Work For The Rest of My Life

18.04.2011

Ini melibatkan kerja again...a few years back, aku memang sangat suka bergerak guna keta aku sendiri untuk doing something yang melibatkan pekerjaan. Cakap la kena pergi kemana saja, I'll use my own car. And I also can claims it back. Oleh kerana ketika itu saya merupakan pekerja baru, saya hanya menurut perintah saja. Semua kursus or tempat saya memang akan claims (yela dah awal-awal pon kena kuarkan duit sendiri). Kos pengangkutan sememangnya tinggi kan? Bukan murah kalau nak ke Port Dickson ke hatta ke Bangi sekalipun. Dan ini semasa tahun pertama pekerjaan saya dan memang saya banyak travel laa masa itu. Kursus sana sini.

Apa yang membuatkan saya PATAH HATI dan DEMOTIVATE ialah tahun pertama saya hantar claims, saya telah di quiry oleh one of my boss. Memang dia tak cakap berdepan, tapi senior saya ditugaskan untuk menyampaikan untuk saya. Aku tidak diadili sepenuhnya, sebaliknya diterangkan seolah-olah aku bersalah. Aku rasa kalau claim aku ada terlebih kilometer ker, terlebih sen ke..apakata korang tolong betulkan. JANGAN QUIRY MACAM AKU DAH BUAT CLAIM TIPU. Memang bergenang airmata aku masa tu. Cuma aku hanya berdoa kat Allah, supaya Allah tunjukkan kalau aku dianiaya. Aku cuma buat kerja aku saja.

Sejak hari itu, aku memang tak claim lagi. Aku dah FOBIA. Aku fobia dengan bos nie (iyer!memang ini mimpi ngeri aku). Ada sekali dua je aku claim, itu pun sebab dah lebih RM200.00. Dan kalo yang memerlukan aku membayar nilai penginapan. Takkan selamanya aku nak sedekah kot! Once aku dah diquiry, aku rasa macam dah tertutup semuanya.


Namun perkara ini seolah berulang kembali, dimana aku perlu kemana-mana menggunakan kenderaan aku semula. Korang tahu tak betapa fobianya aku untuk membuat claim. Korang tak rasa sebab korang tak perlu bawa kenderaan macam aku dan tidak berada dalam kedudukan aku. Ntahla setiap individu berpendapat yang sangat berbeza dan perasaan juga sama tapi bukan aku, aku kalau dah terkena A, aku takkan kembali semula kepada A. Itu pendirian aku.

15.04.2011


Hmmm..kerja..kerja  & kerja. Kalau aku tak keje, sapa yang nak bagi makan aku? Takkan mak pak aku lagi kot kan? Lain la kalo jodoh aku dengan lelaki k***, bleh la aku bersenang lenang dan bergoyang kaki ke kiri dan ke kanan (Wanie jangan berangan ok!). Memang benar lah setiap kerja ada pro and cons nya, ada yang akan dihargai, ada yang dimaki...lumrah alam...


Kalau kenali aku, aku seorang yang tak suka memimpin, hanya mahu dipimpin (hihi..nama pon pompuan kan?). Tapi menjadi diri aku, aku hanya suka diarah dan dipimpin, dalam bahasa yang mudah AKU TAK SUKA JADI KETUA. Menjadi ketua nie kita terpaksa memaksa diri kita menjadi tegas, menjadi individu yang paling tak disukai, kena kutuk selalu (dapat pahala ok yang ini) dan lain-lain. Aku tak suka memeningkan kepala aku sendiri. Sebagai anak buah a.k.a kuli walaupun berat bebanan nya tapi aku lebih memilih yang ini. Sedangkan menjadi anak buah pon, ada anak buah sendiri yang perlu dipantau.


Hmm..aku tak suka untuk mendiskriminasikan individu mengikut pangkat atau jawatan sendiri, sebab tak semua orang dipangkat tinggi menggunakan akal dan fikirannya dengan sewajarnya dan tak semua orang dipangkat rendah tidak mempunyai idea yang diluar dari kotak (out of the box). Namun seringkali tindakan yang dibuat oleh kita kepada orang lain sukar untuk diterima. Ya adalah jawapan penyedap bahasa dan Tidak adalah jawapan dibelakang kita.


