16 June 2016

#familytrip Umrah Istanbul 2016 - Part 1

Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah
Allahu Akbar

Segala puji-puji hanyalah padaMu Ya Allah, Tuhan yang Menciptakan aku & sekalian alam. KepadaMu aku bersyukur. KepadaMu jua aku panjatkan segala kebahagian yang hadir pada aku & keluarga aku di awal tahun 2016.

Allah Maha Pemberi rezeki kepada kami sekeluarga, impian yang selama ini aku tadahkan & panjatkan padaNya telah dimakbulkan. Aku & keluarga telah diterima menjadi tetamuNya. Di Tanah Haram. 

Posting ini tiadalah niat untuk riak mahupun ujub diri dengan apa yang telah diberi tapi sebagai suntikan semangat kepada rakan-rakan untuk memohon kepada Allah swt supaya diterima sebagai tetamuNya.

Satu ketika aku terujuk kembali pada posting lama, dimana hati aku mula merindu satu kota yang jauh dari Malaysia, satu kota yang tidak pernah lagi kaki ini melangkah, satu kota yang bisa membuatkan manusia merasa takut akan dosanya untuk hadir kesana, satu kota yang penuh dengan keajaiban & satu kota yang pernah dihuni oleh para Nabi. Kesayuan hati yang mula merindu itu tidak dapat digambarkan dek mata kasar. Seperti rindu ingin pulang ke kampung halaman. Tapi sah-sah aku adalah rakyat Malaysia. Warganegara Malaysia. Tidak ada darah campuran. Hidung penyek tapi kembang. Mata perlu dijegil barulah bulat. Posting itulah menyebabkan aku mula ingin mencatat disini, apa isi hati aku setelah aku pulang. Bagaimanakah pengalaman aku ketika pulang ke kampung itu? 

Untuk posting ini, aku akan berkongsi bagaimana langkah pertama aku untuk mendaftarkan diri. 

Sesungguhnya akulah si pendosa itu. 

Sebenarnya dah lama sangat aku teringin nak menziarahi Kota Madinah dan Kota Makkah. Masalah utama ialah aku hanyalah mempunyai abah sebagai mahramku. Pada awal tahun 2015, aku dah mula merancang dengan mak aku, dia cakap tunggulah mak bersara. Kejap je, tak sampai setahun. Perancangan asal aku, mak, & abah sahaja. Pertengahan tahun pun menjelma, aku mula sibuk menyiapkan itinerari aku, family, & bff untuk ke Hong Kong (entri nie masih terhutang). Aku berbincang kembali dengan mak, jumlah ahli bertambah, niat dihati mak nak bawa semua anak-anaknya. Aku pun sokong sebab kami hanyalah ada abah dan Mizan (adik laki aku) sebagai mahram terdekat, sementara abah masih kuat, biarlah kami semua berpeluang mengerjakan umrah dalam satu keluarga. Itu niat asal aku. Lagipun sewaktu mak aku mengerjakan Haji kali keduanya aku menitipkan doa agar aku dapat menjejakkan kaki ke Bumi Barokah itu sebelum umur 30 tahun tapi tahun ini aku sudah 32, tidak mengapa, yang penting aku dapat kesana. Mak dan abah bersetuju. 

Kami selesaikan urusan percutian Hong Kong dengan jayanya. Selepas seminggu balik Malaysia, mak aku tanya, bila nak pergi tanya Andalusia? (Untuk Andalusia sebagai ejen, aku dah stadi bersama itinerari HK, bila boring tengok peta MTR, aku baca pasal Umrah). Aku tak mahu berlengah lagi, sebab bila berlengah-lengah syaitan mulalah berpeluang menambah perasa dalam diri pendosa ini. 

Pertama kali, aku pergi Andalusia Seksyen 7 Shah Alam hari Jumaat tengahari, seorang diri. Bertujuan nak bertanya tentang pakej. Tapi aku menunggu dalam kereta sepanjang waktu rehat, rupanya tutup. Buka dah lepas jam 3 petang, itu hari bekerja aku. Bila terhalang sebegini, aku lagi kuatkan hati utk bersemangat nak bertanya. 

