10 September 2014

Ceritera Ku & Geng Jahat di Pulau Mabul

Assalamualaikum wbt, 

Alhamdulillah kami selamat dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur sekarang nie, aku gunakan masa yang panjang atas flight nie utk mencurahkan segala kenangan semasa kami di Pulau Mabul, Semporna, Sabah. Hihi! Tak tahu nak mulakan mukadimah mcm mana kan? Tak tau samada gembira atau sedey atau perasaan yang berbagi. Aku & Geng Jahat ada pengalaman yang sangat mahal, walaupun tidak mahal dimata orang lain tapi mahal pada kami. Hihi! 

Sesampai kami di Mabul, lebih kurang jam 9.30 pagi, Akma as a ketua program kali nie terus check in kat registration counter Uncle Chang Resort. FYI, banyak resort or chalet yang berpatutan in term of price di Mabul, just pilih je la ikot rasa hati dan review korang. Bagi kami, dorang dah cuba provide apa yang dorang mampu kat sana, so what do you expect kan? Kalau nak luxurious so uols pegila check in kat Sipadan Water Village or Mabul Water Bungalow takpun SMART. Ini jenis2 yang mahal la. Hihi! Alhamdulillah kami pilih yang seadanya, so bila kami perlu berkorban, kami let it go in a good ways. 

Lepas check in, kami terus dapat bilik, bilik as usual la atas air, Mabul nie just a small island w/o any bukit-bukau, for me Mabul adalah pulau yang bertanah landai. Bilik kami berdepan dengan lautan yang luas, family room: muat untuk kami 5 orang. Sunyi. Nampaknya kebanyakkan ialah foreigners and local peoples n also workers. Masuk je bilik, tengok takde elektrik, elektrik ada untuk jam 4.30 ptg hingga 8.30 pagi sahaja. Again, what do you expect! Hihi! Seb bek la baru lepas ujan kan? So angin sejuk yang menyelimuti kami. Pusing kiri pusing kanan, tak tau arah kami dibuatnya. Decide untuk tanak ke Kapalai lagi hari tu, next day la katanya. Pusing2 area chalet, nampak bot POLIS kami berposing dulu. Kenal2 ngan Polis yang bertugas kat situ, as u know Mabul is pulau yang dibawah kawalan sebab tahap kebahayaannya tinggi. Kami pun bukan berani sangat, dek sebab kami dah beli tiket kesana, maka dilanjutkanlah rancangan tu. Rupanya kami berlima nie boleh dikatakan hanya local Malaysian yang bercuti kat sana. Sebab seriously kami tak nampak other Malays or Indian or even Chinese except China's people. 

After lunch kami decided untuk pergi snorkeling kat area Mabul, so we proceed to tempat kumpul. Lunch memang sangat menyedihkan hahahaha kalau duduk sebulan kata sana, sure loose weight banyak nie. Lunch aku amek ayam goreng ngan daging masak kicap. Kami ingatkan kami leh la makan seafood yang sangat over heaven kan? Tapi nan hado! Sobs sobs sobs. Rasa menyesal plak tak beli ketam masa anak Bajau tu datang jual. 

Untuk snorkeling area Mabul tiada charge, kononnya la hihi so kami pergi la ngan Uncle Chang. Kami nie not a diver even a swimmer uols, kena ada bantuan teknikal daripada budak2 tu. Seyesly memang best tengok dasar lautan. Gayat pun ada sebab kaki takleh cecah tanah kan? In terms of clear, air takde la clear sangat. Maybe Kapalai lagi nice kot, & sadly announced that kami tak pergi pun Kapalai. After snorkel ke 3 point, kami pon balik ke Uncle Chang. Jalan2 jap ke perkampungan Bajau disitu & ronda sikit2 je. 

Balik & bersihkan mandi. Another point is air kat sana untuk kegunaan masin okeh, maybe sebab tu air masin yang ditapis. Hahaha! So bila korang mandi, badan still rasa melekit tapi once kering, dah okay. Dinner at 7 until 8.30, masa kami nak makan, ada sekumpulan yang tengah makan bagi kat kami ikan goreng, maybe dorang beli dari Bajau Laut yg jual kot. Waktu smyg Maghrib around jam 6.30 so kami setelkan semayang semua dulu, baru mudah nak lepak lepas makan. 

