04 May 2011

Hatiku Runsing

Hmmm...see mengeluh lagi nie. Memang la masalah kerja pun banyak jugak tapi masalah peribadi pun berbaris jugak. Hati aku sedih sangat mengenangkan kesakitan yang nenek aku alami sekarang. Rasanya aku pernah blogkan masa nenek aku patah tulang bahu ini.

Sekarang masalah lain pulak muncul, sebab dia dah lama tak berjalan sebab dah terlalu tak larat, jari kakinya dah macam mati a.k.a gangren. Dapat tak korang bayangkan yang jari kaki tanpa sebab musabab tiba-tiba mati. Mula-mula ingatkan bengkak dan doktor cakap sebab jangkitan virus tapi tadi abah aku dah jumpa banyak ulat kat jari tu. Dapat tak korang bayangkan?? Sakitnya hanya Allah yang tahu. (airmata aku menitik nie)

Diusia dia, dia tak mahu lagi kakinya dipotong sebab nak tubuhnya lengkap semasa disemadikan. Hati mana yang tak luluh, dalam ketak upayaan dia, dia menanggung segala kesakitan. Kalau ikutkan hati aku nie, mau saja aku amek cuti yang panjang sikit untuk uruskan dia. Aku sangat risau. Tapi aku takleh mementingkan diri sendiri sebab aku ada tanggungjawab lain iaitu bekerja.

Jadi mana-mana pembaca blog aku atau blogger yang singgah ke blog aku, yang work as a doctor atau ada kawan doctor yang boleh aku dapatkan nasihat. Tinggalkan komen ya. Terima kasih.


Hazwani

No comments:

Post a Comment

The sadness thing in your life

Just a quick update as a reminder to myself Its really hard to accept that life as a fat woman actually. Hahahaha For the 1st time aku merun...