Aku ada anak buah. Mmmm...(rasa aku akan mengeluh lagi panjang dari yang ini)...... Secara jujur aku takleh nak co-operate dengan anak buah yang berganda tua dari aku ini (see ayat makian mula nak dikeluarkan). Sukar. Payah. & degil. Aku rasa aku dah cukup bersabar. Mengenali aku, aku tak suka kerja yang LEMBAB & MACAM SIPUT BABI, aku tak perfect sebab aku pon selalu ada DEFECT. Tapi aku sangat tidak boleh nak menerima dengan logik akal aku bila kerja yang aku bagi dan sangat senang mengambil masa yang lama untuk disiapkan. SEE! Kalau korang, korang marah tak? Aku bukan tak boleh buat semua tuh sendiri, tapi kalau aku buat sendiri dorang MAKAN GAJI BUTA ker? Habes tuh buat apa nak appoint dorang kalau semua kerja kita sendiri yang buat. Hmmm....cukup Wanie......


Okla...kang aku sambung dengan perasaan yang penuh emosi ini. Jadi ayat-ayat lain pulak. Till here ye!


Wanie

21.03.2011 @ 09.00 pagi

Aku kena handle one case nie dipagi hari, mood tak berapa nak set up lagi. Bukannya apa, otak aku dah plan untuk hal lain...tetiba diterjah kena jadi "bidan terjun" (bukan ke dah selalu macam nie?)

Dengan rupa yang baik dan sopan, aku memulakan perbicaraan dengan kedua-dua pihak itu. Setelah sesi soal menyoal berlangsung dengan M (singkatan yang sebenar), aku memusingkan diri nak menanyakan P (singkatan yang sebenar jugak), mmm...aku dah tengok muka dia lain macam je, bila aku bertanyakan masalah dia...fuhhh...terus dia menyembur aku, bukan sembur ayaq lioq yaaa....dia amuk! Cheeyaal btul.

Aku tarik nafas dalam-dalam...Hmmmm...aku cuba tenangkan dia tapi dia tetap membebel-bebel. Hah! Nie yang aku pon nak naik hangen, aku dah cuba sebaik mungkin nak memikirkan masalah kau, kau nak hamun aku pagi-pagi buta....Aku pon mula kuatkan suara, minta P behave kan diri dia. Minta diam. Jangan nak carik pasal ngan aku. Dan aku terus sambung bebel macam mak nenek dah...see...tak pasal-pasal aku jadi nenek diusia muda.

Dia tengok aku terkejut, tapi bila aku tanya dia semula dengan nada rendah, dia nak amuk balik. Cheeeseeee.....! degil tul la orang tua ini. Setelah pi mai, pi mai...dia pon keluar dan terus blah. Bila aku cakap nak proceed dengan next step.

Aku ingatkan dia dah blah, rupanya blom lepas M balik. Dia nak jumpa aku. Aku pon tanya apa hal lagi nak jumpa aku, then dia cakap nak mintak mahap sebab berkasar dengan aku, siap dengan meleleh airmata jugak. Teruk gak Uncle tuh menangis sebab malu berkasar dengan aku, aku dah panik! Hihi! Sebab bukan rasa bersalah tapi aku pon nak nangis. Dia cakap dah tanak teruskan kes. Aku tak penah ada orang yang mintak mahap macam tuh lagi....Adoii! (nie la keseronokan masa kerja, rasa dihargai dan gembira bantu orang walaupun hakikat sebenar tak semuanya indah belaka).

Wanie

21.03.2011 @ 05.52 petang

This entry is special dedicated to my lovely job. Mmm...untuk pertama kalinya, aku rasa sangat LETIH dengan pekerjaan nie. Hmm..see..how many times I say Hmm..(merungut la tuh)...Damn so tired, gurl!

