01 January 2017

Nukilan Khas

19.10.2016


Jam baru beralih ke tarikh yang baru. Lelap aku hampir seketika dek kerana letih seharian kesana sini menguruskan hal keluarga. Ingatan, harga sebuah keluarga tidak boleh dinilai dengan emas atau permata, masa atau detik. Panggilan masuk menyentak aku dari lelapan tidur yang gelisah. Seakan mimpi tapi butir itu jelas di pendengaran aku. 


Panggilan dari makndak untuk mak. Mengejutkan mak dari lena ayamnya. Kak ani mai tau hospital dengan abg man, dua orang saja boleh masuk. Doktor dah panggil. Hashim dah tak boleh bernafas dengan elok. Nanti pihak IPPT tak uruskan van jenazah, kita yang kena cari. Dush, van jenazah bagaikan loceng untuk membangunkan aku. Faridah tunggu, sat lagi kak ani dengan abg man sampai, dengan hazwani. Dada aku kencang tapi paksaan diri untuk bertenang. 


Mak aku suruh kejutkan adik aku untuk temankan aku semasa dorang berdua masuk kedalam wad. Yelah keadaan aras tiga itu sunyi sepi. 


Abah aku panggil paksu aku untuk datang kerumah dan beri arahan, carikan van jenazah. Bersedia. Cikah dan Mimi satu kereta. Aku  bawa mak dan abah sekereta. Sesampai disana mak dan abah terus masuk dan bacakan Yassin. Doa aku hanyalah husnul khotimah untuk pakndak. Moga husnul khotimah dan syurgalah buat pakndak. Bila aku masuk bacaan hampir ke penghujungnya, Doktor masuk untuk mengesahkan dan jururawat telah siap dengan pakaian plastik. Aku sedar Allah swt lebih menyayangi pakndak, terlalu lebih daripada kami. Pakndak tinggalkan kami seperti Arwah Tok tinggalkan, dalam keadaan tenang dan sunyi. Dalam keadaan nyaman dan mudah tanpa susahkan sesiapa. 


Airmata yang jadi peneman 2 hari semakin membasahi tapi perlu kuat. Khabar perlu disampaikan kepada seluruh keluarga. Berita dukacita ini diterima dengan penuh keredhaan. 


Pakndak ku, Mhd Hashim b Awang, 

Keluarga kita bukanlah seperti keluarga lain yang kaya dengan kasih-sayang dan dipamerkan kepada seluruh alam.


Keluarga kita adalah sejenis yang memendam perasaan, menyorokkan isi hati, dan berlagak seolah-olah jauh. Tapi tidak, keluarga kita sangat erat dengan rasa cinta yang tidak berbelah bahagi. 


Pakndak, kehilanganmu bukanlah sesuatu kehilangan yang perlu disesali, diratapi, mahupun dirunguti. Tapi kehilanganmu memberikan kami satu pengalaman yang berbeza. Kami, anak saudaramu berganding bahu menguruskan sekujur jasadmu pakndak. Akak tahu betapa bangganya pakndak melihat anak-anak saudaramu mengelilingmu, memberikan sokongan moral, menghadiahkan ayat-ayat suci, serta mendoakan yang terbaik untuk pakndak. Semua orang tidak meninggalkan pakndak keseorangan. 


Pakndak mesti bangga, kan? Bila melihat anak-anak saudaramu yang lelaki mengusung jasad pakndak dari wad ke van jenazah, mengangkat pakndak untuk kembali ke bilik anak kesayangan, membersihkan tubuh pakndak, menguruskan urusan mandi dan kafan, serta mengiringimu hingga ke tapak persemadian yang terakhir. Indah sungguh rasa cinta mereka untuk pakndak. Itu hadiah terakhir mereka untuk insan yang sama-sama dalam hidup mereka selama ini. 

 

Pakndak, pakndak adalah lelaki yang sangat tenang bila menghadapi sakaratulmaut. Pakndak redha atas urusan dan perjanjian yang hampir tamat itu. Pakndak seakan bersedia menerima jemputan Malaikat Izrail. Dimanakah pakndak dapatkan ketenangan itu, Ya Allah Ya Rabbi? 


