04 August 2011

Melaka @ Ayuh Serang!

Seminggu sebelum masuk Ramadhan, adik aku Cikah datang. So demi menghormati tetamu maka aku dengan senang hatinya mengajak Azwa bersama-sama kami untuk ke Melaka Bandaraya Bersejarah. Mmm masa aku nak booking hotel tuh agak bermasalah. Bukanlah masalah berat sangat tapi kebanyakan hotel dah FULL. Uiii...Uiii... Pesal nie? Bukan setakat Melaka, Genting ngan Port Dickson pun sama. Tapi Alhamdulillah dapatlah jugak hotel walaupun hanya berbintang dilangit rasanya.

Aku dapat book HOTEL WEILIA kat Taman Melaka Raya. Takde la jauh sangat dari Dataran Pahlawan. Lagipun area situ kawasan yang sibuk la jugak. Sibuk ke? =) Aku book FAMILY ROOM for TRIPLE. Biliknya luas, siap leh guling-guling gitu. Ada 3 katil single + 2 one seater cushion, TV, WiFi & others. Aku nie walaupun dah berpuluh kali pergi Melaka, tapi boleh sesat lagi. Cisss, next time aku nak gunakan INSTINCT laaa... dah tanak guna GPS. Sebab GPS aku leh sesat dan tak confident. Huhu! Sesudah check-in, kami terus serang ke bilik. Acara golek-golek sedunia dah bermula. FYI, aku ada tapaukan Nasi putih, Kari Ayam ngan Kentang, Rambutan yang adik aku bawak dan dikupas kulitnya dan Roti untuk cicah ngan kuah. Wah, silap tempat nie patut ke Port Dickson untuk berkelah nie. =)

Nie katil single dan keluasan bilik

Bekal yang aku bawa. Siap dengan pinggan plastik lagi tau! :p

Azwa tengah menyantap makan tengahari dan aku pon join sekali lagi! Makan berdua lagi sedap!
Lepas dah golek-golek macam landak, dalam kul 6.30 tu kami bergerak. Gerak kemana? Ke UMBAI laaa apa lagi =) Sebab rasa macam nak makan SEAFOOD walaupun perut kekenyangan. Sekali lagi khidmat GPS diperlukan & tapi NAN ADO sesat sekali lagi. Uwaa! Dahlah 1st time nak makan kat Umbai nie. Next time pergi dah tau, nampak je Sekolah Henry Gurney terus signal kanan. Hah, dah sampai la maksudnya tuh. Kami dengan laju je terus menghala ke RESTORAN IKAN BAKAR PARAMESWARA selepas memarkir kereta. Kedai nie located kat hujung sekali, uols akan jumpa foodcourt 1st. Depa nye service memang laju la. Kalau dah sampai make sure perut rasa lapar sesikit, sebab kejap je dorang antar Appetizer : buah potong + otak-otak (anggap je nie appetizer, *_*)

Di UMBAI, berlatarbelakangkan kedai-kedai jual barang buatan Malaysia.

Pose setelah mengorder makanan. Banyak. Tamak. Perut kenyang.

Sedap! Puas hati! Udang masak butter (tak sama kot ngan Butter Prawn), Sotong Goreng Tepung, Kerang bakar + Tomyam Campur. Kenyang amat! =))

Sempat lagi abang nie wat peace. Hehehe! Aku nak capture gambar seafood.

Selepas balik dari makan, aku terus drive menghala ke Jonker Street pulak. Park agak jauh. Menapak la kami kesana. Jonker Street nie macam Uptown la kat cni. Kami lebih banyak memerhati dari membeli. Kawasan orang Cina kan, maybe Baba dan Nyonya. Hanya beberapa kali berhenti untuk usha dan pilih Fridge Magnet. Dah lembik lutut kami nak melangkah, kami decide untuk patah balik dan balik. Huhu! Letey seh.

Balik je bilik, terus mandi dan belayar ke La La Land. zzzZZZzzz



Itu HOTEL WEILIA =) Dont judge a book by its cover. Their service ok and pricey sangat affordable.

Ini antara kejiranan. Hihi! Takde la tido kat sini. =) Pergi karaoke sini pun TAK. Seb bek tak bising.

Siang esoknya lepas check-out, kami terus pergi menyantap Asam Pedas kat foodcourt di Bangunan MARA depan kapal tu. Dah kenyang kami dengan senang hati, terus menghala ke MENARA TAMING SARI. Yeay! 1st time nak naik. For Malaysians RM10.00 & Foreigner RM20.00. Lepas tu, kami berpusing-pusing di DATARAN PAHLAWAN. Paling lama kami dok memilih kasut kat BRANDS OUTLET. Hahaha! Hazab betul la dok merambang mata kat situ. Macam-macam nak dicapai.

Abeh pilih-pilih kasut, kami menghala kembali ke Bangunan MARA untuk beli jajan dan terus menghala balik ke KL.

Pandangan dari atas MENARA TAMING SARI. Suka tengok permandangan.

MAHKOTA PARADE & DATARAN PAHLAWAN

Berlatarbelakangkan laut =)

Azwa

Cikah

Love,
Wanie

No comments:

Post a Comment

The sadness thing in your life

Just a quick update as a reminder to myself Its really hard to accept that life as a fat woman actually. Hahahaha For the 1st time aku merun...