Actually selama nie Im trying to absord all the stress and try to adapt with my lovely job, oso never mixed all the problems together. Tapi hari ni, rasa cam frustrated...sebab apa? Sebab saya melihat fail yang makin menimbun untuk ditetapkan tarikh. My planner already full for next month. Sekarang rungutan saya disebabkan untuk memenuhi kehendak public, kehendak pencapaian pejabat dan oso pencapaian ntah sapa-sapa lagi.

Right now beban kerja dah melebihi keupayaan saya. You wanna see smile in my face, tapi I feel I cant pretend it anymore. Rasa cam nak jerit-jerit aje. But it wasnt my way!

To my dearie ketua, please look down for awhile. We can do it for you but tengoklah bebanan kami kat sini. Its hard dear!

Wanie

15.03.2013 @ 11.13 PAGI

Alhamdulillah, dah lama aku x menaip di pages nie. About a year rasanya. Now I am back! Back with the story that I can conclude for the whole year of 2012. Setelah sekian lama, aku memendam rasa. Hari ini aku rasa aku dapat simpulkan. Insya Allah.

[for this moment I really don't mind whoever that related to me even my officemates will read my post!]

Ya Allah Ya Tuhanku
Walaupun terlewat aku menyedari perkara tersebut, namun ianya bukanlah sesuatu yang mengejutkan. Memandangkan, perkara ini saya sudah jangka seawal tahun 2012. Walaupun ianya sekadar satu percubaan namun ianya menepati jangkaan aku sepenuhnya. =)

Aku ingin berkata lagi dengan lebey panjang sebenarnya. Tapi, aku simpankan sebentar. Aku akan kembali untuk menyambung hujahan aku setelah kerja hakiki aku selesai.

Wanie


*********************************************************************************************


15.03. 2013 @ 9.08 malam

Alhamdulillah aku selamat sampai kerumah selepas tambahan 2 jam OT untuk projek khas. Ini atas permintaan aku ye untuk join. Badan terasa sakit2. Lenguh2. Sesuai dengan mood aku yang kelaut separuh hari ini. Mmm tahun 2013 agak perit bagi aku untuk melawan emosi aku sendiri. Nauzubillah. 

Semenjak dua menjak nie, emosi aku semakin sensitif. Senang tersentap kot. Isk mana la hati beku aku pegi ye. Hmm... rungsing aku. Sebab aku kena cepat2 muhasabah diri sendiri bila terasa sesat. Sepanjang tahun 2012, hati aku sangat keras. Aku tidak cengeng. Aku gagah dimata aku sendiri [ Hahaha... ntah pape la ayat hang nie Wanie oiiii! ]. 

Berbalik kepada hal harian aku ditempat kerja, pertama sekali ialah aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada penulis nota rahsia dimeja aku dengan ayat sekali baca boleh sentap tapi silap sebabnya bagi kat aku, aku cuma terkujat sahaja. Ayatnya ialah " WOIIII... KERJA LAA, SEMBANG BANYAK ". Wah wah wah koooo... dah la duduk tempat aku tanpa izin. Menulis guna harta aku pulak tue. Kang aku tak halal perbuatan ko camne?? Cer jawab..... Aku nak dengaq! Apa alasan kooo ceroboh meja aku hah? Tapi takpe... apa2pon aku maafkan ko. Sebab prinsip aku sekarang ialah memaafkan sesiapa sahaja yang buat salah ngan aku. Redha itu lebey baik. Aku tanak dihari perhitungan nanti, aku mahupun orang itu tersekat atas kemaafan yang tidak diperolehi. Nauzubillahiminzalik! Aku percaya kepada kuasa Allah Yang Maha Esa. Insya Allah.

Berbalik kepada nota misteri itu, sekali lagi jutaan terima kasih. Sebab tolong hantukkan aku kedinding, untuk menyedari bahawa semuanya bukanlah indah seperti mimpi aku. Nota itu menyebabkan aku memuhasabah diri. Untuk menjadi diri aku kembali. Terima kasih! Sesungguhnya kerja2 itu adalah hakiki yang perlu aku sempurnakan walaupun perlahan. Insya Allah. 

