16 March 2013

Review buku : Biografi Syed Mokhtar AlBulkhary

Assalamualaikum w.b.t.,

Dah lama aku x mencoretkan sesuatu dilaman sesawang milik aku nie. Maaf. Aku busy dengan sesuatu. Insya Allah, tarikh kedepan, aku mempunyai ruang dan waktu untuk menterjemahkan kehidupan harian aku dalam bentuk penulisan.

Hari ini hari Sabtu, pagi tadi aku pergi berziarah jenazah suami kepada rakan sepejabat aku. Innalillahhiwainahirajiun.

Seusai pulang, aku mengisi ruang yang tak berapa kosong & ingin meregangkan keletihan badan yang dah tersimpan seberapa ketika waktu ini dengan bahan bacaan. Dari awal minggu lagi, aku berazam untuk habiskan bahan bacaan yang tertunggak ini. Rasanya ada dalam 5-6 buah buku yang masih belum selesai bacaannya. Hanya menyelak beberapa helai halaman. Termasuk 3 buah buku, buah tangan dari mak aku serta rakan pejabat aku. So aku grab majalah terlebih dahulu, kemudian diikuti dengan buku yang akan aku review sedikit sahaja.

Orang mesti pelik kepada aku, yang todak minat dengan ekonomi ini membeli buku Biografi : Syed Mokhtar AlBukhary. Taikun perniagaan yang gah dipersada pernigaan negara. Sangat tidak related dengan pekerjaan aku kot. Hihihi! Dimana aku hanyalah kuli biasa yang mengharapkan gaji bulanan daripada Kerajaan. Tapi apa yang membuatkan aku minat untuk membaca buku mengenai beliau adalah sifat & prinsip perniagaan beliau, whereby HONESTY IS THE BEST POLICY. Iya setiap tindakan yang diambil beliau berasaskan kejujuran. Dimana, beliau adalah bangsa Melayu yang beragama Islam. Dimana juga, stereotaip dalam perniagaan di Malaysia, perniagaan sentiasa akan terlibat dengan korupsi. Penubuhan empayar perniagaan beliau dengan prinsip-prinsip asas Islam menarik hati aku untuk membaca.

Sememangnya aku yang berasal daripada Utara nie, tahu mengenai kewujudan antara 10 jutawan Malaysia ini. Pertama sekali aku tertarik hati bila baca tulisan dalam akhbar setelah beliau menerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah, mengenai tindakan ibunya yang meminta beliau agar menyedekahkan sebahagian daripada pendapatannya kepada orang-orang yang layak. Perkataan lebih mudah adalah zakat. Ibu beliau menyatakan dalam setiap keuntungan yang diperolehi bukanlah milik beliau sahaja tetapi milik orang-orang yang tidak berkemampuan. Oleh yang demikian, beliau dinasihati untuk mengembalikan kepada insan yang lebih layak (ayat diatas ikut pemahaman aku waktu itu). Dan dalam buku ini juga, uols boleh membaca perenggan menenai hal ini. Diminta beliau memberitahu ibunya meminta beliau menyerahkan separuh pendapatannya yang berjumlah RM3000 kepada orang kampungnya yang tidak bernasib baik. Sebab itu sampai sekarang, Alhamdulillah aku memegang konsep yang sama. Iaitu berzakat. Tapi takdelah sampai separuh daripada pendapatan aku kan? Aku bukanlah insan yang terlebih mampu. Tapi Insya Allah aku tak lupakan peratus zakat pendapatan sekurang-kurangnya. Aku pun memegang prinsip bahawa rezeki kita takkan berkurangan kerana sebahagian zakat tetapi Allah akan memudahkan kita dalam bentuk yang lain. Insya Allah.

Memetik kata-kata beliau dalam buku ini, "Setiap kali saya melakukan kebajikan, hati saya tersentuh. Ia tiada kena-mengena dengan tanggungjawab sosial korporat. Ia adalah perasaan ambil berat, sesuatu yang datang dari hati. Harapan saya adalah supaya mereka yang mempunyai wang akan membantu mereka yang kurang bernasib baik supaya dunia ini menjadi lebih adil dan saksama kepada semua.". Sebab itulah beliau sangat dikenali sebagai dermawan. Banyak bukti dalam negara yang boleh dilihat oleh kita. Aku mungkin tidak mampu sepertimana beliau tetapi Insya Allah, aku boleh membantu sedaya yang mampu sahaja. Ini adalah contoh dimana setiap manusia dilayan secara sama-rata dan tiada kasta yang membezakan. Sebagai contoh pengalaman aku semalam, semasa ada perbincangan antara majikan & bekas pekerja, aku menjemput duduk kedua2 pihak tetapi bekas pekerja hanya berdiri. Aku meminta beliau duduk, "encik, jemput duduk dulu,". Beliau jawab, "saya boleh duduk ker cik? Saya nie kuli saja, tak layak duduk semeja dengan pegawai dan bos.". Saya, "encik, duduk. Setiap manusia tiada perbezaan pangkat.". Encik itu duduk dan diam. Setiap manusia adalah sama, yang membezakan hanyalah usaha, ketekunan dan prinsip hidup.

Sifat peribadi beliaulah yang membuatkan aku tertarik dalam mengutamakan konsep Islam dalam pekerjaan, Insya Allah. Walaupun kadang2 kita mungkin akan terkhilaf dengan tindak-tanduk kita sendiri. Memang aku tidak review buku ini dari segi kejayaan beliau mengambil-alih bidang perniagaan yang membuahkan hasil nilaian jutaan ringgit. Tetapi aku lebih berminat kepada strategi dan percaturannya dalam urusan perniagaan berpaksikan Islam.

Last but not least, memetik sekali lagi ayat beliau, "Terdapat kesedaran, keinsafan, bahawa saya hanyalah manusia biasa yang telah diberikan begitu banyak oleh Allah s.w.t. Saya bersyukur kepada-Nya atas segala rahmat, dan saya berdoa supaya tidak akan terpeeangkap dengan ketamakan.".

Judul buku : BIOGRAFI SYED MOKHTAR ALBUKHARY
Penulis : PREMILLA MOHANLALL
Harga buku : RM 19.90

Love,
Wanie


No comments:

Post a Comment

The sadness thing in your life

Just a quick update as a reminder to myself Its really hard to accept that life as a fat woman actually. Hahahaha For the 1st time aku merun...