merasai lagi sentuhan aku pada dia yang terakhir. Ntah, berat sekali perasaan itu walaupun aku telah redha sepenuh hati. Masakan tidak, aku membesar dibawah perhatian Arwah sejak kecil. Dari aku mula mengenali erti dunia sehingga aku berdiri diatas bumi Allah ini. Syukur. Memandang wajah tenangnya ketika itu mengembalikan aku ke dunia zaman kecil aku. Memandang wajah yang selama ini menatap aku, tidak dapat lagi melihat mata coklatnya. Melihat jemari dan tangannya yang mengasuh aku, memegang aku, & menyuapkan makanan kepada aku. Sejuk dan dalam keadaan qiam. Melihat kakinya, mengingatkan aku betapa gigihnya Arwah dimasa mudanya, membawa aku jalan-jalan ataupun menghantar dan mengambil aku mengaji Al-Quran setiap hari tanpa rasa jemu.

Disaat Arwah tidak berdaya dan tidak jelas pandangan, dia hanya meraba tangan aku untuk memegang rantai tangan, yea Arwah akan pantas kenal daripada rantai tangan sahaja. Itu sebab aku tak menukar rantai tangan sejak Arwah sakit. Aku risau Arwah takkan mengenali dan mengetahui kehadiran aku. Tapi demi kuasa Allah, aku terima seadanya pada masa tersebut.

Melihat airmata sedara-mara aku, aku juga tidak mampu menahan tangis itu. Aku antara orang yang terakhir mencium Arwah sebelum dikafankan sepenuhnya. Airmata aku takleh berhenti. Masa aku nak cium Arwah, aku dengan suara tegas mak aku, "Make sure airmata tak kena pada Tok. Nanti hang akan hurt dia.". Yes I know! Aku tak bisa tahan okay airmata itu walaupun aku berlagak tenang. Mengingat Arwah sudah cukup itu menitiskan mutiara ini.

Ya Allah Ya Rabbi, Kau tempatkanlah beliau bersama Umat2 Mu yang beriman. Amin. Al-Fatihah.

Love,
Wanie

18 September 2011

Melantak di Restoran Mohd Chan Abdullah

Hari aku ngan Azwa gi met Dura Moktar, one of my new friend kat Serai, Empire. (this is her blog's add : http://duramoktar.blogspot.com). Selama ni aku ngan Dura pon x penah jumpa lagi. Kira this is our first time met up.

After borak2 yang panjang, memasing pun mengundurkan diri. Aku ngan Azwa pon mencari hala tuju kami ke Kelana Jaya. Kami nak pegi mencuba di Restoran Mohd Chan Abdullah. Aku dah dengar banyak kali dan tgk kat tv jugak berkali-kali. Huhu, dah craving for it laaa.....

Kalo korang nak carik, senang je. Memang area makan je la situ. Dekat ngan Restoran Mamak Fariz Maju & Fend Ikan Bakar.

Kami order Appertizer, konon laa... Dim Sum sebekas RM3.80 je, sedap dap dap.....! Ngan Wantan goreng yang kulitnya sangat crispy dan nipis. yummmy!

Sorila kalo uols nak tengok pitcha makanan, mcm dah x menarik kan? Sebab kami dah makan half away, baru sedaq yang pic blom snap. Huhu! Camne nak guide orang kan? Hihi! Aku order Nasik Goreng Seafood, yang mana letak banyak sotong dan udang. Sampai tergaru-garu aku. Ahakss! Azwa order Nasi dgn Ayam Masak Kicap kott! Dap dap jugak (tagline Annisa Humaira).

Air plak, order air2 biasa aje, Ribena Laici & Longan je. But not bad la restoran nie. Restoran yang bleh dilawati lagi lepas nie. Hihi!

So uols kalo nak dicuba, sangat digalakkan. Cuma jangan melawat hari Ahad minggu ke 2 dan ke 4.

Love,
Wanie

13 September 2011

Serai, Empire! What? Again.