Despite all of my #sentap nie, banyak menda jugak yang buat aku muhasabah diri aku sewajarnya. Menilai prestasi diri aku sendiri. Demi Allah, aku bukanlah individu yang mengimpikan kejayaan atau kemenangan dalam setiap tindakan atau keputusan. Tapi aku memerlukan sedikit penghargaan. Sebab apa? Sebab aku juga manusia yang ada perasaan [see...aku mula hendak berlaku jujur!]. Demi Allah jugak aku melakukan semua hal adalah ikhlas dan aku bukanlah jenis manusia yang mengungkit. Tapi kalau keadaan tidak diadili, aku menjadi seorang yang panas. Sebab aku mahu bila aku jujur, orang lain juga jujur. Ya, itu sangat sukar. 

So untuk tahun 2013, Insya Allah aku cuba fokus secara minimalis sahaja untuk kerja saya. Insya Allah hanya 9 jam sehari sahaja kecuali OT yang boleh aku tuntut kembali. Yang lain adalah untuk kehidupan sosial aku yang aku dah tinggalkan semenjak aku menjejakkan kaki ke alam pekerjaan. Aku ingin kebebasan daripada stress pekerjaan. Sehari dua nie aku dah belajar maksud kerja itu yang sebenar. 


Love,
Wanie
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

24.04.2013 jam 11.53 pagi
Partition sendiri

Ya Allah Ya Tuhanku
Aku dah selawat.. seselawatnya
Aku dah berzikir ... sezikirnya
Aku cuba untuk tenangkan hati aku yang marah
Aku tak tahu lagi kenapa aku selalu didatangi dengan fitnah

Ya Allah Ya Tuhanku
Dalam keadaan yang masih waras dan sedar ini
Aku rasa aku tak pernah sebar fitnah lagi
Aku tak pernah buat cerita yang bukan fakta
Aku tidak berlindung untuk sesuatu yang serius
Aku banyak berkongsi dalam ahli kumpulan

Tapi kenapa dugaan ini hanya untuk aku
Seingat aku, tahun 2013 banyak membuatkan aku menitis airmata
Hampir setiap bulan
Apa salah aku dalam pejabat ini?

Hari ini, terima kasih buat semua yang membantu aku mencuci mata aku. Aku tak bisa menahan lagi empangan airmata ini. Pedih hati aku. Panas telinga aku. Panas muka aku. Panas kepala aku. Aku tidak tahu lagi samada akan mengampunkan atau tidak manusia2 yang membuatkan aku menitis airmata berulang kali. 

Bagi aku, kalau nak menegur ada caranya, (1) secara peribadi. One to one, atau (2) sampaikan maksud itu secara lembut. Bukan melalui (1) perli / kutukan / memalukan individu dikhalayak ramai sampai tersentuh hatinya, (2) fitnah, atau (3) mengata dibelakang. Aku tahu aku bukanlah manusia yang sempurna tapi satu sahaja kepantangan aku, jangan mengata belakang aku walaupun itu perkara benar. Cakap je berdepan dengan aku. Insya Allah aku cuba untuk menerima walaupun kadang2 sangat perit.

Tapi sekarang hati aku terluka. Betul2 terluka. Aku tak kisah jika aku bukan "favorable" bos atau pekerja yang "cemerlang". Tapi sekurang2nya pertimbangkanlah beban kerja yang aku tanggung dan cara pengurusan masa dan kerja. Bila aku menimbang kembali tugas aku, seingat aku, aku akan melaksanakan semua tugasan yang diberikan dengan banyak soal tetapi kerja tersebut tetap akan selesai. Aku jarang menolak arahan ketua aku. Sebab aku hormat; (1) ibubapa, (2) family, (3) orang yang lebih tua, dan (4) ketua / guru aku. Ini memang aku punya adab sebagai manusia. 

Sekarang pertimbangan aku hanyalah satu, adakah ini petanda yang aku perlu memohon pertukaran? Adakah masa ini telah sesuai? Adakah aku telah bersedia untuk melepaskan segalanya? Ya Allah Ya Tuhanku, aku bertawakal kepada Mu untuk menunjukkan pilihan jalan yang terbaik kepada aku. Aku mohon supaya dijauhkanlah segala fitnah dan niat jahat manusia. Amin Ya Rabal Alamin.

