07 October 2012

Kehilangan Yang Sama Pernah Dirasai

Assalamualaikum w.b.t,

Salam dari Kuching, Sarawak.

Aku dan kawan2 ada di Kuching sepertimana yang dirancangkan dari awal. Namun ada cerita disebalik kedatangan kami disini.

Mengikut perancangan awal, aku, Nora, Akma, Kulat & Azwa dah plan satu percutian bersama. Biasa la dah nama pun Geng Jahat. Tapi atas dugaan yang Nora hadapi pada masa itu iaitu hari Kamis, dia pun mengundurkan diri, supaya dia dapat menemani maknya bersama-sama ahli keluarga yang lain. Mak dia been admitted untuk go through operations. So kami pon okay, dia perlu bersama family dia.

Tetapi Allah lebih mengetahui segala perancanganNya & sesungguhnya perancangan Allah adalah perancangan terbaik.

Pada 5.10.2012 jam 9.00 malam, kami seperti biasa berWhatsapp sesambil berlawak. Plan untuk jumpa around 11.00 untuk jemput Akma & Kulat yang sampai dari Penang. Nak gi lepak2, minum2 dan gosip. Kononnya.... And oso take check-in ticket, copy of reservation for hotel and parking pass [which actually we were not using it].

Semasa aku otw utk mengambil Nora dirumah dia, Nora call dia urgent nak ke hospital. Aku cakap jap, aku dah dekat. Bila aku jumpa dia, dia cakap, "aku kena gi hospital, kak aku baru call. Jantung mak aku berhenti td. Skang kt icu." aku terdiam. Terkejut. Doa aku Insya Allah tak ada apa-apa.

Memandangkan bas yang dinaiki dorang ikut jalan jauh, aku decide utk tunggu di Seksyen 18, cari tempat yang cerah sikit sebab jam semakin melewati 12 tengahmalam. Tapi hati aku dah mula rasa resah dan galau, memikirkan segala kemungkinan. Aku call Azwa sebab aku perlu share perasaan speechless aku ini.

Selepas dorang berdua sampai, aku ambil dan bawa ke McD tempat aku tunggu tadi. Masing2 dah sangat lapar. Aku pun tak makan dari petang sebab nak lunch + supper sekali.

Masa aku line up untuk order, hp aku berbunyi. Nama : Noraliza. Tangan aku dah menggigil. Sesudah aku slide screen utk answer, aku dengar suara, "weyy... Mak aku dah takde....,". Suara Nora. Nora nangis. Aku dah tersandar. Lemah segala-galanya. Aku dah sebak. Otak aku kosong. Aku cuba untuk tenteramkan dia dengan sebaik mungkin. Aku putuskan panggilan dengan janji untuk segera kesana.

Ya Allah, sesungguhNya janji Allah itu tepat. Tidak awal dan tidak lewat. Innalillah hiwainahirajiun. Dari Allah kita datang dan kepada Allah kita pulang.

Dengan segera aku drive menghala kerumah Azwa untuk ambil dia terlebih dahulu. Kami bersama-sama menghala ke PPUM. Berpusing2 mencari Tower Timur. 1st time aku ke PPUM, berpintal2 kami mencari arah dikala jam menunjukkan 1 pagi. Kami menaiki lif dengan debaran didada.

Pelukan Nora dengan tangis membuatkan aku terdiam dengan rasa sakit didada. Tanpa sebarang tangisan. Pelukan kami harapnya dapat mengurangkan kehibaan dan kesedihan yang dihadapi dia. Perasaan kehilangan itu sama dirasai kami. Keluarga Nora juga dekat dihati kami. Azwa, Akma & Kulat segera menyedekahkan Yasin ditepi jasad kaku yang diselimuti kain. Menanti untuk dibawa pulang. Sedih perasaan aku melihatkan Nora dan adik-beradiknya menangis disamping Arwah Mak mereka. Namun takdir Allah hanya menjanjikan disitulah perpisahan mereka. Berat mata kami yang memandang, berat lagi bagi mereka yang memikul. Keperluan kami bersama-sama Nora adalah tersangat tinggi. Nora, sahabat kami dah dijanjikan hanya bersama Arwah Ibu selama 28 tahun.

