22 October 2012

22.10.2012 - 28 tahun

Tarikh yang menjadi benchmark untuk aku setiap tahun. Macam budak-budak aku kan aku nie. Aku suka diraikan walaupun muka pasti memerah sebab malu dikelilingi semua orang. Aku suka aku sendiri gembira & aku suka orang jugak gembira.

Setiap tahun aku pasti mewar-warkan tarikh kelahiran aku. Aku bangga sebab MAK berjaya melahirkan dan membesarkan aku sepanjang 28 tahun ini. So sekali lagi, tahun ini aku meraikan hari jadi dengan gembira sekali. Bukan apa, aku duduk disini sendirian. Jauh dari keluarga aku. Yang aku ada rumah sewa, kawan-kawan, kawan pejabat & mungkin sedara-mara. Aku nak mengubat rasa hati yang jauh dari keluarga ini dengan menyambut hari lahir sendiri. Tak kesahlah apa pendapat orang lain, tapi aku pasti aku IKHLAS menyambutnya.

Setiap tahun, menjelang hari lahir aku, pastinya aku dah buat WISHING LIST. Barang-barang apa yang aku demand daripada semua orang. Mengada kan? Aku takdela berharap sangat WISHLIST aku dipenuhi, sekadar suka-suka aja. Tapi tahun nie aku takdela letak ayat2 mengada macam nie lagi. Huhuhu.

Tahun nie apa yang aku nak IS = DOA / Du'a

Doa daripada rakan-rakan yang mengenali. Semoga mereka mengaminkan doa & permintaan saya nan satu itu. Ini doa saya di status FB saya ketika jarum jam menjengah 12.00 tengah malam 22.10.2012;

Ya Allah Ya Tuhanku,


Syukurillallah.
Dengan kesihatan.
Dengan penambahan usia.
Dengan rezeki ini.

Amin Ya Rabbal Alamin.

Doaku -
Kau ampunkanlah dosa kedua ibubapaku
Ahli keluargaku
Sahabatku
Org2 terdekat denganku.


& Kau mudahkanlah & dekatkanlah jodohku.



Amin Ya Rabbal Alamin.

Wani Othman
22.10.2012



Ini doa saya ketika malam menjengah. Ayat yang dihitamkan itulah permintaan aku tahun ini. Besar sungguhkan permintaan saya kali ini. Semoga Allah Maha Esa mendengar dan mempertimbangkan doa nan satu ini. Besar harapan mak pak aku, sebesar itulah harapan aku. Namun aku percaya kepada perancangan Allah S. W. T., Dia yang lebih Mengetahui mana yang baik untuk diri aku.

Ketika usia 28 tahun telah membuka pintu untuk aku teruskan perjalanan. Aku akan cuba mengorak langkah yang lebih teratur dan berpanduan, dan betapa indahnya perjalanan itu jika bersama Imam Hati (-_*) [ye ye je kan ayat aku! Poyo]. Tapi seandainya langkah aku bersendirian, aku mohon kepada Allah Yang Satu, terangilah perjalanan aku dan bimbingilah jiwa dan roh aku agar berada dilandasan Islam yang benar. Amin Ya Rabbal Alamin.

Kepada kedua ibubapa aku, terima kasih kerana mem"besar"kan anak depa yang manja, garang & mengada. Perjalanan 28 tahun ini seakan pantas. Sekali, "Allahummafirli zunubi waliwalidaiya warham humma kama rabayani soqhira". Amin!


Love,
Wanie




No comments:

Post a Comment

The sadness thing in your life

Just a quick update as a reminder to myself Its really hard to accept that life as a fat woman actually. Hahahaha For the 1st time aku merun...