Semua pic nie diambil semasa kami berbuka puasa di Serai, Empire Shopping Gallery. Tempat makan agak fofular for those people yg tinggal around KL, Subang n Shah Alam. Kalo tengok review aku pon banyak kali aku kesini. Almaklumlah sebelah opis aje. Ahaks!

Menu kali ni untuk pakej berbuka puasa. Sesuai dimakan untuk 4 orang. Bila geng opis aku ajak berbuka bareng, aku pon bersetuju. Memula macam ramai je nak follow tapi last2 tinggal kami berempat aje. Aku, kak Haiza, kak Nairul & Sheeda.

Makanan yang dihidangkan jugak menarik. Tengok gambar je dah wat air liur meleleh2. Hihi!

Tak menyesal la kalo korang nak melabur disini. Super yummy!

Love,
Wanie

Buka Puasa di Hotel Seri Malaysia, Kepala Batas

Pada 26 Ogos lepas, beberapa hari sebelum menyambut hari raya. Aku ngan mak n dua adik aku berbuka puasa di hotel tersebut. Ala bukan jauh sangat dari rumah aku. Lagipun harga buffetnya tidak semahal buffet di area KL.

Sepertimana harganya, pilihan makanan tidaklah semeriah mana. Tahap wasatiah begitu. Hihi! Tapi Alhamdulillah sangat mengenyangkan.

Sebenarnya dat day is adik bongsu aku, Mimi punya birthday. So kira sambut sekali la.

Semasa aku line up utk ambil mknn, aku terjumpa kawan lama sekolah rendah aku yang hampir 11 tahun tak jumpa. Jat @ shahrizat ni one of chef kat sana. Jat, leh upgrade lagi taste of food. Pelbagaikan lagi. Ok? Tapi aku ttap bangga ada kawan chef mcm dia.

Secara ringkas itulah juadah berbuka puasa yang menarik dalam family aku.

Love,
Wanie

12 September 2011

Murni Discovery, USJ Taipan

Semalam iaitu Ahad, sesampai aku di SJ. Aku ajak Azwa utk makan bareng. Rupanya Azwa puasa, maka dengan itu aku jadi nemanin dia untuk berbuka.

Hehe! Ramadhan dah berakhir maka kami pon memulakan aktivit biasa kami iaitu Jalan2 Cari Makan. This time restoren yang selalu disebut oleh kengkawan kami iaitu Murni Discovery kat USJ Taipan. Byk cawangan restoren ni sebenarnya.

So korang layan la all those pictures. Sebab malas ar aku nak describe, boley? Hahaha!

Kalo korang tanya btwn pak cik William and this Murni. Im quit sure that Im choosing dat uncle. Food and beverage aku rasa tu, so-so aje la..... Hmm, but Im not stop uols from trying all their foods.

It was my opinion, diff person diff taste, right?

Love,
Wanie

11 September 2011

My Mum's Note

Semalam aku ada terbaca Notes mak aku di FB miliknya. Kelas kan mak aku?? Seb bek la dia tak reti nak memblog, kalo tak ada je blog sendiri. Ahaks. Tulisan mak mengenai Arwah Ibu Mertuanya a.k.a Tok aku. Since hari Isnin yang lepas, jiwa aku dah tenang dan aku bisa maintain segala bagai lagi. Tapi sementelah aku membaca hasil tulisan mak aku tu. Jiwa aku kembali sebak dan merusuh. So here I want to share with uols my mum's note.

Kepergian yang tidak akan kembali lagi.. :'(

by Noraini Aziz on Sunday, September 11, 2011 at 9:25pm
 
Alfatihah...hari ni hari ketujuh perginya arwah ibu mertuaku,moga2 d tempatkan d kalangan org yg beriman.Cemasnya kami dah mula berkurang setelah selesai buat tahlil,tapi sunyinya mula terasa.kalau dulu kita selalu d ingatkan berbaktilah selagi org tua masih hidup,,sekarang baru aku faham betapa kalimat itu mula mencengkam lubuk hati.tapi ya Allah ya Tuhanku yg maha Besar ,aku tak lupa menghadiah pahala dari ayat2 suci yg aku baca.Betapa indahnya Islam,w/pun kita telah kembali pada yg maha Esa tapi org yg masih hidup dpt menghadiahkan sesuatu w/pun d alam yg berbeza.

