30 June 2011

Setia Seorang Perempuan

Salam,

Pelik kan tetiba je hangin aku nak menulih blog kembali dan yang penting tajuk SETIA. Dah banyak hari pikirkan tajuk nie, ntah pesal aku taktau. Tapi bila jari dah letak atas keyboard, blank la pulak. Ye ye ee aku nie kan?

Pada pendapat aku, setiap manusia ada sifat setia nie, cuba macam mana kita gunakan aje. In a right way or bad way. Tue aje. Oleh kerana ni adalah blog aku maka aku nak ceritakan pasal diri aku sendiri la. Ye ar pesal lak aku nak ceritakan pasal orang lain. Jahat sangat ke mulut nie, hiks hik!

Korang jangan pandang setia dalam satu skop aje, iaitu perhubungan. Banyak lagi kesetiaan dalam idup kita. Cuba baca dalam Rukun Negara kita. Ada perkataan Kesetiaan jugak kan? Yang pertama, mestilah setia pada Agama kita, Agama Islam, yang kedua, aku letakkan Ibubapa dulu.. sebab nie lagi penting dalam hidup aku.. Keluarga atau kalau dah kawen, family sendiri... Lepas tuh Raja dan Negara (sapa yang tak sayangkan negara sendiri,kan?), pekerjaan yang diceburi and of course setia dalam perhubungan sesama insan.

Tapi kebiasaannya kita refer SETIA nie untuk pasangan kapel2 la kan? Betul tak? Hiks hiks, aku pun macam tuh jugak. Bila nak kena pikir secara mendalam barulah nak tersengguk-sengguk pikir setia untuk apa lagi.

Kadang-kadang tuh adakah kesetiaan kita nie membawa kebahagiaan dalam hidup kita? Tak semua manusia yang merasakan,kan? Selalunya kesetiaan tuh selalu diuji. Aku dalam kategori mana satu pun aku taktau. Kadang-kadang macam sangat setia tapi ada hal jugak yang aku dah buat. So macam mana? Yang pastinya setia tuh sangat tinggi percentnya.

Aku tak bernasib baik dengan kesetiaan, setia dari segi hubungan sesama manusia lain jantina. Ape la susah sangat nak cakap, lelaki. Aku pernah setia. Setia yang macam mana? Setia yang dihitung bertahun-tahun, tapi kesetiaan tuh tidak dibalas dengan seadilnya. Apa yang aku buat bila dikhianati? Aku buat bodoh aje la. Amboi, macam relaks je. OKAY TAKKKK.... Aku tak relaks melainkan melalak. Lama mana? Sekejap je sampai aku tertido. Hahaha! Letey okay. Yaps aku dah bazirkan hampir spoloh tahun. Hmmm rugi...rugi....

Okla...terpulanglah kepada setiap individu untuk ada dilevel mana kesetiaan tuh. So ups to korang la yer...sebab nie blog aku. Aku punya pasal la nak cakap ape.... hiks hiks.

Love,
Wanie

No comments:

Post a Comment

The sadness thing in your life

Just a quick update as a reminder to myself Its really hard to accept that life as a fat woman actually. Hahahaha For the 1st time aku merun...