29 December 2014

#3daystogo

Assalamualaikum wbt,

3 days to go before I am leaving this office officially.

Ya Allah Ya Tuhanku Kau permudahkanlah perasaan aku
Kelegaan hati aku
Ketenangan hati aku
Kemudahan hidup aku
Bantulah aku dengan membina kehidupan yang baru
Kau suntikanlah semangat kerja yang baru
Kau tambahkanlah keredhaan aku
Redha dalam menerima kerja
Redha dalam membisikkan husnuzon dalam jiwa aku
Redha dalam merubah satu kehidupan

Ya Allah Ya Tuhanku
Siapalah aku tanpa Mu.

Setelah segala ombak dan badai yang melanda diri aku
Aku mencari disegenap celah dan lubang
Untuk mencerahkan perasaan aku.
Untuk menerima segala keputusan.
Untuk mengambil langkah pertama.

Banyak yang ingin aku luahkan.
Banyak yang ingin aku tangiskan.
Dan banyak juga yang ingin aku jeritkan.

Aku tidak perlukan simpati orang lain
Aku cuma perlukan sedikit pemahaman
Sekurang-kurangnya memahami dan menghormati perasaan ini

Lotsa Love,
Wani Othman
29.12.2014


16 November 2014

#throwback Belated Birthday

22 Oktober senantiasa menjadi tarikh yang terbaik buat diri ku. Terbaik & tidak pernah kurang. Kerana inilah tarikh aku dilahirkan. Menjadi anak pertama kepada mak & abah aku. Menjadi kakak kepada 3 adik. 

22 Oktober 2014 menjelma sekali membawa perubahan dalam usia aku, daripada usia 20 an bergerak ke pangkal 30 an. Sesungguhnya diusia inilah harus mematangkan diri aku. Menjadi individu yang lebih professional serta menjadi lebih cekap. 

30 tahun akan menemani aku untuk tempoh satu tahun lagi. Insya Allah. Banyak lagi impian dan mimpi yang perlu digapai. Bukan mudah untuk memiliki dan bukan mudah untuk melepaskan. (Ketika ni aku dalam penerbangan ke Bali, menikmati percutian sebagai hadiah untuk diri sendiri).  Ayat-ayat biasa yang akan aku dengar ialah "bolehlah dia berjalan sana-sini, dia bukan ada komitmen, bukan ada anak nak beli pampers atau susu, gaji makan seorang diri". Itu persepsi orang luar. Untuk diri aku, ya aku cuba untuk mampukan diri ini. Aku tau perbandingan jelas adalah status aku. Aku tiada tanggungjawab lain kononnya. Ya, aku takde hal untuk mengiyakan. Tapi ini adalah impian aku. Negara-negara yang ada dalam senarai aku, insya Allah cuba digapai. Ada kawan aku pernah tanya, "macammana kalau kahwin dengan orang yang tak suka jalan?". Jawapan aku, "terimalah seadanya. Sebab masa itu dia adalah suami. Aku cuma berdoa yang dia seorang kaki jalan seperti aku. Supaya kami dapat berkongsi minat.". Memandangkan aku tiada komitmen perkahwinan, maka aku memilih untuk memberi komitmen kepada aktiviti percutian. Wahai 30, temanilah aku merentasi pengembaraan dalam tempoh satu tahun ini. 

Wahai 29, kamu banyak berjasa kepada aku. Setahun menemani aku kesana sini tanpa mengenal penat dan lelah. Menyayangi aku sepenuhnya. Menyintai aku tanpa perbezaan. Berkongsi segala perasaan yang aku tempuhi. 29 tetap menjadi kenangan terindah walaupun kebanyakkan masa diselubungi dengan awan-awan yang mendung. Tangisan itu mengajar aku. Kecewa itu mendidik aku supaya tabah. Sendirian mengajar aku tentang berdikari dan kesabaran. Sakit mengajar aku kembali merujuk kepada agama Allah iaitu Islam. Cemburu mengajar aku erti kesetiaan dan bersyukur. Tidak semuanya mampu untuk dimiliki dan memiliki. 

Duhai hati, terimalah 30. Berbahagialah dengan dikelilingi orang dikasihi dan disayangi. 30, sekiranya ditakdirkan bahawa hati ini tidak dimiliki untuk tempoh ini, sudi-sudikanlah mengisi kekosongan hati ini dan menyintai aku tanpa sebarang kekurangan. Aku tetap bersyukur dengan rezeki Allah swt. Mungkin aku bukanlah insan terbaik untuk mendampingi siapa-siapa, aku redha, jika itu takdirnya. 

