17 August 2013

Sorang-Sorang Jalan-Jalan Pergi Raya

Assalamualaikum wbt,

Hari ini 17.08.2013, kerja aku hari nie ialah memenuhi undangan Open House kengkawan aku. =) Thanks pada yang menjemput. Syukaran Jazilan! Boleh jemput lagi tahun depan, Insya Allah. Hihi!

Almaklumlah semangat hari raya masih belum pudar, so banyak la tempat yang mengadakan jamuan hari raya.

Aku mulakan hari dengan berziarah kerumah Kak Zai. Rumah kak Zai tak jauh pon. Sebelah umah aku. Hahahaha! Kak Zai adalah jiran rumah aku. Lunch time tadi dia jemput aku kerumah dia, dia masakkan mee kari untuk family members dia yang nak bertandang. Selepas aku bersiap-siap aku pon kerumah dia. Aku duduk kejap aje. Sebabnya... Aku dah terlewat nie. Uwaaaa! Itulah make-up bagai dan bergayut phone ngan mak aku. Dengar aduan mak aku untuk 2 hari punya cerita. Harapnya kak Zai tak kecik hati sebab aku makan a really small portion of mee kari. Sebabnya aku tau jap lagi aku nak melantak plak kat umah kedua. Being me, walaupun aku bukan stok kurus, tong makanan aku kecik. Aku takleh nak absorb makanan banyak2. So anggap nie as an appetizer dulu. Thanks kak Zai for ur kindness!

Dengan rempitnya aku ke rumah yang kedua, rumah officemate aku, Merrul. Aku bukan gi sorang tapi aku pegi ngan kak Nai, kak Mira & kak Ct. Memasing bawak kete sendiri. Yang kat umah nie, Main Course pulak. Laksa Johor. Aku memang "hantu" sikit ngan laksa Johor nie. Hahahaha! Taktau malu langsung kan? Yang nie makan lebey sikit. Sampai rasa over full. Huhuhu! Thanks again sebab Laksa Johor tu sedap. Cheq nie orang Utara yang tak pandai masak. Masak segala semua rasa tak hidup, boleh camtu? Lepas dah berborak secara bising dirumah orang, maka kami mengundurkan diri. Aku akan meneruskan perjalanan yang seterusnya.

Dari Puchong aku merempit ke Presint 8, Putrajaya pulak. Sendirian. Aku nak ajak sapa lagi? Nak ajak pun malu, nyusahkan orang aje. Nie la keje aku kan? Tak pergi. Rumah kawan2 plak tu. Maka aku nekad untuk pergi. Rasanya hari nie aku pakai topeng muka paling tebal kot. Hahahahaha! Malu siot pergi rumah orang sesorang. Kalau rumah sedara, takde rasa bersalah. Tapi rumah orang yang takde hubungan kekeluargaan nie, aku memang segan kot. Korang pun sama, kan? Tapi tak memenuhi undangan rasa bersalah pulak. Huhu! Dah sampai, orang pakat perati... yela datang sorang diri. Aku usaha jaga mata sampai tak tengok orang. Terlepas jumpa kawan aku tadi sebab malu punya pasal. Hampeh btul.

So dirumah Nana & Wan, dorang punya juadah. Ya Allah punya la banyak. Tapi pilihan aku, hanyalah dessert sahaja. Hihi! Aku kena lengkapkan menu aku. Bukan jaga diet tapi perot aku takleh masuk dah. Kenyang amat. Alhamdulillah. Aku amek sepotong Red Velvet cake, secawan agar-agar pandan santan & cendol. Sedangkan Nana menjamu laksa Utara, roti jala serawa durian, kueh-mueh, muffin... ada lagi.... tapi aku tak usha. Hihihi! Yang amek nie pon sejam baru aku abeskan. Kira dengan muka tak malunya, aku duduk sampai la aku jadi tetamu agak akhir jugak. Tahu-tahu aje la perangai aku, dengan mak & adik-adik Nana aku ramah. Hahahaha! Memang stok tak malu part nie. Pandai bawak diri. Hahaha! Thanks Nana & Wan, finally aku sampai gak rumah hang & leh jumpa kengkawan kita yang lama. Terbaek!

Setelah mengharungi hari yang penuh dengan makanan nie seorang diri. Walaupun pada dasarnya bukan seorang diri, ada kawan-kawan yang sangat baik hati menemani. Dalam perjalanan pulang tadi aku banyak berfikir dan menghuraikan sesuatu. Aku harap tahun depan aku tidak lagi perlu menghadiri jamuan hari raya seorang diri. Amin Ya Rabal Alamin. Berat kot bila kena hadiri sorang diri. Pelbagai persoalan yang perlu dijawab. Leretan senyuman yang tidak boleh lekang daripada bibir aku. Huhuhu! Malu sangat wey. Aku perlukan hari raya yang bermakna. Bukan apa, semakin umur meningkat, semakin kurang bermakna hari raya. Mana taknya, aku lagi banyak melekat kat rumah. Nak pegi kemana.... Aishhh. Bukan aku tak rasa bersalah bila kawan-kawan menjemput. Tapi aku akan berfikir sampai penat kot untuk dapatkan keputusan. Hahahaha! Loghat kan aku nie. Orang lain rileks aje. 

Takpela aku yakin Allah Maha Pendengar untuk doa makhlukNya. Amin!
Perot aku dah berputar-putar sakit nie. Makan lagi sampai padat. Buruknya Wani nie!

Lotsa love,
Wani Othman

No comments:

Post a Comment

The sadness thing in your life

Just a quick update as a reminder to myself Its really hard to accept that life as a fat woman actually. Hahahaha For the 1st time aku merun...