22 April 2015

Alfatihah buat rakan seperjuanganku

Assalamualaikum wbt, 

Bismillah hirrahman nirrahim
Maha Suci Allah yang menciptakan aku, ahli keluarga aku, kawan2 aku dan umat manusia didunia. 
Amin amin ya rabal alamin.

Dah lama aku tak menitipkan coretan yang panjang di diari aku nie. Terlupa pula aku nak kongsikan cerita sedih yang melanda aku dan rakan2 aku. 

Innalillah hiwaina hirajiun
Dari Allah kau datang dan kepada Allah kau kembali

Utk ingatan, aku kan dah menjadi warga pejabat cawangan lain bermula 02.01.2015, lembaran baru aku dimana aku terpaksa berpisah dengan rakan2 aku yang aku dah berkongsi suka dan duka bersama bertahun2. 

Pada hari akhir aku bekerja disana, rakan2 aku yang baik hati nie dah adakan Majlis Perpisahan utk aku dan rakan2. Dalam jam 5 petang, kami dah berkongsi tangisan, Haji Lah duduk disatu sudut, memegang sapu tangan beliau. Seperti biasa, sapu tangan tu dia gunakan untuk lap muka dia. Dia panggil nama aku, aku menyahut. Ye Haji Lah. Aku mendekati dia, saya dah nak pindah nie Cik Lah. Dia sebut lagi nama aku.. Dengan sebak.. Lepas tu dia terus tidak boleh berkata2.. Aku sedih Wani... Dia laju menuju tempat dia. Aku cepat2 follow belakang dia. Cik Lah, nape nie? Aku sedih Wani. Sedih hgpa bertiga dah kena tukar dgn titisan airmata dia. Saya pon sedih Cik Lah, dah bertahun saya kat sini. Tapi xpela mungkin rezeki saya bukan kat sini lagi. Kena tukar bukan bermaksud saya takkan mai sini lagi. Lain Wani. Lain. Takpa Wani, aku mintak maaf jugak dari hg. Maaf la mungkin sbb aku sakit, aku jadi sensitif. Takpa Cik Lah, saya paham. Cik Lah jgn risau, Cik Lah teringin nak makan apa pn, Cik Lah cakap. Saya boleh carikan nanti. Saya bukan kemana pun, saya ke Port Klang je. Walaupun dalam hati aku masa tu pun meronta2, sebab sedih nak tinggalkan kawan2. Aku tidak akan lupakan detik dan saat ini ketika air mata dia menitis untuk aku. 

Aku dengan Cik Lah nie dah macam bapak dan anak. Aku hormat dia. Aku respek dia. Aku cuba menangkan dia dalam bahagian yang tidak diketahui. 

Sejak dia didiagnos dengan sakit itu, aku dan kawan2 tidak pernah pandang ringan dengan kesihatan dia. Memori-memori sepanjang menemani sakit dia di Pejabat itu kadang2 menerjah dengan lebih kuat. 

Aku kadang2 menjadi tempat utk memujuk orang, kak Sham, rakan sebaya Cik Lah (walaupun kak Sham tu muda banyak sebenarnya) selalu berkongsi cerita orang lebih tua, waktu Cik Lah down, dia akan segera panggil aku untuk memujuk. Menyuntik semangat untuk kuat melawan sakit itu. Terngiang-ngiang suara panik rakan2 kadangkala diwaktu hidung Cik Lah berdarah akibat dari kesan ubat itu, memanggil aku. Semua itu kenangan. Kenangan yang akan dibawa sepanjang hidup aku. 

Kebiasaannya aku tidak pegang hp diwaktu bekerja
Tambah2 lagi utk Whatsapp
Sebab aku "mute" kan utk grup
Namun petang itu
Tangan & mata aku terhenti disitu
Seperti menanti msg yang akan keluar
Ayat msg telah dinaikkan
Mata aku terkaku
Mulut aku membisu
Aku cuma mampu menjawab BEB
Perginya seorang rakan
Perginya seorang yang lebih makan garam
Perginya seorang yang aku lawati dua kali dalam keadaan dia tidak sedar
Allahuakbar
Allah Maha Besar
Rakan ku telah dijemput. 

