Bismillahhirahmannirrahim,
Assalamualaikum wbt,
2016
Saya dah kembali mengacara di blog ini. Semalaman memikir samada patut atau tidak patot lagi saya menukil di blog.
PATUT.
Sayang dengan bakat merepek yang saya ada. Walaupun tiada sesiapa yang membaca tapi bila diri sendiri kembali ke blog ini, bahagia sangat perasaan itu.
Punca yang sebenar ialah semalam saya dok mengemas segala harta dunia yang saya ada. Emm, ada perkara yang menyebabkan saya perlu berkemas. Rahsiakan dulu. Wah rahsia, macam artis. (maafkan saya sebab ayat Bahasa Melayu saya macam compang-camping sebab dah lama tak berpuitis). Jadinya semalam saya terjumpa hasil-hasil tangan semasa saya bersekolah. Sekolah ye. Banyak cerpen yang mana bila dibaca, aih, berbakat juga saya. Puji diri-sendiri.
Lagipun banyak perkara yang menarik berlaku pada saya tahun 2016. Nikmat Allah swt yang mana harus saya dustakan. Terlalu banyak hal yang indah untuk diingati. Tak perlu dilupuskan. Lagipun memori yang ada ini bukanlah kuat sangat untuk mengingat dalam tempoh berpuluh tahun ke hadapan. Hal yang ada depan mata pun kadangkala terlupa. Apatah lagi hal-hal yang berlaku.
Okay setakat ini dulu. Sebab sekarang waktu bekerja.
Bai.
Love Always,
Wani
No comments:
Post a Comment