Ya Ilahi Rabbi by Allahyarhamah Datin Rafeah Buang



Tajuk : Ya Ilahi Rabbi
Lagu/Lirik : Rafeah Buang
Hakcipta : Warner Chappel Music

Ya Ilahi Rabbi.. Sempurnakanlah pekertiku
Sebagaimana Engkau menyempurnakan wajahku
Kurniakanlah rahmat bahagia ibubapaku
Berikan hidayah pada hati yang tertutup

Sebagai rimbunan daun-daun
Seandainya bilangan dosaku
Ya Allah ampunilah daku
Hamba bertaubat

Hai anak yang soleh, beruntunglah ayah dan bonda
Bagai mata air yang mengalir dalam syurga
Hai anak durhaka, pintu taubat masih terbuka
Jangan kau teruskan tingkah laku yang kecewa

Sebagai rimbunan daun-daun
Seandainya bilangan dosamu
Ya Allah ampunilah dia
Yang telah bertaubat

Assalamualaikum wbt,

Pepagi buta lagi aku dah haplod vid dari YouTube. Hah, ko! Tak reti nak nyabar langsung kan? Lagu nie secara tidak sengajanya aku dengar masa tuko cenel radio dalam kete.. kat cenel Klasik.fm kooo.. Hahaha! Lantak ar kalo korang nak gelak pon. Aku tak kesah ;p Memang aku dah set pon cenel radio tu dalam kete. Sebab kekadang lagu2 yang diputar memang best. Mengimbau memori lama! Cis!

Cuba dengar lagu nie betul2 kengkawan... Korang akan dapat rasa apa yang lirik nie cuba sampaikan... Memang sangat menyentuh hati, bila korang menilai siapa diri anda yang sebenar. Dengan dosa-dosa yang menyelubungi kita. Kecuali la korang rasa korang tak pernah berdosa kan? Itu aku memang tak leh nak nolong laa...

Bila aku mengenang segala perbuatan dan kekurangan aku selama 29 tahun aku hidup didunia nie... Makkkk aiiii.... Tak terhitung dan terjumlah dosa tersebut. Tapi sebagaimana lirik yang disampaikan tu, "Hai anak durhaka, pintu taubat masih terbuka. Jangan kau teruskan tingkah laku yang kecewa" , so dengan masa yang ada nie nilaikanlah diri anda. Fikir-fikirkanlah. Aku dah fikir sampai menitis airmata. Ok fine! Done!


Lotsa Love,
Wani Othman



Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

#familytrip Umrah Istanbul 2016 - Part 1

Prazovex