03 May 2011

Jalan-Jalan Takde Plan

Pada 30.04.2011 hari tu secara tidak sengaja kami dah termerancang satu holiday lagi, just a simple holiday. Kami menuju ke rumah cik Kulat (comel tak nama dia? Mak aku pon heran pesal la panggil nama orang macam tuh. Tapi we like!). Kulat tinggal kat Jitra, dah lama tau tak menuju ke arah sana. Uwaaaa...!

Oleh kerana aku balik kampung dengan menumpang Azwa, maka dengan rasminya Azwa telah dilantik sebagai Duta Drebar kami. Ahakss! Thanks honey...... (saja ngada nak cetuskan kontroversi). Yang bestnya, Kulat ngan mak dia sediakan Laksa Jitra ooo.... (nih baru betul Laksa Jitra Mai. Sebab sedap! Tak macam kat umah aku skang).

Lepas tuh, kami dengan tiada hala tuju pada awalnya telah ke Padang Besar, dengan diiringi langit yang gelap dan kegelapan gitu. Bila dah sampai ke tempat membeli dan mempokai nie. Maka dengan lajunya pengaliran wang tunai telah berlaku. Hoho! =) Ni masalahnya pompuan kan, kuat shopping. Hihi! Memula ngusha kerongsang, dan beli kerongsang. Then angkut plak seluar Aladin (best tau pakai sebab kain lycra kot! Nyaman deh). Dah tau kedai mana satu sebab dalam tempoh 1 bulan dah dua kali aku ke Padang Besar =) opss...lupa plak nak ceta kan? Azwa pulak mengangkut 2 toto a.k.a Narita bersaiz King, sebab murahhhhh... RM36.00 satu! King Size ye! Haha! Seb bek muat keta dia. Makanan nie bermacam la kami beli. Selalunya jajan laaa.... Favourite aku ialah biji Gajus dan pistachio. Ada gak pelbagai kerepek lagi. Tak larat aku nak senaraikan. Yang pastinya produk popular depa haruslah ada iaitu produk berasaskan ASAM JAWA. =)

So kepada korang yang tak pernah pergi atau merancang ke Utara, dengan itu haruslah mula memplan ya. Kedah dan Perlis tidak memerlukan berhari-hari nak jalan-jalan. Cukuplah sehari kecuali anda ke Langkawi. So amacam? Next holiday? Perlis ek! =)




Love Lady Wanie

No comments:

Post a Comment

The sadness thing in your life

Just a quick update as a reminder to myself Its really hard to accept that life as a fat woman actually. Hahahaha For the 1st time aku merun...