Rindu yang Mahal

Assalamualaikum wbt

Menonton Labaikallah di Tv AlHijrah menggamit perasaan rindu Tanah Haram itu sendiri. Terlalu rindu sehingga air mata menitis. Tiap kali memandang Kaabah rindu tu mendebarkan rasa & menuntut perasaan tidak puas berada di Tanah Haram. 

Sesungguhnya nikmat berada di Tanah Haram itu sukar untuk diterjemahkan. Nikmat yang hanya difahami oleh orang yang telah pergi. Barulah aku faham kenapa mak pak aku bila bercerita tentang Tanah Haram nie dulu mata depa bercahaya. Semangat rupanya. Jihad dalam ibadah. 

Rindu sangat. Aku nak Allah swt menjemput aku biarlah berulang-ulang kali walaupun aku berdoa biarlah aku boleh mencari punca rezeki di Tanah Haram. Aku tidak kisah untuk bermigrasi ke sana. Ya Allah Ya Rabbi, betapa cemburunya aku pada pekerja-pekerja yang mempunyai nikmat beribadah disana. Mungkin rezeki aku untuk bersembang dengan pekerja sana yang fasih berbahasa Melayu atau Arab (dengan bantuan ustaz), Allahurabbi indah sangat nikmat mencari rezeki di sana. Peluang pahala senantiasa terbuka tiap masa. Nikmat beribadah juga tiap masa. Nikmat sangat kan?

Kepada rakan-rakan yang belom pergi aku sentiasa menggalakkan depa pergi. Nikmat ini patut dikongsi rasanya kan? 😭😭

Ya Allah
Berilah peluang lagi kepada ku
Terimalah aku, keluarga ku, rakan-rakan ku menjadi tetamuMu Ya Allah
Terimalah kami
KepadaMu Ya Allah aku sandarkan impian dan rindu ini
Rindu Ya Allah
Amin


Rindu Tanah itu,
Wani Othman


Comments

Popular posts from this blog

#familytrip Umrah Istanbul 2016 - Part 1

Ya Ilahi Rabbi by Allahyarhamah Datin Rafeah Buang

Prazovex