16 March 2013

Review : DIMANA DIA DI HATIKU?

Assalamualaikum w.b.t & selamat pagi,

Pagi rasanya lebih sesuai, memandangkan jam didinding menunjukkan angka 2.15 pagi. Ini adalah buku kedua yang akan aku ulas. Sedikit sahaja. Sebenarnya aku dah habes bacaan petang tadi, tapi aku wat kputusan utk bawa adik aku keluar kejap. Tapi bukan kejap, lama la pulak. Hihihi! Sampai sempat berziarah ke rumah sepupu aku.

Buku ini diberikan/dihadiahkn oleh rakan sepejabat aku, Amerrul. Dia sedekahkan sikit kuota baucer buku 1M, dgn benarkn aku pilih satu buku. So inilah buku yang aku pilih iaitu Di Mana DIA Di Hatiku? DIA yang dimaksudkan itu bukanlah orang perseorangan. Sebaliknya Allah s.w.t. Terima kasih kepada pemberi buku ini. Insya Allah akan dimanfaatkan. Buku ini bergenre ilmiah & agama. Semoga Allah memurahkan lagi rezeki beliau. Amin.

Kenapa aku memilih buku ini? Pertama kerana penulisnya, aku pon x kenal sebenarnya dengan penulis tapi aku rasa macam dengar nama nie dikaca televisyen, maka aku memilihnya. Penulisnya ialah Ustaz Pahrol Mohd Juoi. Kedua, kerana tajuk buku itu sendiri. Di Mana DIA Di Hatiku? ALLAH itu amat hampir. Tapi, kenap aku masih meminggir? Akalku alpa berfikir, hatiku lupa berzikir. Tajuk yang menarik dan menyentuh hatiku.

Aku sekarang lebih memilih untuk membeli dan membaca buku bersifat ilmiah / keagamaan. Aku ingin menajamkan kembali daya ingatan aku dengan pengetahuan am. Selain, mengembalikan kembali hobi membaca dan menulis aku. [walaupun tulisan aku bukan selayaknya seperti penulis tersohor tetapi aku tetap ingin melakar untuk bacaan sendiri]. Maka memiliki buku ini sebagai koleksi tentunya menggembirakan aku. Betul ke ayat aku nie? Macam sesat aje.

Buku ini terbahagi kepada 5 main su ject iaitu;
1) Mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis
2) Perkahwinan... Antara cinta & tanggungjawab
3) Kata-kata akhir dari hati akan jatuh ke hati
4) Berhati-hati menjaga hati itu
5) Indahnya bila DIA di hatiku
Selain itu, topik-topik kecil dibawah subjek utama. Janganlah kita melihat tajuk subjek ini dan fokuskan kepada cinta sesama insan, pembinaan rumahtangga atau hubungan dalam perkahwinan. Tapi pandanglah dari sudut cinta kepada Agama Islam & Allah.

Buku ini banyak menyentuh kepada isu-isu yang berlaku kepada persekitaran, dapat membantu supaya kita dapat "terngadah terlebih dahulu sebelum terhantuk". Teguran-teguran atau ingatan lembut dalam buku ini sesungguhnya menyentuh hati aku sebagai manusia bernama perempuan. Kebiasaannya, orang akan kaitkan, sedih atau menangis apabila membaca buku agama adalah disebabkan dosa itu sendiri. Jangan bersalah-sangka. Sedih / menangis itu boleh diluahkan apabila menyedari betapa betulnya teguran yang diberikan, betapa kurangnya kita sebagai makhluk Allah yang dicipta, betapa perlunya erti mensyukuri dalam kehidupan, betapa pentingnya ibubapa, pasangan dan keluarga dalam kehidupan selain daripada mengenang dosa kita sendiri.

Bahasa yang mudah tapi sangat "berlapik". Bagi pembaca yang malas untuk berfikir atau tidak puitis mungkin akan merasakan tak faham atau bosan. Tapi sesungguhnya ilmu yang ada didalam buku ini, tiada tandingnya. Semoga Allah memberkati penulis buku ini. Amin.

Aku review hanya sedikit, tapi untuk diri sendiri aku dah tandakan bahagian yang penting, sebagai rujukan atau ingatan kepada aku.

Tak rugi untuk kita memiliki sebuah buku setiap bulan. Aku kena kembali kepada azam tahun 2012 aku iaitu memiliki sekurang-kurangnya 2 buah buku setiap bulan. Insya Allah.

Tajuk buku : DIMANA DIA DI HATIKU?
Penulis buku : USTAZ PAHROL MOHD JUOI
Harga buku : RM15.00


Love,
Wanie









No comments:

Post a Comment

The sadness thing in your life

Just a quick update as a reminder to myself Its really hard to accept that life as a fat woman actually. Hahahaha For the 1st time aku merun...