Terima kasih untuk semua yang berada disisi & menyokong aku walaupun kadang2 aku sendiri berjalan bukan dijalan yang lurus. Jika aku sesat, bimbinglah dan ketuklah aku. Supaya aku berada dalam keadaan yang betul.

Love,
Wanie


<><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><>

14.06.2013
6.43 petang
Partition Sendiri

Minggu yang sangat meletihkan kepada aku. Selain daripada pelbagai dugaan dibulan Jun ini sendiri, lebih banyak dugaan yang dipendam sendiri dan ada yang dikongsi. Hmm... [mulalah nak mengeluh].... Rupanya aku tidak berjaya mengekalkan azam & semangat aku yang asal iaitu TAK MAHU MENYIBUK LAGI URUSAN BUKAN KERJA HAKIKI aku. Aku masih gagal jugak. Aku nie lembut hati kot, aku tak sampai hati nak tolak permintaan dan kesusahan orang lain.

Until now aku masih handle a few project, ada yang suka & ada yang tak suka. But for me, i put everything at the side. Tak mahu fikir at all. Because i knows orang yang tak suka tue tetap join if something memanfaatkan themselves. And i really dont mind. Aku lebey menjaga hati orang yang buat kerja & sanggup bertungkus-lumus to get it or to make it success. Im really do appreciate them!

Tapi when everything was appointed to me, a bit i felt so tired like today. Many things to do & decide. But no one knows what i feel. I know no one ever wanna know what im really feel. Okay. Fine. Aku ubati everything sendiri. 

Apapun yang keluar dari mulut orang lain, kutukan, makian, perli or harsh word, terima kasih & Alhamdulillah. Me, still me. I still can smile.

Lotsa love,
Wani Othman

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

18.06.2013
7.32 petang

Dah sepetang sebenarnya aku nak menaip post entry nie, tapi asek "bertagak" aje... bahasa Utara nie...asek dok berlengah2 aje. Ntah kenapa semenjak dua menjak nie, aku asek terasa macam sunyi aje. Hmm...sunyi yang aku maksudkan ialah kesunyian sebab sendirian. After 5 years aku dok sesorang & survived disini, aku sangat terasa sunyi. Aku pikirkan betapa untungnya orang lain yang bekerja berdekatan dengan rumah keluarga. Balik kerja, jumpa mak ayah & family sendiri. Berlainan dengan aku, balik umah, tengok umah kosong. Yang mana aku sendiri. 

Aku rasa aku dah boleh bagi jawapan, apa maksud sunyi itu? Aku dah tahu. 

Aku tidak regret dengan segala yang tersurat dan tersirat untuk diri aku. Aku cuma terasa sunyi tu begitu mencengkam diri aku, sehingga aku tercari2 apa keputusan atau pilihan yang aku ada. 

Bekerja is always be my passion. & terutamanya handle an event.. perkara yang aku suka sepenuhnya. Tapi skang walaupun aku handle a few things tapi aku tahu hati aku tidak gembira. Nawaitu aku hanyalah untuk jalankan amanah yang diberikan sahaja. 

2-3 hari nie aku detected myself dalam keadaan stress, stress yang masih boleh dikawal. Dah mula sakit kepala yang mencengkam. Dalam keadaan khayal walaupun dlm small meeting. Khayal not because of ubat tapi sebab pening. Siap rasa nak muntah & pitam. Dan paling penting, tido aku langsung tidak berkualiti. Walaupun aku jarang stay back dah skang kat opis, keadaan diri aku lebey letey dari sebelum ini. Kemampuan diri aku berada ditahap minima. Aku sangat tidak suka! Hari2 aku bangun tido dalam keadaan letey, letey sebab tido tidak nyenyak. Aku harap keadaan diri aku tidak berikan effect kat kerja aku, aku perlu fulfilled everyone's need. As long as everything try to be perfect dimata orang lain.

Skang the bigger challenges dalam idup aku ialah word "SUNYI". Im not motivate at all!