Selepas itu, jasad ditolak ke Jabatan Forensik bagi urusan bawa pulang. Dan, kami juga bersamanya kesana. Ini adalah kali aku berada disitu. Jabatan Forensik atau lebih dikenali sebagai Rumah Mayat. Segera. Itu jawapan yang aku boleh bagi. 5 minit disitu, jenazah arwah sudah berada didalam van jenazah. Dengan pantas, 4 buah kereta lain mengikutinya. Jam ditangan menghampiri pukul 3.00 pagi. Kami memutuskan untuk pulang dulu kerumah aku untuk berehat sebentar, makan dan menyalin pakaian yang bersesuaian. Keputusan juga telah dibuat, trip kami ke Kuching dibatalkan demi menghormati dan menemani Nora.

Sampai dirumah hampir jam 4.00 pagi tidak bisa membuatkan mata kami terlelap. Kami berempat masih speechless. Seakan mimpi semalam sahaja. Aku teringat Arwah Tok yang tahun lalu meninggalkan kami. Perasaan yang sama tetapi orang yang berbeza. Pilu dan sedih. Namun kami harus lebih kuat untuk memberikan semangat kepada Nora. Setiap kali mata ingin dilelap, tangisan Nora dan bayangan suasana segera berada ditubir mata. Sesudah subuh dan sebelum jam 7.00 pagi, kami sudah berada dirumah dia. Suasana yang berbeza. Melihat airmata ahli keluarganya meruntunkan lagi perasaan aku. Luka dan pedih. Suasana yang mengalirkan airmata kami berempat. Pelukan hangat dan kejap dari kami tanda semangat untuk dia. Kalau kami sudah separuh lelah dan keletihan tapi dipihak dia, bahasa mudah adalah lemau. Kehadiran jiran dan saudara seIslam menziarahi Arwah membuatkan hati kami bertambah diruntun pilu, titisan airmata tidak bisa dihentikan. Bagaimana pulak dipihak dia? Kesedihan itu tidak berupaya dihentikan dan dihalang.

Langkah dan ayunan kaki kami menghala ke surau diseberang jalan rumah Nora bagi bersama dalam urusan memandikan, mengkafankan dan mengkafankan jenazah sebelum jenazah meneruskan perjalanan akhirnya. Semasa menunggu jenazah diuruskan, kami berbincang dan memutuskan untuk meneruskan perjalanan kami ke Kuching setelah menerima nasihat dari pihak ketiga. Bukan kami ingin bersikap kejam dengan meninggalkan sahabat kami dikala kesedihan menyelubungi dirinya. Tapi kami ingin memberikan peluang kepadanya untuk berehat sementelah melalui hari yang sangat panjang. Supaya dia dapat memberikan masa yang lebih kepada keluarganya. Supaya dia dapat memfokuskan kembali kepada kehidupannya yang sebenar. Plan kami diteruskan dengan perasaan hati yang sangat berat. Terlalu berat meninggalkan sahabat tersayang pada masa itu.

Sebelum kami mengundurkan diri, dakapan erat dan lama tanda perkongsian perasaan diantara kami. Berat. Sedih. Pilu. Tangisan tidak dapat dilepaskan begitu sahaja. Kesedihan beraja didada kami dikala langit mendung dan hujan renyai mengiringi perjalanan hari itu.

Nora, sahabat kami.
Memang berat dugaan ini.
Tapi kuatkan hati ko teman.
Sesungguhnya Allah tidak akan menduga kita jika tidak berupaya untuk menerimanya.
Nora,
Jangan risau kami Geng Jahat,
Akan berada disisi untuk berkongsi segala rasa,
Gembira mahupun sedih,
Kami doakan segala yang terbaik untuk diri ko. Amin.

Love,
Wanie

[aku tamatkan tulisan ini ketika dalam pesawat pulang dari Kuching, Sarawak]

No comments:

Post a Comment

The sadness thing in your life

Just a quick update as a reminder to myself Its really hard to accept that life as a fat woman actually. Hahahaha For the 1st time aku merun...