08 October 2012

Pengembaraan Geng Jahat : Kuching Part 1

Bersambung dari entry khas sebelum ini. Ini adalah request daripada Akma, untuk masukkan cerita ini kedalam blog aku. Ini merupakan part 1, dikala otak aku masih fresh untuk menjejaki perjalanan kami yang tanpa rekod ini.

Sementelah ini adalah perbincangan pada minit2 akhir & genting, maka masa untuk kami ke airport adalah sangat suntuk. Boarding time adalah jam 11.45 dan pada jam 9.25 pagi kami masih di Shah Alam menemani Nora. Selepas berbincang lanjut & mendalam, kata putus dicapai. Masa & ruang untuk Nora adalah diutamakan. Maka strategi yang tepat perlu diatur untuk pastikan kami dapat sampai di airport sebelum gate close. Yang nie kena diingatkan yang, plan asal adalah trip dibatalkan. Maka aku yang memang banyak menda nak pikir nie belom mengemaskan sebarang barang. Gigil jugak aku pikir. Ok, kita sahut cabaran ini.

15 minit yg pertama mulai jam 9.30 pg, kami memecut dari Shah Alam kerumah aku untuk mengambil semua barang. Haihhhh..... Pecut ngan MyViTo aku..... Sepanjang jalan kete lain kena maki ngan aku. Sabar aje laaaaaa.... 15 mnt kedua, kami perlu berlarian dari bawah ketingkat tiga a.k.a empat dgn tangga untuk ambil beg & dlm ms yg sama kembali kekereta. Perghhh, mencabar! Aku ada masa 2 mnt sahaja untuk merembat apa2 baju.... Hasilnya, ntah pape punya baju yang aku bawak. Huhuhu! 15 mnt ketiga pulak, dari rumah aku ke rumah Azwa di Pantai Dalam. Hah, memang masalah nie. Banyak jalan plak jalan terkemut2. Siput btol la!! Yg mana menyebabkan Azwa hanya mempunyai masa 3 mnt saja utk ketingkat 14 & kembali ke kereta. Azab weeyyyy!! Tadi dh lembut lutut kami berdua masa kat rumah aku. Dengan keadaan kami yang x makan properly & rehat yg hanya sejam... Memang kami memaksa diri utk berupaya.

Jam menunjukkan 10.30 pg & kami masih di Pantai Dalam. Gate close jam 11.25 pagi. Ya Allah Ya Tuhanku, Kau mudahkanlah perjalanan kami. Aku memang berdoa sepanjang jalan. Perjalanan yang memakan masa 45 mnt hingga sejam itu cuba dikurangkan lagi. Mana lah nak daya sikereta ini menahan kehendak tuannya yang melampau2. Banyak kereta menjadi halangan utama kami. Dada aku memang berdebar2 sebab jam 11.10 pagi kami berada dalam kereta. Dalam hati aku memang tawakal & zikir supaya aku dapat bawak kawan2 aku ke Kuching. Sesampai di airport, kami segera menurunkan Akma & Kulat untuk menunggu di pintu perlepasan dalam negeri terlebih dahulu. Lagi 10 minit saja lagi, aku cakap apapon tolong wat supaya kita dibenarkan masuk. Berpusing2 kami berdua mencari parking, Nah!!! Jauh gila okay. Hampir sekilometer parking. Ya Allah Ya Tuhanku, dugaan apa pulak kali nie..... Huhuhu! Langkah kami diuji lagi. Dengan masa yang berbaki, dengan baju kurung yang langsung x sempat ditukar, dengan mata bengkak yang lagi sembab, dan kasut yang x sesuai... Aku & Azwa memulakan langkah seribu. Sumpah! Seumur hidup aku, aku xpernah lari selaju ini. So kalau anjing tengok pon for sure anjing x jadi nak kejar.. Memang berdesup dibuatnya. Kami berdua dah tak heran dengan mata yang memandang. Sesiapa yang dah biasa parking di LCCT tahulah betapa jauh tapak parking kami yang berhampiran dengan traffic lite yg kedua itu. Panggilan telefon Akma menyebabkan langkah kami bertambah panjang, macam main ragbi plak kami berdua menyelit dicelahan orang ramai.

Fuhhhhhh!!!! Hai macam nak putus nafas dibuatnya. Polis yang jaga tu pon speechless tengok kami berdua. Dari polis sampai la ke pintu gate kami berlari marathon. Termengah2 tu tak ada tapi memang dah nak pitam laaaaa..... Alhamdulillah, orang yg menjaga setiap tahap seakan terkesima & tanpa songeh memberikan laluan. Alhamdulillah.

Kami berdua menghela nafas yang panjang sebelum kedua2 kami tertido disebabkan keletihan yang amat sangat. Dengan baju kurung yang kusut masai itu jugak kami memasuki Sarawak. Untuk pertama kalinya, aku travel dalam keadaan paling tak terurus. Baju kurung. Kasut travel. Tudung kemek. Muka pucat. Mata bengkak. Buruk wey!

Akma & Kulat terpaksa sabar melayan kerenah kami yang menukar tempat utk memberikan ruang bagi pelari marathon ini. Order makanan dikala kami ketiduran. Dan hanya bangun utk mkn & sambung tido. Sori ye uols berdua, mata aku sangat letey & kepala dah sakit. Hihi!

Anw guys, nie baru part 1 tapi travel ngan korang tak pernah boring sebab ada saja menda lucu yang jadi. Best for us!

To be contd

Love,
Wanie

No comments:

Post a Comment

The sadness thing in your life

Just a quick update as a reminder to myself Its really hard to accept that life as a fat woman actually. Hahahaha For the 1st time aku merun...