05 November 2012

Otak Seminit

Tajuk kepada post kali nie didedikasikan kepada kawan kami, Geng Jahat. =) Kulat. Dia selalu cakap thats kami nie mempunyai OTAK SEMINIT. Yang mana, sikap kegilaan kami nie bisa merancang pelbagai plan yang tak terjemah dek otak dalam tempoh seminit dan keputusan yang dibuat jugak SEMINIT. Ko mampuuuu? Kadang2 perancangan tuh melibatkan jumlah kewangan yang agak besar namun OTAK SEMINIT ini tidak mampu untuk menghalang daripada ianya diterjemahkan sekali lagi. Wow, hebatkan kawan-kawan aku nie..... Hihi!

Last week, on Saturday, kami bertiga [aku, Nora & Azwa] memang dah agreed yang kami nak pergi kenduri di Senawang & Rembau. By then sebelum itu, kami akan singgah dirumah bakal mertua Nora terlebih dulu. Hah, kan daripada pepagi buto kami kena kuar umah. Dengan make up ala diva tu, kami singgah tapau bekpes kat McD, dah lapor sesangat ko! Otw pergi, aku yang drive. Tahu je lah mulut I yang kepoh nie, tak reti nak berhenti rehat sesaat punya dok bercerita. Hihi! Sorry guys, uols ada kawan yang bermulut kepochi nie. Kira rezeki lah yer? =)

Dah lepas minum2 dirumah bakal mertua Nora, kami bergerak pula ke rumah yang bakal diduduki Nora setelah kawen. Hahaha! Sorry Nora & Khairi, I soal2 macam tuh just nak wat lawak supaya we ols x mati dengan ke"diam"an memasing. Kan? Tapi rumah uols cantik la walaupun masih kosong2. Agak2 we ols nie akan rasmikan dulu ker? Ahakssss!

Next destination, drove by Azwa [biasaklah aku kan tukang baca maps & berphotogedikz], kami menuju kerumah kenduri yang pertama, rumah Aqeem. Aqeem nie aku kenali semasa wat urusniaga membeli henbeg2 yang glemer nie laaa uuu.... Anyway, congrats Aqeem & Nana. Semoga Allah memberkati perkahwinan kalian. Amin. Akak doakan [kelas kauuu jahhh terus AKAK!]. Makanan dirumah pengantin pertama nie sangat ohsem ok. Nyesal I makan sikit. Rupanya sedap. Nak dijemput lagi, sapa lak yang nak kawen kan? Hahahaha....

Dari umah Aqeem ke Rembau [destinasi kenduri kedua], hujan mak aiiiiii punyalah lebat ko! Azwa yang drove jugak. Aku si MAPS. Haiii bertemankan ujan aje la mak seharian! Kali nie kenduri kawan Nora. Yang kami berdua, si malap2 nie antara kenal ngan x kenal aje. Hahahahaha! Again, food was so delicious! Isk, pesal la I takleh makan bebanyak dah sekarang. Rugi wooooo! Di kenduri kedua nie, kami dah mula hilang 5 minutes BEHAVE. Hahaha! Kan dah jadi x behave pas tue.... Mana taknya, berphotogedikz sakan. Kenduri orang kooo! Isk!

Masuk je kete dah tanya, kita nak kemana yer? Hihi! Sebenarnya dah ada jawapan, kan? Ahaksss! Jom argh kita ke Melaka. Refer kat Waze, around 45km je dari Ghombau. Ikut jalan biasa. So kami pon agreed as usual dan memulakan perjalanan. Best! Ye la... for the 1st time kami meredah kampung laman orang kan? Sebelum ini tidak biasa ke area situ. Dengan permandangan selepas ujan yang sangat mendamaikan. Kabus memutih dipinggir bukit. Lagi best!

Motif utama kami ke Melaka, semata-mata nak minum Coconut Shake SAHAJA! Aje. Ko hadoooo? Hahaha! Ada sesapa ke yang dapat meniru aktiviti gila kami nie? Setelah dapat shake2 ke boom tuh... Kami menghala ke Pantai Puteri. Di area Tanjung Keling. Hah, motif kedua, menyakitkan hati Akma! Naseb ko la Akma! Dapat kawan2 yang inci kadang2 tak cukup, kadang2 juga tak mental pon ada. Sabar ye kawan2! Hahahahaha.......

Di Pantai Puteri, sekali lagi aktiviti gila kami bermula. 5 minit pertama kami sangat sopan ditepi pantai. Lepas tu dah makin melompat2 dengan baju kurung. Hadoi, uols kan dah tua??  [dah best kan sekarang berjalan2 pakai baju kurung ek?]. So berpintal2 punya dok memosing kat tepi pantai tuh. Ada akak kesah, kan? Nak makan satay sedap yang Akma promote pun kedai nye kul 6 lebih baru bukak. Hmm, time tu baru kul 5 ptg. Tak apela, nexti time la pulak kita cuba yer kawan2. Next time koooo...! Ada hati nak datang lagi kan? Otw balik, hujan lebat membasahi bumi. Pergh, dengan kete yang bertali2 dari Selatan ke Utara. Maka meredahlah kami sekali lagi untuk patah balik dan pulang ke rumah.

Namun haruslah ditamatkan dengan makan malam, kan? SO kita singgah dulu kat Homst Chinese Muslim Restaurant kat Seksyen 13, Shah Alam. Isi perot dulu. Dah burpppp! Balik bum2 sebelum memulakan aktiviti lain pada hari Ahad pulak. Done!

Love,
Wanie













No comments:

Post a Comment

The sadness thing in your life

Just a quick update as a reminder to myself Its really hard to accept that life as a fat woman actually. Hahahaha For the 1st time aku merun...