Ibu mertuaku tidak sihat dari bulan Februari lagi,tapi d akhir2 ini kesihatannya makin merosot,dia yg paling tua d kampung ini.Kawan2nya telah lebih dulu pergi menghadap Ilahi,aku jadi tak keruan
.Aku yg paling rapat dgn ibu mertuaku sebab pernah tinggal bersama,dan perkahwinan kami juga adalah pilihannya.Setelah aku melahirkan anak perempuan sulung,bukan main gembira lagi arwah sebab dia mempunyai 5 anak lelaki dan seorg anak perempuan yg telah pergi lebih dulu mengadap Ilahi.Bukan main sayang lg dia pada Hazwani,mula d belikan barang kemas,spt rantai,gelang kaki,gelang tangan dan cincin.Setiap minggu dia akan pergi ke pekan K.Batas utk membeli baju utk Wani.

Saat dia nazak ,aku jadi tak keruan.Tak tergamak rasanya melihat dia menanggung kesakitan.Tapi kita masih ada Allah yg Maha Besar utk. Memohon pertolongan.Aku mula berdoa...Ya Allah ya Tuhanku dari engkau kita dtg dan padamu kita akan kembali.Ringankan lah penderitaan yg d tanggung oleh nya.Jika telah sampai masa engkau akan menjemput utk mengadapMu ,kami reda.

Pada tanggal 7 Syawal dia telah d jemput Ilahi.Amat besar kasih sayangnya pada anak2 dan cucu kerana mengizinkan kami menyambut raya dlm suasana gembira. Apa lagi pada aku dan suami yg akan menunaikan Fardhu Haji , tidak lama lg.Ada sesuatu yg kebetulan pd haji kami kali ini,dia meninggal pada 5 September dan kami akan bertolak pada 5 Oktober dan Wukuf pada 5 November.

Aku ingin merakamkan t/kasih pd suamiku,biras2ku,Faridah,Siti,Sedi,Hasim,Ramli dan Bina yg tak jemu2 melayan kerenah ibu mertuaku.Moga d balas kebaikan dan kebajikan oleh Allah.
Ibu mertuaku yg ku anggap mcm ibu sendiri,bersemadilah dgn aman hingga hari d bangkitkan kelak....Amin... Al Fatihah...

Saat ini mutiara itu jatuh lagi buat kesekian kalinya.

Love,
Wanie

Disaat airmata ku tumpah lagi

Dah 6 hari aku maintain dengan perasaan aku yang menerima qadak dan qadar seadanya. Tapi sementelah aku membaca nota yang ditulis oleh mak aku diFB dia. Perasaan aku kembali goyah dan sedih. Sedih memikirkan segalanya. Ianya bagai mimpi semalam. Sebulan lalu tiada apa yang berat untuk difikirkan.
Aku tidak mempunyai bahu lain untuk dikongsi apa perasaan aku. Tidak mungkin orang lain mampu dan mahu mendengar keluh kesah aku yang panjang.

Nanti aku akan copy nota mak aku untuk diletakkan di blog dan dikongsi dengan semua.

Airmata seakan murah untuk aku dikala ini. Walaupun airmata itu seumpama mutiara.

Ya Allah Tuhanku, Kau kuatkanlah semangat ku yang satu ini. Sesungguhnya aku meredhai segala takdir yang Kau tetapkan padaku. Amin.

05 September 2011

Pemergian Yang Sangat Dirasai

Aku kembali semula melakar ayat-ayat didunia blog ini bagi menyimpan seribu sejarah dan kenangan. Seperti yang dijanjikan sebelum raya, tapi mood aku tidaklah happy sepertimana yang diharapkan.