Ya Allah Ya Tuhanku
Aku berdoa kepadaMu
Agar aku diberikan kekuatan dan ketabahan
Dalam menjalani kehidupan yang mendatang
Apapun yang tersurat & tersirat dalam hidup ini
Aku terima seikhlasnya
Kerna hanya Kau sahaja Maha Mengetahui

Ya Allah Ya Tuhanku
Andai itu jawapan 
Kepada persoalan yang dicari
Maka aku terima keputusannya
Tidak perlu dihurai
Dan tidak perlu dirungkai
Kerana aku pasti itu yang terbaik buat diriku.

Amin Ya Rabal Alamin.

Lotsa Love,
Wani Othman
 <><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><>

22.10.2013 [7.37 petang] [Rumah sendiri]

Hari seharian aku bertugas untuk mencari sesuap rezeki buat ahli keluarga besar aku disini. Seharian. Semalam separuh harian. Aku dan rakan-rakan seperjuangan aku, aku tahu mereka sangat letih. Dipandangan mata semua orang memang kelihatan sangat mudah dan petik jari sahaja. Bebanan yang ditanggung oleh orang yang melaksana pernah ke diselak dan dihuraikan. 

Demi Allah yang mencipta aku, sehingga tamatnya program yang melibatkan aku, aku tiada perasaan. Aku tidak mempertikaikan apa pengorbanan yang telah aku letakkan pada hari lahir aku sendiri. Walaupun pada kebiasaannya aku akan mengosongkan segala jadual atau bercuti bagi meraikan hari lahir aku sendiri. Tapi kali ini aku memilih untuk bersama-sama mereka mencari rezeki supaya dapat dikongsi oleh semua orang. Sesungguhnya aku tidak pernah mempertikaikan sedalamnya, sebab bagi aku inilah sebahagian kebajikan daripada aku.

Tapi apabila mendengar suara-suara sumbang dibelakang aku serta penyampaian yang tanpa niat tapi telah melukakan hati aku, aku patah hati. Merenung Twisties dan sebotol Ribena sebagai mengalas perut, aku tersangat sedih. Sedih sebab aku sangat letih. Sedih sebab lapar. Letih melayan kerenah manusia yang tidak pandai menghargai. Letih dengan manusia yang bisa dengan kata-kata. Letih bila kita mendahulukan keuntungan orang lain. Aku dah ketepikan kehendak aku demi orang lain. Tapi hadiah hari lahir aku sangat besar, besar dengan dugaan, besar untuk aku telan dan besar untuk aku hadapi. 

Tahun ini keraian hari lahir aku sangat menyedihkan. Seandai 22hb bisa diundurkan, akan aku dahulukan perasaan aku.

Aku teringat kata-kata kawan aku, tak selamanya Allah berikan dugaan dan kesusahan untuk seseorang melainkan Allah sudah merancang kebahgiaan buatnya dihadapan. Tapi aku dah rasa macam jatuh ditimpa tangga sahaja. Satu persatu. Beratnya buat aku. Aku sendiri menghadapi lelah ini. Tiada telinga untuk mendengar. Tiada bahu untuk menumpang. 

Aku sedar aku sendiri bukannya betul. Namun tidak betul pun aku, usahlah jadikan hati aku sebagai gadaian. Sebab hati aku bukanlah pualam. 

Apa yang dah berlaku, telah berlaku. Esok akan membawa cerita yang baru. Biarlah aku tiada manfaat. Asalkan aku tidak tersasar. Amin.

**Rindunya kat kampung halaman aku. 

Lotsa Love,
Wani Othman


^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

17.03.2014

"Hasbi Allah Wa Nikmal Wakil, Wa Nikmal Maula, Wa Nikman Nashir"
"Cukuplah Allah tempat berserah diri bagi kami, sebaik-baik pelindung kami, dan sebaik-baik penolong kami".

