Showing posts with label Rahsia Hati. Show all posts
Showing posts with label Rahsia Hati. Show all posts

06 April 2015

Kehidupan & Suasana yang Baru

Assalamualaikum wbt,

Dah lama tinta dan minda aku tidak dipahatkan disini. I really my life before but what is past, is past. Hmmm

Subhanallah. Walhamdulillah. Wala illah hailllah. Wallah huakbar.

Mmm... aku tak reti nak coretkan macam mana, apa yang tersirat dalam hati aku. Aku tak boleh soundkan lagi kat Insta or FB aku, sebabnya aku perlu menjaga hati banyak pihak. Aku tak tahu nak kabarkan apa yang tersimpan sekarang nie.

Untuk temporary, aku rasa aku sangat stress. Stress yang aku masih boleh senyum dan gelak. Stress yang aku simpan sorang diri. Stress yang aku nangis sorang diri. Aku tak tahu aku berada didalam dunia apa, dunia khayalan, dunia mainan mahupun dunia yang orang ciptakan untuk aku. 

Nie bulan ke-4 aku memujuk diri aku untuk membiasakan diri dengan suasana yang baru ini tapi diri aku tetap mengeraskan pegangan itu. Degil amat nie. Aku tetap terasa terasing dan macam kera sumbang aje. Rasa semua tak kena. Aku patut mengubah cara kerja aku. Aku tanak bekerja sambil lewa. Aku banyak komitmen lain. Aku perlu selesaikan apa yang dipertanggungjawabkan pada aku. Aku banyak tugas. Tugas yang orang tidak nampak. Aku tertekannnnnnn! Ya Allah. 

Bukan setakat kerja aku tidak bagus sekarang. Pemikiran dan otak aku juga seakan lembab. Lembab ke bodoh agaknya yer??? Geramnya aku. Sedangkan aku nie orang yang hyperaktif dan cergas sebelum ini tapi sekarang dah macam budak bengong pun dah ada. Hmmm... apa nak jadi nie...

Adakah ini penolakan secara tersirat dari aku? Sesungguhnya aku tanak macam nie. Aku nak jadi orang yang cemerlang, amanah serta jalankan semua yang dipertanggungjawabkan tanpa memandang ia sebagai satu beban.

Ya Allah Ya Tuhanku, ikhlaskanlah hati aku. Berikanlah aku satu pedoman serta panduan. Sedarkanlah aku dari satu mimpi yang panjang ini. Kembalikanlah diri aku yang lama. Yang riang, yang gembira dan yang tahu apa itu tugas.

Aku memohon kepadaMu, Ya Allah.

Lotsa Love,
Wani Othman

29 December 2014

#3daystogo

Assalamualaikum wbt,

3 days to go before I am leaving this office officially.

Ya Allah Ya Tuhanku Kau permudahkanlah perasaan aku
Kelegaan hati aku
Ketenangan hati aku
Kemudahan hidup aku
Bantulah aku dengan membina kehidupan yang baru
Kau suntikanlah semangat kerja yang baru
Kau tambahkanlah keredhaan aku
Redha dalam menerima kerja
Redha dalam membisikkan husnuzon dalam jiwa aku
Redha dalam merubah satu kehidupan

Ya Allah Ya Tuhanku
Siapalah aku tanpa Mu.

Setelah segala ombak dan badai yang melanda diri aku
Aku mencari disegenap celah dan lubang
Untuk mencerahkan perasaan aku.
Untuk menerima segala keputusan.
Untuk mengambil langkah pertama.

Banyak yang ingin aku luahkan.
Banyak yang ingin aku tangiskan.
Dan banyak juga yang ingin aku jeritkan.

Aku tidak perlukan simpati orang lain
Aku cuma perlukan sedikit pemahaman
Sekurang-kurangnya memahami dan menghormati perasaan ini

Lotsa Love,
Wani Othman
29.12.2014


21 October 2013

Peneman Untuk 1 Tahun Berikutnya Insya Allah

Assalamualaikum wbt,

Salam rindu & rindu & rindu kat tempat yang menyimpan segala rasa hati aku. Hihi! Puitis pulak dah. 

Malam nie aku telah meninggalkan cinta hati yang lama dan bertukar kepada uang baru, Insya Allah. Setahun berikutnya bersama chenta hati yang ini, bersama menempuh liku-liku kehidupan yang termaktub dan bersama melakarkan nukilan-nukilan indah sebelum melepaskan aku kepada peneman selanjutnya. 

Usia. 

Aku bakal meninggalkan 28 dan bertemankan 29. Subhanallah cepatnya masa berlalu. Serasa macam aku baru semalam berusia 9 dan hari ini dah menginjak ke 29.

SELAMAT HARI ULANGTAHUN KE 29 SAYANG

Mak - terima kasih sebab melahirkan akak kedunia ini & berikan segalanya yang boleh digolok-gadaikan demi anak yang cengeng ini. 

Abah - terima kasih sebab sehingga disaat ini masih menanggung tanggungjawab & dosa anak dara mu ini. Masih belum terlepas tali tanggungjawab mu itu. Walaupun disaat ini seharusnya akak bukanlah lagi membebankan abah. 

Segala ucapan dihari ulangtahun ini selayaknya untuk abah ngan mak. Sebab dorang dah berusaha menjadikan anak ini sebagai seorang manusia yang lengkap selayaknya. 

Apa doa atau azam aku sebagai hantaran 29?

Aku berdoa agar aku diberikan kekuatan untuk menguatkan iman aku. Supaya aku menjadi muslimah sebagaimana yang diidamkan aku. Kuat walaupun sendiri. Padat walaupun sunyi. 

Aku berdoa juga dengan lafaz Bismillah hirrahman nirrahim - semoga dimudahkan jodoh aku. Merenung wajah tua ibu bapa aku membuatkan aku rasa sedih sebab aku masih membebankan keduanya dengan dosa aku sendiri. Dengan ini juga, aku menyerahkan urusan jodoh aku kembali ke tangan ibu bapa aku dan sesiapa yang berniat baik. Insya Allah. Aku pasti mak aku yang hi-tech akan membaca tulisan anak dia ini. 

Istiqamah. Banyak yang perlu aku praktikkan. Istiqamah secara perlahan-lahan. Biar tidak dapat dilihat dek mata kasar tetapi kesannya dapat dijengah disudut hati. Ya Allah Ya Tuhanku permudahkanlah perjalanan hidup aku. Berikanlah aku cahaya taubat dan cahaya keinsafan. 

Aku tahu aku tidak baik.

Aku juga tahu aku tidak jahat.

Tetapi aku tidak cukup baik untuk menjadi individu yang baik dan boleh dicontohi. 

Aku ingin menjadi orang itu. Amin. Amin. 

29

Peliharalah aku. Temanilah aku. Jadilah peneman yang setia dikala siang & malamku. Ajarilah aku. Bimbinglah aku. Beradalah bersama hati aku. Jangan biarkan hati aku sunyi & alpa. Jadikanlah kenangan kita adalah sesuatu perkara yang terhebat dan terindah. 

28

Terima kasih untuk satu tahun kebelakang. Indah. Penuh kenangan. Banyak pengajaran. Tanpa 28 aku tidak akan lebih kuat. 

SELAMAT HARI ULANGTAHUN NUR HAZWANI.


Lotsa Love,
Wani Othman 

The sadness thing in your life

Just a quick update as a reminder to myself Its really hard to accept that life as a fat woman actually. Hahahaha For the 1st time aku merun...