06 April 2015

Kehidupan & Suasana yang Baru

Assalamualaikum wbt,

Dah lama tinta dan minda aku tidak dipahatkan disini. I really my life before but what is past, is past. Hmmm

Subhanallah. Walhamdulillah. Wala illah hailllah. Wallah huakbar.

Mmm... aku tak reti nak coretkan macam mana, apa yang tersirat dalam hati aku. Aku tak boleh soundkan lagi kat Insta or FB aku, sebabnya aku perlu menjaga hati banyak pihak. Aku tak tahu nak kabarkan apa yang tersimpan sekarang nie.

Untuk temporary, aku rasa aku sangat stress. Stress yang aku masih boleh senyum dan gelak. Stress yang aku simpan sorang diri. Stress yang aku nangis sorang diri. Aku tak tahu aku berada didalam dunia apa, dunia khayalan, dunia mainan mahupun dunia yang orang ciptakan untuk aku. 

Nie bulan ke-4 aku memujuk diri aku untuk membiasakan diri dengan suasana yang baru ini tapi diri aku tetap mengeraskan pegangan itu. Degil amat nie. Aku tetap terasa terasing dan macam kera sumbang aje. Rasa semua tak kena. Aku patut mengubah cara kerja aku. Aku tanak bekerja sambil lewa. Aku banyak komitmen lain. Aku perlu selesaikan apa yang dipertanggungjawabkan pada aku. Aku banyak tugas. Tugas yang orang tidak nampak. Aku tertekannnnnnn! Ya Allah. 

Bukan setakat kerja aku tidak bagus sekarang. Pemikiran dan otak aku juga seakan lembab. Lembab ke bodoh agaknya yer??? Geramnya aku. Sedangkan aku nie orang yang hyperaktif dan cergas sebelum ini tapi sekarang dah macam budak bengong pun dah ada. Hmmm... apa nak jadi nie...

Adakah ini penolakan secara tersirat dari aku? Sesungguhnya aku tanak macam nie. Aku nak jadi orang yang cemerlang, amanah serta jalankan semua yang dipertanggungjawabkan tanpa memandang ia sebagai satu beban.

Ya Allah Ya Tuhanku, ikhlaskanlah hati aku. Berikanlah aku satu pedoman serta panduan. Sedarkanlah aku dari satu mimpi yang panjang ini. Kembalikanlah diri aku yang lama. Yang riang, yang gembira dan yang tahu apa itu tugas.

Aku memohon kepadaMu, Ya Allah.

Lotsa Love,
Wani Othman

No comments:

Post a Comment

The sadness thing in your life

Just a quick update as a reminder to myself Its really hard to accept that life as a fat woman actually. Hahahaha For the 1st time aku merun...