Dok bersembang2 dengan Zill Faezrul, one of police kat situ, hahahah kenapa kami panggil dia Zill Faezrul? Masa kami lepak depan pintu bilik, dari jauh kami tengok dia berjalan pakai short pant aje, aku dah cuit Azwa, weh tengok Zill Faezrul tu hahaha. Knowing him, buatkan kita terpikir betapa besarnya jasa Polis yang bertugas untuk menjaga sempadan negara. Dorang dah berkorban masa, tenaga, family time & entertainment untj diri sendiri demi negara yang tercinta. Menyusuri kehidupan dia, buatkan aku rasa insaf, pengorbanan untuk meninggalkan ahli keluarga tanpa sebarang cagaran untuk kembali. Apa2pun uols dah buat sesuatu yang paling terbaik dalam kerjaya anda. Bagi aku mamat tu over emo la, hahaha asyik sentap aje. Nak ngayat Farah (my friend yg dia pakai letak nama je sesuka hati) tapi pakai orang tengah. Apa barang banggg! Dah lepak sejam, datang pulak another person yang dalam bidang dorang gak, he called him as Brother Love, for us we called him Pakcik. For the moment, i think tak salah for us untuk berkawab dengan dorang. Lagipun dorang je orang Semenanjung yg ada pada masa tu. Kaki aku tergantung kebawah sambil tengok ikan2 yang berenang didalam air kira2 2.5 meter kebawah. Tenang & sejuk suasana malam tu, bertemankan bulan mengambang & gelak besar kami semua. 

Kami bersembang sampai jam 11.30 mlm sebelum aku, ien & dila mengundurkan diri utk tido & aku halau dorang aku bekerja. Hihi. Dah berbaring, aku rasa takleh tido. Hampir jam 12.30 tghmalam baru aku dapat lelap. Dalam tido, aku rasa katil aku bergoyang, as u knows resort kami atas air, so perasaan bergoyang tu sangat mudah dirasai. Aku mula dengan desiran & pusaran angin yang sangat kuat. Dalam hati, aku dah terdetik nie bunyi ribut. ya Allah janganlah ribut taufan. Aku bangun bersila, aku tengok kawan aku berempat tetap tido. Aish dorang tak rasa ke apa yang aku rasa. Dengan jari yang sejuk, aku menyelak curtain untuk tengok ke luar. Subhanallah. Air laut pasang tinggi searas dengan lantai resort kami yang setinggi 3 meter, aku tengok bot panjang penduduk situ pon yang teroleng-oleng ditolak air yang kuat. Pusaran air yang berpusing-pusing buatkan dada aku berdegup ditahap paling laju. Weh, bangun weh... Bangun.. Tengok sat kat luar.. Ada sesuatu.. Dorang berempat terus tengok, masing-masing tergamam. Masa tu jam menunjukkan 1.00 pagi lebih. Dengan hp yang tiada battery, membuatkan aku speechless. Apakah takdir kami berlima? Aku terpikir, adakah ini takdirnya? Sebab apa aku berpikir macam tu, sebab kami berlima memang tidak reti berenang. Totally tidak reti. Aku duduk atas katil, terdiam. Cuba mencari solusi. Dorang berempat kembali ke katil untuk tido, aku pun paksa diri utk lelapkan mata sebab takut. Aku takut aku tak sempat pulang. Kaki & tangan berada dalam tahap yang paling sejuk. Sejuk sebab takut. Aku berjaya lelap sekejap tapi bila bilik dah bergoyang macam rollercoaster, aku dah bangun kembali. Aku takleh tido. Dorang pun takleh tido. Memikirkan sapa yang akan selamatkan kami. Sebab pakcik & Polis dah keluar jalankan tanggungjawab dorang. Mata aku asyik terbayangkan situasi dalam video tsunami di Acheh tiap kali memandang ke luar tingkap. Kemudian, angin dah kurang tapi hujan lebat menggila pula. Air laut makin meninggi. Kami mengendap diluar, tengok staf resort dah berlari kesana-sini, sebab bagi dorang ini fenomena alam yang berlaku sekali sekala. Selepas sejam hujan, ombak mula mengganas, ombak yang menghempas resort bisa menggegarkan jantung kami. Sorang diver yang mana bilik beliau paling hujung dah melarikan diri ketempat berkumpul. Laju dia lari. Aku tengok ombak putih yang menggulung menghala ke resort, bila mendekati, terus menghempas resort yang mengadap laut. FYI, disekeliling pulau ni, ada pintu masuk & keluar, dalam jarak 2km dari resort, ada macam benteng batu yang diletakkan disana. So dengan cara camtu, ombak yang panjang dari jauh, aku tengok terputus, bila mendekati, kadar hempasan dia agak kurang kuat, tapi still menggoyangkan struktur binaan. Aku memang takut, sebab bagi aku, objek mana yang boleh bertahan jika dipukul untuk satu tempoh yang lama. 

