Hari tu aku privasikan blog sementara, dek kerana memuaskan hati orang. Tapi rupanya hati aku sendiri yang tak tenang sebab tak ada tempat untuk aku luahkan. Dah la tinggal sorang, celik pergi kerja, petang balik kerja, hadam la segala rasa untuk seharian. Jadi aku buka semula blog, yang mana aku rasa sesiapa yang tidak berkenan dengan tingkah aku, bolehlah jangan singgah, jangan baca, mahupun tolong jangan ambil tahu! Aku ni bangsa tak tahu malu bila bab nak bercerita maka segala cerita aku macam tidak ada penapis.
Aku hanya akan menurut perintah mak dan abah aku sahaja! Sebab setakat ni aku masih dalam status pemilikan tunggal. Kalau mak abah aku tegur, maka wajiblah untuk aku taat dengan teguran mereka.
Untuk orang lain, kalau tak suka, bolehlah move on ye. Aku takde nak refund apa-apa sebab aku takde pula kenakan bayaran selama ni. Kan?
Oh ya, lagi satu. Kalau dah pernah baca hasil tulisan aku sebelum ni, mungkin berkaitan hati tu, sila abaikan. Atau delete dari ingatan. Anggap sahaja tidak pernah baca. Tolong. Aku sendiri dah delete, pehal korang pula yang nak emosi lebih-lebih. Hahaha. Aku taknak komitmen daripada siapa-siapa. Dan satu lagi, tolong jangan padankan aku dengan mana-mana makhluk. Aku tak suka! Rimas! Tak reti nak jaga air muka dah! Eh eh terlajak la pula. Hahaha.
Balik ke topik asal, aku dah suka nak merepek kat sini. Dengan skrin hp yang lagi luas, huruf dah besar-besar. Laju je aku menaip. Lega.
Lotsa Love & Always,
Wani Othman
No comments:
Post a Comment