Tanggal 5 September 2011 atau 07 Ramadhan menjadi detik paling sedih dan akan diingati selagi hayat aku dan keluarga dikandung badan. Sememangnya raya tahun ini tidak segah tahun lepas-lepasnya. Raya yang paling wasatiah dalam keluarga. Macam nak tak nak raya je. Cuma raya pertama tetamu datang berkunjung sangat ramai, terutama dari kalangan keluarga dan saudara.

Mulai raya kedua, Tok aku @ Romlah binti Rejab menunjukkan kesihatan yang semakin merosot. Kami semua dah mula bagi perhatian penuh kat dia, terutama Bapak aku, Mak Su aku yang menjaga dia setiap hari & Mak Ndak aku yang tinggal dengan dia. Alhamdulillah Tok aku mempunyai cucu-cucu yang ramai dan sudah besar, jadi bacaan Yasin dihadiahkan kepada dia secara giliran.

Ada disatu ketika, kesihatan dia sangat merosot dan dia berada dalam keadaan tenat. Mulai hari tersebut, memang kami menjaga dia siang & malam. Yasin juga disedekahkan kepada dia tidak putus-putus. Sedih melihatkan dia. Kami semua mahukan yang terbaik untuk dia, yang mana dapat mudahkan dia & kurangkan sakit dia.

Tok yang akan berumur 93 tahun lagi 9 hari terlantar tiada daya sejak bahu dia terkeluar. Mulai hari itu pergerakan dia semua dibantu. Oleh kerana jarang bergerak, kaki dia pula tidak dapat digerakkan sebab tak boleh nak dipijak. Dari luar tiada apa-apa. Tapi hari makin hari kaki kiri dia makin membengkak dan jari-jari kaki bertukar kehitaman. Kecian Tok, dugaan dia yang sangat sakit. Setelah dirawat kesana-sini, barulah tahu kaki Tok telah gangren, seperti yang disangka aku. Kaki dia mati sedikit demi sedikit tanpa Tok menghidapi apa-apa penyakit lain. Wallahualam.

Namun raya kali ini akan paling diingati kerana raya ini dah mengumpulkan keseluruhan ahli keluarga kami, dari yang muda sehingga yang tertua. Kami berkumpul untuk mendoakan kesihatan Tok dan kemudahan kepada dia pada waktu yang mana mungkin dia menghadapi Sakaratul Maut nya.

Airmata aku dan ahli keluarga tidak dapat disukat lagi pada ketika ini. Disaat Tok memanggil Mak dan Pak nya ketika dia rasa tersangat sakit, hati kami bagai disayat sembilu. Sangat sebak dan sedih.  Kami sebagai cucu juga mengambil giliran untuk menemaninya dan mengajar ucapan Syahadah, La Illah Hai Allah, Tiada Tuhan Melainkan Allah.

Pada hari Isnin bersamaan 7 Ramadhan, disaat semua kembali ke daerah masing-masing dan bekerja, dimana aku masih lagi bercuti. Aku bangun dan tengok Abah aku tido keletihan, semalaman dia menemani Emaknya. Aku terus layan TV sebelum Abah aku minta aku pergi tengok Tok sebab Abah aku nak tido kejap. Aku dengan berbaju tido berlengang kerumah Tok, aku tengok sepupu aku, Fizah ada dihujung kaki Tok sambil menunggu Tok. Aku tengok Tok, dia tido. Okla tuh. Dah seminggu kot dia langsung tak tido sebab meracau. Mak Su aku baru balik umah dia lepas bagi makan kat Tok. Aku pergi duduk dan baca suratkhabar.

Dah habes satu suratkhabar, aku bangun lagi, aku tengok Tok tido. Aku taknak kacau dia. Aku mintak Fizah jaga sebab aku nak balik mandi & sidai kain baju. Aku balik rumah, aku duduk layan TV sebelum Abah aku bangun dan tanya, "Tok hang buat apa?". Aku jawab, "Tok tido, orang tak mau kacau dia. Fizah tunggu.".

