Posts

Showing posts from September, 2016

Rindu yang Mahal

Assalamualaikum wbt
Menonton Labaikallah di Tv AlHijrah menggamit perasaan rindu Tanah Haram itu sendiri. Terlalu rindu sehingga air mata menitis. Tiap kali memandang Kaabah rindu tu mendebarkan rasa & menuntut perasaan tidak puas berada di Tanah Haram. 
Sesungguhnya nikmat berada di Tanah Haram itu sukar untuk diterjemahkan. Nikmat yang hanya difahami oleh orang yang telah pergi. Barulah aku faham kenapa mak pak aku bila bercerita tentang Tanah Haram nie dulu mata depa bercahaya. Semangat rupanya. Jihad dalam ibadah. 
Rindu sangat. Aku nak Allah swt menjemput aku biarlah berulang-ulang kali walaupun aku berdoa biarlah aku boleh mencari punca rezeki di Tanah Haram. Aku tidak kisah untuk bermigrasi ke sana. Ya Allah Ya Rabbi, betapa cemburunya aku pada pekerja-pekerja yang mempunyai nikmat beribadah disana. Mungkin rezeki aku untuk bersembang dengan pekerja sana yang fasih berbahasa Melayu atau Arab (dengan bantuan ustaz), Allahurabbi indah sangat nikmat mencari rezeki di sana. Peluan…