10 March 2014

Doa utk MH370

#MH370

Rasanya inilah yang paling trending di Malaysia sejak Sabtu lepas.
Aku pun sama.
Selepas aku membaca Whatsapp geng opis.

Reaksi aku.
Tergamam.
Seharian aku takde mood nak kemana.
Walaupun sebenarnya aku dah janji ngan mak aku nak naik Jambatan Pulau Pinang yang kedua.
Seriously aku hanya melekat seharian depan tv.
Aku nak tahu perkembangan aircraft tersebut dengan pelbagai spekulasi.

Sebagai seorang kaki berjalan yang tegar.
Aku agak tersentap dengan perkhabaran ini.
Aku jenuh memikir kemana perginya aircraft tersebut.

Hal nie rasa macam sangat dekat dengan hati. 
Sedangkan pada hakikatnya, tak ada seorang pun yang aku kenal dalam pesawat tersebut.
Mungkin disebabkan jiwa seorang anak Malaysia
Jadinya apa yang dah terjadi, menyentuh semua rasa hati.

Aku setuju dengan pendapat salah seorang Instagrammer
Fazreena pemilik Tudung People
Dia menyentuh soal kenapakah semua orang sangat concern pasal hal ini
Semua orang macam digam untuk berada dihadapan tv
Dan mendapat maklumat yang paling terkini.
Ini disebabkan masing-masing memikirkan bahawa
Kita adalah individu yang berkemungkinan berada didalam pesawat berkenaan.
Apa yang akan jadi kalau kita dalam senarai berkenaan.

Iya aku setuju.
Itu juga yang aku fikir.
Setahun paling minima aku akan terbang dengan menggunakan aircraft
Adalah sebanyak 5 kali per tahun
Ini paling minima
Bagaimana dengan hati-hati yang berada dekat atau jauh dari kita.
Apa yang mereka rasa.

Mungkin itulah yang dirasai keluarga mereka.
Memandang tangisan mereka
Merembaskan juga airmata aku
Memikirkan dimanakan mereka tanpa mengira agama, bangsa, atau kaum.

#MH370
Berikanlah kami petunjuk.

Ya Allah Ya Tuhanku
Kembalikanlah hati-hati yang sedang resah, galau, dan susah
Memikirkan hati-hati yang belum kembali, tanpa khabar berita, dan tanpa petunjuk.
Kepadamu Ya Allah
Kami berserah 
Untuk menerima segala kemungkinan
Untuk menerima segala takdir
Kami pasrah
Ya Allah
Dengan dugaanMu
Sesungguhnya Engkaulah Maha Pengasih, Maha Penyayang dan Maha Mengetahui
Apa yang tersirat mahupun tersurat
Untuk kami.
Amin.
Ya Rabal Alamin.


Kembalilah #MH370,

Wani Othman

No comments:

Post a Comment

The sadness thing in your life

Just a quick update as a reminder to myself Its really hard to accept that life as a fat woman actually. Hahahaha For the 1st time aku merun...