Dengan pantas Abah aku meluru kerumah Tok dan pulang, "TOK HANG DAH TAKDAK, BOLEH HANG CAKAP DIA TIDOQ.". "ASTAGFIRULLAHALAZIM!!". Aku terus berlari keluar menghala kerumah Tok dengan berkaki ayam. Dada aku berombak laju. Aku tengok Tok nyenyak tido. Badan masih panas. Bila dicheck nadi dan pernafasan dia, "INNALILLAHIWAINAHIRAJIUN. DARI DIA KITA DATANG DAN KEPADA DIA KITA KEMBALI." Arwah Tok aku pergi dalam diam dan penuh kelembutan. Tiada setitis pun airmata aku disaat itu. Kepala Arwah Tok aku pegang dan cium.

Dengan tangan terketar-ketar, aku menghubungi semua pak sedara dan sepupu-sepupu yang dah pulang ke daerah masing-masing. Memaklumkan khabar sedih ini. Mak Su aku membersihkan Arwah Tok aku dengan sebersih-bersihnya.

Aku dan adik-beradik aku balik kerumah dan menyiapkan diri sebelum kembali kerumah Arwah Tok untuk membantu disana sebelum orang kampung datang melawat dia, dari seorang sehingga keberatus orang. Alhamdulillah.

Arwah Tok dibersihkan dan diletakkan menghadap Kiblat diatas katil kesayangannya dilitupi sehelai selendang putih miliknya. Wajah Arwah Tok setenang-tenangnya. Setiap kali aku membuka selendang itu bagi memberi peluang orang memberi penghormatan kepada Arwah Tok, airmata aku merembes keluar.

Arwah Tok akan disemadikan selepas Asar pada hari yang sama. Aku bersyukur kepada Allah kerana aku dapat memandikan Arwah Tok bersama-sama menantu-menantunya. Sesungguhnya Arwah Tok sangat berjasa menjaga aku sejak aku lahir sehingga besar. Kalau nak dicerita, sangat panjang. Oleh itu, aku harus melayaninya untuk terakhir kali dengan sebaik mungkin. Arwah Tok sangat beruntung kerana punyai menantu dan cucu perempuan yang sangat mengasihinya, dimana Arwah Tok dipakai pakaian terakhirnya dengan selembut dan sekemas mungkin sebelum dikafankan.

Selepas dikafankan, ahli keluarga diberikan peluang untuk ciuman terakhir. Disaat ini airmata semua merembes keluar dengan laju dan selajunya. Sangat sedih bila memikirkan itu perjalanan terakhir Arwah Tok. Pergi dan tidak akan lagi kembali. Selepas keranda diangkat, barulah aku menyedari orang sangat ramai didalam dan diluar rumah bagi mengucapkan selamat tinggal buat Arwah Tok. Subhanallah. Sangat ramai juga dihalaman rumah. Sudah lama aku tidak melihatkan suasana macam itu. Ramai yang membantu mengusung keranda ke surau dibelakang rumah kami untuk disembahyangkan. Arwah Tok, ramai yang mengasihi dan menyayangimu.

Aku teringat disatu petang dimana Arwah Tok dalam keadaan nazak, kami semua diminta untuk berdoa untuk dimudahkan dan dilepaskan dengan baik. Aku berbisik kepada Arwah Tok, "Tok, terima kasih sebab dah menjaga orang dan orang redha Tok pergi,". Sebab aku pernah berdoa satu masa dulu supaya Arwah Tok jangan pergi dulu sebelum aku kawen. Tapi hari tu, semuanya aku tarik kembali.

Semoga Arwah Tok ditempatkan bersama-sama orang yang beriman dan berada dibawah rahmatNya. Sesungguhnya kami waris Arwah Tok sangat menyayangi dan memohon kesejahteraan untuk roh Arwah Tok.

Al-Fatihah
Romlah binti Rejab
1918 - 2011

Love,
Wanie


The sadness thing in your life

Just a quick update as a reminder to myself Its really hard to accept that life as a fat woman actually. Hahahaha For the 1st time aku merun...