Aku pergi lagi hari Selasa jam 12.00 tengahari, aku bertanya tentang pakej yang ditawarkan. Dalam hati memang dah tanamkan nak ambil Pakej Umrah dan Ziarah Istanbul (sesiapa yang kenal aku, tahulan perangai aku macam mana. Aku memang ada sejenis penyakit, tekad. Kalau aku cakap nak kesitu, maksudnya aku akan usaha sampai aku dapat pergi. Dalam soal ini, aku nak ziarah Istanbul. Sejenis impian hati tapi kedudukan dibawah. Tidak teratas seperti Bumi Barokah). Dah puas hati dengan penjelasan, masuk kereta aku jelaskan kat mak aku pula melalui hp. Deposit RM300 perlu dibayar untuk secure tempat. 

Alhamdulillah. Duit dah ada. Esoknya selepas balik kerja, aku singgah sekali lagi. Singgah membawa wang deposit sebanyak RM1800.00 untuk 6 orang kami. Tarikh yang dipilih pada 21 Februari 2016. Lebih kurang 4 bulan lagi. Bila dah dapat resit pendaftaran, Subhanallah. Perasaan bercampur-aduk, gembira teramat sangat. Terlalu bersyukur. Sebelah kaki melangkah Allah swt dah terima. Kelegaan yang nyata pada masa itu. Perasaan yang aku rasa seorang diri. Yela dah pergi seorang. 

Aku pesankan pada adik-adik aku, banyakkan berdoa pada Allah swt, mohon supaya kami sekeluarga diterima sebagai tetamu sehinggalah kami pulang dari Tanah itu. Mudahkanlah perjalanan kami & berikanlah kami sekeluarga satu perjalanan yang terpaling indah dalam hidup ini. 

Selepas bayar deposit seorang RM300.00, pembayaran penuh hendaklah dibuat 2 bulan sebelum tarikh penerbangan yang dijangkakan beserta pasport asal, salinan sijil nikah ibubapa, salinan surat beranak anak perempuan yang telah disahkan oleh pihak berwajib dan Wisma Putra. 

Langkah pertama iaitu pendaftaran telah selesai. Syukur pada Allah swt. 

Kemudian aku selesaikan soal salinan sijil nikah ibubapa yang perlu diakui sah oleh Pejabat Kadi manakala surat beranak anak perempuan yang akan bermahramkan ayahnya diakui sah pula di Jabatan Pendaftaran sebelum kesemua salinan ini aku bawa ke Wisma Putra, Putrajaya untuk disahkan sekali lagi. Aku ke Wisma Putra bertemankan Mimi, pertama kali kesana. Mudah dan cepat. Sangat pantas. 

Semua dokumen ini yang disertakan bersama pasport adalah bertujuan untuk memohon visa daripada Kerajaan Arab Saudi. 

Oklah, selesai bahagian pertama. Kenapa aku nak pergi Istanbul sedangkan tujuan asal adalah mengerjakan umrah?

1) niat asal aku langsung tidak berubah. Umrah. Istanbul sekadar satu persinggahan. Walaupun aku dah menjejakkan kaki ke Istanbul namun hati aku tetap menghitung masa untuk sampai ke Madinah. 

2) Istanbul adalah satu negara Islam yang penuh dengan sejarah, adat, budaya, kepelbagaian etnik, keunikan orangnya, bangunan sejarah, kemodenan Islam, serumpun Islam, dan terletaknya muzium yang menyimpan khazanah tinggal Nabi Saw, ahli keluarga serta sahabat-sahabatnya. Di Topkapi Palace. 

3) pakej untuk umrah saja hampir RM6k untuk seorang, manakala umrah dan ziarah tidak sampai RM8k seorang. Dan untuk ke Istanbul sahaja, tiket penerbangannya hampir RM2k. 