Kini, Haji Abdullah bin Awang atau Cik Lah telah kembali ke Rahmatullah. Kembali ke persemadian yang abadi. Kembali bersama Allah swt yang lebih menyayangi dia daripada kami. 

Cik Lah,
Ketahuilah, kami anak2 muda yang ditinggalkan ini
Sangat merindukan lawak bersahaja Cik Lah
Kami sangat rindukan Cik Lah mengetuai bacaan Yasin kami
Kami perlukan bimbingan untuk khatam al-Quran lagi tahun ini
Namun kami lebih merindukan kehadiran Cik Lah 

Tapi janji Allah swt itu pasti
Tiada sesaat
Tiada ketika
Cik Lah tetap meninggalkan kami buat selama-lamanya. 
Apabila ajal hadir menjemput

Cik Lah,
Jangan risau
Insya Allah kami akan selalu perhatikan tumbesaran
Daniel, Munirah & Fatihah
Selagi mereka perlukan kami
Selagi mereka mengenali kami
Moga hasil didikan Cik Lah membentuk mereka jadi anak soleh & solehah
Amin

Alfatihah buat
Allahyarham Tuan Haji Abdullah ibnu Kholijah

Dalam kenangan,
Wani Othman
22.04.15

06 April 2015

Kehidupan & Suasana yang Baru

Assalamualaikum wbt,

Dah lama tinta dan minda aku tidak dipahatkan disini. I really my life before but what is past, is past. Hmmm

Subhanallah. Walhamdulillah. Wala illah hailllah. Wallah huakbar.

Mmm... aku tak reti nak coretkan macam mana, apa yang tersirat dalam hati aku. Aku tak boleh soundkan lagi kat Insta or FB aku, sebabnya aku perlu menjaga hati banyak pihak. Aku tak tahu nak kabarkan apa yang tersimpan sekarang nie.

Untuk temporary, aku rasa aku sangat stress. Stress yang aku masih boleh senyum dan gelak. Stress yang aku simpan sorang diri. Stress yang aku nangis sorang diri. Aku tak tahu aku berada didalam dunia apa, dunia khayalan, dunia mainan mahupun dunia yang orang ciptakan untuk aku. 

Nie bulan ke-4 aku memujuk diri aku untuk membiasakan diri dengan suasana yang baru ini tapi diri aku tetap mengeraskan pegangan itu. Degil amat nie. Aku tetap terasa terasing dan macam kera sumbang aje. Rasa semua tak kena. Aku patut mengubah cara kerja aku. Aku tanak bekerja sambil lewa. Aku banyak komitmen lain. Aku perlu selesaikan apa yang dipertanggungjawabkan pada aku. Aku banyak tugas. Tugas yang orang tidak nampak. Aku tertekannnnnnn! Ya Allah. 

Bukan setakat kerja aku tidak bagus sekarang. Pemikiran dan otak aku juga seakan lembab. Lembab ke bodoh agaknya yer??? Geramnya aku. Sedangkan aku nie orang yang hyperaktif dan cergas sebelum ini tapi sekarang dah macam budak bengong pun dah ada. Hmmm... apa nak jadi nie...

Adakah ini penolakan secara tersirat dari aku? Sesungguhnya aku tanak macam nie. Aku nak jadi orang yang cemerlang, amanah serta jalankan semua yang dipertanggungjawabkan tanpa memandang ia sebagai satu beban.

Ya Allah Ya Tuhanku, ikhlaskanlah hati aku. Berikanlah aku satu pedoman serta panduan. Sedarkanlah aku dari satu mimpi yang panjang ini. Kembalikanlah diri aku yang lama. Yang riang, yang gembira dan yang tahu apa itu tugas.

Aku memohon kepadaMu, Ya Allah.

Lotsa Love,
Wani Othman

The sadness thing in your life

Just a quick update as a reminder to myself Its really hard to accept that life as a fat woman actually. Hahahaha For the 1st time aku merun...