Diluar bilik kami, staf resort yang temankan kami snorkeling berkumpul, masing2 nak tengok ombak yang memukul resort. Ombak makin ganas, bukan makin reda. Kami tanyakan pada pakcik tu, berapa lama kami nak bertahan dibilik? Dia cakap boleh lagi bah, kalau nda boleh lagi nanti kami kabar, tapi setakat nie belum effect lagi. 30 minit lepas tu, dorang mula panik mengetuk pintu resort yang menghadap laut dan terkena hempasan ombak tu, untuk dipindahkan ketempat berkumpul. Kami tanya lagi, boleh lagi bah, tempat lain katanya ombak sudah 3.5 meter. Habis tu kat sini, berapa tingginya? Selamba je dia jawab, jangan risau kurang dari 3.5 meter disini. Habis tu? 3 meter saja bah. Hadoiii!!! Pakcik nie! Beza 0.5 meter je kot! Buat lawak la pulak pagi2 buta. 

Kami tunggu lagi sambil tengok ombak yang menghempas. Kain baju yang kami sidai diluar dah diterbangkan angin, ntah kemana. Ombak mengganas, sekali menghempas, melompat2 air keluar dari lantai kayu kami. Terjerit2 kami dibuatnya.  Selagi pakcik cakap maintain disitu, kami bersabar wpn dalam hati dah pk macam2. Then kami kembali duduk atas katil, dalam jam 4.30 pg camtu, pakcik datang bilik, kita pindah ke tempat berkumpul ya, kemas2 barang dulu. Pindah? Kami dah pack barang dari jam 1.30 pg lagi pakcik. Hahaha! Mmg bersiap sedia nak melarikan diri pun. Budak2 tu pun tolong angkatkan barang2 kami. Maka dgn kalutnya kami bergerak, nampak ombak putih bergulung... Lariii lariiii..... Aku ngan dila sempat elak tapi akma, azwa & ein terkena tempias air laut tu. Seb bek basah je. Alhamdulillah. 

Menanti ditempat berkumpul sambil tengok ombak yg memukul2 resort. Doa kami, keadaan laut kembali tenang. Decision dah buat, kami akan balik setelah laut tenang, & bot keluar jam 4.00 ptg. Memang bertekad wpn kami akan lost sedikit duit tapi kepentingan dari sudut keselamatan adalah diutamakan. Masing-masing terdiam dan merenung masa depan. Kami menunggu sampai jam 7.00 pagi, nak makan bekpes dlu sebelum balik ke bilik untuk lelapkan mata sekejap. Tak mungkin kami nak balik jam 7.30 pagi, ombak masih dalam keadaan bergelora. 

So ini part 2 untuk pengalaman kami. I will update soon untuk ceritakan what was happened kemudian.

Renungan bersama :

1) Dalam keadaan genting nie, kami berhadapan dengan ancaman fenomena alam, sedangkan yang ditakutkan oleh semua orang ialah ancaman dari manusia. Sesungguh kuasa Allah tidak dapat dinafikan. Tidak semua yang kita anggaran/rancangkan berjalan seperti yang dikehendaki.

2) Hidup ini sangat mudah. Uruslah dengan sebaiknya. Baik dengan orang disekeliling. 

3) Masa chalet bergoyang, video tsunami di Acheh saja yang terbayang2 dilayar mata. Tak dapat nak dibayangkan betapa takutnya dorang. Sedangkan kami baru 1% pon dah menggigil. Aku paham maksud fobia tu sekarang.


Lotsa love,
Wani Othman 


No comments:

Post a Comment

The sadness thing in your life

Just a quick update as a reminder to myself Its really hard to accept that life as a fat woman actually. Hahahaha For the 1st time aku merun...