4) Andalusia ada usahasama dengan Turkish Airlines yang menjadikan penerbangan kami secara keseluruhannya menggunakan Turkish Airlines yang mana menyediakan servis antara yang terbaik di dunia. Memang terbaik dan puas hati pun! 

5) review blogger yang telah menyertai pakej ini pun memberikan maklumbalas positif

6) bos aku yang baru balik dari Turki dengan pakej yang sama pun memberikan maklumbalas positif. 

7) semestinya disebabkan filem Istanbul Aku Datang juga! 

8) impian aku untuk menyaksikan dengan mata kepala aku sendiri, Blue Mosque dan Hagia Sofya yang merupakan tinggalan sejarah antara Islam dan Kristian. 

9) nak pergi ke Masjid Abu Eyyub Al-Ayubi disebabkan cerita Almarhum Ahmad Ammar

10) nak melihat keindahan Laut Marmara

Ini adalah antara keinginan asal aku untuk menjadikan ziarah Istanbul sebagai selingan. 

Selesai bahagian pertama. 


Lotsa Love,
Wani Othman


Impian aku untuk berniqab telah berjaya tertunai di Bumi Madinah. 

Aku dan adik-adik di Bukit Tsur. Mengaminkan doa buat para syuhadah tetapi di kumpulan orang. Aduh! 

Selesai umrah kedua. Subhanallah. Terasa macam nak Kaabah nie setiap masa walaupun dah balik ke Malaysia. 

Di hadapan pintu King Fahd. Selesai solat.

Di rooftop Masjidil Haram semasa selesai solat Maghrib dan menunggu Isyak. Berlatarbelakangkan Menara Jam. Dengan adik.

Kami sekeluarga berlatarbelakang Masjid Nabawi. Di pintu 15. Selesai solat Isyak. 

Payung ajaib pada aku.

Bersama jemaah wanita selesai menziarahi Raudhah, Taman Syurga. 

Bersama mak dan adik setelah selesai solat Isyak. 

Selesai umrah kedua yang dibimbing oleh aku. Kami buat 4 beranak sahaja. Tekad dan tawakal pada Allah swt supaya amal ibadat kami diterima.

Di perkarangan Masjidil Haram, selesai umrah pertama iaitu umrah wajib. Tunaikan hajat abah untuk makan KFC bersama anak-anak di luar Masjidil Haram. Indah sangat detik itu. Okay aku pula yang bergenang air mata. 

Selesai menziarahi Raudhah buat kali ketiga sebelum esoknya kami akan bergerak menuju ke Kota Makkah.

Bersama jemaah wanita yang baru dikenali, dari kumpulan lain, dibantu oleh kami tiga beradik untuk menziarahi Raudhah. 

1 comment:


  1. Do you need Personal Loan?
    Business Cash Loan?
    Unsecured Loan
    Fast and Simple Loan?
    Quick Application Process?
    Approvals within 24-72 Hours?
    No Hidden Fees Loan?
    Funding in less than 1 Week?
    Get unsecured working capital?
    Contact Us At :oceancashcapital@gmail.com
    Phone number :+1-6474-864-724 (Whatsapp Only)

    LOAN SERVICES AVAILABLE INCLUDE:
    ================================
    *Commercial Loans.
    *Personal Loans.
    *Business Loans.
    *Investments Loans.
    *Development Loans.
    *Acquisition Loans .
    *Construction loans.
    *Credit Card Clearance Loan
    *Debt Consolidation Loan
    *Business Loans And many More:

    LOAN APPLICATION FORM:
    =================
    Full Name:................
    Loan Amount Needed:.
    Purpose of loan:.......
    Loan Duration:..
    Gender:.............
    Marital status:....
    Location:..........
    Home Address:..
    City:............
    Country:......
    Phone:..........
    Mobile / Cell:....
    Occupation:......
    Monthly Income:....

    Contact Us At oceancashcapital@gmail.com
    Phone number :+1-6474-864-724 (Whatsapp Only)

    ReplyDelete

The sadness thing in your life

Just a quick update as a reminder to myself Its really hard to accept that life as a fat woman actually. Hahahaha For the 1st time aku merun...