Gelak pakndak yang terakhir memang tersemat dalam sanubari akak. Senyuman dari sekujur tubuh yang ingin menutupi segala kesakitan masih kekal tersimpan dalam ingatan.  Tangan yang merangkul bahu ini terakhir kali akan tetap dikenang kerna tangan itu jugalah merangkul tubuh ini sedari kecil. 12.50 pagi berakhirlah satu perjanjian dunia, tinggallah kami meneruskan perjuangan ini. 


Coretan ini ingin akak coretkan sebagai tanda kasih-sayang kami buat pakndak, supaya kami tak lupa sehingga ke anak-cucu kami, insya Allah bahawa kami ada seorang bapak saudara yang menjadi pejuang dalam melawan penyakitnya. 


Malam yang penuh hening itu kami lalui dengan penuh kesabaran, cahaya bulan yang mengambang menyinari bumi itu memberikan kami ketenangan, setenang wajah pakndak yang kami tatap. Wajah dan jasad kaku yang dibaringkan diatas katil anak kesayangan pakndak, Haliza. Bacaan al-Quran dari anak sulang tersayang juga tiada terhenti. Ayat-ayat sucilah yang menjadi hadiah sebagai membalas jasa pak ndak selama hayat ini dikandung badan. 


Saat yang paling akan akak ingati ialah tatkala si tukang mandi memanggil abah, abang sulung pak ndak, untuk membilas jasad terakhir kali selepas kami anak-anak saudaranya, tangan tua itu mengusap-usap jasad adiknya dengan penuh kasih-sayang sebagai tanda perpisahan. Dari kepala turun ke kaki. Menyentuh dengan penuh kelembutan dan menenung dengan penuh rasa kasih. Sumpah, hingga saat ini air mata takkan mampu terhenti bila mengingat keadaan pada masa itu. Selepas 65 tahun abah akan berpisah dengan adiknya, yang dia sandarkan harapan selama ini. Yang menjadi wali anaknya selain pakcik & paksu. 


Pak ndak, pak ndak tinggalkan mak ndak, Fizah, Apiz, & Ija tapi tu semua harta dunia pak ndak, yang mana akan kami pastikan untuk depa tak henti untuk mengirimkan hadiah akhirat buat pak ndak. Semoga Allah swt membantu kami semua untuk menjaga kebajikan mereka pak ndak, insya Allah. 


Pak ndak, terima kasih. 

Terima kasih yang tak pernah diucap walaupun hampir 32 tahun kita kenal. Hampir. Sebab apa?  Sebab pak ndak pergi 3 hari sebelum hari lahir akak. Terima kasih atas perhatian dan penjagaan pak ndak atas akak, terima kasih untuk menjadi bapak saudara yang tidak kedekut, terima kasih untuk kenangan roti-kek yang akan pak ndak akan beli tiap kali balik kerja, terima kasih untuk seutas jam tangan Casio sebab akak dapat nombor satu masa darjah satu, terima kasih untuk letakkan uniform masam tu atas muka tiap kali balik kerja, terima kasih untuk kasih-sayang yang tidak pernah terpamer itu, dan terima kasih untuk segalanya. Terima kasih juga Allah swt sebab bagi kesempatan aku untuk menjaga pak ndak walaupun seketika. Sesungguhnya perjalanan pulang ke Penang pada 17.10.16 adalah perjalanan paling lama yang dirasakan  sejak memandu jauh 9 tahun lalu. Walau hati ini masih belum terawat sepenuhnya tapi kehidupan yang ada ini perlu diteruskan. 


Ya Allah Ya Tuhanku, Kau kumpulkanlah kami, ahli keluarga yang besar ini sekali lagi di Syurga-Mu Ya Allah. Amin. 

Welcome 2017 & Bye 2016

Assalamualaikum wbt, 

1.1.2017

Seharian dihabiskan masa di rumah saja. Bangun pagi, buka tingkap keliling rumah, buka sliding door bagi angin pagi masuk, kutip kain baju yang nak dibasuh, buat simple breakfast, mandi, & terus layan Dangal kat handphone. Hahahaha. Tak menarik langsung perancangan waktu yang terluang. 🤣

Itu hakikat sebenar yang terjadi hari ini, tiada yang lain. Otak memang mengambil kesempatan yang penuh untuk berehat. Tangan sahaja tak berhenti menggodek handphone. 