Inilah zikir yang terkini aku amalkan sepanjang tempoh pekerjaan harian aku. Aku berserah kepada Allah swt utk segala dugaan dan cabaran. Tidak salah untuk mengaku menjadi orang yang salah. Tidak susah untuk menghadapi satu kesusahan. Tiadalah segala kedukaan dan kesengsaraan untuk sebuah harga kesenangan dan kemenangan. Ini prinsip aku sekarang walaupun ada saatnya hati aku ibarat dihujung tanduk. Ya Allah Ya Tuhanku, padaMu sajalah aku berserah, aku mengharapkan aku masih ada tempat disisiMu untuk mengadu Ya Allah. Untuk mengurang beban rasa aku menghadapi pekerjaan. Aku pasti Engkau memahami apa yang aku hadapi. Walaupun tiada kesilapan atau kesalahan, aku masih tetap akan bersalah. Biarlah aku dibenci manusia Ya Allah, janganlah Engkau membenci aku. Aku sanggup meredah lautan manusia yang pelbagai sikap asalkan aku tidak jauh dari kasih sayang Mu Ya Allah. 

Aku tiadalah bahu disini untuk berkongsi tangis. Aku tiadalah dada dan telinga untuk mendengar keluh kesah aku. Aku hanya ada Engkau saja Ya Allah, untuk berkongsi keruntuhan perasaan aku dan kesedihan yang kadang2 mengintai tirai hati kecil aku.

Tiadalah impian aku setinggi mana, hanya setinggi aku mungkin. Tiada pandangan hadapan aku seluas lautan, mungkin hanya seluas bilik sahaja. Prinsip aku dari dulu, kini, dan sekarang hanyalah untuk menjadi apa yang aku sekarang, jawatan yang ada sahaja. Biarlah orang yang lebih berhak atau layak menerimanya. Insya Allah, tiadalah rasa negatif dihati. Lillahhi Taala. Aku hanya sebegini sudah membuatkan aku puas hati dan selesa. Aku dah tak reti nak memuaskan hati orang lain. Tapi aku tahu Allah swt sentiasa mengetahui apa yang berlaku diantara manusia ciptaanNya. 

Ya Allah Ya Tuhanku, Kau berikanlah ilham kepada aku. Apa yang terbaik untuk aku... Apa yang perlu aku buat... Terlalu susah untuk mengubah sebuah hati yang sememangnya tidak suka pada aku. Demi Allah, aku telah jauhkan segala perasaan tidak suka aku kepada suka, aku tak mahu menjadi orang yang negatif dengan segala perasaan. Aku nak menjadi orang yang bersangka baik. Walaupun kadang2 sangat pedih. 

Aku kira Allah swt dah jadikan hati aku selembut span, bisa meresap segala perasaan sedih dan kecewa serta mengenepikan semuanya ibarat tiada apa-apa lagi. Allah juga dah menjadikan aku seorang yang "kuat berahsia". Pengalaman banyak mengajar aku untuk menjadi "perahsia". Aku pernah terleka sampai tirai hati aku diselak dan dipermainkan. Sedih. Sedih sebab aku ikhlas. Ikhlas untuk memberikan jawapan. Tapi semua dah meninggalkan aku seolah2 tiada apa2 yang terjadi dan membiarkan aku mencari jalan keluar sendirian. Beberapa bulan tergapai2 bersama pandangan memohon satu jawapan tapi tiada. Diam. Aku sendiri diam. Diam mencari penyelesaian mengurangkan pandangan tepuk sebelah tangan terhadap aku. Sekiranya terjadi lagi, aku akan "berahsia". Biarlah hanya kami sahaja yang mengetahui. Jangan ditanya lagi kenapa berahsia. Kerana jawapan itu pernah ada. Aku bahagia bila persekitaran aku bahagia. Sebab aku sendiri tau, manusia suka bila dibahagiakan. 

Ya Allah Ya Tuhanku, Kau berikanlah aku kebahagiaan. Sekurang-kurangnya bila aku diduga ditempat kerja, rumahlah yang akan menjadi penawar kepada aku.

Amin. Ya Rabal Alamin.

[sedey. aku nie bangsa emosi sebenarnya]

Lotsa love,
Wani Othman 
10.40 malam

  

The sadness thing in your life

Just a quick update as a reminder to myself Its really hard to accept that life as a fat woman actually. Hahahaha For the 1st time aku merun...