26 March 2012

Redha dan Pasrah

Aku redha kalau aku perlu terima ujian ini. Sebenarnya ujian sesama manusia itu lebih hebat dari segalanya. Dosa kita banyak datang dari persekitaran kita. Sedar atau tidak? Sebab apa? Sebab 42% dalam 24 jam, kita habiskan dipejabat. Itupun kalau kita kerja. 42% itu dah hampir setengah hari. Cuba fikir, apa yang kita dapat dalam 42% itu?

Berapa persen kebaikan yang kita buat? Berapa persen keburukan yang kita buat pula? 21% - 21%? Sama rata? Atau ada yang lebih? Kebaikan yang banyak? Betulkah? Dah nilai balik kebaikan kita? Ikhlas ke? Redha ke? Pasrah ke? An Amal Lil Niat Lilallahitaala? Atau baru 5% kebaikan terhadap manusia lain, dibelakang manusia tersebut 5% kejahatan? Mana satukah kita?

Tambah tolak dalam hidup kita sangat mudah. Yang payahnya, macamana kita nak kekalkan supaya 42% tu kekal dengan kebaikan. Betul atau tidak? Betapa ruginya kan manusia itu bila dia merasakan mungkin dengan penuh rasa bongkak dan takjub, dia pasti pulang dengan 42% pada hari tersebut. Betapa pastinya manusia itu. Bukankah lebih baik dia merasakan was-wasnya manusia itu pada hari tersebut berjaya mencapai 42%? Dengan itu manusia itu akan lebih mengerjakan kebaikan. 

Mudah rasanya kita nak mengurangkan 42% itu setiap hari, sebab kita dikelilingi dengan manusia. Manusia, rambut sama hitam tapi hati lain-lain. Pepatah itu dah biasa didengar, tapi yang tak biasa ialah menterjemahkannya. Rambut kita bisa melihat tapi hati tak bisa ditelek walaupun dibuka dadanya. Hati takkan senaraikan apa yang membuatnya luka atau hitam. Ini menunjukkan betapa manusia itu berbeza. Disaat kita tak mahu manusia lain melukakan hati kita, disaat itu juga ada hati manusia lain yang tidak bisa dilukakan. Sebab itu hidup umpama cermin. Dikala kita mencerminkan manusia lain, disisi lain manusia lain pula yang sedang mencerminkan diri kita. Mudahkan konsep hidup? What U gives, U get back! 

Oleh itu, disaat kita mengkritik ataupun sedang dikritik, renung-renungkanlah diri kita dicerminan itu. Apa yang terpantul disisi sana? Segala kebaikan kita atau kejahatan kita? Jangan kerana keredhaan dan Alhamdulillah manusia lain terhadap kita, itu bisa mengubah jalan yang lurus menjadi bengkok. Wallahualam.

Jika hidup kita memerlukan keredhaan ibubapa, macam itu juga dengan kejayaan dan keberkatan harian kita, kita memerlukan keredhaan manusia-manusia lain yang seangkatan dengan kita. Jangan dinilai manusia itu dari kejahatannya, tapi nilailah manusia itu dengan kebaikannya walau setitik. Tak lupa juga, jangan dibalas kejahatan manusia itu dengan duri sembilu tapi balaslah dengan Alhamdulillah.

Jom renung-renungkan, sama-sama kita jaga dacing itu. Jangan lupa yang keluar dari mulut kita, pasti akan kembali kepada mulut itu juga.

Wallahualam.

Love,
Wanie

p/s : tulisan adalah karya sendiri. Peringatan untuk diri sendiri. Akan bersambung kemudian.

No comments:

Post a Comment

The sadness thing in your life

Just a quick update as a reminder to myself Its really hard to accept that life as a fat woman actually. Hahahaha For the 1st time aku merun...