30, marilah bersama-sama mengharungi lautan dunia ini. 29, kau akan dirindui selamanya kerana tidak akan pernah lagi ada 29 buat kali kedua. Terima kasih 29 kerana sudi memayungi aku. 


Lotsa love,
Wani Othman 
1.11.2014 
Selepas 10 hari

22 September 2014

The Sumbs - Kali Ke-3

Nie CHICKEN CHOP - the exact name korang pergi sendiri la kat THE SUMBS okeh! Aku lupa la nak rekod sebab over-exhausted. Baru sampai dari TAWAU masa tu. Nie EIN yang order.

CHURROS - setiap kali aku rasa nak makan. Aku akan pikir nak kesini. So, haruslah korang try kan?

This is mine. BEEF SPAGHETTI ape ntah. Tapi seyesly sedap angatttt..... Lauknya sangat banyak. 

This is AZWA punya. SEAFOOD CALZONE. As usual sedap. Cuma hari tu, lidah aku macam kurang rasa garam la. 

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2014 #throwbac

Ucapan hari raya untuk tahun ini dari aku. Hi3.

Aku dengan tudung keluaran ZAWANI'S PROJECT. Projek aku & Zam. Shawl yang berbidang supaya labuh & tertutup. Shawl Glitter Zawani

Aku dengan 2 orang PHOTOBOMBED - Cikah & Fizah

Kami di halaman rumah aku. Hi3 Nie la kerja kami dipagi raya.

Tanpa aku sedar, hp aku penuh pic depa bertiga ok!

Kami pi beraya rumah Mak Long Miah

Aku si besar dengan si keding!Wpn depa pakat kutuk baju raya aku tapi aku bahagia sebab boleh bagi ilusi aku kurus macam orang sebelah aku tu. Ha3!

Nie adik aku, dia keja kat LAB. Aku rasa dia still single & available kot!

4 dara duduk di tepi sungai... duduk menjerat si ketam lah batu... La la la la.....

Kanan is my MUMMY, Merah is my MAK NDAK & macam Noor Kumalasari sikit tu MAK SU aku.... Kih3

4 dara juga.

Nie sepupu aku, FARIZA

With adik bongsu, MIMI. Dia student UITM PALAM. Nak ngorat? Pi cari dia kat PALAM.

Yes, belakang tu mak aku, bukan kakak aku, ok! Haha! Jgn tanya kenapa aku lebey besar dari mak. Sebab mak bagi zat kat anak dia. 

My DADDY & my MUMMY

Satu2nya rumah yang aku pi raya, rumah AKMA. Akma is one of my Geng Jahat. Aku kalau tak kerumah dia, kami akan ke rumah AZWA. Hahaha! Nampak sgt kami berkawan sesama kami aje. 

MIMI : aku pon nak dok dalam gambar jugak
AKU : Nie kawan aku... pi la cari kawan hang sendiri... LOL

Melantak STARBUCK selepas pi beraya. Sedangkan aku kena pi amek MAK aku yang aku tinggalkan dirumah EMAKnya. 

Kami beraya dirumah PAKCIK & MAKCIK pula. Makan malam. Nasik daging. 

Si gila bergambar!

MAK CIK pun nak bergambar jugak!

With my cousin, dalam gambar nie masih bujang. 2 minggu kemudian, tidak lagi. 

Sengal2 belaka. 

Nie family sebelah MAK aku, dari kiri : MAK NJANG, PAK CIK NASIR & anak2nya & TOK aku. 

Nie keluarga aku. Masing2 sengal nak masuk dalam gambar.



Spring time at Everland, Korea

Nie adalah kegemaran aku untuk tahun 2014. Spring time at Everland, Korea. Serious, rasa taknak balik masa nie. Tambah2 pulak ada Festival Rose. Next time, aku haplodkan pic bunga ros pulak. Aku sangat sukakan bunga. Memang bahagia la. Nie musim bunga di Korea, bulan Mei. Suhu, sejuk2 macam Cameron Highlands. Kalau ada rezeki lagi, ok fine! Memang nak pi lagi. 


















Kenduri Kak Nadia & Musaddique - Our Cousin

Me & my sister, Mimi



The hantaran!

Candy buffet!

Henna by @rosenadiah u can find her at instagram. She has an excellent talent. 

Us - the bridesmaids!
Me with the camera. My idea also to took a picture and post it in the guest book. So many works that day as a KETUA DAYANG

I love our picture captured by our cousing, Ammar. Nice! Us as a flower girls. It was my idea, to wore a flower headbands.

All of bridesmaids. Missing another 2 - Fiyah & Fizah

Super models! Really nice. 

The sadness thing in your life

Just a quick update as a reminder to myself Its really hard to accept that life as a fat woman actually. Hahahaha For the 1st time aku merun...