Esok pagi, aku akan bangun masak nasik dan masak sayur kacang bersama telur dan cendawan. Masak kering sahaja. Pergh! Goreng telur untuk adik aku supaya lauk dia mencukupi memandangkan aku kurang keyakinan diri tadi, aku tak goreng ayam keseluruhan. My bad!
Sebenarnya nie adalah bulan keempat aku memasak untuk adik aku. Ok fine, untuk bekal dia. Dia baru praktikal. So langkah penjimatan adalah dengan memasak. So secara tak langsung aku dah memperbaiki tahap & mutu masakan aku terutamanya memandangkan sebelum ini kak Nai selalu cakap aku failed bab-bab masak lauk kampung. Kak Nai, hello! I am change! 4 bulan aku memasak sampai aku dah pernah capai tahap tengok masakan sendiri pun rasa nak muntah. Hahahaha!
Sekarang sebut sahaja nak makan apa, sap sap soi ok, kari ikan? Masak lemak? Udang? Ayam? Daging? Asam pedas ikan? Sambal telur, ayam, sotong or daging? Sila listkan. Lulus. Hahaha! Tapi tolong jangan uji dengan masakan nasik ok. Aku just reti nasi tsunami aje. Nasik aku tak mencuba sebab setiap hari aku masak 1 pot saja, bahagi dua dengan adik aku. Kalau aku nak bagi kawan-kawan kerja aku makan, aku masak 2 pot. Bukan kedeks tau, tapi aku makan tak banyak. Cepat tak lalu (tlg jangan bandingkan dengan saiz)
Ok sekarang jam 12.04 pagi, aku mengantuk. Tapi adik aku belum balik lagi. Aku kena tunggu. Lepas tu bagi pesanan ikhlas & tidur. Letih. Esok jam 05.30 pagi dah bangun. Masak. Itulah rutin dah masuk 4 bulan. Bukan 4 tahun ok.
Oklah gudnite!
💤💤💤💤💤💤
No comments:
Post a Comment