Welcome 2017! 
Perancangan paling jelas setakat ini ialah kahwin. 

Iya, kahwin. 



💓💓💓


Amacam gempak tak?
🙊🙊🙊🙊🙊

Takdelah. Amin. Moga jadi kenyataan. 

Perancangan yang sebenar ialah nak pergi JEPUN. Ini yang menjadi perkara yang paling ditunggu-tunggu. Moga Allah swt memudahkan perancangan kami semua. Amin. 

Selain itu, aku nak cuba perbaiki cara bekerja aku pula, dengan jawatan yang dinaikkan, takkan aku masih nak berada ditakuk yang sama kan? Bakat ada. Cuma jangan nak dilayan sangat sikap pemalas itu. 

Target lain ialah nak mengurangkan nilai semasa dalam kad kredit yang ada. Walaupun sekeping tapi rasa macam terseksa sangat. Target yang paling atas dah nie. 

Bye 2016!

Dalam tahun 2016 nie banyak perkara yang berlalu, paling gembira dalam hidup & paling sedih dalam hidup. Allah swt bagi aku rasa keduanya. Terimalah segalanya dengan penuh rasa kesyukuran. 

1. Impian aku sejak mula bekerja nak mengerjakan umrah telah tertunai. Bonusnya, bukan setakat dengan mak & abah, sebaliknya satu keluarga. Memang rezeki. Alhamdulillah. & aku yang tamak nie nak meminta lagi. 

2. Tukar dari iphone 4 ke iphone 6s setelah bertahun juga aku memikir. Seperti biasa aku nie jenis kena dapat lampu hijau dari mak, kalau tak memang takkan menjadi. 

3. Aku berpindah rumah & hal ini aku taknak ulas dengan lebih lanjut. 

4. Serentak dengan urusan aku dengan hal rumah & pakndak di diagnos dengan penyakit kanser usus tahap 3. Luluh jantung kami sekeluarga. Aku tak balik cuma cakap melalui handphone saja dengan pakndak sebelum dia pergi hospital. 

5. Lepas raya puasa, aktiviti memindah & mak abah datang tolong aku untuk tempoh 10 hari. 

6. Pergi Pekanbaru & Bukittinggi, Indonesia. Mak jumpa kawan lama dia. 

7. Sebelum 22 Okt pakndak telah dijemput mengadap Ilahi dihadapan kami setelah tewas dalam pertarungan kanser itu. Innalillahiwainahirajiun. Arwah pakndak akan sentiasa hidup dalam hati kami. Allahurabbi. 

8. Bulan Nov - satu keluarga datang bercuti kerumah aku. 

9. Bulan Dis - mak, mak njang & tok datang nak melawat mak ngah yang ada di HUKM.

10. Beberapa hari sebelum genap 2 tahun ulangtahun aku bertukar ke PTKPK, aku terima rezeki yang tidak disangka, kenaikan pangkat. Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah. 

11. Diantara bulan Ogos ke Sept - ada dugaan besar yang melanda aku & keluarga aku. Impaknya sangat besar. Rasanya hampir 10 hari kami berendam airmata. Kawan-kawan aku menjadi saksi tanpa tahu punca yang sebenar. Moga tiadalah lagi dugaan seperti ini. 

2017

Aku cuma berharap satu memori indah yang akan tercipta buat kami sekeluarga, moga kami semua berada dibawah rahmat Allah swt setiap hari. 

Moga adik-adik aku juga bertemu jodoh. 

Moga Mizan dapat kerja yang boleh menjamin masa depan dia. 

Moga Cikah bertemu jodohnya. 

Moga Mimi habis praktikal, terus dapat kerja tetap, & bertemu jodoh yang baik. 

Abah aku pun dah menerima 3 lagi anak iaitu anak saudaranya, Fizah, Apiz, & Ija. Anak saudara yang berada dibawah tanggungjawabnya, secara tak langsung dibawah pemantauan aku juga (aku kan memang garang!)

Moga Allah swt berikan kesihatan yang baik buat mak & abah aku. 

Moga 2017 menjadi tahun yang paling cemerlang buat kami. Amin. 


Love,
Wani Othman
1.1.2017

The sadness thing in your life

Just a quick update as a reminder to myself Its really hard to accept that life as a fat woman actually. Hahahaha For the 1st time aku merun...